Wednesday, October 29, 2014

Dewan Rakyat 29 Oktober 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 29 Okt. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah wang yang diperuntukkan untuk pemberian (BR1M) tahun 2014 ini dan nyatakan pecahan bilangan penerima mengikut negeri.

2. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) rancangan untuk menyelesaikan masalah rakyat yang tidak berjaya memohon MyKad dan cara untuk memohon taraf kewarganegaraan bagi mereka yang hanya memperoleh myPR walaupun di anak angkatkan sejak kecil; dan
(b) bilangan Sijil Kelahiran dan MyKad yang ditarik balik oleh JPN sejak 2004-2014 di setiap negeri dan Sibu, serta rancangan Kerajaan untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak yang tidak diberi kewarganegaraan tetapi dilahirkan dan tinggal di Malaysia.

3. Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan penjelasan di atas insiden dimana terdapat dakwaan bahawa pasukan pemilihan untuk pengambilan kemasukan Angkatan Tentera Malaysia telah menolak belia-belia Dayak atas sebab mereka mempunyai tatu di badan yang merupakan salah satu tradisi masyarakat Dayak malahan ATM juga tidak mempunyai polisi sedemikian.

4. Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada kadar tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah akan diselaraskan dan rebat Touch 'n Go sebanyak 20% untuk warga Pulau Pinang yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang turut dipanjangkan kepada Jambatan Kedua Pulau Pinang. Bekalkan statistik kenderaan-kenderaan pelbagai kelas yang menggunakan jambatan mengikut bulan, iaitu mulai Mac sehingga September 2014.

5. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) berapakah peratus air dirawat yang mampu dijimatkan jika Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) di aplikasi dengan baik; dan (b) manakah negara-negara luar yang telah mewajibkan sistem SPAH di aplikasi di negara mereka.

6. Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan tawaran guru Bahasa Cina di sekolah rendah, sekolah menengah, dan guru yang mengajar Bahasa Cina sebagai bahasa kedua di institut Pendidikan Guru.

7. Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk merobohkan tol di Juru dan Sungai Dua bagi mengurangkan kesesakan yang amat teruk di musim perayaan. Kalau tidak, mengapa.

8. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan Kementerian manakah yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawasi penyertaan Malaysia di Expo Dunia 2015 yang berlangsung di Milan dan nyatakan persiapan yang dibuat, manakah syarikat yang dilantik untuk membina dan menguruskan pavilion Negara dan bagaimanakah cara peserta-peserta ekspo dari Malaysia dipilih.

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kriteria mempunyai kilang di Malaysia bagi pengeluaran kad pintar merupakan satu kemestian untuk menjadi syarikat pembekal kad pengenalan pintar negara.

10. Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebab tidak menukarkan lif lama yang sering rosak di Hospital Umum Sibu. Apakah kegunaan peruntukan RM5 juta yang dijanjikan, senaraikan.

11. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam negara; dan
(b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran isu MH370 dan MH17.

12. Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan serta servis di Hospital Umum Kuching Sarawak serta peralatan dan servis yang mereka bekalkan. Senaraikan jumlah pembelian ataupun pembayaran kepada syarikat yang disenaraikan dari tahun 2000 sehingga sekarang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
31. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi meningkatkan bilangan pekerja cekap dan berkemahiran tinggi kepada 50 peratus menjelang 2020 berbanding kini hanya 25.5 peratus daripada 12.7 juta pekerja di negara ini.

47. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah piawai yang digunakan untuk menentukan had kelajuan kenderaan di jalan raya, kadang-kadang dilihat tidak logik seolah-olah bukan hendak menjaga keselamatan tetapi sebaliknya untuk menjana pendapatan.

48. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan membuat penyelarasan bidang kuasa di peringkat dalaman berkenaan isu makanan halal demi mengelakkan kecelaruan seperti yang berlaku dalam kes coklat Cadbury baru-baru ini.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 Oktober, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 Oktober, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Tuesday, October 28, 2014

Dewan Rakyat 28 Oktober 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 28 Okt. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan jawab lisan
1. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah tindakan, kesudahan, kelangsungan dan usaha Kementerian untuk Projek Penanaman Vanila yang sudah pun menampakkan hasil di daerah Limbang.

2. Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan pusat yang telah diberikan kepada negeri Sarawak untuk segala pembangunan negeri Sarawak dalam 5 tahun yang lepas. Berapakah jumlah peruntukan untuk segala pembangunan yang telah disalurkan ke kawasan Parlimen Sarikei dalam 5 tahun yang lepas.

3. Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa banyak peruntukan diberi kepada pejabat pelajaran di setiap daerah di negeri Sarawak untuk membaik pulih sekolah-sekolah di luar bandar yang sering kali meminta peruntukan daripada ahli-ahli Parlimen untuk membantu mereka sedangkan peruntukan ahli-ahli Parlimen amatlah sedikit untuk dibahagikan kepada mereka.

4. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuka pejabat Konsulat General Malaysia di Istanbul memandangkan pentingnya kota itu untuk rakyat dan negara kita.

5. Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pencapaian prasarana bagi kemajuan luar bandar dan wilayah yang dicapai bagi negeri Sabah terutama bagi Parlimen Libaran dalam Rancangan Malaysia ke-8, Rancangan Malaysia ke-9 dan Rancangan Malaysia ke-10.

6. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status “gender responsive budgeting” yang dicadangkan tahun lepas dalam Belanjawan 2014.

7. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dasar dan strategi Kerajaan untuk menyediakan satu insurans kesihatan seperti “Obama Care” terutamanya bagi rakyat yang miskin supaya mereka juga dapat perlindungan insurans yang boleh diterima oleh mana-mana hospital kerajaan dan swasta di dalam dan luar negara.

8. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah kadar pungutan yang diperoleh oleh PLUS daripada cukai 3% kepada peniaga mengikut setiap R&R PLUS di seluruh negara.

9. Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah hasil perundingan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia dalam mencari langkah-langkah penyelesaian untuk mengurangkan dan mengatasi masalah jerebu yang sering dihadapi oleh kedua-dua negara ini.

10. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun- tahun yang akan datang dan bila BR1M akan ditambah sehingga RM1200 seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya BR1M hanya diberi kepada pemohon yang layak dan tidak disalahgunakan.

11. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah bersepadu yang lebih berkesan termasuk strategi lautan biru yang telah diambil kerajaan bagi memerangi Aedes dan kes denggi terutama yang menyebabkan kematian yang terus meningkat dengan drastik terutama di Negeri Selangor dan apakah Kerajaan bercadang memberikan vaksin sebagai tindakan segera sebagai langkah kecemasan untuk pencegahan bagi mengelakkan kes aedes ini dari terus merebak.

12. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan jika seorang anak yang lahir di Malaysia tapi tidak mempunyai kewarganegaraan, kerana bapanya merupakan warganegara tetapi emaknya bukan warganegara, mereka tidak mempunyai sijil perkahwinan, maka permohonan telah pun dibuat dan ia telah lama menunggu jawapan, ini telah memberi banyak kesulitan kepada anak itu; dan
(b) berikan bilangan permohonan yang masih dalam proses di setiap negeri.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) statistik terkini penjawat awam Persekutuan serta pengambilan penjawat awam secara lantikan tetap dari tahun 2010 hingga 2014 dan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan proses pengambilan dalam pengisian oleh penjawat awam sedia ada yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengisi jawatan lebih tinggi yang dibuka pada orang awam; dan
(b) jumlah penjawat awam mengikut gred yang akan bersara wajib pada usia 60 tahun berkuat kuasa tahun 2014 dan jumlah mereka yang disambung perkhidmatan secara kontrak.

33. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah statistik terkini jumlah permohonan kes murtad bagi penganut agama Islam dan apakah langkah penyelesaian yang sudah diambil untuk menanganinya.

34. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sasaran yang telah dicapai oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) untuk melahirkan usahawan belia dalam industri padi negara.

35. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah sambutan sektor industri terhadap Konsep Ekologi Perindustrian yang bakal diwujudkan di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

40. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan peranan yang dimainkan oleh “Malaysian Green Technology Corporation (MGTC)” dalam mempromosikan Teknologi Hijau di negara ini. Sejauh manakah pencapaian MGTC berbanding objektif awal yang disasarkan.

b. Perbahasan Rang Undang undang dan Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (27 Oktober, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (27 Oktober, 2014)

Sunday, October 26, 2014

Dewan Rakyat 27 Oktober 2014

Aturan Urusan mesyuarat 27 Okt 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah caj perubatan di klinik-klinik dan hospital swasta yang dikenakan kepada pesakit yang menggunakan kad insurans adalah lebih tinggi berbanding pembayaran kos perubatan yang dilakukan secara tunai.

2. Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk mengatasi kemelut jerebu akibat pembakaran terbuka di Johan Setia, Klang. Bolehkah Kementerian mempertimbangkan meningkatkan kadar kompaun daripada RM2,000 kepada RM75,000 sebagai 'deterrent' yang serius.

3. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan terdapat banyak pencawang telekomunikasi yang dipasang di merata tempat oleh syarikat telekomunikasi termasuk di sekolah. Adakah Kementerian membuat pemantauan berkala untuk mengukur tahap radiasi yang dipancarkan oleh pencawang ini.

4. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha-usaha yang dibuat bagi mempromosikan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TEVT) sebagai pilihan utama pelajar memandangkan bidang itu dikatakan mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi selepas menamatkan pengajian.

5. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah dan tahap persiapan bagi menghadapi kemungkinan kenaikan harga barangan akibat unsur manipulasi harga ekoran perlaksanaan GST tahun hadapan.

6. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah purata pendapatan yang diperoleh oleh petani dalam Parlimen Bachok daripada hasil tanaman kenaf berbanding tembakau yang pernah memacu ekonomi petani Bachok.

7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kes-kes tertangguh yang masih belum diproses oleh Kementerian dalam usaha untuk membantu masyarakat setempat; dan
(b) tempoh jangka masa prosedur terbabit dalam mengetahui status penerimaan mahupun penolakan borang permohonan yang telah dihantar oleh pemohon bagi tujuan mendapatkan bantuan bulanan.

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kekangan yang dihadapi dalam program Satu Negeri Satu Sungai yang gagal untuk memulihara dan mengembalikan kesemua 59 sungai yang tersenarai dalam kategori tercemar serta kawasan sekitarnya kepada keadaan asalnya.

9. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hala tuju dan pencapaian Talent Corp serta bagaimanakah Talent Corp memastikan rakyat Malaysia balik berkhidmat akan tinggal terus di Malaysia dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran.

10. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan militan di luar negara terutamanya dalam kumpulan pejuang Islamic State; dan
(b) apakah pandangan Kerajaan dan tindakan yang akan diambil terhadap golongan ini.

11. Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat mana tindakan diambil oleh Kementerian ke atas kontraktor yang telah gagal menyiapkan projek bekalan elektrik luar bandar yang begitu lama tertangguh dan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati terhadap Kerajaan.

12. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing yang telah diluluskan Pas Khas dalam tiap tahun 2010, 2011,2012 dan 2013 untuk membolehkan mereka memfailkan kes terhadap majikan mereka di Mahkamah Buruh ataupun Mahkamah Perhubungan Perusahaan.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jalan-jalan kampung yang akan dinaiktarafkan bagi tahun 2014 dan 2015 di Parlimen Pengkalan Chepa.

24. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan penyelesaian kemendapan tanah sambungan kepada jalan dengan kepala jambatan seperti di laluan 145 Seksyen 1, Km 3 Jambatan Sungai Ruang dan Km 4 Jambatan Sungai Teluk Kalung Jalan Chukai - Dungun.

41. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilakah harga kereta akan mula diturunkan seperti yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Ke-13.

42. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) berapakah kos tanggungan makanan bagi seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) sehari; dan
(b) apakah benar tanggungan makanan harian pelajar kurang daripada tanggungan makanan banduan.

43. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rasionalnya Kerajaan bercadang untuk membawa masuk 1.4 juta orang Bangladesh dan akan diberi kad pengenalan khas. Apakah kesan jika keselamatan negara dikuasai oleh bangsa asing.

44. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini Institut Islam Hadhari. Apakah fungsinya kini kepada kemajuan serta perkembangan agama Islam dalam negara.

46. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan agar pekerja-pekerja MAS yang akan dibuang kerja ekoran penstrukturan semula MAS tidak menghadapi tekanan ekonomi dan menambahkan pengangguran.

49. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kejadian soalan bocor pada kertas peperiksaan utama di Malaysia kerap kali kedengaran. Terkini ialah apa yang berlaku kepada kertas mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris 1 & 2 untuk peperiksaan UPSR. Pada pandangan Kementerian, di manakah sebenarnya kelompangan pada sistem penyediaan dan pengagihan soalan sehingga ia boleh diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membocorkannya dan apakah mekanisme yang dibentuk bagi menjamin perkara sama tidak akan berulang.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (16 Oktober, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (16 Oktober, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Thursday, October 16, 2014

Dewan Rakyat 16 Oktober 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 16 Okt. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini Malaysia Global Innovation & Creative Center (MaGIC) dan sudah berapa ramai anak muda yang terlibat secara holistik dengan penubuhan pusat ini.

2. Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan dari segi unit/pasukan dan keanggotaan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), RukunTetangga (RT) dan Community Policing (CP) yang telah ditubuhkan di negeri Pulau Pinang. Adakah pertubuhan-pertubuhan ini berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Berapakah unit/pasukan di kalangan mereka yang terlibat dengan skim rondaan sukarela untuk membantu polis dalam menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat.

3. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) kaedah yang digunakan untuk memantau kemasukan kenderaan asing ke negara ini dan berapakah jumlah kenderaan asing yang melalui pintu sempadan; dan
(b) apakah isu atau masalah yang dihadapi daripadanya dan kenapa, kenderaan Thailand yang menyalahi peraturan termasuk bercermin gelap dibenarkan mudah masuk ke negara ini.

4. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) langkah yang diambil untuk mengurangkan peranan yang dimainkan oleh orang tengah atau middlemen dalam industri pertanian ; dan
(b) berapakah nilai dagangan yang dikuasai oleh golongan middlemen ini.

5. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan segala usaha yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi memastikan kedaulatan pantai timur Sabah akan terus terpelihara.

6. Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) sama ada benar instrumen perbankan Islam Bai Bithaman Ajil (BBA) lebih membebankan peminjam daripada kaedah konvensional; dan
(b) apakah juga benar kaedah musyarakah mutanaqisah (MM) adalah satu kaedah yang lebih baik kepada peminjam dari BBA.

7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan sekolah khas atau khusus bagi pelajar Tingkatan Enam di setiap Pejabat Pendidikan Daerah sesuai dengan pengiktirafan mereka sebagai pelajar Pra Universiti.

8. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) jumlah bilangan klinik kesihatan awam dan swasta di seluruh negara mengikut pecahan setiap negeri, dan sama ada usaha-usaha pemantauan diadakan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap klinik adalah menepati piawaian untuk menjamin keselamatan dan kepentingan pesakit; dan
(b) perincian kes demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) dan bilangan kes kematian akibat demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) untuk sepanjang tahun 2012, 2013 dan sehingga 30 September 2014.

9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratusan penduduk di luar bandar Sarawak dan Sabah yang belum mendapat liputan telefon dan perkhidmatan internet. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah ini dan bilakah negara kita dapat mencapai 100% perkhidmatan tersebut.

10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan
(b) langkah-langkah yang dibuat bagi memastikan semua pelajar asing memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card.

11. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spince Expressway-CSE) kepada pembangunan yang akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

12. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan sebahagian daripada RM100 juta akan digunakan untuk menjalankan latihan kemahiran kepada belia India. Berapakah peruntukan yang diagihkan untuk tujuan tersebut. Siapakah yang memantau pencapaian tersebut dan adakah Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan tersebut.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah kawasan ladang getah yang telah diubah kepada kawasan pembangunan hartanah dan komersial sejak tahun 2010 hingga 2013.

20. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah bilangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengikut negeri-negeri dan berapakah peruntukan sejak tahun 2010 hingga 2013.

32. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah Imbalance Cost Past Through (ICPT) akan dilaksanakan dan apakah penambahan tarif hasil dari ICPT tersebut.

37. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah usaha yang telah digiatkan oleh Islamic Tourism of Malaysia dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelancongan Islam yang mesti dikunjungi.

48. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA dan sekiranya ya, mengapa.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (15 Oktober, 2014).

2. (D.R 19/2014) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 [Menteri Kewangan]

3. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


8. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


Wednesday, October 15, 2014

Dewan Rakyat 15 Oktober 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 15 Okt 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan penilaian Kementerian mengenai kesediaan institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam melaksanakan dasar baharu yang mewajibkan setiap pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lulus penguasaan Bahasa Inggeris sebelum menamatkan pengajian masing-masing dan bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa setiap pelajar yang lulus benar-benar dapat menguasai penggunaan Bahasa Inggeris.

2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berikutan kejadian pesawat MH17 terhempas, bagaimanakah perkembangan untuk mendakwa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan antarabangsa dan sejauh mana kos yang ditanggung Kerajaan untuk mengurus dan membawa balik mayat-mayat yang terkorban serta jumlah pampasan yang dibayar kepada waris-waris.

3. Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha Kementerian dalam memulihkan semula industri pelancongan khususnya di negeri Sabah yang terjejas selepas kejadian pencerobohan Lahad Datu dan juga insiden MH370.

4. Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) bilangan empangan dalam seluruh negara mengikut negeri, dan projek pembinaan empangan yang masih dijalankan atau bakal diadakan; dan
(b) jumlah kos penyelenggaraan bagi setiap empangan dan kos pembinaan bagi projek empangan yang masih dijalankan.

5. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan membantu memberi kesedaran dan bantuan kepada belia hasil daripada perubahan kadar fiskal, kadar cukai dan landskap serantau kesan daripada komuniti ekonomi dalam isu kos sara hidup belia dan apakah status Dasar Belia Malaysia (DBM) yang dikatakan akan menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) yang dirancang oleh Kementerian sebelum ini.

6. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan prestasi kewangan mengikut pendapatan dan untung/rugi syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad setiap tahun sejak dikorporatkan pada tahun 1992.

7. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk melaksanakan kaedah bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) secara tetap kepada pekerja-pekerja tempatan.

8. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) adakah kejadian banjir kilat yang amat buruk di Melaka baru-baru ini berlaku berpunca dari Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka yang masih berjalan ; dan
(b) bilakah tarikh sebenar Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka akan siap kerana ia telah melangkaui dua tarikh iaitu Mac 2014 dan Jun 2014.

9. Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keberhasilan perintah berkurung yang telah dilaksanakan di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSCOMM).

10. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mewajibkan tahap kepujian bagi mata pelajaran Agama Islam terhadap pelajar Islam.

11. Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat mana tindakan diambil oleh Kerajaan terhadap ekstremis-ekstremis anti-kaum Dayak yang mengeluarkan kata-kata yang terlampau kesat dan menyinggung perasaan kaum Dayak di Sarawak supaya kita dapat menjalinkan keharmonian di antara orang beragama Islam dan bukan Islam di Sarawak dan Sabah.

12. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja di bawah kontraktor-kontraktor yang sedang membekalkan perkhidmatan sekuriti, pembersihan pejabat dan halaman di Jabatan-jabatan Persekutuan dengan pecahan yang sedang menerima gaji minimum dan yang belum, dan juga pecahan Kementerian.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) senarai aset-aset hartanah yang dijual oleh Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) serta senarai imbuhan penuh tahunan setiap tahun kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah MAS bermula tahun 1995 hingga sekarang; dan
(b) jumlah 'bail out' wang Kerajaan yang digunakan untuk menyelamatkan MAS setiap tahun bermula dari tahun 1995 hingga sekarang.

34. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) adakah 1MDB telah mendapat semula wang RM7.18 bilion berserta untung (jika ada) yang diletak di Pulau Caymen sejak September 2012; dan
(b) adakah apa-apa siasatan dibuat atas 1MDB kerana menyalahi mandat syarikat tersebut apabila 1MDB meletakkan wang tidak digunakan (unutilised fund) yang dikumpulkan bagi tujuan pelaburan ke segregated portfolio company yang didaftar di Pulau Caymen dan jika ada, apakah status penyiasatan itu dan jika tiada, mengapa.

36. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah hasrat Kementerian untuk menghapuskan sekolah vernakular bagi mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini.

48. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah maklum balas negara-negara anggota ASEAN terhadap pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-24 yang juga diadakan di Myanmar baru-baru ini.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (14 Oktober, 2014).

2. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

3. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


7. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Tuesday, October 14, 2014

Dewan Rakyat 14 Oktober 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 14 Okt 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan usaha Malaysia untuk menghantar nota bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara Israel yang melancarkan peperangan selama 50 hari ke atas Gaza di Palestin.

2. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian menerima laporan DNA sebagai bukti sokongan untuk kes-kes permohonan kewarganegaraan di kalangan kanak-kanak stateless yang bapanya merupakan warganegara dan adakah Kementerian bersedia menggunakan pendekatan ini untuk menyelesaikan kes-kes yang tertunggak.

3. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah keselamatan yang telah dirangka oleh APMM untuk memerangi aktiviti penyeludupan diesel seperti yang berlaku di Parlimen Pengerang dengan nilai rampasan yang agak tinggi di mana aktiviti ini dapat memberi kesan kepada kesejahteraan ekonomi negara.

4. Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan cadangan Kerajaan untuk mengelakkan penindasan pekerja asing seperti di JCY International Bhd. di Kulai baru-baru ini.

5. Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bagaimanakah Kerajaan melihat isu kebebasan media yang diberi oleh Kerajaan seperti telah dicabuli dengan tersebarnya perkara-perkara dan maklumat yang melangkaui batas sosial seseorang.

6. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan secara terperinci usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian untuk mencegah wabak Ebola merebak di Malaysia.

7. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pembinaan Universiti FELDA dalam melahirkan kelompok saintis bidang pertanian dan asas tani serta mampu menjadi penyumbang utama golongan profesional yang diiktiraf di seluruh dunia.

8. Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian bercadang mengkaji semula dasar yang memberi kuota Feed-in-Tariff yang besar dan untung lumayan kepada pelabur besar dan tidak mengutamakan pelabur individu dalam penggunaan Renewable Energy Fund yang dikendalikan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia.

9. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan antara RM2,500 ke RM4,000 sebulan dalam menghadapi kesan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

10. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu mengikut jadual.

11. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Klinik 1Malaysia di adakan di Lawas.

12. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) sama ada Kementerian mengambil perhatian terhadap situasi di mana bilangan pelajar imigran melebihi pelajar tempatan di sesetengah sekolah di Sabah, contohnya di SK Pekan Kinarut, Papar; dan
(b) berikan statistik atau data berkenaan, dan apakah langkah bagi menangani keadaan sebegini.

Soalan MP PAS yang dienaraikan:
14. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah ada garis panduan berpakaian ahli sukan wanita Islam semasa menyertai pertandingan.

18. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang menyahut seruan Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam negara ini sehingga 2013 mengikut negara-negara yang mereka berkhidmat sebelum ini.

24. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang diambil untuk meningkatkan penerangan kepada masyarakat mengenai penyakit denggi yang kian menular di negara kita.

26. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah saman trafik yang dikenakan kepada pengunjung kuliah Jumaat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di Dataran Ilmu Kota Bharu sepanjang 2012, 2013 dan 2014. Sejauh manakah budi bicara polis dalam mengatasi kesusahan meletak kereta bagi ribuan pengunjung kuliah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kaedah yang diguna pakai oleh polis trafik dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas di mana-mana majlis ilmu dan ceramah.

28. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status keselamatan terkini di wilayah keselamatan yang ditadbir oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOMM) setelah berlakunya siri pencerobohan dan penculikan baru-baru ini.

35. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah statistik di seluruh negara jenayah gengsterisme yang berlaku di sekolah mulai 2010 hingga 2014. Apakah punca golongan ini terlibat dan langkah mengatasi yang diambil Kerajaan.

41. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Jawatankuasa Majlis Bencana Alam yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menghadapi masalah banjir dan El Nino. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengimport beras untuk bekalan “bufferstock” beras negara.

43. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan dihentikan melalui „stop work order‟ dari Kementerian.

51. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan benar-benar berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan jika benar, jelaskan tarikh sebenar ianya dicadangkan untuk dimansuhkan.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (13 Oktober, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (13 Oktober, 2014).

2. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

3. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


7. (D.R 16/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

9. (D.R 17/2014) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]


10. (D.R 18/2014) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Monday, October 13, 2014

Dewan Rakyat 13 Oktober 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 13 Oktober 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah perancangan untuk mengadakan jawatankuasa peringkat tertinggi khas untuk mengendalikan pelabur dari China, memandangkan pada masa kini mereka begitu berminat untuk melabur di Malaysia. Malaysia sekarang nampaknya ingin berhati-hati tetapi pada masa yang sama kita juga tidak mahu ketinggalan dalam peluang ini.

2. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian berhasrat mengembangkan Konsep Perniagaan Agrobazaar di negara Thailand sebagaimana yang dilaksanakan di Singapura baru-baru ini.

3. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan melalui arahan Majlis Keselamatan Negara MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara ( Semakan 2012) adakah dasar ini berketepatan dalam menguruskan Banjir Extreme dan apakah inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap langkah pencegahan banjir selepas tragedi Banjir Extreme pada tahun 2013 lalu.

4. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapa banyak barangan 1Malaysia lebih mahal berbanding pesaing lain. Contoh; di Mydin Kuala Terengganu, tisu Cutie Soft dijual pada harga Rm6.50, YiFa pada harga RM4.50 dan Tisu 1Malaysia pada harga RM6.90. Sila jelaskan.

5. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan penjelasan kejayaan yang telah dicapai dalam usaha mendaftar dan membantu keluarga yang mempunyai Anak Kelainan Upaya (OKU), Sakit Kronik dan Tidak Sihat Mental daripada segi bantuan kewangan dan rawatan di hospital.

6. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan Hentian Putra, Kuala Lumpur adalah antara hentian bas yang agak sibuk, khususnya untuk pengguna dan penumpang daripada Pantai Timur, Malaysia. Namun keadaan bangunan dan kemudahannya sudah agak lama dan uzur. Adakah Kementerian tidak berhasrat untuk membaiki atau memperbaharui kemudahan yang ada bagi memberi keselesaan pengguna.

7. Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian telah mengenal pasti jumlah persatuan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Persatuan (ROS) dan apakah langkah-langkah yang telah dirangka oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti kumpulan yang berkemungkinan mengganggu struktur perundangan dan sekali gus mampu menggugat keharmonian negara.

8. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah bilangan sekolah menengah jenis kebangsaan persendirian dan bilangan murid/guru di setiap negeri , peruntukan pembangunan yang disalurkan sepanjang 5 tahun lalu dan perancangan masa depan Kementerian terhadap sekolah-sekolah tersebut berikutan peningkatan permintaan kemasukan baru.

9. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai kesalahan yang dilakukan oleh Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang mengikut undang-undang pertubuhan.

10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
a) statistik taburan penempatan Orang Asli serta senarai perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia ; dan
b) jumlah perkampungan Orang Asli di Semenanjung yang masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik sehingga September 2014.

11. Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah terdapat rancangan oleh pihak Kementerian bagi menambah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) di Sabah dan Sarawak bagi menangani masalah keciciran di kalangan pelajar di kawasan luar bandar.

12. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keadaan sains dan kejuruteraan di sekolah menengah dan universiti di negara ini. Apakah peruntukan dan hasil.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan terkini tentang pembahagian subsidi-subsidi padi di Kelantan. Berapa ramaikah penerima subsidi ini dan berapakah peruntukan yang dikeluarkan untuk setiap komponen dalam tahun 2013 dan 2014.

33. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah polisi Kerajaan dalam mengeluarkan lesen kapal kargo dan langkah-langkah yang di ambil dari mengelakkan lesen tersebut tidak di salah guna bagi tujuan lain.

36. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah punca kegagalan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional untuk mengutip balik bayaran pinjaman daripada 35% peminjamnya yang berjumlah kira-kira 690,000 orang dan apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

38. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan secara terperinci berapakah kos yang telah dibelanjakan oleh Kementerian sehingga September 2014 bagi kerja-kerja melobi untuk Malaysia dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

42. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
a) jumlah Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang memenuhi pasaran pekerjaan dalam perladangan, perindustrian dan binaan; dan
b) adakah Kementerian berhasrat memberi permit kerja sementara melalui majikan mereka supaya mudah mengesan mereka dan menjana pendapatan negara.

52. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang memberikan peruntukan kepada persatuan-persatuan seni mempertahankan diri seperti silat, tomoi, silambam yang terdapat banyak di kawasan luar bandar. Apakah syaratnya jika ia boleh memberikan peruntukan.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 

2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 

3. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 

4. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R.15 /2014) Rang Undang-undang Perbekalan 2015 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (10 Oktober, 2014) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- 

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM 50,499,994,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2015, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2014, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (10 Oktober, 2014).

2. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (9 Oktober, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

3. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang AmanahNegara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut(Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]




Thursday, October 9, 2014

Dewan Rakyat 9 Oktober 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 9 Okt. 2014 [ KLIK ]
a. Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kementerian akan menjalankan pengujian dan pentauliahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di kawasan Jagoi, Bau dan seterusnya membekalkan air bersih terawat kepada penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

2. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Malaysia telah menawarkan kemudahan pengkalan tentera laut di Sabah untuk menempatkan pesawat P-8A Poseidon milik Amerika Syarikat seperti kenyataan Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat. Berapakah tempoh masa pesawat tersebut dibenarkan berada di Sabah.

3. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi membantu membangunkan pusat ternakan serta pengkomersialan ikan air tawar bernilai tinggi seperti empurau, semah dan tengadak di kawasan Empangan Bakun.

4. Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes jenayah yang melibatkan pendatang asing dan kadar peratusannya daripada jumlah keseluruhan kes serta jenis jenayah yang dilakukan mengikut pecahan daerah di negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2008.

5. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
a) apakah inisiatif mahupun pelan tindakan yang telah dirangka oleh Kementerian bagi memperbanyakkan Puspakom terutamanya di kawasan luar bandar; dan

b) Puspakom ini hanya dimonopoli oleh satu syarikat sahaja, adakah Puspakom boleh difranchisekan supaya lebih banyak usahawan dapat diwujudkan

6. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dasar Kementerian dalam mengurangkan kesan rumah hijau akibat penipisan ozon yang semakin meningkat.

7. Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah strategi pelaksanaan penetapan harga getah yang tidak lagi bergantung kepada Panel Penasihat Harga, namun akan ditetapkan sendiri oleh Lembaga Getah Malaysia mampu menstabilkan harga getah dan sekali gus mampu membantu pekebun kecil di negara ini.

8. Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dari tahun 2000 hingga 2014:-
a) bilangan pelajar Malaysia yang memohon memasuki IPTA setiap tahun; dan
b) bilangan pelajar Malaysia yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA setiap tahun.

9. Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah kes syarikat yang digulungkan sepanjang tempoh 2010 hingga 2014 dan apakah peranan Kerajaan dalam menangani kes syarikat yang digulungkan.

10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang dibuat bagi meningkatkan kualiti program pendidikan guru khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut-institut Pendidikan Guru (IPG) agar turut mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa seperti Teacher Education Accreditation Council (TEAC) yang berpusat di Amerika Syarikat.

11. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak skim perlindungan i-BR1M diperkenalkan kepada penerima BR1M 3.0 seluruh Malaysia:-
a) berapakah jumlah penerima perlindungan i-BR1M yang telah diagihkan kepada penerima BR1M 3.0 yang ditimpa kematian / kemalangan sepanjang tempoh perlindungan; dan
b) adakah kerajaan akan meneruskan program perlindungan i-BR1M ini.

12. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pelan penambahbaikan dari segi persediaan untuk menghadapi banjir pada musim tengkujuh tahun ini dan mekanisme bagi meminimumkan kesan bencana alam tersebut.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
35. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
a) secara terperinci berapakah jumlah lawatan rasmi atau tidak rasmi isteri Perdana Menteri ke luar negara secara berseorangan (tanpa Perdana Menteri) dan negara-negara yang dilawati serta tujuan-tujuan lawatan itu mengikut tahun sejak Perdana Menteri ditabalkan sebagai Perdana Menteri sehingga September 2014 ; dan
b) berapakah jumlah kos yang dibelanjakan mengikut lawatan dan minta diperincikan setiap satu lawatan tersebut.

41. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes-kes jenayah yang melibatkan belia di negara kita dan apakah langkah dalam membendungnya.

51. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan berhasrat untuk menyelaras definisi rumah mampu milik.

52. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah manfaat dan faedah kepada rakyat Terengganu daripada Projek Kereta Api Kerteh - Kuantan yang bermula pada 1 April 2004 dan telah ditamatkan pada 1 Oktober 2010 di bawah seliaan Petronas, setelah beroperasi selama 6 tahun.

59. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dalam perancangan menyelamat dan menghidupkan MAS (Sistem Penerbangan Malaysia) adakah segala hutang-hutang yang masih belum dibayar kepada MAS akan di tuntut dan di umumkan dalam proses tersebut.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R 8/2014) Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (8 Oktober, 2014) [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

2. (D.R 10/2014) Rang Undang–undang Penjara (No.2) (Pindaan) 2014 [ Menteri Dalam Negeri ]

3. (D.R 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R 12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]


6. (D.R 14/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008