MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Monday, March 12, 2012

Dewan Rakyat 13 Mac 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] a. Doa b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) setakat mana pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat Malaysia dan berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan; dan
(b) apakah tindakan pihak Kementerian dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini agar tidak menimbulkan kesulitan kepada rakyat ketika membuat permohonan dan menuntut bayaran selepas kelulusan dibuat. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PAS Bachok, BN Kinabatangan ]

2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan konsep Wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa kini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut. [ Soalan Tambahan : PAS Marang, BN Tangga Batu ]

3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah dan insentif dari Kementerian untuk merangsang DDI seiring dengan keistimewaan yang diberikan kepada FDI. Kedua, apakah usaha untuk meningkatkan FDI disebabkan kekurangan tenaga mahir, teknologi di tahap yang rendah, kerenah birokrasi dan SMI yang tidak matang. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penangguhan pelaksanaan dan semakan semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), mengapa Kerajaan dari awal tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian Kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs. [ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Putrajaya, PAS Pokok Sena ]

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menggubal satu Akta Kebebasan Maklumat bagi menggalakkan penyediaan maklumat dari badan awam dan badan persendirian yang mempunyai kepentingan awam di samping memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1972. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PKR Machang ]

6. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa Entry Point Programs (EPPs) yang merupakan projek kitar semula sebelum Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti projek-projek Karambunai Integrated Resort dan Tanjong Agas Industrial Park dimulakan dan bagaimanakah ini memberi kesan kepada dakwaan bahawa ETP mewakili “pendekatan baru yang berani” untuk pertumbuhan ekonomi. [ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Timur, Bebas Padang Serai ]

7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bagaimana pihak Kementerian memastikan aset-aset berharga negara yang terdiri daripada kelengkapan perang seperti Kapal-kapal laut, kapal selam dan kereta kebal mendapat penjagaan yang sempurna terutama dalam penjadualan penyelenggaraan oleh pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kepakaran. [ Soalan Tambahan : BN Maran, DAP Kepong ]

8. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah definisi yang digunakan untuk membezakan syarikat teras dan bukan teras berhubung dasar pelupusan syarikat-syarikat bukan teras oleh Khazanah dan PNB memandangkan Khazanah dan PNB adalah entiti yang terlibat dalam pelaburan. [Tiada Soalan Tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.

33. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan masalah liputan WiFi, 3G dan telefon bimbit yang berlaku di sekitar Padang Terap dan usaha-usaha yang diambil untuk mengatasinya.

37. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jelaskan mengapa berlakunya penyelewengan akidah dan bertambahnya kes jenayah di kalangan belia hari ini adalah kerana ketidak berkesanan subjek pendidikan Islam dan Moral di sekolah yang di ajar sebagai satu pelajaran akademik, tidakkah pihak Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula silabus subjek ini supaya unsur-unsur akidah dapat di terap melalui program amali, kem-kem ibadah dan interaksi dengan rumah-rumah ibadat (masjid dan surau) serta ulama tempatan untuk membentuk akidah dan tingkah laku pelajar yang terpuji.

54. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan yang dibina semenjak mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Samy Vellu yang menghubungkan Bandar Simpang Pulai di Perak ke Kuala Berang di Terengganu akan siap sepenuhnya.

58. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyelarasan yang dibuat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam melatih guru-guru supaya ia selari dengan keperluan di Sekolah.

60. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Malaysia terhadap apa yang berlaku di Syria pada masa ini serta apakah peranan Malaysia di dalam OIC dalam menghadapi kemelut di negara tersebut.

66. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai gadis terlanjur dalam jagaan rumah kebajikan dan sekolah harapan di seluruh negara dan berapa ramai yang telah berjaya dipulihkan sepenuhnya dari terus terlibat dengan aktiviti zina.

72. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah ciri-ciri utama Skim Insurans Kesihatan Nasional yang telah pun banyak dibicarakan dalam media perdana dan media baru, tetapi masih tidak diperjelaskan oleh pihak Kementerian. Sejauh manakah pandangan dan konsultasi berlaku dengan rakyat dan seluruh 'stakeholders' yang lain dalam merumuskan skima ini.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pengantaraan 2012

d. Usul-Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ - Timbalan Menteri Dalam Negeri - BN Kampar

Ususl 18(1) Oleh PKR Ampang berkenaan dengan Kebertanggungjawaban Dana RM 250 Juta oleh Kementerian Kewangan & Kementerian Pertanian & Asas Tani.

2. Yang Berhormat Dato' Lilah bin Yasin akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.”

[ Perbahasan - BN Jempol (DAP Beruas, Bebas Padang Serai, Kota Belud, BN Maran, DAP Beruas, BN Kuala Krau, DAP Beruas, PKR Indera Mahkota, BN Jasin , PKR Indera Mahkota ), BN Kapit ] [ Rehat ]

[ BN Kapit, PKR Permatang Pauh ( BN Kota Belud, BN Rembau, PKR Machang, PKR Balik Pulau ), BN Jasin ( BN Pasir Salak, BN Rembau, PAS Kuala Selangor ), DAP Bandar Kuching ( BN Sri Aman, BN Kapit, PKR Gopeng ), Bebas Tawau, ]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjukasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008