MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Tuesday, June 12, 2012

Dewan Rakyat 12 Jun 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b.Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Puan HajahNancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan inisiatif yangdijalankan oleh Kementerian untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenaiHarta Intelek di kalangan masyarakat umum. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong, PKR Machang ]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkinicadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission ofInquiry) bagi mengkaji masalah pendatang haram dalam negara terutamanyadi negeri Sabah. [ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Kibatangan ]

3. Dato' Noraini binti Ahmad [ ParitSulong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan akanmengambil tindakan undang-undang ke atas individu-individu yang menjadipenganjur perhimpunan Bersih pada April lepas yang telah menjadi suatuprotes jalanan yang ganas dan mengancam keselamatan dan keamanandi Kuala Lumpur yang mana dengan jelas telah melanggar Akta PerhimpunanAman 2011. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, DAP Ipoh Timur, BN Jempol ]

4. Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ IpohBarat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan proses terkini keanggotaanMalaysia ke Rome Statute Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Rome Statute ofthe International Criminal Court). [ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, ]

5. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakanapakah kajian yang dibuat terhadap kenaikan tarif pembetungan bagimemenuhi perbelanjaan operasi untuk urusan pengendalian dan pengurusanpembentungan di negara kita.[ Soalan Tambahan : BN Arau, DAP Taiping ]

6. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANmenyatakan pelaksanaan pilihan raya Kerajaan tempatan semula supayakita mempunyai Ahli-ahli Majlis yang dipilih oleh penduduk setempat. [ Soalan Tambahan : PKR Kelana Jaya ]

Soalan MP PAS yangdisenaraikan:

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ HuluLangat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakanstatistik kecenderungan remaja khasnya dan rakyat Malaysia amnya yangmungkin boleh diukur daripada lawatan mereka ke Pusat Sains Negara,Pusat Remote Sensing Negara, Agensi Angkasa Negara dan AgensiNuklear Malaysia atau program anjuran Kementerian sempena promosiTahun Sains, Gerakan dan Inovasi.

28. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERImenyatakan apakah seseorang pegawai awam berpangkat JUSA "C"atau Gred Khas "C" ke atas dibiarkan "terapung" (float)di perjawatan "JPA Pool" kerana masih tidak disahkanpenempatannnya di mana-mana jabatan yang bersesuaian.

38. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERImenyatakan berapakah jumlah pengundi pos yang berdaftar setakat bulan Jun2012 di seluruh negara. Bagaimanakah mekanisme yang dibuat SPR atauKerajaan untuk membuat pengasingan antara anggota tentera dan anggotapolis yang telah berdaftar sebagai pengundi pos terdahulu dan sekarangperlu mengundi secara pengundian awal.

44. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlahpermohonan dan jumlah biasiswa yang ditawarkan di bawah Program IjazahLuar Negara (PILN) bagi tempoh sepuluh tahun terakhir (2002-2011) danapakah Kerajaan berhasrat menambah lagi jumlah peruntukan tersebut supayalebih ramai yang boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara.

46. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERImenyatakan sejauh manakah penyelesaian berkaitan caj pembangunan yangdikenakan oleh Kerajaan Singapura bagi kawasan tanah yang diterima olehPerdana Menteri di Marina South dan di Ophir/Rochor berikutan pertukarantanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands,dan tiga lagi di Bukit Timah.

48. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sumber kewangan untuk membiayai bayaran 'durian runtuh'sebanyak RM1.68 bilion kepada peneroka Felda. Apakah asas atau formulayang digunakan untuk menentukan jumlah RM15,000 kepada peneroka, isteridan anak peneroka. Bagaimanakah dan bilakah pembayaran tersebut dapatdiselesaikan.

52. Dato'Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERImenyatakan adakah SPAD telah mengeluarkan kebenaran atau permit bagivan-van pelancong asing daripada Thailand untuk beroperasimengangkut pelancong di dalam kawasan Malaysia.

56. TuanKhalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERTANIANDAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan Kementerian untukmengatasi masalah kos import daging setelah NFC gagal.

59. Dato'Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan status pemberian royalti petroleum kepada Negeri Terengganuselepas penarikan balik saman Kerajaan Negeri Terengganu terhadap PETRONASdan Kerajaan Persekutuan barubaru ini, adakah pemberian tersebut atas namaroyalti petroleum sepertimana sebelum tahun 2000 atau Wang Ehsan.

60. Dato' Seri Mohammad Nizar binJamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sepanjang tempoh pelaksanaan Program Latihan KhidmatNegara (PLKN) berapakah jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalamikecacatan kekal semasa dalam tempoh latihan mereka. Berapakah pulajumlah pampasan yang telah pihak Kerajaan keluarkan.

64. Dr.Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah penduduk luar bandar yang masihtidak mendapat kemudahan infrastruktur asas berbanding dengan keseluruhanpenduduk luar bandar di Malaysia.

70. Dato'Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan statistik kes penyeludupan pendatang asing bagitahun 2010 dan 2011. Kenapakah statistik meningkat begitu ketara daripadatahun 2010 ke 2011 dan apakah langkah-langkah Kerajaan untukmengatasinya.

83. TuanMohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANAMENTERI menyatakan senarai semua ajaran sesat yang wujud di negara inikhususnya di Terengganu serta jumlah siasatan dan pendakwaan yang telahdilakukan.

102. Dato'Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan terkini cadangan penswastaan Keretapi TanahMelayu (KTM).
103. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin WanAbdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah AktaPilihanraya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 akan dipinda sebelumPRU 13 nanti.

106. TuanHaji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakankemampuan server Kementerian bagi ujian PSELT amat perlahan dan kadangkalaberlaku “server breakdown” terlalu lama, guru terpaksa mengakseslaman web ini. Tempoh yang diberi juga terhad (7 hingga 10 minit sekali)menyebabkan ramai guru gagal melaksanakan program ini. Apakah komen Menteri.

c. RangUndang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R.22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 –Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang inidibacakan kali yang kedua sekarang.” (11 Jun, 2012) [ Menteridi Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Lembah Pantai, BN Tangga Batu, PKR Balik Pulau ] [ Rehat ] [ Perbahasan - BN Pengerang, DAP Bandar Kuching, BN Batang Sadong, DAP Teluk Intan, Bebas Kulim Bandar Baru, ]

2. (D.R. 24/2012)Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kesihatan]

3. (D.R. 19/2012)Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ MenteriSumber Asli dan Alam Sekitar ]

4. (D.R. 25/2012)Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri ]

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008