Tuesday, June 10, 2014

Dewan Rakyat 10 Jun 2014

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan dan gerak kerja yang telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan profesion perguruan
menjadi profesion pilihan.

2. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci kos-kos untuk pembinaan KLIA2 serta syarikat-syarikat kontraktor dan subkontrak yang terlibat dan nilai kontrak setiap syarikat.

3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) sejauh manakah perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor ke atas pembinaan Loji Langat 2 telah dipenuhi dan dimuktamadkan; dan
(b) bilakah ianya akan dilaksanakan dan berapa lamakah lagi masa yang akan diambil bagi memulakan kerja-kerja pembinaan loji tersebut.

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah benar keputusan penubuhan Unit Integriti di setiap Kementerian membayangkan Jabatan
Perkhidmatan Awam gagal mengawal tindak laku dan salahlaku penjawat awam; dan
(b) berikan jumlah penjawat awam yang telah diambil tindakan tatatertib, dan jenis tindakan dalam lima tahun
yang lalu.

5. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas yang dilaksanakan PDRM tahun lalu, dan sejauh mana keberkesanan operasi ini, dalam
mengurangkan jenayah terancang di dalam negara.

6. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan pusat kemajuan negara. Yang menjadi
persoalan utama ialah, kenapa bandaraya yang serba lengkap ini, masih tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang turun sehingga kerap berlaku banjir kilat yang mengakibatkan kerugian yang banyak. Di manakah punca sebenar segala kelemahan yang berlaku dan apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasinya.

7. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan undang-undang seperti Racial Vilification Act 1996 yang dilaksanakan di Australia bagi tujuan menghalang seseorang dari menghasut kebencian, penghinaan yang serius, atau ejekan terlampau, yang melibatkan agama atau bangsa.

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan faedah besar hasil daripada perancangan menempatkan kemudahan siklotron (Cyclotron Facilities) di Nuklear Malaysia dan berapakah kos yang terlibat.

9. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil tindakan terhadap pencerobohan
oleh bot nelayan di mana mereka bertindak menangkap ikan bukan di kawasan zon yang dibenarkan mengikut kategori bot agar perkara ini dapat diatasi khususnya di Pulau Langkawi.

10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peminjam-peminjam tegar yang masih belum menjelaskan pembayaran semula semua jenis pinjaman atau pembiayaan pendidikan.

11. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan mempunyai apa-apa perjanjian kerjasama dengan negara jiran untuk mengatasi masalah penyeludupan diesel dan petrol kerana Kerajaan menanggung kerugian yang tinggi akibat penyeludupan ini.

b. Perbahasan Rang Undang2 dan Usul
1. (D.R. 3/2014) Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “ Bahawa Rang undang-undang ini akan dibacakan kali yang kedua sekarang” ( 9 Jun , 2014 ) [ Menteri Pendidikan ]

2. (D.R 4/2014) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 [ Menteri Pendidikan ]

3. (D.R 6/2014) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R 5/2014) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

5. (D.R 9/2014) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R 7/2014) Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

7. (D.R 8/2014) Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

8. (D.R. 24/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

c. UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Monday, June 9, 2014

Dewan Rakyat 9 Jun 2014

Aturan Urusan Mesyuarat 9 Jun 2014 [ KLIK ]
a. Ahli Baru Mengangkat Sumpah
b. Pemasyhuran Speaker dan Ucapan Tahniah dan Takziah

c. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tahap pencapaian Program Transformasi Kerajaan, ekonomi dan politik sehingga kini. Apakah perbezaan pencapaian ekonomi sebelum dan selepas dilaksanakan Program Transformasi.

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pendirian dan tindakan Kerajaan dalam menangani pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang lantang menyuarakan pandangan ekstrimis ultra kanan mereka yang sekaligus berpotensi merosakkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

3. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kesungguhan Kerajaan dalam menangani isu keselamatan rakyat di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai ESSZONE dan apakah perancangan Kerajaan dalam meningkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan ESSZONE agar kejadian-kejadian culik yang telah terjadi beberapa kali dapat dielakkan. Pelan keselamatan yang lebih efisien perlu dilaksanakan serta merta untuk meyakinkan pelabur, pelancong dan penduduk tempatan bahawa Sabah adalah selamat untuk dikunjungi dan didiami.

4. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan belanja yang ditanggung oleh Kerajaan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang melibatkan banyak Negara, jumlah pampasan yang dibayar kepada waris-waris dan langkah-langkah yang diambil untuk mempertingkatkan prestasi penerbangan awam Negara.

5. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan dalam memberi penerangan yang jelas dan terperinci berkenaan Goods and Services Tax (GST) kepada rakyat.

6. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pencapaian dan persetujuan persefahaman antara 'G to G' dalam lawatan rasmi Presiden Barrack Obama ke Malaysia baru-baru ini.

7. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah persediaan Kerajaan menghadapi penularan wabak Mers-Cov pada musim Haji tahun ini.

8. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kecenderungan Malaysia sama ada menandatangani Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang didalangi oleh Amerika Syarikat atau Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) yang dipelopori oleh China.

9. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bilakah laporan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah) dapat disiap dan dibentangkan; dan
(b) apakah sebab dan kekangan yang menyebabkan laporan tersebut lambat disiapkan dan apakah rekomendasi penuh suruhanjaya tersebut dapat dilaksanakan oleh Kerajaan.

10. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi seperti gula, minyak diesel dan gas. Penggunaan nanotag dalam mengenal pasti minyak bersubsidi juga tidak menunjukkan sebarang kesan yang positif. Berapakah yang telah diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah penyeludupan barangan bersubsidi.

11. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status dan perkembangan program transformasi ekonomi atau ETP dalam mewujudkan kerja gaji tinggi serta menaikkan pendapatan rakyat selain daripada penepatan gaji minima dan adakah automasi dipertimbangkan.

12. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar di Malaysia mengikut pecahan negeri.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat asing yang ingin membuat pelaburan sama ada dalam kegiatan cari gali petroleum atau industri hiliran di Malaysia dan apakah syarikat itu perlu menjalinkan kerjasama dengan Petronas.

28. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah kos yang ditanggung oleh Kementerian dan telah dibayar kepada Syarikat YTL untuk projek Internet sekolah di seluruh negara, dalam masa yang sama kepantasannya masih perlahan.

35. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan bagi mewujudkan daftar pengurus harta bagi tujuan memperkasakan profesion ini.

39. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status cadangan pembinaan terowong bawah tanah dari KL Sentral ke Stesen MRT Muzium Negara.

54. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan yang telah diusahakan oleh Kerajaan dalam menerangkan Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia kepada rakyat.

71. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah pandangan dan tindakan bahagian forensik Kementerian tentang masalah struktur bangunan pentadbiran dan kompleks sukan di Taman Ilmu, Tembila, Besut yang keselamatannya tidak di jamin.

75. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan akan meminda Akta Kesalahan (Bidangkuasa jenayah) Syariah 1965 bagi melebar luaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini hingga membolehkan undangundang Hudud dan Qisas dilaksanakan di mana-mana negeri di Malaysia; dan
(b) apakah pendirian rasmi Kerajaan berhubung pelaksanaan Undang-undang Hudud dan Qisas di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional khususnya Negeri Terengganu, adakah Kerajaan akan laksanakan undang-undang tersebut di negeri-negeri tersebut setelah merdeka selama 57 tahun.

83. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jalan utama daripada Gua Musang ke Kuala Lumpur, melalui Merapoh, Lipis, Raub dan Bentong antara jalan yang selalu menyaksikan berlakunya kemalangan maut. Bilakah jalan yang lebih luas dan selamat dijangka siap dibina sepenuhnya untuk mengatasi masalah ini.

85. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan akan memikirkan dasar-dasar dan tindakantindakan baru untuk membantu rakyat Palestin memandangkan semua usaha-usaha setakat ini telah gagal.

95. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bercadang membina sebuah Sekolah Menengah di Pulau Meranti, Parlimen Sepang mengambil kira pertambahan jumlah penduduk di kawasan tersebut dan kawasan persekitarannya dengan percambahan pesat tamantaman perumahan di situ; dan
(b) meminta Kerajaan membangunkan Sekolah Rendah di Pulau Meranti dan prasarana di sekolah tersebut yang sudah berusia 50 tahun usianya.

102. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia terhadap Pilihan Raya Presiden Mesir yang berlangsung pada bulan Mei 2014 dan apakah Malaysia mengiktiraf Presiden yang terpilih daripada pilihan raya tersebut.

103. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berikutan projek bangunan surgikal HUSM yang sepatutnya pada RMK-10 akan dilaksanakan tetapi telah tergendala, bilakah sebenarnya akan dibina memandangkan keperluannya yang amat penting.

109. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah dalam keadaan lambakan Doktordoktor siswazah, kenapa Kerajaan masih benarkan agen-agen menghantar pelajar-pelajar Malaysia dalam bidang perubatan di negara seperti Mesir, Rusia, Poland, Ukraine, Indonesia dan Romania.

113. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah bagi menjatuhkan hukuman yang lebih berat.

116. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah selain menyediakan latihan sukan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kementerian berkenaan juga menyediakan perkhidmatan terapi dan pemulihan khas kepada mereka di pusat tersebut.

118. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha Kerajaan untuk membesarkan jalan dan jambatan pendek di Kampung Nyior, Paka, Dungun (Jambatan Gemuruh).

131. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah keseluruhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terdapat di Malaysia serta jumlah IPTS yang telah tutup dari tahun 2000 hingga 2013.

137. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil setakat ini susulan daripada Laporan Audit Negara dari tahun 2000, berapakah jumlah tindakan tata tertib atau dakwaan undang undang yang telah diambil ke atas pihak-pihak yang bertanggung jawab.

140. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status terkini pembinaan tiga menara telekomunikasi dan Pusat Internet 1Malaysia di Hulu Terengganu di mana lokasi ia dibina dan berapakah kos keseluruhan pembinaan.

144. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memberi penerangan dan kefahaman tentang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (Hudud) kepada masyarakat sebagaimana GST, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham.

151. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes leptospirosis di Malaysia sehingga Mei 2014 mengikut negeri dan daerah serta jumlah kematian yang diakibatkan penularan wabak tersebut.

152. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan terkini dan kerjasama yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Kuala Nerus sebagai daerah ke lapan di Terengganu.

156. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Jambatan Pengkalan Baru Bachok. Apakah punca berlakunya keretakan pada jambatan tersebut dan apakah pihak SPRM telah memulakan siasatan jika ada apa-apa elemen rasuah dalam pembinaan jambatan ini.

165. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status penyiasatan dan tindakan ke atas sebuah kilang di Kamunting, Taiping yang membuang air kumuhan di dalam sungai sehingga menjejaskan pendapatan nelayan di Sungai Sepetang, Kampung Dew yang juga kawasan klip-klip.

174. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil utama pertemuan antara YAB. Perdana Menteri dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dalam kunjungan rasmi beliau ke Malaysia pada bulan April baru-baru ini.

d. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014
2. Menteri Pendidikan * Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014
3. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri * Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014
4. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2014
5. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014
6. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014..

e. Rang Undang-undang dan Usul2
1. (D.R. 3/2014) Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 [ Menteri Pendidikan ]


2. (D.R. 24/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008