Thursday, December 12, 2013

Dewan Negara 12 Disember 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 12 Dis 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA MENTERI menyatakan status dan tahap pengurusan mengenai Keselamatan Data, Dokumen dan Rahsia Negara dan tindakbalas Kerajaan terhadap ancaman pengintipan dan pencerobohan asing terhadap keselamatan data, dokumen dan rahsia negara.

2. Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil, atau akan diambil, seperti kursus, latihan dan sebagainya, untuk mengurangkan jumlah orang yang disenaraihitam atau muflis, untuk membolehkan mereka mengatasi masalah kewangan mereka.

3. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) tentang usaha-usaha penambahbaikan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sesuai
dengan keadaan semasa. Sila nyatakan penambahbaikan yang sedang dan akan dirancang; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang akan menubuhkan agensiagensi khusus untuk menanganinya. Kalau ada sila nyatakan.

4. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan projek perumahan swasta yang
telah terbengkalai mulai 2009 sehingga sekarang dengan pecahan bilangan unit dan negeri dan dari jumlah ini, bilangan projek yang telah dipulihkan atau sedang dalam proses pemulihan mengikut pecahan negeri.

5. Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan strategi bagi memajukan golongan ibu tunggal sebagai golongan sasar untuk memastikan anak-anak mereka menjadi rakyat yang berjaya dan berguna kepada negara.

6. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) mengikut statistik terkini apakah 10 sebab-sebab utama (mengikut ranking) yang telah menyebabkan kemalangan berlaku di Malaysia sejak sejak 10 tahun yang lepas, apakah faktor-faktor utama yang akan mempengaruhi jangka hayat kenderaan di Malaysia dan adakah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Malaysian Institute of Road Safety -MIROS) telah membuat kajian yang teliti mengenai isu jangka hayat kenderaan di Malaysia dengan mengeluarkan kenyataan bahawa kereta berusia 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya dan adakah MIROS dan juga PUSPAKOM telah berunding dengan semua pihak yang berkepentingan (stakeholders); dan
(b) adalah benar bahawa jangka hayat dan “roadworthiness” sesebuah kenderaan di Malaysia adalah bergantung kepada teknologi asal digunakan (buatan Jerman lebih tahan lama), penyelengaraan yang baik (good maintenance) & berkala, mekanik yang berpengalaman & bengkel kereta yang lengkap dan penggunaan alat ganti asli dan lain-lain dan apakah kesannya kepada rakyat yang berpendapatan rendah, warga tua dan pesara kerajaan yang tidak lagi berkelayakan untuk mendapat pinjaman bank untuk membeli kenderaan baru jika Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan had jangka hayat kenderaan 12 tahun.

7. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah formula yang diguna pakai bagi menentukan nilai sesuatu hartanah bagi tujuan pengiraan cukai
taksiran dan apakah rakyat faham untuk mengaplikasikan formula tersebut ke atas harta milik mereka.

8. Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai pelajar-pelajar Melayu dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mereka di negara Kommonwealth dan USA
antara 2009-2013 dan berapa ramai telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan balik berkhidmat untuk negara dan berapa ramai tidak mahu pulang.

9. Tuan Lihan Jok minta PERDANA MENTERI menyatakan kejayaan Program Talent Corp dapat menarik minat golongan professional Malaysia yang bekerja di luar negara untuk balik berkhidmat di Malaysia. Adakah program ini masih diperhebatkan, jika ya, apakah fokus utama dari segi kepakaran, dan bidang ilmu.

10. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Malaysia sudah mencapai hasrat untuk menjadikan negara ini sebagai Hub Halal Dunia. Sebagaimana sasaran dalam Rancangan Malaysia ke 9 lalu, yang memperlihatkan keseriusan Kerajaan menuju ke arah Hab Halal Dunia menjelang 2010 seperti yang dirancang. Jika matlamat itu tercapai nyatakan badan induk manakah yang mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran Hab Halal Dunia. Jika tidak mencapai sasaran apakah punca yang dikenalpasti oleh Kerajaan.

11. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan membeli rumahrumah kedai kuota Bumiputera di negeri-negeri, memandangkan
pemilikan rumah kedai Bumiputera seluruh negara cuma 5% sahaja dan nyatakan berapa buah rumah kedai telah dibeli oleh setiap agensiagensi amanah Bumiputera Persekutuan di setiap negeri hingga sekarang.

12. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kewujudan TPPA menyaksikan maklumat rahsia yang dikongsi bersama oleh negaranegara terlibat sering kali bocor dan disalahguna oleh pihak-pihak tertentu. Apakah Malaysia akan mengkaji semula penglibatannya dalam turut serta menjadi ahli TPPA atau Malaysia akan membuat beberapa perubahan dalam TPPA sebelum menjadi ahli.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
19. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah strategi-strategi melalui Program Literasi dan Numerasi (LINUS) mencapai sasaran dalam memastikan semua kanak-kanak berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah.

30. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk menghapuskan duti import ke atas buku-buku memandangkan harga buku daripada luar
negara yang sangat tinggi di Malaysia.

34. Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pertimbangan Kerajaan terhadap permohonan Persatuan Gabungan Persatuan Penguasaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang memohon kenaikan tambang sebanyak 30%. Adakah Kerajaan bersetuju atau mempunyai alternatif lain untuk menyelesaikan tuntutan ini.

43. Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sehingga 31 Oktober 2013 berapakah kes anak warga asing yang cuba didaftarkan melalui hospital seperti mana yang
berlaku di Hospital Kinabatangan pada 30 Oktober 2013 yang lalu dan apakah langkah yang diambil untuk membendung penggunaan kad pengenalan palsu oleh warga asing secara berleluasa sekarang ini.

45. Dato' Dr. Johari bin Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah usaha-usaha yang telah dibuat dalam mengurus polariti agama dan budaya yang mempamerkan sebahagian besar pemimpin Malaysia adalah orang Islam yang mentadbir sebuah negara yang penduduknya terdiri dari berbilang agama dan bangsa.

55. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk menimbangkan manamana permohonan daripada kerajaan negeri di bawah Perkara 76A(1)
Perlembagaan Persekutuan khususnya Dewan Undangan Negeri Kerajaan Kelantan bagi pelaksanaan undang-undang Islam untuk umat Islam di Kelantan.

57. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah dan jaminan keselamatan yang disediakan kepada kakitangan keselamatan dan penguatkuasaan seperti PDRM, JKDM dan sebagainya dalam tempoh mereka menjalankan tugas.

75. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap 147 syarikat yang mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM54.03 juta
berdasarkan Laporan Audit Negara 2012.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.  (D.R.21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (11 Disember, 2013) [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


5. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


7. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Wednesday, December 11, 2013

Dewan Negara 11 Disember 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 11 Dis 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kesan perkongsian transformasi sistem pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di persidangan UNESCO di Peranchis baru-baru ini.

2. Datuk Pau Chiong Ung minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) sebagai usaha menggiatkan sektor SME, bajet 2013 telahpun menyediakan insuran kumpulan bernilai
RM5000 untuk penjaja dan peniaga kecil, minta penjelasan jumlah penjaja dan peniaga yang telahpun
mendapat manfaat daripada program berkenaan dan keberkesanan program tersebut; dan
(b) berapakah orang penjaja dan peniaga kecil telahpun mendapat manfaat daripada pinjaman dana kadar rendah dan jumlah amaun pinjaman yang telahpun diagihkan.

3. Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KESIHATAN menyatakan menghentikan terus penjualan minyak masak kitar semula sehingga dapat ditemui satu penyelesaian bagi mengawal mutu dan sumber pengumpulan.

4. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan dalam memastikan gejala gangsterisma ini dapat
dibenteras khasnya di peringkat akar umbi dan adakah Kerajaan mempunyai pelan alternatif bagi membendung gelaja ini yang melibatkan belia-belia yang masih di bangku sekolah.

5. Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah jenis dan tahap kerjasama antara Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

6. Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa DBKL terhadap permohonan menduduki PPR yang
sekarang ini sudah mencecah 42,000 permohonan. Apakah mekanisma Kementerian untuk mempercepatkan proses permohonan supaya tidak membebankan rakyat memandangkan kebanyakan
pemohon adalah datangnya dari golongan yang berpendapatan kecil dan sederhana.

7. Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana warga miskin boleh manfaat daripada pengumuman Bajet 2014 mengenai RM250 elaun bagi anak-anak mereka yang belajar di nurseri di bawah JKM. Apakah cara-cara bagi mendapatkan elaun ini.

8. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memastikan tiada ketirisan dana yang diperuntukkan untuk pembangunan nasional dan
perbelanjaan operasi di samping ketelusan dalam pemberian kontrak serta amalan surat sokongan yang kerap digunakan untuk mempengaruhi kakitangan Kerajaan untuk memintasi dasar dan tatacara standard Kerajaan dalam mendapatkan kontrak.

9. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah tarikh tamat perjanjian konsesi diantara kerajaan dengan Pengeluar-Pengeluar
Tenaga Bebas (Independent Power Producer) IPP dan apakah langkah/tindakan yang akan diambil selepas tarikh tamat tersebut.

10. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan telah membelanjakan 4 hingga 5 Billion Ringgit setahun untuk mengimplimentasikan BR1M. Adakah kaedah lain selain BR1M yang lebih baik untuk memberi bantuan kepada rakyat dan pihak Kerajaan juga perlu memikirkan cara untuk mengurangkan kos sara hidup seumpamanya kos minyak petrol dan diesel.

11. Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan menumpukan perhatian berkenaan palliative care di Malaysia dan pendedahannya kepada
masyarakat kerana pesakit kronik yang tenat seperi sakit barah semakin meningkat.

12. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status terkini pembayaran balik wang pinjaman PTPTN yang tertunggak dan sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan strategi dan tindakan untuk mendapatkan kembali wang pinjaman yang telah dikeluarkan.

13. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KESIHATAN menyatakan 10 penyakit utama yang menyerang penduduk negara ini mengikut keutamaan dan jumlah bilangannya.

14. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang menyebabkan Kerajaan yakin bahawa inflasi negara pada tahun 2014 akan kekal pada kadar 2%, dan sekiranya kadar ini meningkat, apakah tindakan Kerajaan dalam menanganinya.

15. Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk menangani masalah 'gangsterisme' di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Soalan MP PAS yang dijaduakan:
33. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang telah dijadikan asas kukuh terhadap transformasi pengajian tinggi negara.

45. Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan bila dan bagaimana undang-undang syariah yang ada sekarang hendak dipinda agar kuasa mahkamah syariah dapat dipertingkat secara lebih holistik dan diselaras ke seluruh negara.

65. Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menaikkan subsidi harga padi dari 25 sen sekilogram (sejak tahun 1990) kepada sekurang-kurangnya 35 sen bagi membantu 150 ribu keluarga petani seluruh negara. Jika ya, bilakah ianya akan dilaksanakan dan jika tidak, mohon berikan sebab-sebabnya.

83. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan dan peratusan kes-kes yang berkaitan dengan pertikaian perusahaan antara pekerja dan majikan bagi tahun 2011 hingga 2013 mengikut pecahan kes dan negeri serta keputusannya.

87. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bangsa dan agama pasangan yang melahirkan anak tak sah taraf di Pulau Pinang, Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan bagi tahun 2011 dan 2012. Nyatakan sebab ketidak sah tarafan.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.  (D.R.21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (10 Disember, 2013) [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


5. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


7. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Tuesday, December 10, 2013

Dewan Negara 10 Disember 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 10 Dis 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah punca-punca kegagalan mendapat kerjasama sektor swasta dalam menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) lalu; dan
(b) apakah strategi Kerajaan dalam memastikan sektor swasta membantu agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB).

2. Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah syarikat jualan langsung yang berurusan melalui internat di Malaysia. Adakah mereka ini membayar cukai dan berapakah jumlah cukai yang dapat dikutip daripada syarikat jualan langsung dari tahun 2008 hingga 2013.

3. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan walaupun Malaysia telah menjadi hub pendidikan bagi pelajar antarabangsa tetapi mutu dan kedudukan Universiti Awam di Malaysia jauh ketinggalan di persada Universiti ternama dunia. Apakah langkah Kementerian untuk menjadikan Universiti Awam di Malaysia berada sekurang-kurangnya antara 100 universiti terbaik di dunia.

4. Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk menentukan bahawa Kad Pengenalan Malaysia tidak diberi sewenang-wenang ataupun
dijual kepada orang asing oleh kelompok-kelompok yang tidak bertanggung jawab.

5. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan senaraikan jumlah perkahwinan dan perceraian yang didaftarkan di JAIN/ MAIN dan Jabatan Pendaftaran Perkahwinan
membabitkan semua kaum dan mengikut negeri dari 2008-2012.

6. Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mewujudkan Unit Pelajar OKU di setiap Institut Pengajian Tinggi kerajaan dan swasta, dan juga sekurang-kurangnya satu di setiap daerah untuk sekolah demi memberi perhatian kepada keperluan pelajar OKU di sekolah serta IPT.

7. Datuk Dr. Lucas Umbul minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan pencegahan yang diambil oleh Kementerian bagi menangani masalah tragedi berdarah di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah, yang mana pelancong Taiwan maut ditembak dan isterinya dilarikan oleh kumpulan bersenjata baru-baru ini. Apakah perancangan Kementerian untuk memperluaskan kawasan ESSCOM di sekitar kawasan-kawasan pelancongan yang terdedah dengan ancaman keselamatan.

8. Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kriteria dan cara untuk mengenal pasti rumah di setiap kawasan Parlimen yang perlukan bantuan membaiki/baik pulih serta apakah komitmen yang perlu diberikan oleh tuan rumah ini.

9. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada yuran pengajian tinggi akan dikurangkan sebagai langkah untuk membantu pelajar menghadapi peningkatan kos sara hidup.

10. Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan bahawa sekumpulan angkasawan akan dihantar ke International Space Station (ISS) untuk membuat kajian menjelang tahun 2016. Apakah kajian yang akan dilakukan oleh kumpulan tersebut.

11. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Malaysia berkelayakan dan mempunyai ramai pakar yang boleh dieksport bagi menjana pendapatan negara dari segi khidmat nasihat dan berapakah jumlah pendapatan yang telah dibawa pulang dalam tempoh setahun lepas.

12. Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk mengurangkan kadar jenayah dan kebanjiran warga asing terutamanya di kawasan Pasar Borong Selayang, Wilayah Persekutuan. Apakah tindakan pihak Kementerian sama ada jangka panjang dan pendek bagi memastikan rakyat di kawasan sekitar tidak rasa terancam dengan kebanjiran warga asing ini.

13. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) adakah Kementerian akan mengkaji dan menilai semula Skim Gaji Perkhidmatan Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ternyata telah ketinggalan jika dibandingkan dengan penjawat awam yang lain; dan
(b) apakah perancangan Kementerian dalam usaha mempastikan bilangan pensyarah universiti yang berkualiti dan mencakupi sesuai dengan pelan pendidikan nasional yang baru diperkenalkan sekarang.

14. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan aduan yang telah diterima oleh pihak Kastam Diraja Malaysia mengenai penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Kastam Diraja Malaysia dan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh pihak kastam untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara ini.

15. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi pampasan yang berpatutan
kepada mangsa Lembah Bertam yang telah hilang nyawa dan harta benda dalam insiden banjir pada 23 Oktober 2013, jumlah pampasan yang telah dibayar sehingga kini dan adakah kejadian ini dilindungi oleh insurans liabiliti awam.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
23. Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah TASKA yang berdaftar dan belum mendaftar dengan JKM dan apakah langkah yang diambil untuk membendung perbuatan mendera kanak-kanak semasa mereka di bawah jagaan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

37. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kaedah pembelian tiket perlawanan bola sepak yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan sewaktu pembelian tiket di kaunter sehingga menyebabkan kecederaan dan pergaduhan khususnya kaedah penjualan tiket secara atas talian (online).

56. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memperbaiki pengangkutan awam bandar.

58. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar kadet UPNM dalam memenuhi kehendak Kementerian Pengajian Tinggi dan dalam masa yang sama mematuhi arahan Kementerian Pertahanan Malaysia.

69. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana Kerajaan mengawal penjualan barang-barang yang mengandungi unsur khinzir dan sebagainya yang diharamkan bagi umat Islam yang terkandung di dalam ubat-ubatan dan barang keperluan lain seperti sabun.

72. Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sehingga 30 Oktober 2013 berapa tangkapan yang dilakukan terhadap Pengusaha Stesen Minyak yang mengubah suai pam untuk mendapat keuntungan berganda dan apakah tindakan yang diambil terhadap pengusaha berkenaan dan apakah langkah yang diambil untuk mencegah perbuatan tersebut.

81. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk menyemak dan mengkaji semula Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] memandangkan pelbagai isu melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan kali terakhir pindaan adalah semenjak tahun 1993 lagi.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.  (D.R.21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Disember, 2013) [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


5. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


7. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Monday, December 9, 2013

Dewan Negara 9 Disember 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 9 Dis 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cabaran-cabaran utama dan kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan dalam meningkatkan perpaduan nasional dan
apakah strategi jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi cabaran dan kekangan tersebut terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara kaum.

2. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan pengawal keselamatan warga negara dan bukan warga negara yang bekerja dalam negara kita dan nyatakan bilangan mengikut negara serta gaji pengawal keselamatan warga negara dan bukan warga negara.

3. Dato' Nalla K. S. minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa pihak Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 dan bukan pada tahun hadapan
dan apakah langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan rakyat memahami pelaksanaan GST ini bukan sebagai bebanan kepada mereka.

4. Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan dan bidang pelajaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi ijazah pertama yang diberikan sepanjang 2012 dan 2013, dan adakah
bilangan biasiswa ini akan ditambah.

5. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah intipan oleh Kedutaan USA, Australia dan Singapura dan adakah Kerajaan akan mengambil langkah seperti Kerajaan Jerman yang telah mula menggunakan teknologi yang lebih canggih daripada encryption iaitu produk-produk berasaskan teknologi Cryptography (Hardware Based 256bits-Military Grade).

6. Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan semua bangunan menyediakan akses untuk golongan OKU.

7. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada insentif khas terutamanya kenaikan pangkat kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat doktor falsafah dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

8. Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa adakah pihak Kerajaan sudah melaksanakan kajian terperinci sebelum melaksanakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau SPPBS sejak tahun 2012 dari segi tahap kebersediaan guru-guru dan lojistik sekolah, serta adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula perlaksanaan SPPBS ini memandangkan sejak dari perlaksanaan sistem ini, bebas tugasan guru menjadi semakin bertambah kerana memberikan lebih tumpuan kepada pengurusan pendidikan dan bukannya lebih kepada aspek pendidikan atau pengajaran teras itu sendiri.

9. Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi
masalah terutamanya tanah yang telah diambil alih oleh pihak pemaju; dan
(b) berapa banyak kawasan/tanah yang telah dibangunkan, apa status kawasan/tanah yang sudah lama terbiar dan tidak dibangunkan dan apakah rancangan Kerajaan untuk menyelamatkan projek-projek yang sudah lama terbengkalai kerana masalah kewangan dan pengurusan pihak pemaju.

10. Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang boleh dilakukan kepada pencerobohan di kawasan rezab sungai dan apakah perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah pemendapan sungai-sungai di Cameron Highland, selain daripada kaedah mengorek dan mendalam sungai.

11. Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan untuk mengilang ubatubatan generic supaya dapat mengurangkan kos pembelian ubat-ubat penting oleh pesakit pesakit di negara ini.

12. Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesediaan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) membuat perubahan kurikulum serta modul pengajian supaya menepati kehendak majikan dan pasaran kerja dalam industri bagi memudahkan para graduan mendapat pekerjaan.

13. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pandangan Kerajaan mengenai cadangan sesetengah pihak yang menggesa agar
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang pelupusan kereta yang telah melebihi 10 tahun dan apakah perkara ini relevan untuk dilaksanakan pada masa sekarang.

14. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanvel (CHOGM) Malaysia mendapat pengiftirafan di antara negara-negara Komanvel yang lain. Jelaskan kedudukan sebenarnya wanita di dalam ekonomi Malaysia dan berapakah peratusan sumbangan wanita di dalam ekonomi negara ini.

15. Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh mana kesan kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen seliter telah
mempengaruhi kenaikan harga barang di pasaran. 

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
21. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha dan inisiatif sedang diambil bagi mengatasi kerugian yang tinggi yang dialami oleh Kerajaan akibat daripada kemalangan maut pada setiap tahun, contohnya kerugian sebanyak RM8.3 billion dialami Kerajaan akibat 6,917 kemalangan maut pada tahun 2012.

22. Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pegawai imigresen yang diberitakan disogok oleh majikan dan ejen
sindiket yang mahu mendapatkan pekerja asing secara tidak sah yang kebanyakannya dari India dan Bangladesh dan bagaimana pemantauan dilakukan terhadap amalan khianat seperti ini dapat dibendung.

40. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi isu-isu dalam pengurusan sumber manusia yang merupakan cabaran semasa negara seperti isu mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing, pengeluaran tenaga mahir dan penguatkuasaan undang-undang.

78. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

81. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Kerajaan mengawal pengedaran dan penjualan minuman yang mengandungi peratus alkohol kurang daripada 5% yang dijual secara bebas sepertimana minuman lain di pasaran contohnya minuman “Jolly Shandy” berperisa Lemon dan Orange keluaran Carlsberg.

85. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pendirian terkini Kerajaan berhubung pembinaan Lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu dan Kuala Krai - Gua Musang di
Kelantan.

93. Dato' Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pada masa sekarang berapakah jumlah kanak-kanak yang menyertai Prasekolah seluruh negara dan apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menambah bilangan tersebut untuk menjadikan Pendidikan Prasekolah Malaysia ke tahap berprestasi tinggi.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.  (D.R.21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014  [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


5. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


7. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Thursday, December 5, 2013

Dewan Rakyat 5 Disember 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 5 Dis 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa beribu-ribu graduan daripada kolej-kolej kejururawatan yang tidak mendapat pekerjaan.

2. Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil-hasil kejayaan Ops 6P bersepadu dalam mengurangkan pendatangpendatang asing tanpa izin (PATI) untuk tempoh September hingga November 2013 mengikut bilangan PATI ditahan, didakwa dan dihantar balik serta statistik mengikut negara-negara asal mereka dan juga mengikut kesalahan-kesalahan yang dikenalpasti.

3. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji had maksimum umur pengawal-pengawal keselamatan yang diambil bekerja oleh syarikat keselamatan.

4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Kerajaan belum mengubahsuai polisi supaya mengeluarkan permit kerja sementara secara "automatik" pada pekerja asing yang telah mendakwa majikannya di Mahkamah Buruh ataupun Mahkamah Perhubungan Perindustrian supaya pekerja asing itu dapat teruskan kesnya sehingga mendapat keputusan.

5. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan yang diambil dalam persediaan seandainya ada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM di mana pelajar terbabit tidak memiliki sebarang sijil kelulusan akademik sejak darjah satu hingga tingkatan lima disebabkan tahun ini merupakan peperiksaan terakhir bagi peperiksaan PMR.

6. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang menambahkan lagi jumlah hari bersidang Parlimen memandangkan banyak persoalan negara dan undangundang yang perlu dibahas untuk diluluskan.

7. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dalam usaha memberi perkhidmatan bekalan air bersih di perkampungan orang asli apakah tindakan dan peruntukan yang telah disediakan. Sejauhmana kemudahan bekalan air bersih dinikmati masyarakat asli di seluruh negara.

8. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sama ada ia merupakan IPTA atau sebaliknya.

9. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan caj perkhidmatan kesihatan untuk pendatang asing mendapatkan rawatan di hospital-hospital Kerajaan terlalu rendah dan
merugikan Kerajaan jika dinilai daripada rawatan yang mereka terima. Contohnya sebagai pesakit luar setiap pendatang asing dicaj RM15 semasa pendaftaran dan mendapat pelbagai rawatan termasuk penyiasatan (ujian darah, radiologi dan lain-lain), rawatan seperti suntikan dan ubatan, prosedur termasuk ECG and EXR yang kosnya berkali ganda berbanding caj dikenakan. Apakah Kementerian akan mengkaji semula kadar caj dikenakan dalam usaha mengurangkan bebanan Kerajaan ke atas pendatang asing.

10. Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing yang dibawa masuk setiap tahun, jumlah sasaran kekurangan yang diharap dicapai dan tempoh-tempoh untuk mencapainya.

11. Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berkenaan proses-proses tender implementasi projek sekolah di Sarawak.

12. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan di manakah letaknya kedudukan Sekolah Agama Rakyat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan adakah Kementerian tidak berhasrat untuk mengembalikan bantuan per kapita kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang dinafikan semenjak tahun 2003.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kesan kepada petani dan peladang apabila Malaysia menandatangani perjanjian Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA).

40. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah benar Kerajaan membenarkan FELDA mengambil alih seluruh tanah peneroka dengan tawaran tertentu dan melibatkan urusan pajakan baru tanah ini kepada institusi kewangan.

47. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status pelaksanaan GST dan berapakah hasil yang bakal dipungut oleh Kerajaan.

52. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah tempat asuhan bayi dan kanak kanak di tempat kerja yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk kemudahan kakitangan awam seluruh negara.

b. Perbahasan Usul-Usul
1. Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM28,905 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

2. Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6 Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2013 yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST. 61 tahun 2013 disahkan.”

3. Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 dan Seksyen 25 Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 supaya Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Perdagangan Keutamaan di kalangan Negara-Negara Anggota D-8) 2013 dan Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.3) 2013 yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil.ST.100 dan ST.135 tahun 2013 disahkan.”

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan :

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa AES Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

Wednesday, December 4, 2013

Dewan Rakyat 4 Disember 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 4 Dis 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1.  Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha yang telah dilaksanakan bagi kempen perang Kerajaan terhadap orang tengah sebagai memberi harapan baru kepada golongan petani, peladang dan nelayan untuk mendapatkan hasil setimpal atas usaha dan keringat mereka selama ini.

2. Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa terdapat ketidakpadanan antara mata pelajaran yang menjadi opsyen guru dengan mata pelajaran yang diajar. Hampir 30 peratus guru kini mengajar Bahasa Inggeris tidak dilatih untuk mengajar bahasa tersebut, manakala hampir 3,600 guru terlatih untuk mengajar Bahasa Inggeris mengajar mata pelajaran lain.

3. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah kemajuan projek perintis "Kampung Abad ke-21" (21st Century Village) bagi meningkatkan penyertaan golongan muda dalam pertanian dan nyatakan setakat manakah model-model eksperimen Kampung Abad ke-21 ini telah dibangunkan.

4. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan memikirkan cadangan-cadangan untuk menjadikan OIC (Organisation of Islamic Cooperation) lebih berperanan dalam memperkasakan rakyat dan negara anggota.

5. Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan dan langkah yang diambil bagi meningkatkan keupayaan dan keselamatan golongan nelayan luar pantai dan laut dalam bagi mengelakkan kes rompakan seperti yang terjadi di perairan Selat Melaka baru-baru ini.

6. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos yang akan dibelanjakan untuk pengubahsuaian Bangunan Parlimen dan anggaran masa untuk bangunan tersebut disiapkan.

7. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah hasil pembangunan yang dilaksanakan bagi kepentingan rakyat terutama di luar bandar hasil penjimatan RM3.3 bilion daripada pengurangan subsidi minyak yang lalu.

8. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian hendak melanjutkan program J-QAF sehingga ke peringkat sekolah menengah seperti yang dirancang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

9. Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah perancangan pembinaan jalan raya untuk membolehkan pembukaan kawasan perindustrian baru untuk menampung kekurangan yang amat mendesak di Labuan pada masa ini.

10. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat membina landasan keretapi yang baru untuk melalui pekan-pekan dan bandar-bandar di seluruh Sabah hingga ke Sarawak.

11. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada pihak Kementerian Kesihatan bersedia untuk menaik taraf dari segi infrastruktur ataupun keperluan sumber manusia untuk klinikklinik desa, klinik-klinik komuniti dan klinik-klinik kesihatan di kawasan luar bandar dalam Parlimen Alor Gajah.

12. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah kesan penurunan permintaan eksport komoditi kerana suasana ekonomi dunia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah keuntungan kewangan atau manfaat kepada negara yang akan diperolehi dengan mewujudkan kompleks bebas cukai (duty free) di Tasek Kenyir Terengganu.

22. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selain daripada bergantung kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah, adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Unit Pencegahan Rasuah dalam jabatan-jabatan terutamanya jabatan yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

26. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perancangan pembinaan tebatan banjir di Sungai Golok Rantau Panjang yang sekian lama dipohon dan perlu diselesaikan segera, apakah Kementerian mengkaji kesan daripada pembinaan tebatan banjir sebelah Thailand yang sudah hampir siap terhadap penduduk sempadan di musim banjir nanti.

38. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes pendakwaan mereka yang ditahan di bawah Ops Cantas dan berapa pula yang dilepaskan tanpa pendakwaan.

41. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bentuk tindakan kepada majikan yang enggan mengambil pekerja wanita yang menutup aurat atau mengandung walaupun telah memenuhi syarat kelayakan.

42. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tujuan pelaksanaan Ops Cantas Khas dan apakah hasil pelaksanaan Ops Cantas Khas sehingga kini.

43. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha-usaha pemantauan oleh pihak Kementerian ke atas ubatubatan yang digunakan dan dibekalkan ke farmasi Kerajaan dan swasta.

52. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peruntukan-peruntukan yang telah diterima oleh golongan OKU dan warga emas pada tahun 2010-2012.

53. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah cara yang digunakan oleh Kerajaan untuk membasmi penyeludupan petrol dan diesel ke negara asing dan kenapa usaha itu tidak berkesan dalam menangani masalah tersebut.

54. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah mahasiswa yang telah ditahan atas dakwaan berpolitik.

55. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan garis panduan terhadp penggunaan Kalimah Allah (khususnya yang bertulisan Arab) pada lambang, logo dan lain-lain yang digunakan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]

3. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

4. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


6. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

8. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

9. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

11. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM28,905 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6 Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2013 yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST. 61 tahun 2013 disahkan.”

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan :
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 dan Seksyen 25 Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 supaya Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Perdagangan Keutamaan di kalangan Negara-Negara Anggota D-8) 2013 dan Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.3) 2013 yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil.ST.100 dan ST.135 tahun 2013 disahkan.”

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan :

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa AES Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.

Tuesday, December 3, 2013

Dewan Rakyat 3 Disember 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 3 Dis 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan untuk menambah kuota permohonan 1Azam khususnya di kawasan luar bandar memandangkan program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peniaga-peniaga kecil agar lebih ramai yang akan mendapat faedah.

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kekuatan Malaysia mendapat kedudukan ke-24 World Economic Forum dan langkahlangkah untuk menangani kelemahan negara dalam persaingan antarabangsa.

3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah tindakan bagi mengekang penularan penggunaan papan iklan dalam bahasa asing selain Bahasa Melayu dan Inggeris yang dilihat semakin berleluasa terutamanya di Jalan Silang, Jalan Chow Kit, Lebuh Pudu dan Jalan Ampang.

4. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan ulasan berhubung International Covenant on Civil & Political Rights (IPPR).

5. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) usaha Kementerian meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan anggota tentera; dan
(b) bentuk atau kerjasama ketenteraan dengan negara-negara jiran serta negara lain serta menjelaskan projek atau program yang dilaksanakan melalui pendekatan ”Blue Ocean Strategy".

6. Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pencen warga Telekom Malaysia (TM) yang sekarang bernilai RM250 akan dinaikkan ke sekurangkurangnya RM820.

7. Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah hubungan Kementerian dan Persatuan Sukan Induk dalam negara berada dalam keadaan harmonis. Terdapat sesetengah Persatuan Sukan lebih gemar mempolitikkan persatuan daripada memberi tumpuan kepada aktiviti pembangunan sukan dan pencapaian cemerlang atlit. Apakah kriteria yang digunakan bagi menghulurkan bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan.

8. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan terkini pencapaian hasil pengangkutan Keretapi Tanah Melayu ke Pantai Timur dan seluruh negara. Apakah usaha untuk memperkasakan pengangkutan kereta api dan apakah masalah-masalah utama yang dihadapi sehingga sekarang.

9. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar Malaysia yang memilih untuk kembali menyambung pengajian di Mesir selepas pergolakan tercetus di negara itu yang memaksa Kerajaan membawa pulang pelajar kita, dan berapa ramai pula pelajar yang memilih untuk melanjutkan pengajian di dalam negara atau universiti di negara lain.

10. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) memberi alasan bagi menunda tarikh persaraan kakitangan yang bekerja di lebih 258 syarikat; dan
(b) adakah tarikh persaraan kakitangan tersebut akan dinaikkan.

11. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah terdapat satu bentuk skim pinjaman perumahan khusus kepada rakyat di luar bandar membina rumah atau membesar rumah warisan keluarga untuk menampung pertambahan penghuni dan keluarga.

12. Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada semua sekolah diwajibkan menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Bolehkah sekolah-sekolah yang telah menubuhkan Lembaga Pengurusan Sekolah dikecualikan untuk menubuhkan PIBG.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan statistik jumlah pemain bola sepak yang terpalit dengan gejala rasuah dari tahun 2000 hingga 2012.

16. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ajaran-ajaran sesat yang telah diharamkan oleh Kerajaan dan apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan bagi menyekat penyebaran ajaran-ajaran tersebut.

28. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan 20 teratas Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah yang paling banyak menolak permohonan bantuan. Nyatakan juga 20 teratas Pejabat JKM Daerah yang paling banyak menerima aduan daripada masyarakat.

32. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perangkaan terkini pemilikan warganegara asing terhadap hartanah kediaman dan hartanah komersial di seluruh Malaysia.

42. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah Kementerian bagi menjamin mutu kerja dan prestasi pemborong-pemborong yang diamanahkan untuk menjalankan projek secara runding-terus atau reka dan bina (Design and Built) tanpa tawaran terbuka.

43. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah bilangan anggota tentera yang tidak berpencen dan adakah Kerajaan hendak merancang untuk memberi sagu hati tahunan RM1000 setahun sebagai penghargaan kepada mereka yang tidak mendapat pencen bulanan.

44. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mekanisme pemantauan terhadap pentadbiran dan kurikulum Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE).

54. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah kuantiti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pasaran di negara ini diimport daripada negara luar.

55. Dr. Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah sebab-sebab pencapaian tahap pendidikan kita berada di bawah pencapaian berbanding dengan negara-negara serantau sedangkan kos per murid di negara kita adalah lebih tinggi dan adakah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara dan Program Biro Tatanegara termasuk dalam bajet Kementerian ini.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (2 Disember, 2013)

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]


4. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


11. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008