Wednesday, April 9, 2014

Dewan Rakyat 10 April 2014 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 10 April 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan tindakan untuk memastikan golongan tidak bertanggungjawab yang mengadu domba dan melakukan provokasi antara kaum yang semakin meruncing, dikenakan tindakan sewajarnya dan sejauh manakah keberkesanan tindakan yang dijalankan setakat ini.

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha dan langkah yang diambil oleh pasukan keselamatan negara untuk memantapkan Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) selaras dengan Dasar Pertahanan Negara.

3. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia daripada bahaya penyakit 'Pneumococcal' dengan memberi suntikan ubat yang boleh menggelakkan penyakit tersebut merebak di kalangan kanak-kanak.

4. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kemudahan solat dan tandas di blok kuarantin penjara Pengkalan Chepa memenuhi syariat. Apakah alasan pihak penjara hanya menyediakan air tidak mencukupi dua kolah dan hanya menyediakan baldi untuk para penghuni penjara blok kuarantin untuk membuang air besar secara terbuka di depan penghuni yang lain. Apakah penekanan syariat, kebersihan dan maruah dititikberatkan dalam blok kuarantin penjara Pengkalan Chepa.

5. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kadar penembusan jalur lebar negara masa kini dan nyatakan sejauh manakah inisiatif melancarkan satelit MEASAT-3b mampu bagi meningkatkan keupayaan sistem telekomunikasi dan jalur lebar di negara ini terutama di luar bandar.

6. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bagaimana peruntukkan sebanyak RM331 Juta untuk menyeragamkan harga barangan antara timur dan barat Malaysia dalam belanjawan 2014 digunakan. Apakah status program Penyeragaman Harga terkini. Adakah peruntukan tersebut berjaya menyeragamkan harga barang.

7. Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan konsep pembinaan Jalan Pan Borneo Highway. Adakah pembinaan jalan ini hanya melibatkan pelebaran jalan sedia ada atau membuka jalan baru.

8. Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pemohon Rumah Mesra Rakyat dan permohonan yang berjaya diluluskan. Senaraikan mengikut negeri dan kaum.

9. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menurunkan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan apakah kesannya terhadap pentadbiran Kementerian pada keseluruhannya.

10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara tepat bilakah peruntukan bagi fasa Kedua Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang, Jelutong Pulau Pinang sebanyak RM150 juta yang terkandung dalam RMK-9 tetapi ditunda ke RMK-10 itu akan ditunai dan dilaksanakan. Fasa Kedua rancangan tersebut telah tergendala selama 15 tahun sejak 1999.

11. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah ada perancangan pembesaran jalan raya atau ada pembinaan jalan baru bagi laluan Kota Tinggi ke Desaru ke Pengerang memandangkan di kawasan tersebut merupakan kawasan pembangunan hub gas dan minyak. Ini kerana, jalan tersebut akan dilalui oleh lori besar dan dikhuatiri akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

12. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing profesional dan bukan profesional yang berdaftar secara sah dari tahun 2008-2013.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa buah bank dan institusi kewangan yang telah melaksanakan arahan YAB Perdana Menteri supaya menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman oleh mangsa-mangsa banjir di bulan Disember 2013 yang lalu.

22. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes pembunuhan yang berlaku di dalam Kawasan Parlimen Bukit Gantang sejak Januari -Disember 2013.

24. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah pihak Kerajaan akan menyiapkan Balai Polis Badang yang dicadangkan pembinaannya di Lot 1957, Mukim Kijang, Kota Bharu.

37. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah keberkesanan aspek pemantauan dan pengawalan pelajar antarabangsa di negara ini; dan
(b) berapakah bilangan pelajar antarabangsa yang gagal menamatkan pengajian dan telah dihantar pulang ke negara asal.

51. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta Ringgit Malaysia (RM) untuk pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Daripada BR1M pertama hingga BR1M 2014, berapa peratus kadar kemiskinan yang telah berjaya dikurangkan.

57. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
(a) adakah perpustakaan daerah Sepang akan dibina di Parlimen Sepang dan jika ya bila akan dibina; dan
(b) jika tidak, adakah Kerajaan bersedia membinanya dengan kadar segera bagi memenuhi permintaan penduduk daerah Sepang.

58. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) bagaimanakah pemilihan 'project delivery partner' untuk projek MRT Sungai Buloh-Kajang dibuat sebelum ini; dan
(b) adakah sebarang proses penilaian atau tender dibuat bagi mendapat tawaran yang kompetitif.

65. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kos untuk pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut pecahan dari tahun 2011 sehingga 2013:-
(a) latihan dan peralatan untuk guru: laptop, LCD Projector; dan
(b) buku teks dan lain-lain.

68. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah ulama’ dan pakar-pakar ekonomi Islam turut dilibatkan dalam Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang ditubuhkan oleh kabinet ke arah mengambil pendekatan Islam sebagai penyelesaian.

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah kesan kepada pengguna daripada Ops Harga 2.0.

75. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan lokasi dan jumlah anggaran tanah-tanah baharu yang akan dibuka untuk penanaman kelapa sawit pada tahun 2014.

b. Perbahasan Usul
1.  (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan danLetupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 - Menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (9 April, 2014) [ Menteri Dalam Negeri ]

2. (D.R. 3/2014) Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn2014 [ Menteri Pendidikan ]


4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14, ST.15, ST.16, ST.17 dan ST.18 tahun 2014 disahkan.”

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972, Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.27 tahun 2014 disahkan.”

Tuesday, April 8, 2014

Dewan Rakyat 9 April 2014 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 9 April 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah semangat patriotisme anak-anak muda Malaysia setelah menjalani kursus Biro Tatanegara (BTN) dan adakah modul kursus-kursus yang dianjurkan oleh BTN ini masih relevan.

2. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah statistik wanita tanpa kerja pada setakat ini. Adakah program kerja separuh masa mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat khususnya wanita.

3. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan senarai kejayaan Pusat Biomekanik Sukan, Institut Sukan Negara (ISN) setakat ini. Apakah
kepelbagaian kepakaran yang ada di ISN turut boleh dikongsi dengan atlet di peringkat sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) jumlah rakyat Malaysia yang masih berstatus muflis sehingga 2013; dan
(b) adakah trend ini menunjukkan peningkatan sejak tahun-tahun sebelumnya. Jika benar, apakah usaha Kerajaan bagi mengawal keadaan ini daripada berterusan.

5. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan usaha kerajaan dalam mempertahankan industri automotif negara sebagai
pemangkin untuk memacu negara ke arah negara perindustrian dan maju serta mampu menyediakan 500,000 peluang pekerjaan dalam industri automotif serta apakah langkah baru yang dilaksanakan Kerajaan demi mengukuhkan industri agar dapat bersaing dan menarik pelaburan antarabangsa.

6. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah SAIDI untuk 2008-2013 dan kadar tarif elektrik masing-masing untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mengapa peningkatan tarif di Sabah paling tinggi peratusnya, walaupun prestasi pembekalan elektrik merupakan yang paling lemah.

7. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kerajaan memutuskan untuk memberi tempoh hingga April ini bagi mengkaji semula keberkesanan Sistem Pentaksiran Sekolah (PBS) setelah menyedari akan keluhan guru serta ibu bapa yang khuatir serta gusar akan keberkesanan sistem ini:-
(a) adakah Kerajaan masih lagi ingin meneruskan sistem PBS ini; dan
(b) apakah cadangan pihak kerajaan untuk mengatasi kerisauan semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan negara kita ini.

8. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah permohonan baja subsidi yang ditolak akibat borang tidak lengkap bagi setiap mukim di Kelantan. Pada bahagian manakah borang yang diisi tidak lengkap dan apakah usaha Kerajaan dalam menangani permasalahan ini.

9. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah kerajaan akan menyerapkan kakitangan kerajaan yang bekerja secara kontrak kepada lantikan secara tetap khususnya bagi mereka yang telah berkhidmat lebih daripada 3 tahun sepertimana yang telah dipertimbangkan oleh kerajaan terdahulu.

10. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak tahun 2011 sehingga Februari 2014, berapa suspek yang melibatkan dadah telah ditahan mengikut tahun, bangsa, jantina dan kewarganegaraan, bilangan jenis dadah yang telah dirampas mengikut tahun dan nama jenis dadah dan prosedur Kerajaan melupuskan dadah itu.

11. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada program penghantaran barangan subsidi minyak dan keperluan harian ke lokasi-lokasi di luar bandar akan diteruskan dan bilakah KR1M akan
diwujudkan di kawasan Parlimen Lawas.

12. Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan Forensik Unit mengikut negeri dan daerahnya. Mengapakah di Sarawak hanya daerah Kuching mempunyai Forensik Unit dan adakah ia mencukupi.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah konsesi tol dan keuntungan setiap konsesi dari tahun 2008-2013 yang dihasilkan melalui bayaran tunai, SmartTag dan Touch 'n Go.

28. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) bilakah majlis pecah tanah pembinaan balai polis di Putra Perdana di tapaknya di sebelah masjid Putra Perdana akan diadakan; dan
(b) bila pula kerja-kerja pembinaan balai polis tersebut akan dimulakan.

32. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan maklumat terkini bilakah Lebuh Raya Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan keseluruhannya dan apakah perbandingan kos keseluruhan projek tersebut jika dibandingkan dengan kos projek asal terdahulu.

40. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan banyak laporan media dibuat berkenaan kes-kes buli dan gengsterisme di peringkat sekolah dan ia agak membimbangkan selepas ada yang mengalami kecederaan hingga ke peringkat yang parah. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan sekolah-sekolah di negara ini berada dalam suasana yang kondusif dan keselamatan pelajar serta warga pendidik sentiasa terjamin.

41. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan panduan bagi menggalakkan partisipasi mahasiswa dalam berpolitik.

42. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah nilai rampasan oleh kerajaan terhadap peniaga yang melanggar arahan Kerajaan kerana menaikkan harga barang daripada bulan Januari hingga Disember 2013. Jelaskan nilai rampasan menurut negerinegeri.

45. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk memansuhkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ternyata membebankan guru dan masyarakat, dan sila jelaskan adakah benar kerajaan menangguhkan perlaksanaan PBS sehingga masalah-masalah yang ada diselesaikan.

60. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini proses pengambilalihan oleh Kerajaan ke atas dua syarikat yang menjalankan AES iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd:-
(a) berapakah harga yang ditawarkan Kerajaan dan asas penilaian bagi harga tersebut dan berapakah harga 'indicative' yang diberikan oleh kedua-dua syarikat tersebut; dan
(b) siapa juru nilai yang dilantik Kerajaan bagi menjalankan penilaian ke atas kedua-dua syarikat operator tersebut.

67. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan pendirian kerajaan mengenai pengilangan, penjualan dan penggunaan tepung putih (bleached flour) kepada rakyat Malaysia.

69. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pandangan berhubung cadangan pelaksanaan secara berkala ujian pernafasan untuk mengesan kandungan alkohol terhadap atlet negara.

76. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah tangkapan dan pendakwaan dibuat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sejak ia dipinda pada tahun 2013 sehingga sekarang.

b. Perbahasan Usul
1.  (D.R. 23/2013) Rang Undang-undangSaraan Hakim (Pindaan) 2013 - Menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (8 April, 2014) [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


3. (D.R. 3/2014) Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 [ Menteri Pendidikan ]


5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Monday, April 7, 2014

Dewan Rakyat 8 April 2014 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 8 April 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah kejayaan program jihad memerangi orang tengah setakat ini dan apakah kesannya kepada rakyat serta nelayan.

2. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik serta jenis jenayah di Pulau Pinang mengikut pecahan tahun dari 2008 sehingga kini dan mengikut kawasan polis.

3. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pelarian Rohingya dari Myanmar. Berapakah bilangan mereka yang telah memasuki negara kita sejak lima tahun lalu. Apakah usaha kita bersama-sama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) untuk menghantar balik mereka ke negara asal atau ditahan di kem sementara. Jika ada, apakah masalah ini tidak dibincang dan diselesaikan di peringkat pertubuhan ASEAN.

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan laporan aktiviti pengintipan beberapa buah negara terhadap Malaysia.

5. Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah kerajaan menyediakan bantuan daripada segi kewangan dan latihan untuk membantu penduduk rumah panjang dalam industri pelancongan Program Homestay.

6. Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rasional JKR untuk tidak bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mewujudkan laluan berbasikal sepanjang 30km dari Tanjong Tokong ke Balik Pulau di bawah konsep yang dikenali sebagai “Green Road Sharing Concept”.

7. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab-sebabnya sesetengah sekolah menghadapi masalah memohon projek-projek penyelenggaraan kecil dan bekalan meja kerusi daripada PPD sehingga PIBG sekolah kena membuat permohonan daripada wakil rakyat.

8. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah kos pembiayaan dan peratus pembiayaan dan peratus pencapaian atlit-atlit negara yang bertanding di Temasya Sukan SEA Myanmar tahun 2013 yang lalu.

9. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan prospek industri herba dan bentuk galakan serta insentif yang diberikan oleh kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai hub herba di peringkat serantau dan antarabangsa.

10. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan asas dan rasional kenaikan kadar premium insurans kenderaan yang bermula 15 Februari 2014.

11. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah kerajaan akan membina mini hidro untuk Rumah Lawai, Selidong di pedalaman Parlimen Limbang sebagaimana yang telah dijanjikan.

12. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi setiap Klinik 1Malaysia di Sibu dan di Sarawak berbanding dengan Klinik 1Malaysia di Semenanjung Malaysia; dan
(b) adakah para doktor, ahli farmasi, jururawat dan kakitangan mencukupi memandangkan semakin banyak Klinik 1Malaysia dibina. Jika tidak, bagaimanakah cara untuk mengatasi kekurangan kakitangan di hospital, poliklinik dan Klinik 1Malaysia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha yang lebih menyeluruh dalam menangani masalah pengurusan sisa pepejal negara yang kritikal sekarang ini, merangkumi amalan rakyat dan proses pengurusannya.

32. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah pesuruhjaya bangunan di seluruh negara dan langkah kerajaan untuk mengupayakan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk menangani masalah pengurusan hakmilik berstrata.

53. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada apa-apa ketetapan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap pelaksanaan GST oleh Kerajaan pada tahun 2015 nanti.

54. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah peraturan atau “procedure” (standard operating procedure) serta tindakan di Hospital Besar Kerajaan Negeri apabila pesakit yang mempunyai rekod masalah jantung mengadu sakit dada dan sesak nafas dibawa ke bilik kecemasan hospital besar negeri.

55. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana kerajaan membuat kajian mengenai penggunaan polystyrene untuk membungkus makanan adakah selamat atau tidak dari sudut kesihatan.

59. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keluaran sayursayuran yang dieksport ke luar negara. Singapura pernah menyekat keluaran sayur dari Cameron Highlands dari memasuki Singapura kerana penggunaan
racun berlebihan. Adakah Kerajaan juga mengawal kemasukan sayursayuran dari negara jiran ke Malaysia untuk menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

64. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah SPRM menyiasat mana-mana pemimpin UMNO yang disabitkan bersalah oleh Badan Disiplin UMNO terlibat dengan politik wang; dan
(b) jika tidak ada, adakah politik wang tidak termasuk dalam definisi rasuah.

b. Perbahasan Usul
1.  (D.R. 23/2013) Rang Undang-undangSaraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]



4. (D.R. 3/2014) Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 [ Menteri Pendidikan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Saturday, April 5, 2014

Dewan Rakyat 7 April 2014 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 7 April 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan memandangkan perjanjian konsesi antara Kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya perlu disemak dan dinaikkan pada tahun 2011 yang melibatkan 13 lebuh raya maka kenapa ia tidak dilaksanakan sehingga Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.

2. Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah perbelanjaan bagi membiayai kajian pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris (BI) yang dijalankan kumpulan pakar Cambridge English yang dilantik oleh Kementerian serta nyatakan dapatan kajian tersebut secara terperinci.

3. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan dan usaha proaktif yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk bekerja sama dengan penduduk tempatan melalui
pelbagai pertubuhan tempatan untuk membasmi denggi dan menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan jelaskan kesannya.

4. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak sungai yang masih mempunyai status kelas 1 yakni yang boleh diminum tanpa rawatan.

5. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan walaupun percubaan pencerobohan kedua telah berjaya dibanteras oleh pihak pasukan keselamatan sama ada pencerobohan-pencerobohan di masa akan datang boleh dibanteras dengan
tindakan balas yang lebih cepat lagi supaya rakyat lebih yakin terhadap penubuhan 'ESSCOM dan ESSZONE' di negeri Sabah disebabkan tuntutan ke atas negeri Sabah oleh pihak-pihak tertentu masih belum digugurkan.

6. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada satu tender terbuka/terhad dibuat sebelum Kerajaan Persekutuan menganugerahkan pembinaan Hospital Wanita dan Kanakkanak di Hospital Kuala Lumpur kepada Konsortium Prohawk Sdn. Bhd., berapa lamakah tempoh konsesi dan berapakah jumlah bayaran tahunan yang perlu dibayar kepada Konsortium Prohawk Sdn. Bhd. sepanjang tempoh konsesi itu.

7. Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) apakah kerajaan bercadang untuk membesarkan ruang berlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan jumlah penerbangan adalah banyak; dan
(b) apakah kementerian mempunyai cadangan-cadangan lain untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan penumpang di sini.

8. Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimanakah program 6P memanfaatkan pengurusan pekerja asing. Apakah status terkini program 6P.

9. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah syarat tambahan menguasai Bahasa Mandarin sebagai keperluan untuk menjawat jawatan guru besar di SKJC merupakan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.

10. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sepuluh jenis penyakit kritikal di negara kita, angka masing-masing yang meliputi setiap kes terbaru, sembuh dan meninggal dunia pada tahun 2013 dan adakah peruntukan ubat-ubat perlu, katil pesakit dan rawatan di hospital Kerajaan mencukupi untuk pesakit kritikal.

11. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengikut jejak Kerajaan Negeri Johor untuk mengecualikan bayaran bunga pinjaman perumahan oleh kakitangan-kakitangan Kerajaan Persekutuan.

12. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil, berdasarkan Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, terhadap Rona Wildlife dan Anson Wong yang didakwa terlibat dalam penyeludupan haiwan liar
dalam program Al-Jazeera “The Return of the Lizard King”.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keuntungan dan perbelanjaan Tabung Haji mengikut tahun dari tahun 1994-2013.

28. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa banyak keperluan daging (lembu, kambing dan ayam) dalam tahun 2013 dan 2014. Apakah usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan untuk memastikan keperluan ini mencukupi tanpa mengimport dari luar negara.

36. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah telah dilakukan Audit Prestasi terhadap sistem-sistem perisian komputer yang dibekalkan kepada Kerajaan seperti e-Perolehan, e-Bahan, Human Resources Management Information System (HRMIS) dan termasuk sistem perisian untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi, sekiranya ada apakah hasilnya.

38. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-
(a) berapakah rumah mampu milik yang akan dibina di Parlimen Sepang dan berapa harga seunit rumah tersebut; dan
(b) mengapakah sehingga kini Kerajaan tidak ambil tindakan untuk membantu mangsa pembeli rumah di Taman Indah KLIA yang mengalami masalah tanah mendap.

41. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian untuk meningkatkan kesediaan dan kemampuan hospital-hospital besar Kerajaan menampung keperluan pesakit yang semakin ramai memerlukan rawatan memandangkan laporan pada bulan Februari 2014 menyatakan sepuluh peratus (10%) rakyat Malaysia sekarang ini memerlukan rawatan kesihatan hospital dan dengan keadaan harga barang-barang yang naik memaksa lebih ramai orang ke hospital Kerajaan.

42. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan syarikat-syarikat swasta yang telah mendapat kontrak utama projek fasa satu dan dua Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB).

43. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah Kolej Komuniti dan Giat MARA yang dibina di seluruh Malaysia mengikut negeri-negeri dan berapakah kos keseluruhan pembinaan tersebut.

48. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan menjelaskan kadar pengimportan daging ke dalam negara setiap tahun mengikut jenis-jenisnya serta negara asalnya dan sejauh manakah kawalan Kerajaan terhadap daging yang diimport supaya tidak ada pemalsuan seperti daging rusa palsu dan sebagainya sebagaimana yang pernah ditemui sebelum ini.

55. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kejayaan MySihat dalam mempromosikan budaya sihat di negara ini dan di persada antarabangsa.

56. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan sekolah di Selangor:-
(a) Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana U10; dan
(b) Sekolah Menengah Taman Bukit Subang.

61. Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan faktor pendesak FELCRA menceburi bidang hartanah.

63. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan rasional kenaikan tarif elektrik sedangkan Tenaga Nasional Berhad dilaporkan mendapat keuntungan bersih RM 4.61 bilion bagi tahun kewangan 2013.

75. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah rasional Kerajaan memilih proboscis monkey sebagai ikon Tahun Melawat Malaysia 2014.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pendidikan * Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014.

c. Perbahasan Usul
1.  (D.R. 2/2014) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 - Menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang”. (3 April, 2014) [ Menteri Kewangan ]


2. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Wednesday, April 2, 2014

Dewan Rakyat 3 April 2014 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 3 April 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah inisiatif Kementerian dalam membantu penoreh getah memandangkan bantuan Kerajaan hanya tertumpu kepada pemilik kebun dan bukan penoreh.

2. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-
(a) jenis dana yang telah diberikan oleh Kementerian kepada pelbagai industri makanan dan kejayaannya; dan
(b) berapa dana untuk tahun 2013 dan 2014 dan nyatakan kejayaan yang diperoleh dengan Program Tabung Untuk Makanan (3F-Fund For Food) setakat ini.

3. Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) apakah ciri-ciri pemilihan kawasan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ; dan
(b) bilakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan pembinaan projek perumahan mampu milik seperti projek perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis terutamanya di Kangar, Perlis seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

4. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk membantu belia-belia di bandarbandar besar yang berpendapatan sekitar RM3,000 sebulan yang dikatakan kehabisan wang gaji akibat sara hidup yang tinggi.

5. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bagaimana untuk memastikan keseimbangan harga barangan keperluan pengguna, berapakah jumlah terkini dan adakah perancangan di pihak kerajaan untuk mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk masyarakat luar bandar di Malaysia.

6. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-
(a) mengapakah Kerajaan enggan mendedahkan kepada awam data-data bagaimanakah Kerajaan menilai kaedah gred peperiksaan SPM hatta kepada PEMANDU; dan
(b) 10 buah sekolah yang mengambil ujian PISA dan apakah keputusan bagi setiap sekolah tersebut.

7. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah kerajaan telah melaksanakan program jaminan pembelian hasil pertanian daripada petani bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan kestabilan harga hasil dan produk pertanian.

8. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada kerajaan mempunyai satu dasar rasmi mengenai 'Utility Corridor'. Kenapa TNB dibiarkan membuat perparitan bawah tanah secara lintang pukang di banyak jalan raya dan membahayakan kerja-kerja sivil perparitan lain bagi utiliti baru seperti perkabelan rangkaian fibre-optics.

9. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah sambutan rakyat terhadap usaha kerajaan dalam kempen menurunkan harga barangan.

10. Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah graduan universiti tempatan awam dan swasta yang keluar bagi tahun-tahun 2011, 2012 dan 2013. Berapa peratus daripada mereka yang dapat diserap oleh pasaran pekerjaan semasa. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan oleh kerajaan bagi menangani fenomena pengangguran di kalangan graduan/siswazah.

11. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah Bank Negara Malaysia menaikkan tarif premium insurans kenderaan kepada 15 peratus yang dianggap terlalu tinggi, tidak munasabah dan menyumbang kepada peningkatan inflasi negara dan seolah-olah memberikan margin keuntungan lebih tinggi kepada syarikatsyarikat insurans kenderaan.

12. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk membaik pulih jalan raya di sekitar Kuala Lumpur khususnya di kawasan Batu. Berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk tujuan pembaik pulih jalan raya di Kawasan Batu antara 2009 hingga 2013.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pengamal perubatan tradisional dan Islam. Apakah usaha pengiktirafan yang telah dibuat terhadap pengamal perubatan tradisional dan Islam ini. Apakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Institut bagi Perubatan Tradisional dan Islam.

30. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah bilangan Graduan Juruterbang (pilot) yang masih menganggur sehingga Feb 2014, apakah sebab terjadinya fenomena sedemikian rupa.

31. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh mana kerjasama yang dilakukan antara pihak Kementerian, JAKIM dan penggiat seni dalam menggubal garis panduan industri berkenaan.

39. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan dasar, perancangan dan pencapaian Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan (CFFRC) yang diharap dapat meningkat dan mempelbagaikan hasil pertanian negara.

40. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian bersedia untuk menambah jam pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral.

44. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam menentukan hukum bagi masalah-masalah semasa, Majlis Fatwa Kebangsaan adalah antara institusi yang terlibat dengannya. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk memastikan kredibiliti Majlis ini, supaya apa yang diputuskan dan menjadi fatwa, akan dapat dilaksanakan dan diikuti oleh masyarakat.

45. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan Kerajaan menerangkan 10 perkara yang dipersetujui antara Perdana Menteri dan Masyarakat Kristian dalam isu Injil terjemahan dalam Bahasa Malaysia yang tertera perkataan 'Allah' yang ditandatangani pada tahun 2011.

50. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jaminan Kerajaan dalam memelihara kesucian ayatayat suci Al-Quran yang tercetak dalam majalah dan akhbar.

b. Perbahasan Usul
1.  (D.R. 2/2014) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Tuesday, April 1, 2014

Dewan Rakyat 2 April 2014 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 2 April 2014
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kebiasaannya apabila musim cuti sekolah atau musim perayaan, menyebabkan kedatangan pelancong ke Langkawi melalui Jeti Kuah melebihi kebiasaan. Ini menyebabkan akan berlaku kesesakan di laluan
Pekan Kuah ke Jeti Kuah. Justeru akan menyebabkan pelancong tertinggal bot dan sebagainya. Apakah ada perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

2. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa banyak projek perumahan terbengkalai di kawasan Parlimen Puchong dan apakah langkah-langkah untuk menyelesaikannya.

3. Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) apakah benar 70 peratus syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia menepati kehendak syariah seperti yang dilaporkan oleh media; dan
(b) berikan 10 syarikat yang teratas dari segi modal yang dikatakan menepati kehendak syariah itu.

4. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) kos kebajikan atau kehidupan yang ditanggung oleh Kerajaan bagi setiap orang banduan yang ditahan dalam penjara di Malaysia; dan
(b) sama ada layanan terhadap banduan adalah berdasarkan "United Nations Prison-Related Standards and Norms".

5. Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian akan campur tangan supaya pekerja tempatan bergaji hari diserap untuk gaji bulanan minimum RM800 dalam sektor perladangan terutamanya dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs).

6. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keperluan mengkaji untuk mengecilkan gaji dan elaun kakitangan awam dalam keadaan sara hidup yang lebih tinggi dan keperluan barangan yang meningkat.

7. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan adakah Kementerian sedar kadar caj meletak kenderaan di Kuala Lumpur adalah tidak seragam dan tidak munasabah. Adakah ianya dikawal selia oleh DBKL dan syarikat-syarikat swasta mengikut kategori-kategori dengan kadar yang boleh diterima pakai oleh pengguna.

8. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Jabatan Perdana Menteri, melalui Majlis Keselamatan Negara, bersedia mengadakan mesyuarat bersama dengan semua ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN di daerah Kuantan untuk mencari punca dan penyelesaian berlakunya banjir setiap tahun di musim tengkujuh yang menyebabkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit kepada ribuan penduduk Kuantan dan juga boleh menjana kaedah untuk meminimakan kesan tengkujuh supaya penduduk Kuantan dapat diselamatkan daripada kerugian tahunan tersebut.

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kementerian akan mengikut jejak langkah negara Ivory Coast untuk menyaman pihak-pihak yang memburuk-burukkan penanaman kelapa sawit
atas tanah gambut dan penyebaran bahawa penggunaannya membahayakan kesihatan adalah tidak benar dan berniat menghalang pembangunan.

10. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada satu rang undangundang diskriminasi 'disabiliti' akan digubal bagi mempromosikan dan melindungi hak golongan yang berupa OKU. Jika tidak, mengapa. Nyatakan
jumlah aduan daripada OKU sejak 3 tahun lepas untuk layanan yang sama rata dan akses pada pekerjaan, perumahan, pengangkutan dan di bidang perkhidmatan swasta dan Kerajaan.

11. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keberkesanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang melibatkan akhlak guru dan pelajar dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap individu yang mencederakan YB Timbalan Menteri Pendidikan di Hulu Selangor pada 11 Januari 2014 lalu.

12. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah bilangan kakitangan kerajaan yang bekerja di Jabatan Peguam Negara mengikut kategori masing-masing serta jumlah peruntukan kerajaan untuk Jabatan tersebut.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status kemajuan Projek Estet Padi NKEA di setiap negeri. Apakah jaminan Kerajaan pengusaha padi sedia ada tidak ditindas dan apa-apa pembaharuan dalam industri padi tidak hanya mengutamakan keuntungan syarikat pengusaha.

40. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah Kerajaan akan memajukan kawasan pelancongan di Batu Laut bagi menjadikan ia sebagai pusat pelancongan yang indah dan moden dengan kemudahan prasarana yang canggih dan lengkap sesuai dengan Batu Laut menjadi tuan rumah pertandingan perahu layar antarabangsa setiap tahun.

41. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kedudukan pertanian padi di negeri Kelantan : keluasan tanah yang ditanam padi , bilangan petani , hasil sehektar dan bantuan subsidi-subsidi yang diagihkan kepada petanipetani. Apakah yang menyebabkan hasil padi semakin menurun dan apakah musuh-musuh perosak yang dikenal pasti mengancam pertanian padi.

53. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah kadar maksimum masa untuk seorang guru mengajar di dalam seminggu.

63. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dan hasilan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia pada tahun 2013.

64. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah dan jenis jenayah yang telah dilakukan oleh mahasiswa sejak tahun 2010 hingga 2013.

67. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan motif pihak ATM mendakwa Mejar Zaidi Ahmad kerana mendedahkan isu dakwat tidak kekal dalam PRU-13.

70. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapa harga lantai padi tidak dapat dinaikkan dari RM750 per metrik tan kepada RM1200 per metrik tan.

72. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status projek Petronas di Kanada dan apakah kerugian yang ditanggung oleh Petronas sekiranya ada.

b. Perbahasan Usul
1.  Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undangPerbekalan Tambahan (2013) 2014 (D.R. 1/2014) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 seperti berikut: :
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” ( Menteri Kewangan ) Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis ( 1 April 2014 )

2. (D.R. 2/2014) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 24/2013) Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008