MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Sunday, April 1, 2012

Dewan Rakyat 2 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa

b. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bagaimanakah Kementerian menterjemah keberkesanan Program Himpunan 1 Juta Belia dari segi pemahaman mereka terhadap program Kerajaan untuk belia keseluruhannya.[ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong ]

2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status 'feasibility study' bagi Projek RAPID (Refinery and Petrochemical Integrated Development) yang dilaksanakan oleh Petronas di Johor. Apakah polisi Petronas dalam pemilihan rakan kongsi dan proses tender untuk memastikan ketelusan projek ini supaya mencapai sasaran yang ditetapkan.[ Soalan Tambahan : PKR Gombak, BN Sabak Bernam ]

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-
(a) apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Transformasi Luar Bandar; dan
(b) apakah pelan bertindak dan program-program khusus yang telah dan akan dilaksanakan di daerah Jempol.[ Soalan Tambahan : BN Jempol ]

4. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapa Malaysia dengan penuh minat berunding dengan European Union dan negara-negara TPP apabila kedua-dua EU dan Amerika Syarikat berada dalam krisis ekonomi. Apakah nilai tambah untuk Malaysia dalam konteks ini.[ Soalan Tambahan : DAP Klang, BB Arau ]

5. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah kemajuan yang telah dicapai terhadap program homestay mengikut negeri-negeri di Malaysia. Apakah Kementerian bersetuju dengan pandangan bahawa homestay adalah perniagaan.[ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PKR Indera Mahkota ]

6. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai dasar baru oleh Jabatan Akauntan Negara yang mencadangkan pemberian kemudahan kod potongan gaji kakitangan Kerajaan kepada bank-bank komersial dan institusi kewangan, selama ini potongan gaji melalui Angkasa. Apakah implikasi yang akan berlaku kepada Koperasi Kredit khususnya sekiranya cadangan ini dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Tangga Batu ]

7. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sasaran dan langkah-langkah Kementerian bagi mewujudkan usahawan kecil Bumiputera bagi mengimbangi kekurangan golongan berkenaan dengan kaum lain dan nyatakan langkah bagi meningkatkan ekuiti atau pegangan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara.[ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PAS Baling ]

8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kadar kenaikan harga barang utama di pasaran seperti petrol, gula, tepung, minyak masak, telor dan susu dari tahun 2010 hingga awal 2012. Sejauh manakah kesannya kepada penduduk miskin bandar dan luar bandar dan langkah konkrit Kerajaan untuk atasi perkara ini.[ Soalan Tambahan : PAS Sik, BN Kuala Nerus ]

9. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah jangka pendek dan panjang yang telah dan akan diambil oleh Kementerian dalam menangani kejadian hakisan pantai terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung yang amat ketara pada masa kini.[ Soalan Tambahan : ]

10. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status pelaksanaan syor-syor daripada proses penilaian Universal Periodic Review ( UPR ) di Majlis Hak Asasi Bangsa-bangsa Bersatu yang dikeluarkan pada Februari 2009 termasuk syor meratifikasikan konvensyen-konvensyen ICCPR, ICESCR, CAT dan CERD.[ Soalan Tambahan : ]

11. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian bagi memajukan kawasan penemuan Batu Bersurat Hulu Terengganu sebagai kawasan yang mampu menarik para pelancong.[ Soalan Tambahan : ]

12. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai di setiap kawasan Parlimen di Perak tentang jumlah sebenar kemiskinan tegar kaum India.[ Soalan Tambahan : ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan hutang negara sejak tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 sama ada hutang dalam negeri dan luar negara.

20. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimana DRB-Hicom pemilik utama Proton kini yang juga memiliki subsidiarinya mengatasi persoalan 'conflict of interest' dengan vendor-vendor pembuatan komponen dan pengedar Proton yang lain dan apakah langkah-langkah transformasi serta seberapa segerakah pengumuman mampu dibuat untuk memajukan dan mendayakan Proton sebagai kereta nasional yang boleh dibanggakan rakyat dan negara.

24. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keperluan tenaga elektrik tahunan di Semenanjung Malaysia dan adakah sumber-sumber tenaga sedia ada boleh menampung keperluan itu.

28. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah wujud mekanisme pemantauan dan kajian secara berkala terhadap keberhasilan program J-Qaf dan sekiranya wujud apakah hasil pelaksanaan program J-Qaf ini secara menyeluruh.

42. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah kos pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu (LTSM) sebanyak RM882.17 juta akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

49. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian bersedia mengambil tindakan terhadap aduan-aduan berkaitan struktur binaan dan reka bentuk jalan raya Gurun-Jeniang yang menyusahkan penduduk dan pengguna jalan raya tersebut.

54. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini urusan persempadan semula kawasan pilihan raya.

56. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah bilangan jambatan yang sepatutnya perlu diganti di laluan utama jajahan Pasir Puteh antara sempadan Kelantan-Terengganu di Bukit Yong hingga ke sempadan Pasir Puteh-Bachok di Kampung Jerus dan bilakah proses penggantian jambatan-jambatan ini akan dilaksanakan.

58.Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-
(a) keluasan sebenar tanah rizab Melayu semenjak diperkenalkan Enakmen Rizab Melayu; dan
(b) keluasan sebenar tanah rizab Melayu yang masih ada sehingga tahun 2010.

63. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa dan garis panduan yang mana boleh dan yang mana tidak boleh mengenai kehadiran ke majlis perayaan agama kaum lain.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012.
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012.

Ususl 12 (1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan Rang Undang-Undang 1 -3 mengikut aturan urusan mesyuarat hari ini.

d. Perabahasan Usul-Usul dan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjukasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

[ Perbahasan - BN Arau (BN Kinabatangan, BN Batang Sadong), PKR Sungai Petani, BN Kinabatangan, DAP Teluk Intan, BN Labuan, PAS Kuala Selangor, PAS Pokok Sena, PAS Kota Raja ] [ Rehat ] [ PAS Kota Raja, PKR Indera Mahkota ]

[ Penggulungan - PKR Teluk Kemang ] - Lulus

2. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - BN Kota Belud, DAP Puchong, BN Batang Sadong, Bebas Wangsa Maju, PKR Balik Pulau, Bebas Pasir Mas, PAS Parit Buntar, PAS Kubang Kerian ]

[ Penggulungan - DAP Puchong, PAS Kubang Kerian, BN Kota Belud, PAS Kuala Krai, DAP Puchong, Bebeas Wangsa Maju, DAP Puchong ]

[ Dalam Jawatankuasa - DAP Batu Gajah, Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah ] - Lulus

3. (D.R. 2/2012) Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [ Kementerian Pengangkutan ]

[ Perbahasan -DAP Seremban, BN Batang Sadong, Bebas Wangsa Maju, BN Kapit, PKR Indera Mahkota, BN Sekijang, BN Hulu Selangor, BN Tenggara ]

[ Penggulungan - BN Kapit ] [ Dalam Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota, BN Kota Belud ] - Lulus

Esok :-
4. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3 Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 1 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008