MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Thursday, March 22, 2012

Dewan Rakyat 22 Mac 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan


1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengurangkan kadar faedah bank dan kadar pinjaman semalaman (OPR) bagi merangsang ekonomi domestik bagi menghadapi kemelesetan ekonomi global.
[ Soalan tambahan: BN Tenggara, PKR Lembah Pantai ]

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJKT bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.
[ Soalan tambahan: PAS Kota Raja, BN Hulu Selangor, DAP Ipoh Barat ]

3. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani masalah golongan homoseksual dan lesbian yang semakin berleluasa di kalangan umat Islam di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Parit,

4. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pengurusan berkesan pangsapuri-pangsapuri di seluruh negara dan apakah bilangan Joint Management Corporation (JMC) yang berjaya dan gagal. [ Soalan tambahan: DAP Kepong, BN Arau ]

5. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan untuk mewujudkan dan membina lebih banyak gelanggang tertutup serbaguna/futsal terutama di kawasan kampung dan pedalaman bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berkebolehan terutama di kalangan wanita.
[ Soalan tambahan: BN Pengerang, PAS Sik ]

6. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) cara gula mentah diperoleh oleh Kerajaan dan pengiraan subsidi gula yang diberikan kepada syarikat penapisan gula; dan
(b) sebab Kerajaan membeli gula mentah dengan harga US$0.26 setiap paun walaupun harga pasaran dunia tidak melebihi US$0.24.
[ Soalan tambahan: DAP PJ Utara, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading ]

7. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam mengatasi masalah segelintir rakyat luar bandar yang begitu sukar untuk memperolehi dokumen pendaftaran lewat atau sijil kelahiran di kawasan Sri Aman.
[ Soalan tambahan: BN Sri Aman ]

Soalan MP PAS Yang disenaraikan:
8. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun. [ Soalan tambahan:

12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan mahu memperkasakan semangat dan falsafah 'Global Movement of Moderates' di negara kita sendiri yang sedang menyaksikan pertentangan kaum dan ketajaman perselisihan agama yang semakin meruncing dan kritikal mutakhir ini dengan pihak tertentu dan badan NGO tertentu berasa di kedudukan diserang, di bawah pengaruh pemikiran 'siege mentality'.

20. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha terkini yang dijalankan untuk menarik kunjungan pelancong dari negara jiran Thailand.

32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan.

35. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kerugian yang dialami akibat hakisan pantai sepanjang 2011 dan apakah langkah-langkah pencegahan dalam menghadapi masalah fenomena ini pada masa depan.

44. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia menyokong hak Iran untuk mempunyai teknologi nuklear.

52. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA bercadang menyemak dan mengkaji semula Kos Tanam Semula di bawah Technoplant yang begitu tinggi pada waktu ini.

60. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap surat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2007 yang menyatakan terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Tajudin Ramli, Wan Aisyah Wan Hamid dan Ralph Gotz berikutan kerugian MAS yang berjumlah berbillion ringgit.

61. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah MAIWP memberhentikan pemberian RM5000 kepada pelajar lulusan Darul Quran sejak 2009 walaupun sebelum ini MAIWP berjanji pelajar yang lulus dari Darul Quran akan menerima RM5000 semasa graduasi sebagaimana sebelum 2009.

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Koperasi Permodalan Felda tidak dibenarkan memegang secara langsung saham miliknya di dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) selepas FGVH disenaraikan.

c. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Usul 18 (1) oleh YB DAP Batu Gajah

2. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin (Jempol) dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (21 Mac, 2012)

[ Perbahasan: PAS Padang Terap, BN Rembau, DAP Ipoh Timur, BN Lenggong, PKR Sg Petani, BN Arau, PAS Shah Alam, BN Limbang ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - BN Limbang, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Libaran, PAS Bachok, BN Tenggara, PAS Kota Raja, BN Tuaran, PKR Batu, BN Sri Aman ]

Perbahasan Usul 18 (1) mengenai Rare Earth Bukit Merah oleh DAP Batu Gajah & Dibuka untuk Dibahas.

[ Perbahasan - DAP Batu Gajah, PKR Gopeng, PAS Kuala Selangor, BN Kota Belud, BN Simpang Renggam ]

[ Penggulungan - BN Kota Marudu - PAS Kuala Selangor, DAP Batu Gajah ] - Usul Ditolak

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008