Thursday, November 28, 2013

Dewan Rakyat 28 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 28 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang pelaksanaan jalan raya luar bandar terutamanya di Kinabatangan antaranya Jalan Kampung Buang Sayang, Jalan Kampung Karamuak, Jalan Kampung Sinar Jaya dan Jalan Kampung Bangkulat-Tongod.

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan alasan Kerajaan tidak meluluskan cadangan pembentukan polis bantuan di negeri bagi membanteras jenayah yang semakin berleluasa sedangkan bilangan anggota polis tidak cukup untuk menjamin keselamatan rakyat.

3. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan nilai eksport negara mengikut keutamaan komoditi bermula tahun 2010-2013 dan nilai import negara mengikut keutamaan komoditi bermula tahun 2010-2013.

4. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) lokasi secara spesifik di Bukit Raja, tarikh mula dan siap, jumlah kos pembinaan, kepakaran dan kemudahan perkhidmatan yang akan diberikan selaras dengan rancangan Kerajaan untuk membina hospital di Parlimen Kapar; dan
(b) lokasi secara spesifik, tarikh mula dan siap, jumlah kos pembinaan, kepakaran dan kemudahan perkhidmatan yang akan diberikan di Klinik Kesihatan Kapar Baru yang menggantikan Klinik Kesihatan Lama di bawah RP3, RMK-10.

5. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh kerajaan dalam usaha mempromosikan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan berapakah kos yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

6. Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa jumlah keluarga miskin di Batu Pahat, berapa ramai yang telah menerima bantuan dan apa rancangan untuk melepaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

7. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan jemaah haji Malaysia bagi tahun 2013/1434 Hijrah mengikut negeri dan mengikut peringkat umur serta nyatakan sejauh manakah Kerajaan memberikan keutamaan kepada warga emas untuk menunaikan fardhu haji tahun ini dan akan datang.

8. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha dalam memajukan tanah terbiar seluas 200,000 hektar di seluruh negara yang berpotensi untuk projek pertanian dan berdasarkan keluasan ini berapakah petani baru yang boleh mendapat manfaat daripadanya.

9. Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pengisian dan keperluan yang disediakan di peringkat awal kanak-kanak cukup untuk menghasilkan generasi yang bijak dalam menerajui negara dan apakah perancangan Kementerian untuk memantapkan institusi ini.

10. Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan dengan terperinci sistem pemantauan yang dilakukan bagi memastikan peruntukan yang disalurkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

11. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status Institut Wasatiyyah Malaysia yang diilhamkan oleh YAB. Perdana Menteri dan sejauh manakah sambutan negara-negara luar terhadap inisiatif yang diusahakan oleh Malaysia mengenai gerakan wasatiyyah di peringkat sejagat.

12. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah bekalan darah negara mencukupi kerana kerap kedengaran tahap simpanan yang sentiasa kritikal. Adakah peruntukan untuk pusat tabung darah juga mencukupi.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha-usaha konservasi sumber alam hasil dari impak perubahan cuaca dunia.

20. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa ramaikah bilangan miskin tegar dalam Parlimen Pengkalan Chepa dan apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi perkara tersebut.

32. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kadar sewa bulanan Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang dibayar kepada AIM Sdn. Bhd.

39. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah strategi Kerajaan menjelang 2020 untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan dan taraf hidup pendudukpenduduk luar bandar (rural) dan penduduk bandar (urban).

43. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) kesan terhadap jumlah hutang isi rumah (household debt) selepas Bank Negara mengetatkan peraturan untuk pinjaman peribadi dan perumahan Julai lalu; dan
(b) langkah untuk mengawal peminjam wang berlesen bagi memastikan hutang isi rumah tidak bertambah.

44. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenyataan yang digunakan oleh Kerajaan dalam menentukan harga minyak ialah turun naiknya harga minyak dunia. Semenjak 2008 hingga sekarang, berapa kalikah berlaku turun naiknya harga minyak pasaran dunia dan berapa kali pula ia mempengaruhi harga minyak di negara kita.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (27 November, 2013)

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]


4. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


11. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Wednesday, November 27, 2013

Dewan Rakyat 27 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 27 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan ;-
(a) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk menaiktaraf pusat pentadbiran, pengkalan, peralatan dengan kediaman bagi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia di Bintulu, Sarawak pada masa terdekat ini; dan
(b) sejauh manakah keberkesanan agensi ini menjalankan tugasan operasi semenjak ditubuhkan beberapa tahun yang lalu dari segi tangkapan, pencegahan dan lain-lain. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, DAP Bakri ]

2. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) alasan mengapa filem-filem tempatan tajaan FINAS kurang mendapat tempat di festival-festival filem antarabangsa; dan
(b) peruntukan yang disediakan bagi membuat kajian bagi skrip yang diluluskan tajaan FINAS.[ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan, BN Tasek Gelugor ]

3. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada pihak Kerajaan bercadang untuk mewujudkan one-stop-centre untuk urusan pelaburan asing sebagai langkah positif ke arah negara yang mesra pelabur asing demi menggalakkan lagi pelaburan asing di negara kita.[ Soalan Tambahan : BN Tebrau, PKR Indera Mahkota ]

4. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan doktor-doktor dan pakar-pakar di hospital besar Kuala Terengganu mencukupi memandangkan sehingga kini masih tidak ada kemudahan-kemudahan alternatif dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan di Kuala Terengganu.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Terengganu, BN Sekijang ]

5. Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah untuk memperluaskan usaha mengeluar lesen pemandu di luar bandar khasnya kawasan yang jauh dari pusat bandar.[ Soalan Tambahan : BN Mukah, DAP Seremban ]

6. Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah ada kerjasama pengecualian bayaran balik pinjaman belajar dengan agensi Kerajaan atau badan-badan yang memberi pinjaman kepada peminjam yang telah dikategorikan sebagai OKU akibat kemalangan yang menimpa diri mereka.[ Soalan Tambahan : DAP Teluk Intan, DAP Ipoh Barat ]

7. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian merancang untuk memperbanyakkan sekolah rendah agama dan sekolah menengah agama
integrasi di seluruh negara bagi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang mahukan sekolah Islamik. Kementerian mesti dengan kadar segera membantu sokolah-sekolah pondok secara progresif daripada segi infrastruktur dan gaji guru-guru sekolah pondok.[ Soalan Tambahan : BN Padang Besar, PAS Rantau Panjang ]

8. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan alasan-alasan secara teliti mengapa Kerajaan enggan mewujudkan institusi penyiasat bebas 'Ombudsman' bagi membolehkan orang ramai melaporkan pelbagai masalah termasuk salah laku atau salah guna kuasa.[ Soalan Tambahan : DAP Segambut, DAP Batu Gajah ]

9. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Hotel Seri Malaysia merupakan pilihan rakyat ketika melancong seluruh negara:-
(a) nyatakan persepsi kejayaan daripada sudut pendapatan kewangan, kadar penginapan, bilangan usahawan yang berjaya dalam bidang perhotelan; dan
(b) adakah Kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan hotel di seluruh negara.[ Dikemukakan tanpa Soalan Tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:


12. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana Kerajaan meningkatkan pendapatan bolehguna di kalangan rakyat supaya ekonomi domestik terus kukuh.

20. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah sebenarnya indikator krisis sosial yang melanda rakyat pada hari ini.

26. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kadar hutang negara bermula daripada tahun 1999 hingga 2013 dan apakah usaha-usaha Kerajaan membayar hutang.

30. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) butiran terperinci senarai projek-projek Kerajaan yang digolongkan sebagai projek-projek terbengkalai di Kawasan Parlimen Sepang; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah projek-projek terbengkalai di Kawasan Parlimen Sepang.

37. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jenis-jenis kawalan biologi dan keberkesanannya yang telah digunakan untuk mengawal Jangkitan Demam Denggi yang berleluasa dalam negara ini.

38. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa bajet Kementerian Kesihatan adalah kecil dan tidak seimbang dengan peningkatan penduduk dan infrastruktur,perkembangan teknologi perubatan,harga ubat yang meningkat serta kos kempen pencegahan yang tinggi dan adakah Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bajet tersebut demi mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

40. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perkembangan terkini tentang biodiesel daripada minyak sawit. Berapa banyak hasil tahunan yang sudah dikeluarkan oleh kilang di Malaysia. Setakat mana penerimaan pasaran dunia dan lokal kepada biodiesel ini.

41. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk memastikan agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan lain-lain melaksanakan Pendidikan Islam kepada para anggota mereka yang Muslim.

46. Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menaikkan royalti petroleum kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri pengeluar minyak lain daripada 5 peratus kepada 20 peratus.

47. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah tarikh landasan ETS daripada Ipoh ke Taiping boleh digunakan sepenuhnya. Adakah tarikh tersebut mengikut seperti yang dirancangkan.

53. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan perdamaian di Filipina selatan benar-benar berlaku dan pembangunan ekonomi dan hak politik rakyat di situ terbela.

Usul 18(1) oleh BN Tanjong Karang mengenai Comango & Hak Asasi Manusia - Di Tolak
Usul 18(1) oleh DAP Batu Gajah

Usul 12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Perbahasa Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi dan Kementerian Kesihatan.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (26 November, 2013)

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa :-

[ Kementerian Wilayah Persekutuan ]

[ BN Setiawangsa, PKR Lembah Pantai, BN Titiwangsa, DAP Segambut, BN Labuan, PKR Batu, DAP Cheras ] [ Rehat ]

[ DAP Seputeh, DAP Kepong, PAS Sepang, PAS Kuala Terengganu, BN Kuala Kangsar, PKR Subang ]

[ Penggulungan - DAP Segambut, PKR Batu, DAP Seputeh, BN Setiawangsa, DAP Segambut, DAP Seputeh, PAS Kuala Terengganu, DAP Segambut, DAP Cheras, DAP Taiping, DAP Segambut, PKR Wangsa Maju, PKR Lembah Pantai, DAP Seputeh, BN Setiawangsa, DAP Seputeh, PKR Wangsa Maju, PKR Kapar, PAS Sepang, DAP Batu Gajah ]

[ Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi - BN Sik, PKR Kelana Jaya, BN Jerlun, PAS Pasir Puteh, BN Tuaran, PKR Pandan, BN Lipis, PAS Sepang ]

[ Penggulungan - ]

[ Kementerian Kesihatan - ]

[ Penggulungan - ]

Tuesday, November 26, 2013

Dewan Rakyat 26 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 26 Nov. 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil dan produk yang telah dicapai dalam program penggalakkan inovasi negara serta berapakah peruntukan yang diberikan sepanjang tempoh lima tahun yang lepas. [ Soalan Tambahan : ]

2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan tapak projek tambak laut yang telah diluluskan oleh Kementerian untuk negeri Melaka. Adakah semua projek tambak laut ini mempunyai kajian EIA dan adakah kajian ini termasuk kesankesan Ekosistem Benthic.[ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, BN Parit Sulong ]

3. Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) langkah mewujudkan suasana perniagaan komprehensif bersandarkan kepada undang-undang persaingan; dan
(b) bagaimana Kementerian melihat amalan-amalan kartel, monopoli dan berpakat dalam menetapkan harga bakal menjurus kepada pasaran bebas tanpa kawalan dan pengguna dinafikan perlindungan yang lebih adil.[ Soalan Tambahan : BN Jasin, DAP Ipoh Barat ]

4. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab cuti menunaikan haji kepada kakitangan Kerajaan dihadkan kepada 40 hari sahaja sedangkan tempoh masa menunaikan haji di bawah kelolaan Tabung Haji ada yang mencecah 45 hari. Adakah Kerajaan bercadang menyelaraskan cuti haji sehingga maksimum 50 hari sejajar dengan tempoh masa menunaikan haji kelolaan Tabung Haji.[ Soalan Tambahan : PKR Pandan, BN Pasir Gudang, BN Kepala Batas ]

5. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) mekanisme Kementerian dalam mengatasi kelewatan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di IPTA dan IPGM ke sekolah semenjak akhir-akhir ini ; dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah sedangkan mereka ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.[ Soalan Tambahan : BN Lipis, PKR Pandan, PKR Kuala Langat ]

6. Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah hutang PTPTN yang tertunggak pada masa kini. Nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini. Adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk menyenarai hitamkan nama pelajar-pelajar yang gagal membayar balik hutang PTPTN di bawah sistem CCRIS atau C-TOS.[ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Timur, BN Mersing]

7. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada perancangan Kementerian untuk membina stesen NGV atau menambah pam daripada jenis NGV di stesen minyak sedia ada di Pulau Langkawi.[ Soalan Tambahan : BN Langkawi, DAP Bakri ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia untuk mendapat rawatan di sini. Berapa jumlah pusat perubatan yang menjadi tempat kunjungan mereka dan jumlah anggaran hasil untuk negara.
 
12. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perkembangan terkini siasatan kes runtuhan struktur Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu dan Masjid Tebauk, Bukit Tunggal.
 16. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tahap kesuburan tanah di setiap Projek Ladang Merdeka KADA dan berapakah jumlah input dan kos pembajaan serta racun yang digunapakai setiap musim, bagi setiap Ladang Merdeka, sejak Projek Ladang Merdeka KADA bermula. Apakah langkah terkini KADA dalam membantu para penanam padi menyuburkan tanah sawah dan mengurangkan kos input pertanian mereka.

26. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa kapal terbang untuk penerbangan Haji dan Umrah seringkali menggunakan kapal terbang yang lama dan kurang kemudahan, tidak seperti kapal terbang komersial ke destinasi-destinasi lain.

30. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah purata hutang seorang peneroka kelapa sawit yang menyerahkan urusan tanam semula kepada pihak Felda sehingga Felda menyerahkan kembali kepada peneroka kelapa sawit.

38. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah peruntukan dalam Petroleum Development Act 1974 Bahagian (5) untuk menubuhkan National Petroleum Advisory Council tidak diamalkan dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan hak dalam pengeluaran minyak dan gas.

39. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) senarai kajian dalam bidang perubatan yang hasilnya berjaya dipasarkan untuk manfaat rakyat Malaysia sejak 5 tahun yang lalu; dan
(b) jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk kajian-kajian tersebut.

46. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana indoktrinisasi fahaman Syiah menular di universiti-universiti dalam negara.

52. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kesan-kesan positif termasuklah dari segi peningkatan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara anggota Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) selepas lebih lapan tahun penubuhannya.

Usul 18 (1) bahawa Dewan ini mengecam Pengintipan Amerika, Singapura & Australian terhadap Malaysia oleh PKR Bukit Katil : - PAS Pokok Sena, PKR Batu, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena.

Usul 12(1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (25 November, 2013)

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa  :-

[ Sambungan Perbahasan - Kem. Tenaga, Teknologi Hijau & Air - PKR Kapar, BN Hulu Rajang, PKR Gombak, BN Tebrau, DAP Serdang, BN Jerlun, PKR Wangsa Maju, PKR Bayan Baru ]

[ Rehat ]

[ Penggulungan - BN Tuaran, BN Putatan, BN Tuaran, PKR Wangsa Maju, DAP Bakri, PAS Hulu Langat, PKR Bukit Katil, BN Tebrau, PKR Gombak, BN Jerlun, DAP Kulai, PKR Gombak, PKR Indera Mahkota, PKR Gombak ]

[ Kementerian Sains & Inovasi - PAS Hulu Langat, BN Sekijang, PKR Gopeng, BN Putatan, PKR Batu, DAP Bakri, DAP Rasah, DAP Stampin, PKR Sungai Petani ]

[ Penggulungan - ... ]

[ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan - BN Lenggong, PAS Sepang, BN Titiwangsa, DAP Seputeh, BN Gerik, PSM Sungai Siput, BN Labuan, PAS Bukit Gantang, BN Kuala Kangsar, DAP Serdang, BN Jerantut, PKR Bayan Baru, BN Pasir Gudang, PKR PJS, BN Sik, BN Mersing, DAP Batu Gajah, BN Setiu, DAP Bakri, BN Silam ]

[ Penggulungan - BN Lenggong, PAS Sepang, DAP Serdang, PKR Batu, DAP Seputeh, PKR Bayan Baru, PKR Batu, DAP Serdang, BN Baling, BN Jerlun, PKR Batu, BN Titiwangsa, PKR Batu, BN Titiwangsa, DAP Seputeh, DAP Serdang, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Seputeh ]

Esok : -

1. Kementerian Wilayah Persekutuan.
2. Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi.

Sunday, November 24, 2013

Dewan Rakyat 25 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 25 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah peranan masyarakat dan PIBG yang boleh membantu menjayakan PPPM dan apakah sumbangan atau insentif yang boleh diberikan pada PIBG untuk suntik semangat masyarakat memajukan sekolah. [ Soalan Tambahan : BN Bagan Serai, PKR Nibong Tebal ]

2. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan pembinaan pusat perpindahan banjir yang tetap di kawasan berisiko tinggi berlaku banjir setiap tahun kerana penggunaan bangunan sekolah untuk dijadikan pusat perpindahan banjir menyebabkan banyak kelengkapan sekolah rosak dan hilang.[ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang, BN Gerik ]

3. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang terhadap syarikat-syarikat yang mencemarkan alam sekitar serta apakah data dan status terkini
bilangan syarikat-syarikat yang telah didakwa.[ Soalan Tambahan : BN Jerantut, PAS Kuala Terengganu ]

4. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Common Law Marriage masih diiktiraf di Malaysia selepas pelaksanaan Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976.[ Soalan Tambahan : Tidak Hadir ]

5. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana persediaan dibuat bagi melengkapkan anggota Jabatan Bomba & Penyelamat (JPBM) di Sabah untuk menghadapi kes-kes melibatkan gas/kimia berikutan wujudnya Projek SAMUR dan SGOT yang berasaskan minyak dan gas di Kimanis dan Sipitang.[ Soalan Tambahan : BN Sipitang ]

6. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah bebanan dan implikasi yang ditanggung oleh peminjam PPTPN sekiranya gagal menjelaskan pinjaman berkenaan.[ Soalan Tambahan : PAS Dungun ]

7. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) jumlah orang yang telah berdaftar sebagai pengundi Parlimen Belia Malaysia; dan
(b) kriteria-kriteria untuk memilih pengundi Parlimen Belia.[ Soalan Tambahan : BN Jelebu ]

8. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perkembangan terkini tentang penyediaan draf Rang Undang-Undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (RUU ABS), iaitu undang-undang yang diadakan bagi melindungi khazanah biodiversiti negara.[ Soalan Tambahan : PKR Bukit Katil ]

9. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan bersedia memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan hasil produk pertanian, ternakan, nelayan dan perladangan yang boleh meningkatkan ekonomi bagi jangka masa panjang berbanding dengan pemberian subsidi yang bersifat sementara dan bergantung dengan kemampuan kewangan semasa Kerajaan.[ Soalan Tambahan : BN Lawas ]

10. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang negara setakat 30 Jun 2013, dan nisbah hutang ini kepada GDP negara. Berapakah jumlah itu jika termasuk semua liabiliti kontingen (contingent liability) seperti jaminan yang
diberi oleh Kerajaan Persekutuan, semua Kementerian, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, dan syarikat-syarikat dimiliki Kerajaan Persekutuan.[ Soalan Tambahan : DAP Sandakan, BN Kota Tinggi ]

11. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan depoh tahanan hasil tindakan pihak berkuasa untuk menangkap pendatang tanpa izin (PATI) dalam operasi pembersihan besar-besaran yang dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : BN Parit ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh mana agensi Kerajaan dan swasta memanfaatkan perkhidmatan penyinaran yang ada di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.

22. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah saman AES yang telah dikeluarkan dan berapakah jumlah keuntungan yang diterima oleh syarikat penyelia perkhidmatan AES.

28. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mengkaji semula kedudukan cuti harihari kebesaran yang tidak melibatkan acara keagamaan yang jatuh di tengah minggu dibawa ke sama ada hari Jumaat atau Isnin bagi meningkatkan produktiviti pekerja Malaysia.

30. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam Rancangan Malaysia (RMK-8, RMK-9 dan RMK-10) untuk negeri Kelantan, berapa peratuskah projek yang telah dilaksanakan mengikut perancangan dan peruntukan yang disediakan.

Usul 18(1) Oleh PKR Kuantan.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (21 November, 2013)

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2014 ]

[ Kementerian Kerja Raya - BN Kinabatangan, PKR Ampang, BN Tuaran, PAS Rantau Panjang, BN Sekijang, PKR Petaling Jaya Selatan, BN Parit Sulong, PKR Teluk Kemang ][ Rehat ]

[ PKR Teluk Kemang, BN Parit, DAP Sandakan, BN Lipis, PAS Pokok Sena, ]

[ Penggulungan - ]

[ Kementerian Pertahanan - ]

[ Penggulungan - ]

Thursday, November 21, 2013

Dewan Rakyat 21 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 21 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sekiranya cadangan bahawa cukai jalan bagi kenderaan-kenderaan kelas rendah dikecualikan sama sekali atau dihadkan pada satu kadar tetap nominal untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung kepada kenderaan sendiri dalam suasana pemotongan subsidi petrol. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PKR Bayan Baru, BN Kalabakan ]

2. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan insentif bagi mewujudkan bangunan hijau di premis-premis perniagaan.[ Soalan Tambahan : PAS Parit Buntar, BN Johor Baharu ]

3. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, berapakah bilangan Orang Asli yang didaftarkan sehingga kini dan berapakah jangkaan pertumbuhan mereka sehingga tahun 2020. Apakah strategi untuk membangunkan tempat perlindungan rumah kediaman kepada mereka yang telah dan akan dilakukan oleh pihak berkaitan.[ Soalan Tambahan : BN Kubang Pasu, PAS Kota Bharu]

4. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah masalah sosial dan ketiadaan harmoni sosial yang dihadapi oleh masyarakat India dan nyatakan polisi untuk membantu mereka.[ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Barat, BN Pasir Gudang, BN Mersing ]

5. Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dilaksanakan di bawah program transformasi yang bertujuan untuk menangani kos sara hidup rakyat seperti mana yang terkandung dalam NKRA.[tidak hadir]

6. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah projek menaik taraf kawasan CIQ di Rantau Panjang akan dilaksanakan dan berapakah peruntukan untuk menaik taraf jalan raya di Rantau Panjang serta pencerahan dengan lampu di sepanjang jalan utama menuju ke pintu masuk ke negara jiran Thailand.[Tidak hadir]

7. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah pinjaman pelajaran MARA yang telah dikeluarkan untuk tempoh masa 2004-2013 dan berapakah peratusan jumlah bayaran balik yang telah diterima untuk tempoh masa tersebut.[ Soalan Tambahan : BN Sekijang, DAP Bakri ]

8. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Malaysia terhadap Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) 2013, Human Rights Council, United Nations.[Tidak Hadir]

9. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) apakah program-program khusus yang dirancang atau dilaksanakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pembungkusan dan penjenamaan produk PKS; dan
(b) apakah syarat-syarat yang telah dikenakan kepada PKS bagi mendapatkan sijil 1-InnoCent (1-Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation) dan apakah faedah atau keistimewaan yang akan dinikmati oleh PKS yang mendapat sijil pengiktirafan ini.[ Soalan Tambahan : BN Kuala Selangor, DAP Bakri ]

10. Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pengesahan jawatan Pengetua Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang masih lagi dipinjamkan ke Kementerian Pelajaran sejak 2010, sedangkan MCKK menunjukkan prestasi mendadak sejak beliau
menerajui institusi itu. Apakah penghalang beliau disahkan sebagai penjawat tetap Pengetua MCKK sedangkan mutu pengetua seperti beliau sangat diperlukan dan bilakah beliau akan disahkan di dalam jawatan beliau.[ Soalan Tambahan : PKR Pandan, BN Kuala Kangsar ]

11. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengadakan undangundang dan membuat dakwaan kepada penyedia-penyedia makanan yang mana dengan kelalaian mereka menyebabkan orang-orang yang memakan makanan itu mendapat kemudaratan seperti sakit atau mati, sepertimana yang berlaku kes keracunan makanan di Kedah baru-baru ini.[tidak hadir]

12. Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menangani monopoli tokoh-tokoh politik dalam pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia dan sukan baik di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.[ Soalan Tambahan : PKR Bukit Bendera ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada Malaysia benar-benar bersedia sepenuhnya untuk memenuhi tuntutan-tuntutan Asean Economic Community (AEC) pada tahun 2015.

33. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan penambahbaikan yang telah dibuat dalam sektor pendidikan agama sepanjang 5 tahun. Apakah alasan pihak Kerajaan masih mengekalkan penggunaan buku Iqra di sekolah rendah walaupun ianya mengandungi kesalahan dan kekeliruan. Apakah ada usaha pemurnian dan penambahbaikan kandungan buku Iqra tersebut.

35. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan Kerajaan bercadang menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) atau MRSM Ulul Albab di Kawasan Parlimen Sepang.

42. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membangunkan pantai-pantai di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa seperti Pantai Mek Mas, Pantai Kundor, Pantai Kuala Pak Amat dan lain-lainnya untuk dimajukan sebagai tempat tarikan pelancong memandangkan tempat-tempat tersebut sangat cantik.

49. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan dalam mengatasi kehilangan senjata api dan gari polis seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

52. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah Biro Tatanegara yang masih beroperasi dan nyatakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk program ini sejak ditubuhkan hingga tahun 2012.

Usul 18 (1) mengenai Isu Bernas & Beras oleh PKR Alor Setar.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (20 November, 2013)

Menyambung Semula Perbahasan di Peringkat Jawatankuasa :-

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan

[ Perbahasan - PKR Pandan, BN Jerlun, PAS Bukit Gantang, BN Putatan, DAP Kulai, BN Hulu Rajang, PKR Nibong Tebal ] [ Rehat ] [ BN Kota Tinggi, PKR Kuantan, BN Kanowit, PAS Pokok Sena, BN Tuaran, DAP Seputeh, BN Parit, PAS Kuala Terengganu, DAP Sibu, PKR Sungai Siput ]

[ Penggulungan - PKR Pandan, BN Tasek Gelugor, DAP Kulai, PAS Bukit Gantang, PAS Pokok Sena, BN Kulim Bandar Baharu, PAS Bukit Gantang, PKR Kapar, PAS Pokok Sena, BN Tasek Gelugor, PAS Bukit Gantang, PAS Kuala Terengganu, DAP Kota Melaka, DAP Seputeh, PKR Sungai Petani, PAS Pokok Sena, PKR Kuantan, PKR Sungai Petani, PKR Gombak, PKR Kapar, PKR Sungai Petani, PKR Gombak, PKR Sungai Siput, PAS Pokok Sena ]

Minggu Depan :-

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya & Kementerian Pertahanan (mengikut Jadual Baru)

Wednesday, November 20, 2013

Dewan Rakyat 20 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 20 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing masih berleluasa sehingga kini, sebagaimana keterangan Supritendant Mohd. Azman Mohd. Sapri dalam keterangan beliau dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Isu Pendatang Tanpa Izin di Sabah.

2. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan kakitangan Kerajaan yang dibuang kerja dan diambil tindakan tatatertib kerana terlibat di dalam kegiatan politik.

3. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-
(a) adakah kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan kebolehpasaran yang tinggi seiringan dengan institut kemahiran yang lain; dan
(b) apakah langkah ataupun tindakan yang dilakukan oleh pihak Kementerian bagi menarik minat generasi muda untuk sentiasa aktif mengikuti program yang dijalankan oleh pihak Kementerian.

4. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik kesalahan plagiat di universiti-universiti dalam negara.

5. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dari segi perancangan Unit Perancang Ekonomi (EPU) berapa lagikah peruntukan yang diperlukan dan tahun berapakah kesemua jalan-jalan di bawah kawal seliaan JKR Negeri Sabah dapat diturap sepenuhnya.

6. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan lebih lanjut tentang fungsi Deklarasi Integriti Perniagaan (Declaration of Business Integrity). Adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan saranan TI-M melarang parti politik daripada memiliki atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perniagaan, jika ya bila, jika tidak, mengapa.

7. Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa keluasan Ladang Sawit di bawah FELCRA telah diwujudkan di Sarawak setakat ini.

8. Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) status rundingan dengan Kerajaan Singapura berhubung dengan tren laju KL-Singapura; dan
(b) apakah peratusan kos pembinaan yang akan ditanggung oleh Singapura.

9. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah status kajian kereta elektrik yang akan dihasilkan oleh PROTON.

10. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan tahanan mengikut kaum di bawah operasi Ops-Cantas pada tahun 2013.

11. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pelan strategik dalam penyediaan tenaga mahir (vokasional) tempatan untuk keperluan industri pembinaan supaya tidak dikuasai oleh pekerja asing.

12. Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Mid-Term Review Rancangan Malaysia ke-10 akan diadakan dan adakah Rancangan Malaysia ke-10 tidak lagi diberikan tumpuan yang sama dengan RMK-RMK yang sebelumnya.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan peratus kadar jenayah dan jenis jenayah mengikut tahun bermula daripada 2008 hingga 2013 dan apakah usaha-usaha Kerajaan bagi mengurangkan kadar jenayah.

32. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan terkini cadangan pelaksanaan J-QAF di peringkat sekolah menengah.

35. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan alasan yang dikemukakan oleh Kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah untuk menjimatkan wang negara bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang berkualiti. Berapa banyak kemudahan yang telah disediakan di negeri Kelantan hasil daripada penjimatan tersebut semenjak tahun 2008.

44. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia menyediakan klinik bergerak secara berkala di beberapa kawasan yang didiami Orang Asli di Sepang yang tinggal berjauhan dari kawasan penempatan orang ramai seperti di kampung.

48. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah kampung terlibat dan jumlah pengguna yang telah berdaftar menggunakan perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar Internet 1 Malaysia. Apakah jenis-jenis laman web yang disekat dan apakah alasan Kerajaan membuat sekatan terhadap laman web Harakahdaily daripada capaian pengguna perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar Internet 1Malaysia.

49. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan bercadang untuk menarik balik seluruh subsidi bahan bakar yang berbaki dan bila akan dilakukan; dan
(b) pihak manakah yang menentukan harga di pam bagi RON97 dan apakah formula pengiraannya.

51. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk Ahli Parlimen membincang dengan lebih mendalam isu-isu penting seperti dasar luar negara, dasar ekonomi, dan perpaduan negara.

b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (19 November, 2013)

2. (D.R. 22/2013) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013 [ Menteri Kewangan ]


4. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (MencegahPenggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]


11. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

Tuesday, November 19, 2013

Dewan Rakyat 19 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 19 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah persempadanan wilayah Kota Iskandar ditetapkan selama-lamanya dan bilakah persempadanan akan dikaji semula untuk memasukkan kawasan Simpang Renggam yang mempunyai lokasi yang strategik. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, PKR Gombak ]

2. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah hasil kutipan zakat setiap tahun mengikut negeri. Adakah Kerajaan bercadang untuk memotong 2.5 peratus daripada gaji penjawat awam yang layak untuk mengeluarkan zakat dipotong terus kepada pusat pungutan zakat.[ Soalan Tambahan : PAS Pasir Puteh, BN Kepala Batas ]

3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang jatuh berbanding kebanyakan wang asing.[ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Bagan, BN Jasin ]

4. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan persediaan fizikal dan tenaga pengajar yang telah dan akan dilakukan untuk UiTM susulan pengumuman yang telah dibuat untuk menambah jumlah pelajar kepada 250,000 orang serta kajian tentang kesan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran.[ Soalan Tambahan : PKR Bukit Katil, ]

5. Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi memastikan semua empangan di seluruh negara berada dalam keadaan yang selamat. Apakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Badan Kawal Selia Empangan bagi memastikan semua Empangan dipantau dan di selenggarakan mengikut piawaian dan tahap keselamatan yang terjamin sepanjang masa.[ Soalan Tambahan : ]

6. Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah bilangan tahanan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping dan Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam serta nyatakan sebab-sebab penahanan tersebut.[ Soalan Tambahan : ]

7. Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah strategi jangka masa panjang bagi meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam di negara ini.[ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

8. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan yang telah diagihkan dan diterima daripada Dana PIBG di bawah Yayasan 1MDB.


10. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan berhubung cadangan penswastaan liga bola sepak negara.

14. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan program afirmatif untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan pendidikan golongan miskin kaum India dan jika tidak bagaimana Kerajaan bercadang mengatasi masalah kemiskinan di kalangan kaum India.

28. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan dan langkah Kerajaan dalam menangani defisit fiskal Kerajaan ke atas perbelanjaan mengurus terutama sekali dalam bab perbelanjaan bekalan dan perkidmatan yang menyumbang 16 peratus daripada jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan.

30. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan konsep LOHAS (Lifestyles of Health and Sustainability) sebagai galakan kepada majikan merekrut pekerja yang prihatin kepada konsep hijau.

48. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan Pilihanraya bagi memilih Ahli-ahli Dewan Negara di masa hadapan.

52. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan Sekolah U10 dan kos pembinaannya.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (18 November, 2013)

[ Sambungan Perbahasan - B13 & P13 - Kementerian Luar Negeri - PKR Batu, BN Kinabatangan ]

[ Penggulungan - BN Larut - PKR Batu, PKR Permatang Pauh, PAS Shah Alam, BN Lenggong, PAS Tumpat, PAS Sepang, ] [ Rehat ]

[ Perbahasan - B41 & P41 - Kementerian Pendidikan - PKR Lembah Pantai, BN Tenom, PAS Parit Buntar, BN Kinabatangan, DAP Bukit Bendera, BN Jerantut, PKR Batu Pahat, BN Gerik, PAS Temerloh, BN Parit Sulong, DAP Ipoh Barat, BN Jerlun, PKR Kuantan, BN Putatan ]

[ Penggulungan - ..... ]

[ Perbahasan - B21 & P21 - Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - BN Parit Sulong, DAP Kulai, BN Pengerang, PKR Nibong Tebal, BN Lenggong, PAS Pasir Puteh, BN Jerlun, PKR Alor Setar, BN Hulu Rajang, PAS Kuala Nerus, BN Labuan, DAP Ipoh Timur, BN Jerantut, PKR Sungai Siput, PAS Pokok Sena, PKR Kuala Kedah, DAP Kota Melaka ]

[ Penggulungan - BN Pasir Salak - BN Parit Sulong, DAP Kulai, DAP Tanjong, DAP Kulai, DAP Ipoh Timur, BN Parit Sulong, PKR Nibong Tebal, BN Lenggong, PKR Nibong Tebal, BN Tebrau, PKR Sungai Petani, PKR Nibong Tebal, PKR Sungai Petani, BN Lenggong, PAS Pasir Puteh, PAS Pokok Sena ]

Dewan Ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

Agenda Esok Selepas Sesi Soal Jawab :-

1. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bagi Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.
2. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bagi Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar.

Monday, November 18, 2013

Dewan Rakyat 18 November 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 18 Nov 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) pendekatan Kementerian bagi menjayakan sasaran pembinaan rumah untuk rakyat; dan
(b) bagaimana kedudukan sekarang dan apakah masalah yang dihadapi sekarang.[ Soalan Tambahan : BN Lenggong ]

2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penjawat awam setakat Oktober 2013 mengikut bangsa, jantina, mahasiswa dan bukan mahasiswa. Berapakah daripada bilangan itu perlu ditambah setiap tahun untuk 5 tahun yang akan datang dan alasannya..[ Soalan Tambahan : DAP Segambut ]

3. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah status ASEAN Open Sky Policy sehingga hari ini; dan
(b) apakah pro dan kontra polisi ini kepada syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia terutama MAS..[ Soalan Tambahan : BN Sekijang, PKR Bayan Baru ]

4. Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) sehingga setakat ini berapa buah kampus cawangan UITM telah dibangunkan menerusi sistem PFI; dan
(b) syarikat manakah yang telah dikurniakan projek tersebut dan bagaimana pembayaran semula kepada modal syarikat dibuat dan berapa jumlahnya..[ Soalan Tambahan : PKR Batu Pahat, BN Kuala Selangor ]

5. Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam membangunkan industri terutamanya menggalakkan pertumbuhan IKS di daerah-daerah mundur seperti Sik..[ Soalan Tambahan : BN Sik, DAP Kepong ]

6. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) bilakah Kementerian akan membina Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spince Expressway-CSE) dan apakah status projek ini; dan
(b) adakah Kementerian bercadang untuk membina jalan raya dari Kuantan ke Ipoh melalui Jerantut, Kuala Lipis dan Cameron Highlands, sekaligus membuka Pahang Barat kepada pembangunan yang akan memberi manafaat kepada penduduk setempat..[ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Lipis ]

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah hasil dari strategi dan kempen yang dijalankan oleh kementerian untuk menangani masalah obesiti di Negara ini memandangkan Malaysia masih berada di kedudukan yang teratas dalam masalah obesiti di Asia Tenggara..[ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong ]

8. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kejayaan TalentCorp menarik warga negara di luar negara kembali berkhidmat di tanah air memandangkan peruntukan RM65 juta untuk program tersebut..[ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Kinabatangan]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah demonstrasi, memorandum, aduan dan surat kritikan terhadap anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah diterima sejak Pilihan Raya Umum 1959. Apakah Kerajaan berkeyakinan bahawa anggota SPR pada setiap pilihanraya mendapat kepercayaan awam.

27. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan di mana dan bilakah rumah PR1MA akan dibina di dalam Kawasan Parlimen Kota Bharu.

36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah had peruntukan kewangan yang diberikan kepada seorang Menteri untuk menggaji pegawai khas atau penasihat dan berapakah had bilangan pegawai khas dan penasihat yang boleh dilantik oleh seseorang Menteri.

55. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan keberkesanan pelaksanaan peraturan yang mewajibkan memasang lampu motosikal di siang hari.

Usul 12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (D.R.21/2013) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2014 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (14 November, 2013)

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - ]

B1 - B9, B40, P6 & P7 - PKR Permatang Pauh, BN Bintulu, DAP Gelang Patah, BN Putatan, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan - Rehat - PKR Batu, BN Tenom, PAS Temerloh, BN Lenggong, DAP Seremban, BN Gerik, PKR Gombak, BN Parit Sulong, PKR Sungai Siput, BN Jasin, PAS Rantau Panjang

[ Penggulungan - ]

[ BN Arau - PKR Gombak, DAP Seremban, BN Kinabatangan, DAP Seremban, DAP Bagan, BN Kinabatangan, DAP Seputeh, PKR Gombak, DAP Seremban, BN Kinabatangan, PKR Gombak, PAS Sepang, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, PKR Gombak, PAS Sepang, PKR Gombak, DAP Gelang Patah, PKR Lumut, PAS Kuala Krai, BN Lenggong, BN Kinabatangan, PKR Gombak, BN Kinabatangan, PKR Gombak, DAP Gelang Patah, BN Kinabatangan, PAS Sepang, DAP Bakri, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PKR Bayan Baru, PAS Parit Buntar, PKR Lumut, BN Putatan ]

[ BN Jerai - PKR Penampang, PAS Pokok Sena, DAP Bakri, PAS Pokok Sena, DAP Stampin, PAS Sepang, PKR Subang, PAS Parit Buntar, PAS Pasir Mas, PAS Bukit Gantang, PAS Pokok Sena ]

[ BN Pensiangan - PAS Parit Buntar ]

[ BN Selangau ]

[ BN Batang Sadong - PAS Sepang, PAS Tumpat, PAS Sepang, PAS Pokok, PAS Sepang, DAP Rasah, PAS Sepang ]

[ BN Muar - DAP Stampin, PKR Bayan Baru, PAS Sepang, PAS Pokok Sena, DAP Bakri ]

[ Perbahasan B10 - B12/ P10 & P70 - Kementerian Kewangan ]

[ BN Tenom, PAS Hulu Langat, BN Kinabatangan, PKR Batu, BN Titiwangsa, DAP Tanjong ]

[ Penggulungan - PAS Tumpat, BN Tuaran, BN Sibuti, BN Putatan, PKR Sungai Siput, BN Jasin, PAS Kuala Krai, DAP Sibu, BN Jasin, PAS Bukit Gantang, BN Putatan, PAS Parit Buntar, PAS Kuala Krai, PKR Batu, PKR Bayan Baru, BN Kanowit, PAS Hulu Langat, DAP Sibu, DAP Stampin, PKR Batu ]

[ Perbahasan B13 & P13 - Kementerian Luar Negeri ]

[ PKR Kapar, PAS Tumpat, BN Tuaran ]

Dewan Tamat jam 10.30 malam.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008