MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Thursday, April 26, 2012

Dewan Negara 26 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah aduan yang diterima dan berapakah tindakan yang diambil di bawah Whistle Blower Act 2010 sejak diperkenalkan pada penghujung tahun 2010.    

2.  Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN  TEMPATAN  menyatakan  langkah-langkah  yang  telah  diambil oleh  pihak  Kementerian  untuk  membendung  harga  hartanah  di  seluruh negara yang melambung tanpa had.  

3.  Dato'    Syed    Ibrahim    bin    Kader    minta    MENTERI    PENERANGAN, KOMUNIKASI    DAN    KEBUDAYAAN    menyatakan    adakah    Kerajaan bercadang  untuk  meningkatkan  masa  siaran  bagi  program  Islam  dalam Bahasa Tamil di RTM. Waktu siaran sekarang hanya 55 minit/sehari ke udara di Vanavil (saluran radio Tamil sahaja).   

4.  Tuan   Mohamad   Ezam   bin   Mohd   Nor   minta   PERDANA   MENTERI menyatakan   perkembangan   usaha   Kerajaan   memperkenalkan   langkah pengawasan  pendanaan  parti  politik  (political  financing)  khususnya  respons parti-parti politik terhadap langkah ini.  

5.  Tuan  Haji  Muhamad  Yusof  bin  Husin  minta  MENTERI  PENERANGAN, KOMUNIKASI  DAN  KEBUDAYAAN  menyatakan  jumlah  filem  dan  drama seram  dan  cerita  hantu  yang  ditayangkan  TV  tempatan  dari  Januari  2011 sehingga  sekarang.  Adakah  Kementerian  sedar  filem  dan  drama  tersebut
boleh merosakkan pertumbuhan minda kanak-kanak.  

6.  Dato'   Mohammed   Najeeb   bin   Abdullah   minta   PERDANA   MENTERI menyatakan  kejayaan-kejayaan  yang  telah  dicapai  oleh  Yayasan  Bantuan Guaman  Kebangsaan  (YBGK)  dan  langkah-langkah  yang  akan  diambil  bagi menjadikan YBGK lebih mesra pelanggan dan efisien.   

7.   Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah bil pembetungan  yang tertunggak oleh pengguna domestik  dan industri kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) dan nyatakan langkah-langkah bagi mengutip tunggakan ini.  

8.   Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-  
(a)      apakah   insentif   pihak   Kementerian   dalam   membaik   pulih perkhidmatan     atas     talian     bagi     pemohon     yang     ingin mengemukakan  persoalan  berkaitan  taraf  kewarganegaraan; dan
(b)      adakah pihak Kementerian mengalami kekurangan tenaga kerja yang menguruskan taraf kewarganegaraan. 

9.   Puan   Norliza   binti   Abdul   Rahim   minta   MENTERI   PEMBANGUNAN WANITA,  KELUARGA  DAN  MASYARAKAT  menyatakan  langkah-langkah komprehensif  yang  diambil  bagi  mengatasi  masalah  penambahan  bilangan warga emas menjelang tahun 2024 mengikut Jabatan Statistik Negara.  

10.  Tuan    Saiful    Izham    bin    Ramli    minta    MENTERI    PERDAGANGAN ANTARABANGSA  DAN  INDUSTRI  menyatakan  faktor-faktor  kenapakah sektor  pembuatan  (manufacturing  sector)  masih  gagal  menyumbang  secara lebih  signifikan  terhadap  pendapatan  negara  berbanding  dengan  industri petroleum  negara  sedangkan  umum  mengetahui  begitu  banyak  insentif  dan subsidi dalam pelbagai bentuk telah diberikan oleh Kerajaan kepada industri kecil   dan   sederhana   (SMEs)   serta   FDI   untuk   merubah   struktur   dan kebergantungan ekonomi negara.  

11.   Tuan  Baharudin  bin  Abu  Bakar  minta  MENTERI  PENGAJIAN  TINGGI menyatakan   adakah   pihak   Kementerian   bercadang   untuk   bekerjasama dengan  pihak  universiti  dalam  meningkatkan  nilai  modal  insan  terutamanya dalam     bidang     pengajian     ekonomi,     perniagaan     dan     perhubungan
antarabangsa.  

12.  Datuk  Haji  Yunus  bin  Haji  Kurus  minta  MENTERI  PERDAGANGAN ANTARABANGSA  DAN  INDUSTRI  menyatakan  inisiatif  yang  diambil  oleh Kementerian dan MIDA dalam memastikan nilai perdagangan luar (FDI) terus berdaya  saing  di  sebalik  kemelut  pemulihan  ekonomi  yang  perlahan  di Amerika Syarikat, krisis hutang di Zon Euro, gangguan perdagangan di Asia barat  serta  faktor  bencana  alam  di  Jepun  dan  Thailand  yang  menjejaskan rantaian bekalan.  

13.  Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM   SEKITAR   menyatakan   sejauh   manakah   keberkesanan   usaha penggalakan perlombongan mineral aktif dan lengai yang ada di Malaysia dan jumlah pekerja, premium, pendapatan dan keluasan yang diterokai mengikut
negeri sejak tahun 2000.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (24 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]



Wednesday, April 25, 2012

Dewan Negara 25 April 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria pemilihan penggabungan antara GLCs seperti MAS dan pihak swasta seperti AirAsia. Sebutkan jumlah penguasaan ekuiti MAS-AirAsia oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan penggabungan perniagaan syarikat penerbangan gergasi itu.

2. Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah model perancangan yang telah digariskan dalam memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara serta apakah program serta bantuan yang disediakan dalam menjamin kedudukan ekonomi mereka.

3. Dato' Ng Fook Heng minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah pengundi baru yang telah didaftarkan sejak tahun 2008 hingga sekarang mengikut kaum.

4. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-
a) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk membina jalan alternatif yang menghubungi di antara Bintulu dan Sibu memandangkan kos penyelenggaraan yang begitu tinggi; dan
b) jika ada, berapakah kos pembinaan jalan baru dan bila ia akan dimulakan.

5. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak kebelakangan ini, ramai individu yang menggunakan gelaran Dato’ atau Dato’ Seri yang diperoleh daripada sumber yang diragui kedaulatan mereka. Adakah Kerajaan mengiktiraf penggunaan gelaran tersebut dan jika tidak, apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk menangani gejala ini daripada terus menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

6. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan adakah terdapat cadangan untuk menubuhkan kawasan perniagaan berasaskan produk kemelayuan di Kuala Lumpur seperti mana wujudnya Petaling Street yang dimonopoli oleh kaum Cina dan Little India oleh kaum India.

7. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes dan kematian akibat denggi dari Januari hingga Mac 2012 mengikut negeri, berapa pula kes dan kematian tempoh yang sama tahun lalu dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mengawalnya.

8. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian dalam menyeragamkan harga barangan keperluan pengguna.

9. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi jangka panjang untuk membendung dan menghapuskan kutu-rayau, pengemis dan gelandangan terutamanya yang berasal dari negara luar.

10. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status terkini "krisis DBP-Dawama" yang beberapa bulan lalu bukan sahaja mengancam kelancaran penerbitan buku-buku teks sekolah, malah masing-masing mengancam hendak saling saman menyaman.

11. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam menganalisis Data Terbaru Taburan Hujan Negara dan merangka Pelan Tindakan Efektif bagi merancang kapasiti sistem saliran dan takungan air bagi mengelakkan berlakunya bencana banjir kilat di seluruh negara.

12. Datuk Haji Saat bin Haji Abu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kajian semula kuasa CTOS dan CCRIS yang berlarutan hingga kini dan sekali gus telah menyusahkan rakyat dalam negara ini.

13. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan institusi sosio ekonomi Islam seperti zakat, baitulmal dan lain- lain dalam memberi bantuan dan membiayai pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan bagi mengelakkan bekas graduan dibebani hutang belajar.

14. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini Tabung Siswazah (TUS) dan apakah perancangan strategik Kementerian dalam usaha memantapkannya.

15. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan yang akan diambil untuk memastikan bahawa kualiti Bahasa Melayu akan dikekalkan. Kebelakangan ini, jelas terlihat perkataan-perkataan baru Bahasa Melayu yang digunakan, khas di televisyen untuk, sari kata terutamanya untuk rancangan ASTRO.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (24 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Tuesday, April 24, 2012

Dewan Negara 24 April 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan keberkesanan peranan yang telah dimainkan oleh SME Bank dalam membangunkan usahawan IKS setakat ini. Apakah kemampuan bank tersebut dan strategi-strategi baru dalam memacu pertumbuhan usahawan IKS di samping meningkatkan sumbangan IKS kepada KDNK negara.

2. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan berusaha untuk memperluaskan pemasangan lampu jalan dengan menggunakan lampu berteknologi diod pemancar cahaya (LED).

3. Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk mewajibkan ladang-ladang untuk meningkatkan penggunaan jentera atau kejenteraan dalam operasi perladangan mereka kepada peratusan tertentu demi untuk mengurangkan kebergantungan berterusan kepada pekerja-pekerja asing.

4. Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status projek-projek perumahan di Pulau Pinang yang berjaya diselamatkan semenjak tahun 2008. Nyatakan nama syarikat penyelamat yang dilantik, jumlah unit serta jumlah perbelanjaan yang terlibat.

5. Dato' Ng Fook Heng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakah masalah kekurangan guru di SJK(C) berlarutan begitu lama. Apakah langkah-langkah yang drastik yang akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

6. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah penyedia perkhidmatan pengurusan pepejal yang berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara secara terperinci mengikut negeri. Adakah jumlah yang ada mencukupi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti di seluruh negara memandangkan ada kawasan seperti di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar yang merosot mutu perkhidmatannya.

7. Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apa tindakan yang diambil oleh Kementerian mengenai masalah lalu-lintas di kawasan sekolah yang menjadi semakin teruk kerana jalan-jalan dihalang oleh kenderaan-kenderaan yang menghantar dan menunggu murid-murid.

8. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pelaksanaan dan implimentasi Skim Kesihatan Nasional 1Care yang telah menerima tentangan hebat daripada masyarakat umum akibat daripada kekurangan maklumat dan komunikasi mengenai pelaksanaan program ini daripada pihak Kementerian.

9. Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sebab-sebab jumlah penonton atau "viewership" rangkaian TV1 dan TV2 yang semakin merosot dan sama ada Kementerian mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengatasi masalah tersebut.

10. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sekiranya Kementerian mempunyai satu kaedah pemantauan untuk mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan MBMMBI. Apakah langkah-langkah penambahbaikan yang diambil semenjak MBMMBI itu dilancarkan.

11. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan nisbah kenaikan pangkat kakitangan Kor Agama Angkatan Tentera dan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Pertahanan Negara khusus untuk menyelaraskan pendekatan, kemahiran dan fokus bersesuaian dengan bidang ketenteraan di peringkat pengajian tinggi dalam konteks Islam yang syumul.

12. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain dalam membantu usahawan-usahawan belia berniaga terutama sekali dengan Kementerian Belia dan Sukan. Jika ada, apakah bentuk kerjasama tersebut.

13. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah penempatan guru yang hanya diisi oleh Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

14. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci tindakan Kementerian untuk memperkenalkan sistem modular di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dicadangkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia bagi menggantikan sistem yang sedia ada.

15. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi merealisasikan pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan seperti pembinaan loji insinerator berkapasiti tinggi di negara ini.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (23 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Monday, April 23, 2012

Dewan Negara 23 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) apakah faedah-faedah yang akan dinikmati oleh peneroka dan kakitangan FELDA sempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia; dan
(b) apakah risiko-risiko yang akan dihadapi oleh FGVH setelah disenaraikan kelak.

2. Tuan Lihan Jok minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada penduduk Malaysia yang sepatutnya menerima Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) berpeluang untuk memohon untuk kali yang kedua sekiranya gagal pada permohonan yang pertama. Nyatakan bagaimana cara permohonan kedua ini dibuat.

3. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah konsep wasatiyyah diserap dan dilaksanakan dalam visi dan misi kita ke arah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dan menjadikan kita sebagai role model atau negara contoh kepada negara lain di seluruh dunia.

4. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah sistem yang telah dilaksanakan bagi mengatasi kadar jenayah di negara ini. Apakah langkah-langkah Kementerian dalam mengatasi isu ini.

5. Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan hala tuju PROTON sebagai peneraju industri automotif tempatan selepas pengambilalihan oleh DRB HICOM dalam membangunkan model bermutu tinggi serta diterima di peringkat pasaran antarabangsa.

6. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pembantu rumah asing khususnya dari Indonesia.

7. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pencapaian 1MDB setakat ini dalam membawa hala tuju pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai matlamat pembanguan sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

8. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah kadar liputan telefon bimbit serta internet di negara ini akan mencapai tahap 100 peratus memandangkan masih ada kawasan tertentu terutama di luar bandar yang masih sukar dihubungi menerusi telefon bimbit serta sukar untuk mengakses maklumat menerusi internet. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

9. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam memantau perkembangan gejala sosial di kalangan belia, terutama di kawasan-kawasan Program Perumahan Rakyat (PRT).

10. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai tahap kejayaan TERAJU semenjak ianya ditubuhkan dan berapakah syarikat Bumiputera yang mendapat manfaat daripadanya.

11. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah masalah air bersih akan selesai sepenuhnya di seluruh negara. Apakah usaha terbaru Kementerian untuk menangani masalah air bersih di sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Perlis yang agak membimbangkan terutama apabila berlaku musim kemarau yang panjang.

12. Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah UDA Holdings lebih gemar menjual plot tanah di kawasan-kawasan strategik yang mempunyai nilai yang tinggi berbanding dengan membangunkan tanah-tanah tersebut sebagaimana asas penubuhannya suatu masa dulu dan kemudiannya mendapat pulangan dalam bentuk perolehan secara berkala serta apakah perancangan terkini UDA Holdings untuk membangunkan 8 hektar tanah bekas Penjara Pudu.

13. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan isi kandungan cadangan gaji minimum oleh Kementerian dan bagaimanakah ia akan dilaksanakan.

14. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dan pihak MIDA sendiri dalam usaha menarik lebih ramai pelabur asing bertaraf antarabangsa untuk melabur di Labuan.

15. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sekiranya Kementerian bermaksud untuk meluaskan pemasyarakatan (melebar luaskan penyibaran gagasan) MBMMBI agar diketahui, difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat yang lebih luas dan tidak terbatas kepada warga Kementerian Pelajaran sahaja. Setakat ini persepsi umum ialah seakan-akan MBMMBI itu hanyalah tanggungjawab Kementerian Pelajaran sahaja dan bukannya merupakan satu agenda nasional.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “

2. Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.”

3. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

Thursday, April 19, 2012

Dewan Rakyat 19 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa


b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar * Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012.
2. Menteri Kesihatan * Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012.

62 bahawa RUU mengikut aturan urusan mesyuarat nombor 9 & 10 ditangguhkan pembacaannya pada persidangan kali ini.

12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan RUU mengikut aturan urusan mesyuarat 1 sehingga 8 dan Usul-usul kewangan mengikut aturan mesyuarat 11 sehingga 15.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 4/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan, PAS Kota Bharu, BN Kota Belud ] [ Rehat ] [ BN Kota Belud, DAP Rasah, BN Tangga Batu, PKR Gombak, BN Jasin, PAS Kuala Krai ]

[ Penggulungan - PAS Kuala Krai, PKR Subang, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PKR Gombak, PKR Batu, BN Pasir Salak, DAP Batu Gajah, PKR Permatang Pauh, PKR Subang, PKR Permatang Pauh, PKR Batu, PKR Permatang Pauh, DAP Rasah ] - Lulus

[ Peringkat Jawatankuasa - PKR Batu, BN Ladang, DAP Batu Gajah, PKR Subang ] - Lulus

2. (D.R. 11/2012) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] [ BN Sri Gading, PAS Tumpat ] - Lulus

3. (D.R. 12/2012) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] [ BN Arau, PAS Tumpat ] - Lulus

4. (D.R. 8/2012) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

[ Perbahasan - BN Lipis, DAP Rasah, BN Rembau, PKR Lembah Pantai, DAP Kepong, BN Hulu Terengganu, PAS Jerai, PKR Balik Pulau ]

[ Penggulungan - PAS Kuala Selangor, PKR Gombak, PKR Batu, PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - Fasal 5 oleh BN Rembau - PKR Subang ] - Lulus

[ Fasal 15(2)(b), 15(2)(c), 15(2)(d), 15(3), 15(4)(a) & 15(4)(b) - DAP Petaling Jaya Utara - BN Kota Belud, PKR Batu ] - Di Tolak

RUU - Lulus

5. (D.R. 9/2012) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

[ Perbahasan - DAP Kota Melaka, DAP Kepong ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - Fasal 3 oleh BN Rembau ] - Lulus

6. (D.R. 10/2012) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ] - Lulus tanpa Perbahasan

[ Dalam Jawatankuasa - Fasal 10(2)(c) di potong oleh BN Rembau ] - Lulus

7. (D.R. 14/2012) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

[ Perbahasan - Bebas Wangsa Maju, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, PKR Subang ] [ Penggulungan - PAS Kuala Selangor, Bebas Wangsa Maju, PKR Subang, PKR Permatang Pauh, BN Kota Belud, PKR Permatang Pauh, BN Kota Belud ] - Lulus

Usul 90(2) bahawa usul 12(1) dibatalkan dan menamatkan dewan pada Rang Undang-Undang ini. - BN Padang Rengas.

8. (D.R. 23/2012) Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Dalam Negeri ]

[ Perbahasan - DAP Ipoh Timur, BN Kota Belud, PKR Batu, BN Rembau ] [ Penggulungan - DAK Kepong, PAS Kuala Selangor, PKR Lembah Pantai, PKR Batu ]

9. (D.R. 22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] - Di tarik balik

10. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ] - Di tarik balik

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan:
(i) perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM28,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) dan RM6,992 juta wang terimaan Sukuk Tempatan yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama; dan
(ii) perenggan 2(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM3,418 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (BPM) yang diterima di bawah seksyen 2(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.” - [ DAP Kepong, PAS Kuala Selangor ] - Lulus

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan meminda kepadanya butiran sedia ada ‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Penyelidikan dan Kajian Sains Negara’ kepada butiran seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan’ [ DAP Kepong ] - Lulus

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Bagi Pembangunan Projek ICT Sektor Awam’ ” [ DAP Kepong ] - Lulus

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3) (a) (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan secara pegangan ekuiti dalam ASEAN Infrastructure Fund Limited, suatu syarikat yang dimiliki oleh negara anggota ASEAN dan Bank Pembangunan Asia (ADB) dengan langganan awal sebanyak USD1.00 dan langganan tambahan sehingga USD150 juta.” [ DAP Kepong ] - Lulus

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.9, ST.10, ST.27, ST.28, ST.29, ST.30 dan ST.31 tahun 2012 disahkan." [ PKR Lembah Pantai, DAP Kepong ] - Lulus

Dewan tamat pada jam 3.20 pagi

Wednesday, April 18, 2012

Dewan Rakyat 18 April 2012 (Rabu)

Aturan Urusan mesyuarat [ KLIK ]
b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.

Usul 18(1) oleh PSM Sungai Siput

c. Perbahasan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 17/2012) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (17 April, 2012)

[ Penggulungan - DAP Kepong ] [ Usul 54 (2) untuk membawa RUU ini dibawa ke PSC ] - Tidak Disetujukan - RUU ini diluluskan

[ Peringkat Jawatankuasa - DAP Kepong, PKR Subang ] - Lulus

2. (D.R. 16/2012) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - BN Kinabatangan ( BN Ledang, DAP Ipoh Barat, PAS Tumpat, BN Arau, BN Putatan, BN Jempol, BN Silam, BN Maran, DAP Seputeh, PKR Sungai Petani, BN Ledang, BN Tenggara, PKR Batu, BN Pasir Salak, BN Lenggong, BN Sri Gading ), DAP Kepong, BN Kuala Selangor ...] [ Rehat ] [ DAP Seremban, BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

[ Penggulungan - DAP Puchong ]

3. (D.R. 13/2012) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian, BN Tenggara, PKR Subang, BN Limbang, PAS Tumpat, BN Arau, BN Labuan ]

[ Penggukungan - PAS Kubang Kerian, PKR Subang, PAS Kuala Krai ] - Lulus

4. (D.R. 20/2012) Rang Undang-undang Rukun Tetangga 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - DAP Bukit Mertajam, BN Batang Sadong, DAP Batu Gajah, BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota, BN Kapit, PAS Kuala Krai, BN Arau, DAP Kota Melaka, BN Hulu Selangor, BN Maran ]

[ Penggulungan - BN Kapit, PAS Pokok Sena, BN Kapit, BN Kanowit, PKR Subang ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - DAP Batu Gajah, DAP Teluk Intan, DAP Rasah ] - Lulus

5. (D.R. 21/2012) Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012. [Kementerian Dalam Negeri ]

[ Perbahasan - BN Lipis, ]

6. (D.R. 4/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 11/2012) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 12/2012) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 8/2012) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

10. (D.R. 9/2012) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

11. (D.R. 10/2012) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

12. (D.R. 14/2012) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

13. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan:
(i) perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM28,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) dan RM6,992 juta wang terimaan Sukuk Tempatan yang diterima di bawah seksyen 3(1)
Akta yang sama; dan
(ii) perenggan 2(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM3,418 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (BPM) yang diterima di bawah seksyen 2(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan meminda kepadanya butiran sedia ada ‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Penyelidikan dan Kajian Sains Negara’ kepada butiran seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan’

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Bagi Pembangunan Projek ICT Sektor Awam’ ”

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3) (a) (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan secara pegangan ekuiti dalam ASEAN Infrastructure Fund Limited, suatu syarikat yang dimiliki oleh negara anggota ASEAN dan Bank Pembangunan
Asia (ADB) dengan langganan awal sebanyak USD1.00 dan langganan tambahan sehingga USD150 juta.”

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.9, ST.10, ST.27, ST.28, ST.29, ST.30 dan ST.31 tahun 2012 disahkan."

Tuesday, April 17, 2012

Dewan Rakyat 17 April 2012 (Selasa)

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua

12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

19(1) rayuan penolakkan usul oleh DAP Bakri.

1. (D.R. 15/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]. Menyambung Perbahasan [16 April 2012]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - PAS Pokok Sena, BN Sri Gading, DAP Seputeh, PKR Batu, PAS Pokok Sena, BN Paya Besar, PKR Permatang Pauh, Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, BN Pasir Salak, PKR Permatang Pauh, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, DAP Beruas, DAP Bukit Gelugor, PAS Pokok Sena, PKR Batu, PAS Shah Alam, PKR Lembah Pantai, PKR Balik Pulau ]

Usul 54 (4) & 55(1) Oleh PKR Subang bahawa Majlis Mesyuarat perlu menghantar RUU ini ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Majlis ini. - Usul Tidak Di Setujukan.

RUU - Lulus

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa ( Fasa 1 & 2 ) - PAS Tumpat, DAP Teluk Intan, Bebas Pasir Mas, DAP Beruas ] [ Penggulungan - DAP Teluk Intan, DAP Beruas ]

[ Fasal 3 & 4 - Cadangan Pindaan oleh PSM Sungai Siput - PKR Subang, DAP Kepong (PAS Tumpat) ] - Tidak Lulus

[ Rehat ]

[ Fasal 13 - Cadangan Pindaan Oleh PSM Sungai Siput - gulung BN Padang Rengas ] - Tidak Lulus

[ Fasal 18 - Cadangan Pindaan Oleh PSM Sungai Siput - PKR Subang, BN Rembau, BN Kota Belud ] - Tidak Lulus

[ Fasal 30 - Cadangan Pindaan Oleh PSM Sungai Siput - PKR Batu, PKR Kuala Kedah, DAP Bukit Gelugor ] - Tidak Lulus

2. (D.R. 18/2012) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PAS Parit Buntar ( PKR Machang ), BN Kota Belud ( BN Jempol, PAS Kuala Selangor, BN Rembau, PKR Subang, Bebas Pasir Mas, PKR Machang, PKR Balik Pulua, PAS Pokok Sena, BN Batang Sadong, PAS Pokok Sena, BN Batang Sadong ), PKR Machang ( DAP Puchong, PKR Subang, DAP Puchong, PKR Batu ), Bebas Pasir Mas ( BN Kota Belud, PKR Balik Pulau, Bebeas Kulim Bandar Baru, PKR Balik Pulau, Bebas Kulim Bandar Baru, PKR Kuala Kedah, BN Tangga Batu, PAS Kuala Selangor, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Jempol ), PAS Kubang Kerian ( PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ), DAP Puchong,DAP Teluk Intan ]

3. (D.R 17/2012) Rang Undang- Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)(no.2) 2012

[ Perbahasan - DAP Seremban (PKR Indera Mahkota), PAS Sik, PKR Batu, PKR Subang, DAP Kepong, ]

Sunday, April 15, 2012

Dewan Rakyat 16 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa

b. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua

12(1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

1. (D.R. 15/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh ( Bebas Padang Serai), BN Rembau ( BN Ledang, Bebas Padang Serai, PKR Lembah Pantai, Bebas Kulim Bandar Baru, PKR Balik Pulau, Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud, PAS Kuala Selangor, PKR Subang, BN Kinabatangan, PAS Shah Alam, DAP Beruas, PAS Shah Alam, BN Jempol, BN Tangga Batu, PAS Bachok ), DAP Bagan (PAS Shah Alam), Bebas Pasir Mas (Bebas Kulim Bandar Baru, Bebas Padang Serai ) ]

[ Rehat ]


[ Perbahasan - Bebas Pasir Mas ( PAS Shah Alam ), BN Kinabatangan ( PAS Shah Alam, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Shah Alam, DAP Kepong, PAS Shah Alam, BN Jempol, PAS Kota Raja, PKR Batu, BN Simpang Renggam, PAS Shah Alam ), PAS Pokok Sena ( PAS Shah Alam, DAP Teluk Intan, PKR Subang, DAP Puchong, PAS Kuala Selangor, PAS Shah Alam, BN Jasin, PKR Machang, PAS Shah Alam ), BN Pasir Salak ( PAS Kuala Krai, BN Ledang, PAS Parit Buntar, PAS Kuala Krai, DAP Teluk Intan, PAS Parit Buntar ), PKR Machang ( PAS Kuala Selangor ), BN Batang Sadong ( BN Sri Gading, BN Kota Belud, PKR Batu, PAS Padang Terap, Bebas Padang Serai, BN Ledang, BN Arau ), Usul 80(a) oleh PAS Tumpat, DAP Kepong, BN Kota Belud ( PKR Batu, PAS Kuala Selangor, BN Arau, PKR Batu, PKR Balik Pulau, PAS Rantau Panjang ), PKR Gombak ( PKR Balik Pulau, PAS Kubang Kerian, PKR Indera Mahkota, BN Kota Belud ), BN Jasin ( BN Kota Belud, PKR Batu, BN Kota Belud, PAS Pokok Sena, DAP Beruas, PKR Balik Pulau, DAP Beruas ), Bebas Tawau, BN Hulu Selangor, PAS Tumpat ( PKR Balik Pulau, PKR Subang, PAS Kuala Selangor, PAS Kota Bharu, DAP Beruas, PAS Kuala Selangor), BN Lipis ( PAS Kota Bharu, PKR Batu, BN Pasir Salak ), PKR Balik Pulau ( BN Kota Belud, PKR Subang, DAP Beruas, BN Kota Belud ), BN Simpang Renggam ( BN Arau, DAP Beruas, BN Rembau, BN Arau, BN Kota Belud ), DAP Beruas ( PAS Kota Bharu, DAP Seputeh ), BN Ledang ( DAP Seputeh, BN Rembau, DAP Beruas, BN Kota Belud, BN Silam, DAP Beruas, BN Kota Belud, PKR Batu ), DAP Puchong ( BN Kota Belud, PKR Subang, BN Arau, BN Kota Belud, PKR Batu) ]

[ Penggulungan - Esok ]

Tuesday, April 10, 2012

Dewan Rakyat 10 April 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

b. Pertanyaan bagi jawab lisan


1. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah selepas rombakan cukai jalan ke atas motosikal 110cc ke bawah, syarikat-syarikat insurans telah menaikkan kadar polisi insurans kepada pemilik.
[ Soalan tambahan: BN Tangga Batu, DAP Ipoh Barat ]

2. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tentang had usia bersara bagi sektor swasta:-
(a) bagaimanakah Kementerian dapat menggalakkan pihak swasta menyelaraskan had usia bersara sektor swasta dengan had persaraan kakitangan awam; dan
(b) adakah Kementerian akan mencadangkan satu skim pencen perkhidmatan swasta demi kepentingan pekerja-pekerja swasta. [ Soalan tambahan: DAP Kota Melaka, BN Putatan ]

3. Dato’ Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan status berhubung kajian, cadangan mahupun pembangunan di tapak sejarah "Bunker Pengerang". [ Soalan tambahan: BN Pengerang ]

4. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk program SARA 1Malaysia dan kenapa Kerajaan meluluskan skim di mana pihak bank mendapat lebih banyak keuntungan daripada pelabur-pelabur. Kenapa pelabur-pelabur diwajibkan untuk mendapat pinjaman bank.
[ Soalan tambahan: DAP Beruas, BN Sri Gading ]

5. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah pekedai runcit yang menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di Pahang mengikut kawasan Parlimen. [ Soalan tambahan: BN Lipis, PKR Lembah Pantai ]

6. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kerajaan merancang dan bersedia untuk mewujudkan tanah rizab sekolah untuk pembinaan SJKC dan SJKT kerana setakat ini tanah rizab sekolah adalah untuk pembinaan SK dan SM sahaja. [ Soalan tambahan: DAP Serdang, BN Jempol ]

7. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasionalnya pihak Kerajaan "menswastakan" anak-anak syarikat PNB kepada syarikat-syarikat Bumiputera, yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini, hanya dengan tujuan membanyakkan bilangan syarikat milik Bumiputera dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, walhal PNB adalah 100% milik Bumiputera. [ Soalan tambahan: BN Padang Besar, PKR Machang ]

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapa peruntukan pembinaan sekolah-sekolah hanya merangkumi kos bangunan sahaja tetapi tidak termasuk infrastruktur jalan dan longkang. [ Soalan tambahan: PAS Hulu Langat, BN Maran ]

9. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan keberkesanan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam mengawal kualiti program di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam bahagian jaminan kualiti. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, PAS Sik ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah di dalam website Jabatan Perdana Menteri (www.pmo.gov.my) ada halaman (window) khas untuk isteri Perdana Menteri (www.pmo.gov.my/datinrosmah). Adakah isteri Perdana Menteri seorang kakitangan Kerajaan.

26. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah jawatan-jawatan penting di dalam Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri masih belum diisi seperti Hakim Mahkamah Rayuan JKSM, Ketua Hakim Negeri Pahang dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

28. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang kadar kenaikan pembayaran insurans kenderaan dan cukai jalan yang semakin membebankan rakyat.

32. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tidakkah Kerajaan memikirkan untuk memindahkan peruntukan yang diberi kepada PLKN kepada Kementerian Pelajaran (sekolah) untuk memastikan sekolah dapat melaksanakan program ko-kurikulum dengan berkesan untuk melahirkan insan yang berketerampilan, ada jati diri dan melahirkan modal insan yang bermutu dan memenuhi inspirasi keperluan warganegara berilmu dan berpotensi.

43. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak Kempen MyDaftar dilancarkan berapakah permohonan tertunggak berjaya diselesaikan dalam tempoh dua tahun ini dan jelaskan dari segi komposisi kaum. Apakah sebab-sebab yang menghalang mereka yang masih tidak diberikan kad pengenalan atau kerakyatan dan apakah ada penyelesaian untuk mengatasi permasalahan golongan ini.

46. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelaburan dalam dan luar negara ke Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan sejauh manakah penglibatan Bumiputera dalam memanfaatkan pelaburan-pelaburan tersebut.

47. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai dari sumber manakah Yayasan Taqwa mengumpul dananya dan nyatakan jumlah pendapatannya bagi tahun 2010 dan 2011 serta jumlah perbelanjaannya mengikuti kategori sumbangan dan negeri-negeri yang menerimanya.

51. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa fahaman perkauman yang sempit bertentangan sekali dengan konsep "wasatiyah" yang diwar-warkan Kerajaan sekarang.

53. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah bekas tentera yang menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) sehingga kini mengikut negeri dan kawasan Parlimen.

64. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sudah melaksanakan keputusan berkenaan pengisytiharan harta oleh hakim-hakim dan adakah pelaksanaannya berjalan lancar.

65. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memajukan, mempertahankan dan memperluaskan lagi pemilikan tanah umat Islam di Kuala Lumpur.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012.
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012.
4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012.
5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012.
6. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012.

d. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 6/2012) Rang Undang-undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - PKR Machang, DAP Petaling Jaya Utara, BN Kota Belud ] [ Rehat ] [ PAS Kuala Selangor, PKR Batu, PKR Indera Mahkota ]

2. (D.R. 5/2012) Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ] - Lulus

3. (D.R. 7/2012) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota, PAS Pendang, BN Ledang, BN Kota Belud, BN Jasin, PAS Kuala Krai, Bebas Pasir, DAP Kepong, Bebas Wangsa Maju, Bebas Kulim Bandar Baru ]

[ Penggulungan - PKR Balik Pulau, Bebas Wangsa Maju, Bebas Pasir Mas ] - Lulus

Minggu Depan :-
4. (D.R. 4/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 11/2012) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 12/2012) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 8/2012) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

8. (D.R. 9/2012) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

9. (D.R. 10/2012) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran Tatatertib) (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

10. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan:
(i) perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM28,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) dan RM6,992 juta wang terimaan Sukuk Tempatan yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama; dan
(ii) perenggan 2(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM3,418 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (BPM) yang diterima di bawah seksyen 2(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan meminda kepadanya butiran sedia ada ‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Penyelidikan dan Kajian Sains Negara’ kepada butiran seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan’

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Bagi Pembangunan Projek ICT Sektor Awam’ ”

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3) (a) (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan secara pegangan ekuiti dalam ASEAN Infrastructure Fund Limited, suatu syarikat yang dimiliki oleh negara anggota ASEAN dan Bank Pembangunan Asia (ADB) dengan langganan awal sebanyak USD1.00 dan langganan
tambahan sehingga USD150 juta.”

Dewan ditangguhkan pada jam 7.05 ptg.

Sunday, April 8, 2012

Dewan Rakyat 9 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah bentuk perancangan yang boleh dilakukan oleh pihak Kementerian untuk membuka lebih banyak Kolej Vokasional atau Teknikal ke negeri Sarawak supaya anak tempatan dapat menyambung pelajaran. Cadangan ini dapat membantu Kerajaan negeri Sarawak menjayakan SCORE yang memerlukan ramai tenaga kerja teknikal. [ Soalan Tambahan : BN Sibuti, PAS Tumpat ]

2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tarikh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) akan mula berfungsi dan menerima aduan dari orang ramai terhadap kesalahan agensi penguatkuasaan dan bagaimanakah proses membuat aduan. [ Soalan Tambahan : PKR Kelana Jaya, BN Lipis ]

3. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan pembangunan keseluruhan di kawasan luar bandar Pahang Barat. Kawasan Pahang Barat masih lagi ketinggalan dalam segi infrastruktur jalan terutamanya di sebelah kawasan Ulu Tembeling. [ Soalan Tambahan : BN Jerantut, PKR Indera Mahkota ]

4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasionalnya mewajibkan pengilang tiga barangan kawalan utama memaparkan logo 1Malaysia pada produk mereka. [ Soalan Tambahan : PAS Jerai, BN Sri Gading ]

5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat masa kini, adakah Malaysia meminjam dari institusi-institusi kewangan antarabangsa khasnya International Monetary Fund (IMF), Asia Development Bank dan World Bank. Kalau ada, sila nyatakan jumlah yang telah dipinjam dan apakah tujuannya. [ Soalan Tambahan : BN Kapit, DAP Kepong ]

6. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan jururawat terlatih yang dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dan juga IPTS setiap tahun mulai tahun 2007 sehingga tahun 2011. [ Soalan Tambahan : PKR Gopeng, BN Kinabatangan ]

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) memandangkan Sea Ambulance di Langkawi jarang digunakan disebabkan selalu rosak, adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menjual kapal tersebut dan menggantikannya dengan sebuah helikopter yang juga boleh digunakan oleh APMM untuk rondaan udara; dan
(b) mengapakah kerosakan ini terus berlaku dan apakah tindakan serius yang diambil oleh Kerajaan. [ Soalan Tambahan : BN Langkawi ]

8. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada KeTTHA bercadang meminda RUU Bekalan Elektrik 1990 untuk memastikan pembangunan premis haram (tidak mendapat KM- Kebenaran Merancang) atau kelangsungan aktiviti haram dapat dikawal oleh PBT. [ Soalan Tambahan : BN Ledang, PAS Kota Raja ]

9. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah drastik bagi menangani kegiatan pembalakan haram di negara ini sehingga menyebabkan Kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM800 hingga RM900 juta setiap tahun seperti yang dilaporkan oleh Transparency International Malaysia awal Februari 2012 lalu. [ Soalan Tambahan : BN Parit, PAS Sik ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan boleh menjamin pulangan tetap dan kedudukan komplian syariahnya Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA1M) yang khusus untuk golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan dengan pulangan yang dijamin sebanyak RM13,500 dalam masa 5 tahun, pada setiap pembelian saham 5,000 unit saham pada harga RM1 seunit.

18. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil kajian terhadap tahap keselamatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Kuala Terengganu serta laporan yang menyatakan stadium tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang penyakit dan perosak padi seperti bena perang, siput gondang, ulat ratus dan karah, adakah Kerajaan bercadang mengatasi masalah ini dengan bantuan tanpa racun seperti bahan mesra alam dan lebih selamat selain daripada sumber racun yang boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna.

22. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan bentuk hubungan dagangan Malaysia dengan Israel dan nyatakan sejauh mana Malaysia mengambil bahagian dalam sekatan dagangan terhadap Republik Islam Iran.

24. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah wujud garis panduan di peringkat pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan lain-lain tentang kehadiran pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam ke program-program keagamaan anjuran agama-agama lain.

37. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap golongan yang berusaha mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

38. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian sebenar Kerajaan Malaysia dalam soal bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SRA dan SMAR), pada dasarnya Kerajaan tidak memasukan bajet sekolah-sekolah ini dalam Belanjawan Negara tetapi mutakhir ini (hampir pilihan raya) Menteri Pelajaran turun memberi bantuan kepada Sekolah-sekolah ini. Adakah ini bantuan pilihan raya atau bantuan untuk kemajuan sekolah-sekolah Agama Rakyat ini, sampai bilakah dasar ini akan berterusan.

42. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah kenaikan gaji bagi Kumpulan JUSA dan premier dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

47. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah syarikat Bumiputera yang dikenal pasti sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011.

54. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan justifikasi dan sebab pembatalan perjalanan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ke destinasi KL Bandung, KL-Dubai, KL-Johannesburg dan beberapa laluan lain.

60. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan pembentangan khas di Parlimen berkenaan pembangunan perikanan Tok Bali memandangkan projek ini adalah antara ikon pembangunan perikanan negara pada masa depan.

62. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini Jalan Raya Central Spine dari Bentong Pahang ke Gua Musang, Kelantan.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012.
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012.
4. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012.
5. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012.
6. Menteri Pengajian Tinggi * Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
Usul 36(12) oleh DAP Ipoh Barat.
Usul 18(1) & 36(12) oleh DAP Bandar Kuching.

d. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 (D.R. 3/2012) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (5 April, 2012)

[ Penggulungan - Bebas Pasir Mas, PKR Indera Mahkota, DAP Kepong, DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju ] - Lulus

[ P21 - Kem. Pertanian & Asas Tani - Lulus ] [ P22 - Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah - Lulus ] [ P23 - Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar - Bebas Tawau - Lulus ] [P.24 - Miti - Lulus ] [ P.25 KPDNKK - PKR Indera Mahkota, BN Kota Belud ]

[ Rehat ]

[ Penggulungan - PKR Indera Mahkota, BN Maran, PKR Indera Mahkota, BN Paya Besar, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas ]

[ P.27 - Kem. Kerjaraya - BN Putatan, Bebas Pasir Mas, PKR Petaling Jaya Selatan, BN Kinabatangan, DAP Serdang, BN Parit Sulong, PAS Pendang, BN Libaran, DAP Bandar Kuching, BN Sri Gading, PKR Lembah Pantai, BN Tenom, BN Johor Bahru, DAP Batu Gajah, BN Jasin, PAS Pasir Puteh, BN Silam, PAS Jerai, BN Kapit ]

[ Penggulungan - DAP Puchong, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, DAP Puchong ]

[ P.28 - Kem. Pengangkutan - BN Putatan, Bebas Wangsa Maju, BN Arau, PKR Indera Mahkota, BN Libaran, Bebas Tawau, BN Lipis, DAP Kota Melaka ]

[ Penggulungan - BN Putatan, Bebas Wangsa Maju, BN Arau, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju, PKR Kuala Langat, BN Libaran, Bebas Wangsa Maju ] - Lulus

[ P.29 - Kem. Tenaga, Teknologi Hijau & Air - Bebas Tawau, PKR Kuala Kedah, PAS Padang Terap, PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Ampang ] [ Penggulungan - Bebas Tawau, DAP Bandar Kuching, DAP Seputeh, PAS Shah Alam, BN Arau, PKR Petaling Jaya Selatan, BN Arau, PKR Ampang, PKR Petaling Jaya Selatan, PAS Shah Alam, BN Arau, DAP Seputeh ] - Lulus

[ P.30 - Kem Mosti - BN Parit Sulong, PKR Indera Mahkota, BN Ledang ] [ BN Parit Sulong, PKR Indera Mahkota, BN Ledang ] - Lulus

[ B.41 - Kementerian Pelajaran - PKR Kuala Kedah, PAS Pendang, BN Hulu Selangor, DAP Serdang, BN Ledang ] [ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, PAS Pendang, DAP Serdang ] - Lulus

[ B.42 - Kementerian Kesihatan - BN Ledang, PAS Kota Raja, PAS Pendang, PKR Indera Mahkota ] [ Penggulungan - PKR Indera Mahkota, PAS Kota Raja, PAS Kota Raja, BN Langkawi, BN Labuan ] - Lulus

[ P.45 - Kementerian Belia & Sukan - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota, BN Hulu Selangor, PAS Kota Raja, BN Lenggong ] [ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, BN Limbang, BN Kapit, PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ] - Lulus

[ B.46 & P.46 - Kementerian Sumber Manusia - PKR Kuala Langat ] - Lulus

[ B.48 & P.48 - KPWK&M ] - Lulus

[ B.60 & P.60 - Kementerian Pertahanan ] - Lulus

[ B.62 & P.62 - Kementerian Dalam Negeri - PKR Indera Mahkota ] - Lulus

Thursday, April 5, 2012

Dewan Rakyat 5 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah yang telah menjadi ahli Briged Sukarelawan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan nyatakan sejauh manakah penubuhan pasukan Briged Sukarelawan ini dapat memantapkan gagasan 1Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Terengganu, DAP Batu Gajah ]

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perkembangan terkini dalam pelaksanaan jalurlebar (broadband) berteraskan 4GLTE (Long Term Evolution). Siapakah pelesen-pelesen 4GLTE yang ditauliahkan dan bilakah 'assignment of spectrum' bagi blok-blok 2.6Ghz dapat disempurnakan untuk menjamin pelaksanaan secara komersial. [ Tidak Hadir ]

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) berapakah nilai rampasan dadah sepanjang tahun 2011; dan
(b) jumlah tangkapan yang dibuat, jumlah didakwa dan berapakah yang telah di sabit dengan kesalahan mengedar dadah. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, DAP Kota Melaka ]

4. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membatalkan semua permit teksi yang diberikan kepada syarikat-syarikat secara kelompok dan menawarkan permit teksi hanya kepada individu yang membawa teksi. [ Tidak Hadir ]

5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian dalam menggalakkan golongan penyelidik meningkatkan mutu R&D mereka supaya lebih mudah dikomersialkan dan apakah ganjaran yang diberikan kepada mereka yang berjaya. [ Soalan Tambahan : BN Ledang ]

6. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha tebatan banjir yang dilakukan bagi mengatasi banjir daripada Sungai Durian di jalan utama Kuala Krai ke Kota Bharu. [ Tidak Hadir ]

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada mangsa banjir di Sarawak juga akan diberi bantuan wang ehsan banjir selepas banjir melanda negeri itu pada akhir tahun 2011. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong ]

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah bilangan guru sandaran di SJK(C) dan cara penyelesaian kekurangan guru-guru sandaran di SJK(C). [ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan, BN Bintulu ]

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memastikan pengitaran semula sampah sarap yang dibuat daripada bahan seperti aluminium, kaca dan plastik dijalankan oleh semua lapisan masyarakat serta industri. [ Tidak Hadir ]

10. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan ketibaan pelancong asing pelbagai negara sepanjang 2010 hingga kini, hasil pertukaran asing yang diperoleh dan bilangan yang singgah menginap di Kuala Lumpur sepanjang lawatan. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, BN Kuala Nerus ]

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan susulan Kementerian dalam menyegerakan projek pengangkutan untuk membangunkan sektor Maritim di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, BN Tuaran ]

12. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengelakkan negara daripada terus mengalami defisit pada masa akan datang.[ Soalan Tambahan : PAS Baling, BN Rompin ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian masih mempunyai perancangan untuk membina lebuh raya antara Kota Bharu-Kuala Krai.

28. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kadar celik huruf (literasi) dan numerasi mengikut negeri di seluruh negara.

33. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keluasan sawah padi terbiar di negeri Kelantan yang berjaya dipulihkan dan apakah halangan-halangan yang dihadapi pihak Kerajaan dalam menjayakan usaha ini.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menangani masalah lambakan guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara dan apakah pelan kontigensi untuk memastikan guna tenaga guru-guru ini masih dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan Kementerian.

53. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini pembinaan Hospital baru untuk Daerah Dungun, Daerah Marang dan Daerah baru, Kuala Nerus.

61. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar terdapat pegawai-pegawai kanan Kerajaan termasuk yang bertaraf JUSA C hingga JUSA A yang berada dalam 'pool' JPA begitu lama yang tidak diserapkan ke dalam jabatan Kerajaan tertentu dan sekiranya ya, berapakah jumlah mereka dan apakah tindakan yang bakal diambil.

64. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) bilakah tarikh sebenar Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) akan dilaksanakan; dan
(b) nyatakan nama dua syarikat yang sudah dimuktamadkan untuk mengendalikan AES dan nyatakan juga bentuk model kewangan yang telah dipersetujui antara Kerajaan dan dua syarikat tersebut.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status pertukaran saham dan CCF di antara MAS dan AirAsia.

Usul 18(2) oleh DAP Klang.

c. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan ] DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” - Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (5 April 2012)

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa ]

[ P6 - Jabatan Perdana Menteri - BN Lipis, DAP Kepong, BN Kota Belud, PAS Padang Terap, PKR Machang, BN Jasin, DAP Batu Gajah ] [ Rehat ]

[ Sambungan - DAP Batu Gajah, BN Johor Bahru, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian, BN Ledang, PKR Lembah Pantai, BN Rembau, DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Selangor ]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - DAP Ipoh Barat, BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai, PAS Kuala Selangor, Bebas Tawau,PKR Subang, Bebas Pasir Mas, PKR Subang, Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - BN Senator - BN Arau, BN Tangga Batu, BN Arau ]

Usul 10(1 & 2) oleh DAP Rasah.

[ Penggulungan - BN Cameron Highland ] Lulus

[ Perbahasan B10 - Kewangan - DAP Serdang, DAP Rasah, DAP Kepong, BN Labuan ]

Sambung Penggulungan Menteri Kewangan.

Lajnah Hal Ehwal Ahli Parlimen dan DUN PAS 2013-2017

Penaung: YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [ Marang/ Presiden PAS ]
Ketua Whip: YBDato' Mahfuz Omar [ Pokok Sena/ Pengerusi ]
Timbalan Ketua Whip: YB Khalid Samad [ Shah Alam ]
Setiausaha: Wan Mohd Johari Bin Wan Omar
Bendahari: YB Dato' Takiyuddin Hassan
Ahli-ahli:
YB Nasaruddin Hassan
YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
YB Dato' Raja Bahrin
Pengerusi BBC Negeri-Negeri

Panel Penasihat
1. PPP - Dr Zuhdi
2. JUHAM - Dr Zulkarnain Lukman
3. PIKAP - Syahir Sulaiman

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008