MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Thursday, April 5, 2012

Dewan Rakyat 5 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah yang telah menjadi ahli Briged Sukarelawan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan nyatakan sejauh manakah penubuhan pasukan Briged Sukarelawan ini dapat memantapkan gagasan 1Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Terengganu, DAP Batu Gajah ]

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perkembangan terkini dalam pelaksanaan jalurlebar (broadband) berteraskan 4GLTE (Long Term Evolution). Siapakah pelesen-pelesen 4GLTE yang ditauliahkan dan bilakah 'assignment of spectrum' bagi blok-blok 2.6Ghz dapat disempurnakan untuk menjamin pelaksanaan secara komersial. [ Tidak Hadir ]

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) berapakah nilai rampasan dadah sepanjang tahun 2011; dan
(b) jumlah tangkapan yang dibuat, jumlah didakwa dan berapakah yang telah di sabit dengan kesalahan mengedar dadah. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, DAP Kota Melaka ]

4. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membatalkan semua permit teksi yang diberikan kepada syarikat-syarikat secara kelompok dan menawarkan permit teksi hanya kepada individu yang membawa teksi. [ Tidak Hadir ]

5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian dalam menggalakkan golongan penyelidik meningkatkan mutu R&D mereka supaya lebih mudah dikomersialkan dan apakah ganjaran yang diberikan kepada mereka yang berjaya. [ Soalan Tambahan : BN Ledang ]

6. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha tebatan banjir yang dilakukan bagi mengatasi banjir daripada Sungai Durian di jalan utama Kuala Krai ke Kota Bharu. [ Tidak Hadir ]

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada mangsa banjir di Sarawak juga akan diberi bantuan wang ehsan banjir selepas banjir melanda negeri itu pada akhir tahun 2011. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong ]

8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah bilangan guru sandaran di SJK(C) dan cara penyelesaian kekurangan guru-guru sandaran di SJK(C). [ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan, BN Bintulu ]

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memastikan pengitaran semula sampah sarap yang dibuat daripada bahan seperti aluminium, kaca dan plastik dijalankan oleh semua lapisan masyarakat serta industri. [ Tidak Hadir ]

10. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan ketibaan pelancong asing pelbagai negara sepanjang 2010 hingga kini, hasil pertukaran asing yang diperoleh dan bilangan yang singgah menginap di Kuala Lumpur sepanjang lawatan. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, BN Kuala Nerus ]

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan susulan Kementerian dalam menyegerakan projek pengangkutan untuk membangunkan sektor Maritim di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, BN Tuaran ]

12. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengelakkan negara daripada terus mengalami defisit pada masa akan datang.[ Soalan Tambahan : PAS Baling, BN Rompin ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian masih mempunyai perancangan untuk membina lebuh raya antara Kota Bharu-Kuala Krai.

28. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kadar celik huruf (literasi) dan numerasi mengikut negeri di seluruh negara.

33. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keluasan sawah padi terbiar di negeri Kelantan yang berjaya dipulihkan dan apakah halangan-halangan yang dihadapi pihak Kerajaan dalam menjayakan usaha ini.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menangani masalah lambakan guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara dan apakah pelan kontigensi untuk memastikan guna tenaga guru-guru ini masih dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan Kementerian.

53. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini pembinaan Hospital baru untuk Daerah Dungun, Daerah Marang dan Daerah baru, Kuala Nerus.

61. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar terdapat pegawai-pegawai kanan Kerajaan termasuk yang bertaraf JUSA C hingga JUSA A yang berada dalam 'pool' JPA begitu lama yang tidak diserapkan ke dalam jabatan Kerajaan tertentu dan sekiranya ya, berapakah jumlah mereka dan apakah tindakan yang bakal diambil.

64. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) bilakah tarikh sebenar Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) akan dilaksanakan; dan
(b) nyatakan nama dua syarikat yang sudah dimuktamadkan untuk mengendalikan AES dan nyatakan juga bentuk model kewangan yang telah dipersetujui antara Kerajaan dan dua syarikat tersebut.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status pertukaran saham dan CCF di antara MAS dan AirAsia.

Usul 18(2) oleh DAP Klang.

c. Perbahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan ] DAN YAB Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” - Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (5 April 2012)

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa ]

[ P6 - Jabatan Perdana Menteri - BN Lipis, DAP Kepong, BN Kota Belud, PAS Padang Terap, PKR Machang, BN Jasin, DAP Batu Gajah ] [ Rehat ]

[ Sambungan - DAP Batu Gajah, BN Johor Bahru, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian, BN Ledang, PKR Lembah Pantai, BN Rembau, DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Selangor ]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - DAP Ipoh Barat, BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai, PAS Kuala Selangor, Bebas Tawau,PKR Subang, Bebas Pasir Mas, PKR Subang, Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - BN Senator - BN Arau, BN Tangga Batu, BN Arau ]

Usul 10(1 & 2) oleh DAP Rasah.

[ Penggulungan - BN Cameron Highland ] Lulus

[ Perbahasan B10 - Kewangan - DAP Serdang, DAP Rasah, DAP Kepong, BN Labuan ]

Sambung Penggulungan Menteri Kewangan.

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008