Thursday, October 31, 2013

Dewan Rakyat 31 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 31 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan atau pelan induk untuk membangunkan semua kampung baru di negara ini. Berapakah peruntukan yang akan disalurkan kepada semua kampung baru pada tahun 2014 dan apakah mekanisme penyaluran peruntukan.[ Soalan Tambahan : BN Ayer Hitam, PKR Nibong Tebal ]

2. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan jumlah keseluruhan projek River Of Life dan bilakah projek ini akan tamat.[ Soalan Tambahan : PKR Wangsa Maju, BN Kuala Kangsar ]

3. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memperkasakan sistem kewangan Islam sebagai ikonik baharu untuk ekonomi Malaysia serta nyatakan :-
(a) berapakah jumlah sumbangan industri kewangan Islam kepada pendapatan negara dari tahun 2003-2013; dan
(b) apakah kekangan semasa terhadap perkembangan kewangan Islam di Malaysia.[ Soalan Tambahan : BN Silam, PKR Bukit Katil, DAP Kota Melaka, DAP Beruas ]

4. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) mampu mengurangkan jurang ekonomi dalam masyarakat khususnya ketidaksamaan ekonomi antara kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.[ Soalan Tambahan : PKR Gombak, BN Putatan, BN Kalabakan ]

5. Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa kos dan komponen kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan dan tarikh kerja dijangka siap.[ Soalan Tambahan : BN Batu Sapi, PAS Kota Bharu ]

6. Dr. Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan akan memberi bantuan khas kepada semua orang-orang kurang upaya tanpa syarat samada mereka mempunyai pekerjaan ataupun tidak mempunyai pekerjaan.[ Soalan Tambahan : PAS Pengkalan Chepa, BN Parit Sulong, PAS Shah Alam ]

7. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pemegang dokumen IMM13 di seluruh negara dan apakah masa depan pemegang-pemegang dokumen tersebut.[ Soalan Tambahan : BN Tuaran, DAP Seputeh ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah rumah rakyat miskin yang dibina dan yang telah dibaiki termasuk projek penempatan semula yang telah dan akan dilaksanakan di Parlimen Rantau Panjang dan seluruh Kelantan.

20. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan maklumat tentang pembangunan industri akuakultur di negara kita dan apakah usaha yang dilakukan untuk membantu pengusaha Bumiputera dalam sektor ini.

24. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Hospital Shah Alam dan kos keseluruhan pelaksanaan projek hospital ini.

53. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menjadikan keretapi dan stesen keretapi sebagai tarikan pelancongan selain daripada Orient Express yang sedia ada.

c. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (29 Oktober, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (29 Oktober, 2013)

[ Perbahasan - PKR Penampang, BN Sik, PAS Kuala Terengganu, BN Kuala Kangsar ]

[ Rehat ]

[ Sambungan Perbahasan - BN Kuala Kangsar, DAP Raub, BN Sibuti, PKR Nibong Tebal, BN Tenom, PAS Pengkalan Chepa, BN Limbang, DAP Lanang, BN Labuan, PKR Kuala Kedah, BN Sabak Bernam ]

Dewan Ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Wednesday, October 30, 2013

Dewan Rakyat 30 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 30 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa banyak syarikat yang memohon penangguhan pelaksanaan gaji minimum. Apakah kekangan yang dihadapi mereka dan sehingga bila pihak Kerajaan perlu menangguhkan perkara tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Parit, DAP Ipoh Barat ]

2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan pekerja asing yang berada di negara ini, pecahan bilangan pekerja dengan izin dan tanpa izin pelbagai
negara sehingga 30.9.2013 serta bilangan pemutihan dan apakah langkah untuk mengurangkan penggantungan negara kepada pekerja asing.[ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, BN Mersing ]

3. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan faktor-faktor penyebab Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-24 paling berdaya saing daripada 148 negara dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2013-2014.[ Soalan Tambahan : BN Setiawangsa, PAS Tumpat ]

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan aduan yang diterima oleh MCMC sejak 1 Januari 2013. Nyatakan bilangan aduan dan jenis aduan yang telah diambil tindakan oleh MCMC.[ Soalan Tambahan : DAP Seputeh, BN Lipis ]

5. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dapatkah Kerajaan melaksanakan kelas-kelas PERMATA di luar-luar bandar di negeri Sarawak. [ Soalan Tambahan : BN Limbang, PKR Kuala Kedah ]

6. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan akan mengurangkan subsidi bagi petrol dalam tahun ini lagi dan juga pada tahun 2014 ; dan
(b) apakah rancangan Kerajaan untuk meringankan beban rakyat memandangkan subsidi turun mengakibatkan lagi barang/caj pengangkutan naik secara mendadak.[ Soalan Tambahan : DAP Lanang, BN Kinabatangan ]

7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi masalah projek-projek sakit, lewat, tertangguh, dan gagal yang membebankan Kerajaan dan merugikan rakyat, agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut tempoh yang dtetapkan.[ Soalan Tambahan : BN Jerantut, PKR Petaling Jaya Selatan ]

8. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bersedia menyelaraskan perkhidmatan teksi di seluruh lapangan terbang khususnya di LCCT kepada satu jenis perkhidmatan teksi sahaja bagi melindungi pemandu-pemandu teksi premier dan Van yang terjejas teruk; dan
(b) mengapakah gejala ulat teksi di lapangan-lapangan terbang di negara ini masih berleluasa.[ Soalan Tambahan : PAS Sepang ]
 
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian dapat menyelesaikan penempatan suami-isteri yang berkhidmat sebagai pendidik yang ditempatkan di negeri-negeri yang berasingan.

26. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah inti pati Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli
yang telah dijalan dan disiapkan oleh SUHAKAM dan sejauh manakah Kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan tersebut.

40. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan justifikasi cadangan penggabungan 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kepada sebuah universiti.

43. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah status motosikal tempahan khas yang ditempah daripada Orange County Chopper dan berapakah kos-kos serta tujuannya.

44. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kuarters Kerajaan di bawah Kementerian-kementerian berlainan (contoh JKR, KPM dan lain lain) yang tidak dihuni dan tidak diselenggara yang akhirnya rosak. Apakah polisi Kementerian mengenai hal ini.

Usul 12(1) bahawa adalah dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.
 
b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2013

c. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (29 Oktober, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (29 Oktober, 2013)

[ Perbahasan - BN Parit Sulong, PKR Gombak ] [ Rehat ] [ BN Sekijang, DAP Sandakan, BN Merbok, PAS Kota Raja, BN Tasek Gelugor, PKR Bukit Katil, BN Tebrau, DAP Kulai, BN Tuaran, PAS Sepang, BN Jelebu, DAP Sibu, BN Pasir Gudang, PKR Kuala Langat, BN Grik, DAP Bukit Bendera, BN Pulai, PAS Pasir Puteh, BN Hulu Rajang, PKR Penampang ]

Dewan Ditangguhkan pada jam 9.30 malam.

Tuesday, October 29, 2013

Dewan Rakyat 29 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 29 Okt 2013

a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan dan program yang dijalankan oleh Kerajaan terhadap wanita tempatan yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.[ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, DAP Kepong ]

2. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah inisiatif realistik untuk menubuhkan pasukanpasukan khas untuk menangani masalah 'rempit' di Malaysia, kos yang terlibat untuk menangani masalah ini serta usaha menangani gejala “dropout” dari sekolah yang biasanya akan direkrut ke dalam geng jenayah.[ Soalan Tambahan : DAP Batu Kawan, BN Jerlun ]

3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) bajet kewangan DBKL bagi Tahun 2013 adalah berjumlah RM2.188 bilion ringgit. Daripada jumlah ini, berapakah peruntukan yang diagihkan bagi tujuan penyelenggaraan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dilihat memerlukan penyelenggaraan berkala bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penduduk ; dan
(b) berapa pula jumlah peruntukan pihak DBKL untuk tujuan kebersihan di Bandaraya Kuala Lumpur.[ Soalan Tambahan : BN Titiwangsa, PAS Kota Bharu ]

4. Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan tanah terbiar di seluruh negara yang berpotensi dimajukan untuk projek-projek pertanian.[ Soalan Tambahan : PKR Nibong Tebal, BN Baling ]

5. Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan untuk menyiasat punca kemalangan bas Genting Highlands pada 21 Ogos serta menjelaskan mengapa pemandu bas yang disahkan mempunyai rekod kesalahan dibenarkan memandu bas tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian agar kejadian sebegini tidak akan berulang lagi.[ Soalan Tambahan : BN Bentong, DAP Bukit Bintang ]

6. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rakyat berpendapatan rendah yang berdaftar dengan pengkalan daftar e-KASIH dan sejauh mana dan bagaimana data dan sistem e-KASIH ini dimanfaatkan dalam menjejak dan membantu golongan ini.[ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Kepala Batas]

7. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status cadangan pembangunan Sek. Men. Keb. Agama (SMKA) di Seberang Perai Tengah dan kemudahan lain yang berkaitan di atas tapak No. H.S(D) 48862, Lot PT11, Mukim 18 Daerah Seberang Perai Utara. Sekiranya ada, bilakah cadangan ini akan dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : BN Tasek Gelugor, DAP Ipoh Barat ]

8. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah tempoh pelaksanaan dan usaha memperbaiki MRR2 Kepong, jumlah kosnya, kontraktor-kontraktor dan pampasan yang dituntut kerana kerja memperbaiki keretakkannya.[  Soalan Tambahan : DAP Kepong ]

9. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah doktor pakar yang berkhidmat di Hospital Kapit dan Hospital Belaga dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk membesarkan saiz kedua-dua hospital ini bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah di kawasan ini.[ Dikemukakan Tanpa Soalan Tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah perlindungan untuk melindungi sektor yang mudah terjejas jika TPPA dilaksanakan seperti sektor industri automobil dan pengeluaran beras tempatan yang bakal menghadapi saingan hebat dari produk dari negara maju.

36. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah syarat dan kriteria yang masih diperlukan oleh Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan bagi membolehkan ia digunakan sebagai pengkalan untuk bakal haji menuju terus ke Mekah.

54. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah perundingan telah dibuat dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri sebelum Malaysia menyertai siri perundingan Trans Pasific Patnership Agreement
(TPPA).

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 Oktober, 2013)

DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 Oktober, 2013)
[ Sambungan Perbahasan - PAS Rantau Panjang, BN Titiwangsa, DAP Ipoh Barat, BN Putatan ] [ Rehat ]

[ Perbahasan - BN Putatan, PKR Sungai Siput, BN Batu Sapi, PKR Kelana Jaya, BN Johor Bahru, DAP Bandar Kuching, BN Sipitang, PAS Bukit Gantang, BN Bagan Serai, PKR Selayang, BN Jasin, DAP Taiping, BN Labis, PAS Temerloh, BN Parit Sulong ]


Dewan Ditangguhkan pada jam 9.30 malam.
 

Monday, October 28, 2013

Dewan Rakyat 28 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 28 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pencapaian dan penyelidikan semasa yang dijayakan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). Sejauh mana IPPBM menyumbang kepada pemantapan idealisme dan pembangunan belia negara. [ Soalan Tambahan : BN Kepala Batas, PKR Bukit Katil ]

2. Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah kes HIV yang dilaporkan sejak tahun 1986 dan jumlah kematian akibat AIDS sehingga 30 September 2013 mengikut kategori umur dan jantina. Bagaimana pola jangkitan penyakit ini di Malaysia.[ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Titiwangsa ]

3. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan di peringkat Kementerian bagi memastikan Malaysia mempunyai barisan pekerja-pekerja awam yang berkualiti dan berkredibiliti.[ Soalan Tambahan : BN Kulim Bandar Baharu, PKR Gombak ]

4. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah pelatih yang telah melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan jumlah kos yang terlibat sejak ianya diperkenalkan ; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang menjadikan program ini betul-betul program Khidmat Negara seperti yang diamalkan oleh Korea dan Singapura agar jati diri dan disiplin belia betul-betul terbina.[ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, ]

5. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah kenderaan penumpang dan komersial bagi tahun 2010 hingga 2013 terkini mengikut bulan dan nyatakan faktor kenaikan dan penurunan jualan kenderaan berkenaan.[Tidak Hadir ]

6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah perkembangan terkini dan kejayaan Tabung Untuk Makanan (Fund For Food (3F)) yang dicapai untuk menjamin bekalan makanan yang stabil dalam negara; dan
(b) berapakan jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan semenjak tabung ini ditubuhkan bagi setiap kategori makanan utama.[ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Sibuti ]

7. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan nisbah pekerja asing kepada pekerja tempatan yang bekerja di dalam sektor industri pengeluaran/perkilangan dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal lambakan
pekerja asing ini.[ Soalan Tambahan : BN Pasir Gudang, PKR Kuala Langat ]

8. Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan rancangan Kementerian untuk menubuhkan "solar farm" sebanyak 50MW, 100 MW dan ke atas. Berapa dan di manakah lokasi-lokasi yang dicadangkan. Nyatakan syarikat-syarikat yang akan
menjalankan projek ini.[ Soalan Tambahan : PKR Bayan Baru ]


Soalan MP PAS yang disenaraikan
32. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan jenis-jenis kebudayaan pelbagai etnik dan bangsa dalam negara ini yang telah diklasifikasikan sebagai Warisan Negara.

39. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan Jambatan Kedua Sultan Yanya Petra telah dirasmikan oleh bekas YAB. Perdana Menteri pada tahun 2007 tetapi masih belum dapat digunakan sepenuhnya sehingga sekarang. Bilakah ia akan dapat disiapkan dan diguna sepenuhnya, dan berapa kos sebenar pembinaan tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan kelewatan dalam menyiapkannya dan berapa kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk projek ini.

52. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang untuk menangani sisa pepejal negara kita.

Usul 12 (1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.

b. Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (25 Oktober, 2013)
DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (25 Oktober, 2013)

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Ayer Hitam ] [ Rehat ] [ Sambungan Perbahasan - BN Ayer Hitam, PAS Marang, BN Kinabatangan, DAP Serdang, BN Pengerang, DAP Bagan, BN Baling, PKR Wangsa Maju, BN Lenggong, PAS Rantau Panjang ]

Dewan Tamat jam 8.30 malam.

Thursday, October 24, 2013

Dewan Rakyat 24 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 24 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah status pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah diluluskan semenjak tahun 2009 di kawasan Titok, Bunuk Begeing, Brenggang, Gelong dan Bukit Tungku setakat ini.[ Soalan Tambahan : BN Lubuk Antu, DAP Ipoh Barat ]

2. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sejak 2012 berapakah jumlah premis yang dibina atau disediakan di bawah EPP2 iaitu pasar-pasar komuniti dan karavan; dan
(b) adakah pihak Kementerian bercadang membina premis-premis atau kawasan tetap untuk pasar-pasar komuniti tersebut..[ Soalan Tambahan : DAP Raub, BN Kalabakan ]

3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pencapaian yang telah dicapai mengikut program Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar
Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar, Perluasan Liputan Selular (Time 3) dan Komputer 1Malaysia di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)..[ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, DAP Kepong ]

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah banduan di setiap penjara di Malaysia sehingga 30 September 2013. Nyatakan perbelanjaan makanan bagi setiap banduan setiap hari dan jumlah kos perbelanjaan penjara di seluruh negara bagi tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013..[ Soalan Tambahan : DAP Seputeh, BN Sri Mersing ]

5. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah penduduk bandar yang telah berjaya membeli rumah di bawah pelbagai initiatif-initiatif Kerajaan di bawah PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Jabatan Perumahan Negara dalam tempoh bermula Januari 2013 sehingga kini dan apakah perangkaan berkaitan bagi keseluruhan tahun-tahun 2011-2012 masing-masing; dan
(b) apakah statistik terkini pecahan dan kadar peratusan penduduk kawasan bandar yang memiliki rumah sendiri berbanding dengan yang menduduki rumah sewa bagi setiap negeri atau bandar-bandar utama setiap negeri..[ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PAS Kota Bharu ]

6. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bilangan Rumah Orang Tua di setiap negeri; dan
(b) bilangan orang tua di Rumah Orang Tua di Sibu dan apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi ketidak cukupan tempat untuk orang tua yang tiada keluarga atau penjaga..[ Soalan Tambahan : DAP Lanang, BN Parit Sulong, BN Bintulu ]

7. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang:-
(a) usaha Kerajaan dalam membantu mempertingkat ekonomi masyarakat luar bandar; dan
(b) langkah-langkah Kementerian dalam mengeluarkan golongan sasar daripada kepompong kemiskinan..[ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PAS Temerloh ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap 198 peminjam-peminjam tegar (sehingga 30 September 2013) pinjaman pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

27. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Projek Kertih-Kuantan Railway tidak beroperasi sedangkan ia telah menelan belanja lebih RM200 juta dan telah pun siap.

29. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kes tindakan disiplin melibatkan anggota tentera yang menjejaskan keistimewaannya sebagai pesara tentera.

38. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah panjang landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh (LTSAS) yang mula beroperasi pada 1 November 2012 yang menelan kos sebanyak RM42 juta sehingga yang beroperasi hanya penerbangan Firefly sahaja.

43. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah nisbah bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia setahun, dan apakah usaha yang Kementerian telah laksanakan untuk meningkatkannya.

48. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan jangka panjang untuk memperkasakan institusi media Islam khususnya TV Al-Hijrah dan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia.

49. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah dan usaha-usaha yang diambil dalam pemuliharaan sungai-sungai bagi menjamin bekalan air bersih dan sungai yang cantik untuk aktiviti rakyat.

53. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) statistik jenayah pecah rumah bagi tahun 2012 -2013 di Kawasan Parlimen Sepang; dan
(b) di manakah di kawasan Parlimen Sepang dikira kawasan “hot spot” jenayah.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Agenda 1 & 2 mengikut aturan Urusan Mesyuarat.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undangundang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (23 Oktober, 2013)

[ Perbahasan - BN Jasin, PAS Sepang, PKR Bayan Baru, BN Setiu, PKR Bukit Katil, DAP Tanjong ]

[ Penggulungan - DAP Beruas, PAS Sepang, PAS Kota Bharu, DAP Beruas, PKR Padang Serai ]

2. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

[ Perbahasan - DAP Seputeh, DAP Puchong, BN Kinabatangan, DAP Bakri, PKR Kapar, DAP Kulai, PKR Batu, PKR Padang Serai ] - Lulus

[ Penggulungan - ]

Wednesday, October 23, 2013

Dewan Rakyat 23 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 23 Okt. 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah terkini pendatang asing yang direkodkan datang ke negara ini; dan
(b) jumlah anggaran pendatang asing yang tidak dapat dikesan berada di negara ini. Apakah langkah mengatasinya, serta masalah yang dihadapi daripada isu ini terutama di Sabah . [ Soalan Tambahan : BN Lenggong, PKR Lembah Pantai ]

2. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah bilangan doktor wanita berbanding lelaki dan adakah ia memenuhi kehendak pelanggan, khususnya golongan wanita yang mahukan khidmat mereka.[ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Kuala Selangor ]

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah jumlah pengambilan dan peratusan perjawatan kakitangan Kerajaan dari Sarawak melalui permohonan portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2012-2013; dan
(b) apakah piawaian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengemaskini senarai-senarai pengiktirafan kelayakan universiti-universiti luar negara.[ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PKR Gopeng ]

4. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah senjata api yang dirampas oleh PDRM daripada penjenayah dari tahun 2008 sehingga terkini mengikut jenis model dan SOP untuk mengendalikan senjata api tersebut.[ Soalan Tambahan : DAP Seremban, BN Gerik ]

5. Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berkenaan hasil lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini.[ Soalan Tambahan : BN Julau, BN Pulai ]

6. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah permohonan pinjaman TEKUN Nasional mengikut kawasan Parlimen, berapakah yang sedang diproses, telah lulus dan permohonan ditolak setiap tahun daripada tahun 2008-2013. Berapa ramai yang memohon semula setelah permohonan pertama ditolak.[ Soalan Tambahan : DAP BAkri, PKR Bayan Baru ]

7. Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) berapakah bilangan graduan Ijazah Sarjana Muda daripada golongan Bumiputera yang mendapat Kelas Pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam tempatan; dan
(b) adakah mereka ini dibantu untuk mendapat tempat/pekerjaan/ruang untuk menyumbang kepada Negara kerana mereka ini adalah modal insan yang sangat bernilai kepada negara.[ Tidak Hadir ]

8. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk melakukan pindaan terhadap Akta 134 (Akta Orang Asli 1954) dan menyatakan perkara-perkara yang akan dipindakan serta perkara baru yang akan dimasukkan ke dalam akta ini.[ Tidak Hadir ]

9. Tuan Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah keluasan tanah NCR/Hak Adat atau bergeran yang terlibat dengan penanaman semula getah atau mini estate getah oleh RISDA di pedalaman Sri Aman.[ Soalan Tambahan : BN Sri Aman, DAP Bandar Kuching ]

10. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengumumkan atau menyenarai hitamkan perunding atau pemborong-pemborong yang di dapati terbabit atau bersalah dalam kerja-kerja bangunan yang runtuh dan rosak supaya tidak mendedahkan orang ramai kepada risikorisiko bahaya kerja-kerja akan datang.[ Tidak Hadir ]

11. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah persedian dan perancangan kerajaan untuk memanfaatkan TPPA sekiranya perjanjian ini dipersetujui dan ditandatangani.[ Soalan Tambahan : Bagan Serai ]

12. Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila "sole dispensing right" akan diberikan kepada ahli farmasi. Adakah Kementerian berhasrat untuk menguatkuasakan dasar untuk menyelaraskan bonus skim yang diberikan oleh syarikat ubat kepada kedai farmasi dan klinik.[ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap keberkesanan methadone dalam perawatan penagihan dadah dan berapakah kos keseluruhan yang telah digunakan Kementerian untuk tujuan tersebut.

26. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada kajian mengenai pendidikan matrikulasi atau program asasi pernah dilakukan dan dapatannya. Apakah Kementerian akan meneruskan sistem matrikulasi ini.

34. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mekanisme yang telah dilakukan untuk memantau status halal dan haram dalam penggunaan perniagaan internet.

41. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos penggunaan electronic monitoring device (EMD) kepada mereka yang dikenakan perintah sekatan.

44. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah gaji dan apa-apa bayaran yang telah dibayar kepada ketua pegawai eksekutif Vestigo Petroleum Sdn. Bhd. anak Syarikat PETRONAS Carigali.

55. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak PDRM hendak mewujudkan guru agama seperti kor agama di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

56. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa jumlah anak-anak syarikat Felda yang dipengerusikan oleh Pengerusi Felda pada masa ini; dan
(b) berapakah jumlah elaun yang dibayar oleh Felda kepada Pengerusi Felda setiap bulan dan berapa jumlah elaun yang dibayar kepada pengerusi Felda bagi setiap anak syarikat yang dipengerusi oleh beliau.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

[ Perbahasan - PKR Padang Serai, BN Tanjong Karang ] [ Rehat ] [ Perbahasan - BN Tanjong Karang, ]

Tuesday, October 22, 2013

Dewan Rakyat 22 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 22 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah strategi khusus Kementerian dalam memupuk minat dan membudayakan para pelajar di dalam bidang rekaan, inovasi, penciptaan dalam sains dan teknologi. [ Soalan Tambahan : BN Kota Tinggi, DAP Kepong ]

2. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan secara terperinci kos yang terlibat serta perkembangan terkini rancangan Program Angkasawan Negara Ke-2. [ Soalan Tambahan : DAP Rasah, BN Merbok ]

3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bolehkah Kementerian menyenaraikan projek infrastruktur yang telah dan akan dilaksanakan dalam program ESSCOM Sabah; dan
(b) berapakah nilai projek-projek berkenaan dan apakah kaedah pelantikan kontraktor-kontraktor pelaksananya. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Ipoh Barat ]

4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah FDI (Foreign Direct Investment) negara kita dalam tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 (hingga 30hb September, 2013). Apakah angka pecah untuk masing-masing negeri dan wilayah di negara kita. [ Soalan Tambahan : DAP Bandar Kuching, BN Kota Tinggi ]

5. Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah yang diambil bagi membendung tindakan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang ekoran tindakan Kerajaan untuk menyelaraskan harga subsidi minyak serta kenyataan pemaju perumahan yang berhasrat menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus atas alasan yang sama. [ Soalan Tambahan : BN Baling, PAS Bukit Gantang ]

6. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah terperinci yang diambil oleh Kerajaan untuk meringankan beban pesakit kanser, memandangkan pesakit kanser memerlukan rawatan dan pembedahan yang berkos tinggi dan ini telah membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana; dan
(b) usaha-usaha terperinci yang diambil oleh Kerajaan untuk membawa kesedaran masyarakat umum mengenai penyakit kronik ini. [ Soalan Tambahan : PKR Kapar ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian untuk membasmi kegiatan jenayah dan gengsterisme di kalangan belia.

32. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan perkara yang terangkum dalam 5 strategi Memperkasakan Ekonomi Bumiputera seperti yang diumumkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 14 September 2013 yang lalu.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.
 
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (21 Oktober, 2013)

[ Sambungan Perbahasan Semalam - DAP Bandar Kuching, PAS Pengkalan Chepa, PAS Bukit Gantang, BN Setiu, DAP Bagan PKR Kuantan ]

[ Rehat ]

[ PKR Kuantan, BN Bagan Serai, PKR Batu Pahat, BN Masjid Tanah, PKR Kapar, PKR Bayan Baru, DAP Kulai ]

[ Penggulungan - ] - Usul 54(2) membawa RUU ke Jawatan Khas - Di Tolak

[ Peringkat Jawatankuasa - ]

Dewan ditangguhkan pada jam 8.20 malam.

Monday, October 21, 2013

Dewan Rakyat 21 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 21 Okt 2013
a. Pertanyaan jawab lisan
1. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan limpahan peluang dan ruang yang bakal diberikan kepada Bumiputera Sabah yang mana agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera telah diumumkan YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).[ Soalan Tambahan : BN Tenom, PKR Gombak ]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendekatan Kerajaan untuk memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan berkaitan ulang kajian bahagian-bahagian pilihan raya dan sejauh mana kesediaan bagi merundingkan persempadanan semula dengan pihak pembangkang.[ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Kalabakan, PKR Indera Mahkota ]

3. Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Amerika Syarikat (AS) dan menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Sains
dan Inovasi Global (GSIAC) termasuk melawat pejabat Twitter, Google dan Facebook dalam usaha berterusan Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi dengan meningkatkan
kemampuan Malaysia dalam bidang sains dan inovasi.[ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Lembah Pantai, BN Kepala Batas ]

4. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah dan jenis pelaburan oleh FELDA dalam perniagaan seperti perhotelan di London yang tidak berkaitan dengan aktiviti teras
perladangan komoditi setiap tahun sejak 2000. Nyatakan prestasi kewangan pelaburan dan sama ada perolehan cukup untuk membiayai kos capex/pelaburan.[ Soalan Tambahan : DAP Bagan, BN Titiwangsa ]

5. Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejak Januari hingga September 2013 berapa banyak kes keracunan makanan yang berlaku di seluruh Negara khususnya di sekolah-sekolah.[ Soalan Tambahan : BN Tanah Merah, PAS Bukit Gantang ]

6. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perbelanjaan tahunan bagi pembangunan sukan negara antara 2008 dan 2012 terutamanya dalam sukan bola sepak serta senarai insentif dan program bagi memupuk para atlit/pemain bola sepak baharu dan kos yang dibelanjakan.[ Soalan Tambahan : PKR Bandar Tun Razak, PAS Kota Bharu ]

7. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penarafan “Fitch Rating” ke atas pengurusan kewangan Kerajaan Malaysia yang telah mencatatkan peningkatan 53 peratus daripada KDNK defisit telah menjejaskan pelaburan kewangan antarabangsa. Apakah unjuran “Financial Charges” yang diperlu dibayar dan berapakah unjuran tunai untuk melunaskan komitmen Kerajaan setiap tahun. Apakah sumber baru Kerajaan tanpa menerbitkan instrumen pinjaman baru.[ Soalan Tambahan : BN Kuala Kangsar ]
 
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengurangkan jumlah PATI yang sedia ada dan adakah Kerajaan
berhasrat untuk meminda syarat-syarat yang sedia ada untuk membolehkan golongan ini dapat mendaftar dan mengesahkan kehadiran mereka di negara kita.
 
18. Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha Kementerian untuk mengawal ubatubatan berbahaya daripada dipasarkan kepada rakyat. Adakah
tangkapan dibuat terhadap peniaga ini.

34. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) berapakah projek penyelidikan di Institut Pengajian Tinggi dan Institut Penyelidikan Awam Negara yang tidak dapat dikomersialkan mulai tahun 2008 sehingga 2013; dan
(b) apakah strategi Kementerian dalam usaha untuk mengelakkan kegagalan mengkomersialkan hasil dalam projek penyelidikan tersebut.

37. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bolehkah Kerajaan senaraikan hotel-hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal di negara ini.

57. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bagaimana konsep yang mudah dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat miskin luar bandar.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan 2014

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Padang Serai ] [ Rehat ] [ Sambungan Perbahasan - PKR Padang Serai, DAP Bukit Gelugor, BN Pengerang, DAP Seputeh, PAS Temerloh, DAP Puchong, BN Kinabatangan, PAS Sepang, DAP Bandar Kuching ]

Dewan Tamat Jam 5.30 petang.

Thursday, October 3, 2013

Dewan Rakyat 3 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 3 Okt. 2013

Usul menangguhkan Perbahasan Rang Undang-Undang  mengikut aturan mesyuarat 1 hingga 12 dan menyambung perbahasan atas usul kementerian kewangan kemudian dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan di tetapkan.


a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu belia-belia luar bandar untuk turut sama terlibat dan berpeluang meneroka industri sukan negara memandangkan kebanyakan belia luar bandar tidak dapat diketengahkan untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan seperti mana yang pernah dilakukan dalam program My Team disebabkan kedudukan geografi dan infrastruktur yang masih berada dalam keadaan yang serba kekurangan.[ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, ]

2. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang projek Tebatan Banjir Sungai Golok Rantau Panjang yang tertangguh sekian lama menyebabkan kerugian besar akibat banjir sedangkan kerajaan Thailand telah pun menyiapkannya, kesannya air banjir melimpahi sempadan negara kita dan menjejaskan operasi perkhidmatan agensi Kerajaan dan perniagaan serta pertanian rakyat tempatan. Bilakah projek tebatan banjir akan dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang, BN Baling ]

3. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha yang diambil bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya ubat yang diharamkan tidak mudah diakses melalui laman web oleh kalangan orang awam.[ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, PAS Tumpat ]

4. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah bayaran yang telah dibuat kepada agensi perhubungan awam untuk menghasilkan tema : "Endless Possibilities" iaitu tema sama yang digunakan sewaktu kempen "Eye on Mongolia" pada Ogos 2011 dan juga Israel.[ Soalan Tambahan : PKR Bukit Katil, BN Kuala Kangsar ]

5. Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) apakah punca begitu banyak penangguhan penerbangan awam yang berlaku semenjak kebelakangan ini; dan
(b) apakah langkah Kementerian untuk menyelesaikan perkara ini.[ Soalan Tambahan : BN Sepanggar, DAP Ipoh Barat ]

6. Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah dasar-dasar Kerajaan tentang isu perumahan pekerjapekerja asing. Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah pekerja asing yang membanjiri kawasan rumah kos rendah, rumah pangsa dan tamantaman perumahan.[ Soalan Tambahan : PKR Bayan Baru, BN Pasir Gudang ]

7. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah benar Kerajaan akan menghentikan pembuatan kereta jenis Proton Perdana. Adakah Kerajaan akan menggantikan kenderaan Kerajaan dari jenis Proton
Perdana kepada jenis Honda Accord. Adakah ini menunjukkan bahawa Kerajaan tidak menyokong syarikat Proton sebagai sebuah syarikat kereta nasional.[ Soalan Tambahan : BN Langkawi ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kadar pertumbuhan industri hiliran dalam bidang pembalakan dan perkayuan di Malaysia.
30. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian akan meluluskan pendaftaran Parti Pakatan Rakyat.

35. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah usaha dan tindakan Kerajaan Malaysia dalam membantu keganasan terhadap umat Islam dalam krisis di Mesir dan Syria.

57. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian terkini Kerajaan terhadap Resolusi Amman Message yang turut dipersetujui oleh Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk menyahut resolusi tersebut.

63. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah benar tarif elektrik akan dinaikkan dan nyatakan alasan kenaikan.

64. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengakui bahawa keputusan Fitch Ratings yang merendah taraf ( downgraded ) wajah (outlook) Malaysia daripada stabil kepada negatif berpunca dari ketiadaan disiplin fiskal (lack of fiscal discipline) oleh Kerajaan dan juga meletakkan perkembangan ekonomi negara dalam risiko yang tinggi.

76. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kawasan penanaman kelapa sawit yang dikenalpasti melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan keadaan jerebu setempat. Nyatakan jumlah operasi pemantauan dan
penguatkuasaan di kawasan penanaman kelapa sawit oleh Jabatan Alam Sekitar.

77. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) faktor yang menghalang SPR untuk mendaftarkan warganegara secara automatik apabila mencapai usia 21 tahun memandangkan sistem SPR telah diselaraskan dengan sistem ALIS di JPN; dan
(b) sama ada SPR bercadang mengkaji semula status pemilih dalam Daftar Pemilih Induk untuk menghapuskan kewujudan pengundi hantu.

81. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapa berlaku perbezaan dalam kos petisyen PRU-13.

91. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah Terengganu telah menerima Wang Royalti (Ehsan) sejak tahun 2000-2012 dan nyatakan projek-projek dan kos setiap projek pembangunan yang dijalankan menggunakan peruntukan tersebut.

94. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara jelas kadar kemiskinan mengikut negeri-negeri di Malaysia dari 2000 sehingga kini.

100. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dari tahun 2010-2012.

103. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan terkini Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

109. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan Kolej Vokasional dan sambutan yang diterima daripada pelajar lepasan SPM.

113. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa Jabatan Kerja Raya membina pembahagi jalan sebelum jalan dilebarkan di Simpang Halt ke Aulong (Jalan Utama Butterworth-Ipoh) sehingga kerap berlaku kemalangan di tempat tersebut.

117. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan 20 daerah terbanyak penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Nyatakan nisbah terkini pegawai kebajikan dan penerima bantuan bagi
setiap pejabat JKM Daerah.

121. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah faktor keganasan rumah tangga dan usaha mengurangkannya.

129. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan kebanyakan negara-negara pengeluar minyak dunia secara puratanya tidak menggunakan lebih dari 38% pendapatan tahunan minyak negara mereka, adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk berbuat perkara yang sama juga memandangkan sekarang ini tiada (limit) had yang ditetapkan dan sering peratusan wang minyak yang digunakan Kerajaan Malaysia jauh melebihi daripada 50%.

135. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peruntukan yang telah diberikan kepada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia bagi membiayai kajian-kajian baru dalam tempoh 2010-2012.

137. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dana-dana dan program-program yang diadakan khusus untuk rakyat berketurunan India yang miskin untuk
melanjutkan pendidikan dan juga untuk mempertingkatkan ekonomi mereka.

138. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian bagi menggalakkan usahawan-usahawan Bumiputera tempatan menubuhkan syarikat pasar raya tempatan Bumiputera untuk bersaing dengan syarikat-syarikat pasar raya terkenal dan antarabangsa memandangkan kesukaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat tempatan berbuat demikian hari ini.

144. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah projek pembinaan kompleks sukan yang masih terbengkalai atau tertunda dari tahun 2008-2012.

151. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan melanjutkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sehingga ke negeri Kelantan memandangkan jumlah Aliran Trafik ke negeri-negeri di Pantai Timur semakin meningkat dengan pesatnya, terutamanya di musim perayaan.

168. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa luaskah tanah-tanah yang digunakan untuk penanaman padi di Malaysia (mengikut negeri-negeri). Berapa luas pula tanah-tanah ini menjadi bendang terbiar atau ditukar guna kepada pertanian dan pembangunan. Apakah sebab-sebab petani-petani meninggalkan usaha menanam padi.

b. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ][ Tangguh ]

2. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ][ Tangguh ]

3. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ][ Tangguh ]
                                
4. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ][ Tangguh ]

5. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ][ Tangguh ]

6. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ][ Tangguh ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)
(Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ][ Tangguh ]

8. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ][ Tangguh ]

9. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ][ Tangguh ]
 
10. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ][ Tangguh ]

11. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan][ Tangguh ]

12. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ][ Tangguh ]

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan Usul Menteri Dan Ucapan-Ucapan Penangguhan.

Usul 20 Oleh DAP Ipoh Barat mengenai Jawapan Bertulis oleh Menteri.

Usul 18(1) mengenai masalah Hospital Umum Sarawak ( Mesin Radio Tarapi ) oleh DAP Bandar Kuching.

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini akan mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut bil.ST.47, ST.48, ST.49, ST.50 dan ST.51 tahun 2013 disahkan”.

[ Perbahasan - PAS Tumpat, DAP Kepong, PKR Bayan Baru ]

[ Penggulungan - BN Jasin, BN Kinabatangan, PKR Bukit Katil, BN Titiwangsa, PKR Kuala Kedah, ]

Ucapan-Ucapan Penangguhan :-

1. Tajuk :- Peningkatan Taraf Penyelenggaraan Kemudahan Awam di Bandar Awam. 
Oleh :- YB Tuan Er Teck Hwa ( DAP Bakri )
2. Tajuk :- Pendekatan Pengagihan Kuasa Pasaran Ke Negeri Bantu Selesai Masalah Perumahan. 
Oleh :- YB Tuan Shamsul Iskandar Mohd Akin ( PKR Bukit Katil )

Wednesday, October 2, 2013

Dewan Rakyat 2 Oktober 2013

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 2 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perancangan Kementerian bagi melahirkan atlet negara berprestasi tinggi semenjak alam persekolahan lagi dan nyatakan setakat ini bilangan atlet berprestasi tinggi dan bidang sukan yang telah dikenal pasti mampu melonjakkan nama negara di bidang sukan antarabangsa.[ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Bukit Katil ]

2. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang akan dilakukan untuk menghukum orang yang menggunakan ijazah palsu atau pun ijazah daripada universiti yang tidak diiktiraf seperti mana yang diamalkan di Singapura.[ Soalan Tambahan : DAP Serdang ]

3. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status kejayaan enam agensi awam iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA Holdings Berhad, Perbadanan Nasional Berhad FELDA dan RISDA yang diwujudkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sama ada benar-benar telah mencapai matlamat Kerajaan dalam mengurangkan serta membasmi kejayaan dan menyusun semula masyarakat daripada aspek keseimbangan ekonomi.[ Soalan Tambahan : BN Setiawangsa, PKR Nibong Tebal ]

4. Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) di benarkan untuk menukar tarif elektrik bagi kegunaan harta-harta bersama (seperti koridor, lif, pam air dan sebagainya) dari jenis tarif komersial kepada jenis tarif domestik.[ Soalan Tambahan : DAP Tanjong, BN Kuala Selangor ]

5. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa masalah pengangguran di negara adalah rendah dan terkawal jika hendak dibanding dengan negara-negara luar yang maju. Apakah langkah-langkah dan juga program-program yang sedang dan akan diadakan dalam mengurangkan peratus pengangguran terutama di kalangan siswazah.[ Soalan Tambahan : BN Gerik ]

6. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) yang diterima dan ditolak majistret dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Julai 2013 mengikut negeri serta suspek yang ditahan kerana melanggar IPO.[ Soalan Tambahan : PKR Ampang, BN Masjid Tanah ]

7. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menggunakan sistem merit mengikut kaum dan kawasan di Malaysia untuk kemasukan pelajar ke IPTA dan sekiranya ada, bilakah ia akan dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : DAP Tasek Gelugor, PKR Bayan Baru ]

8. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) adakah Kementerian akan membenarkan pihak CTOS meneruskan operasi menyimpan maklumat peribadi dalam data maklumat mereka dan digunakan secara tidak wajar untuk tujuan perniagaan atau keuntungan yang lumayan; dan
(b) adakah Kementerian sedar bahawa perniagaan yang CTOS jalankan adalah melibatkan pencerobohan privasi peribadi seseorang.[ Soalan Tambahan : PAS Sepang ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes jenayah berat yang telah berlaku sepanjang tahun 2010 hingga 2013 serta sejauh manakah taraf keselamatan awam di negara ini mengikut indeks negara dan bandar raya selamat di dunia.

42. Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan apakah sebab-sebab yang menghalang pemanjangan landasan tersebut.

45. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan kereta mengikut kategori jenama dan umur kereta. Apakah langkah Kerajaan dalam memastikan kereta keluaran tempatan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

56. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mekanisme tersebut yang diguna pakai bagi penyelesaian masalah tanah generasi pertama Felda yang melibatkan penceraian dan yang ketiadaan pewaris.

61. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah mengikut peruntukan dalam Petroleum Development Act 1974 di bawah Perkara Lima (5) di mana peruntukan untuk menubuhkan Petroleum Advisory Council yang terdiri daripada negeri-negeri atau pihak-pihak yang berkenaan yang mempunyai kepentingan sehingga hari ini belum diwujudkan dan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkannya.

77. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maklum balas Kerajaan terhadap laporan bersama Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) sebagai badan pemantau pilihan raya yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), yang menyimpulkan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai agak bebas tetapi tidak adil.

78. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah penerima BR1M 2.0 dan jumlah murid sekolah yang menerima bantuan RM100. Berapakah keseluruhan perbelanjaan untuk kedua-dua program tersebut.

82. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah peneroka Felda di Terengganu yang tidak menyerahkan urus tadbir ladang dan kenapakah pihak Felda tidak membantu golongan ini tidak dibantu untuk proses tanam semula.

85. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha SPR dalam melaksanakan proses persempadanan semula bagi menjamin kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya itu sejajar dengan undi yang diberikan rakyat kepada sesuatu pihak yang bertanding sesuai saranan Suruhanjaya Reid bahawa setiap undi itu harus mempunyai nilai setara.

97. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) mengapakah SPR enggan menjalankan proses persempadanan semula sebelum PRU-13 pada tahun 2013 sedangkan tempoh interval 8 tahun telah luput selepas persempadanan pada 2003 sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan; dan
(b) adakah SPR telah melanggar Perkara 113 Perlembagaan tersebut.

106. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mendedahkan projek-projek pembinaan sekolah yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan dari tahun 2010 hingga Jun 2013.

108. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh mana Kerajaan meneliti kesan perjanjian TPPA ke atas kos ubat-ubatan dan peralatan perubatan.

114. Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah insentif-insentif yang diberikan oleh pihak Kerajaan bagi menaik taraf kawasan perindustrian Pengkalan Chepa supaya mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.

119. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak kes-kes pembunuhan atau cubaan membunuh menggunakan senjata api dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Dari bilangan ini berapa banyakkah kes-kes yang dapat diselesaikan dan pembunuh dapat ditangkap.

126. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan Peraturan bagi membenarkan Penukaran Nombor Kenderaan Bermotor (interchange) antara nombor kenderaan yang sudah berdaftar dengan nombor lain yang juga sudah berdaftar.

152. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) jumlah dan status siasatan laporan polis berkaitan kesalahan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum ke-13; dan
(b) berapakah kes yang telah dibuat pendakwaan dan telah pun dijatuhkan hukuman.

153. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan di kalangan Bumiputera masih tinggi walaupun negara sudah merdeka selama 56 tahun.

161. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:-
(a) status terkini (2013) penjanaan tenaga elektrik yang disambung ke sistem Grid Nasional dan jumlah permintaannya; dan
(b) keupayaan atau pecahan penjanaan tenaga elektrik oleh TNB dan Loji Penjanaan IPP serta kos yang ditanggung oleh masingmasing.

166. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan isu KUDETA Mesir (Rampasan Kuasa Mesir).

172. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini sudah bermesyuarat, jika sudah bermesyuarat apakah statusnya dan kedudukannya sekarang.

173. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha meningkatkan kehidupan petani, pesawah dan nelayan.

b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kesihatan * Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

Usul 12 (1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan CPA & Ucapan penangguhan.

c. Perbahasan Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 8/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (1 Oktober, 2013) [ Menteri Dalam Negeri ]

[ Sambungan Perbahasan - BN Baling, DAP Puchong ]

[ Rehat ]

[ DAP Puchong, BN Tanjong Karang, PKR Gombak ]

[ Penggulungan - DAP Bagan, PAS Temerloh, PKR Batu, PAS Kota Bharu, DAP Bukit Gelugor, DAP Beruas, BN Pengerang, BN Kinabatangan, PKR Bukit Katil, DAP Kulai, DAP Taiping, DAP Puchong, PKR Gombak, DAP Ipoh Barat, PKR Subang ]

Undi - Sokong 115 Bantah 66 - Lulus

[ Peringkat Jawatankuasa ]

Fasal 3 - PAS Sepang - BN Tanjong Karang, DAP Puchong ] [ Penggulungan -... ] - Undi - Sokong 64 Bantah 113 - Di Tolak

[ Seksyen 3 - PAS Tumpat, PKR Gombak, BN Tanjong Karang ] [ Penggulungan -...]

Fasal 4 - 5

Fasal 6 - Pindaan oleh Menteri Dalam Negeri - PKR Subang, PKR Batu - Penggulungan - PKR Batu

Fasal 7 - 8 - Lulus

Fasal 9 - Pindaan - Lulus

Fasal 10 - Lulus

Fasal 11 - PKR Subang - PKR Padang Serai - Tidak Setuju

Pindaan oleh Menteri - PKR Batu

Fasal 12 & 13 - DAP Taiping - PKR Padang Serai,

Ucapan-Ucapan Penangguhan :-

1. Tajuk :- Tapak Pelupusan Sampah Haram Sg Klang, PJS3. Oleh :-  YB Tuan Hee Loy Sian (PKR Petaling Jaya Selatan)

2. Tajuk :- Isu Yang Akan Membantu Kanak-Kanak Mendapatkan Persekolahan. Oleh :- YB Tuan Sim Tze Tzin (PKR Bayan Baru)

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008