Thursday, June 30, 2011

Dewan Rakyat 30 Jun 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul

1. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (29 Jun, 2011) [ Kementerian Kerja Raya ]

2. (D.R. 17/2011) Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

[ Perbahasan -

2. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

3. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

4. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

6. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

7. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

8. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

9. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

10. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

11. (D.R.24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

12. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

13. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

14. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Wednesday, June 29, 2011

Dewan Rakyat 29 Jun 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat * Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 19/2011) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011. Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 Jun, 2011)[ Kementerian Kewangan ]

[ Menyambung Penggulungan - Timbalan Menteri / Senator - DAP Kepong ] - Lulus

[Majlis dalam jawatankuasa - PKR Indera Mahkota ] -Lulus

Peraturan 18 (1) oleh DAP Ipoh Barat - Ditolak

2. (D.R. 20/2011) Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan :- PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading, PKR Balik Pulau ] [ 61P oleh DAP Ipoh Timur ][ BN Tangga Batu (Bebas Padang Serai, BN Kinabatangan), DAP Bagan (Bebas Padang Serai), BN Tuaran, PAS Kuala Selangor (PKR Kuala Kedah), BN Lipis, DAP Kepong (PKR Kuala Kedah, Bebas Padang Serai), Bebas Padang Serai ( BN Padang Besar, PKR Balik Pulau)] [Rehat]

[ Perbahasan :- Bebas Padang Serai,(BN Putatan, BN Kinabatangan, PAS Kota Raja, BN Kuala Krau, PKR Indera Mahkota, BN Kuala Krau, PKR Indera Mahkota, BN Kinabatangan, BN Sekijang), Bebas Tawau, DAP Kota Melaka ]

[ Penggulungan - DAP Kota Melaka, DAP Kepong, BN Jasin, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, DAP Kepong, DAP Rasah ] - Lulus

[ Majlis Dalam Jawatankuasa - DAP Teluk Intan, PKR Indera Mahkota ] - Lulus

3. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 [ Kementerian Luar Negeri ]

[ Perbahasan - PAS Parit Buntar (BN Arau), BN Lipis (PKR Subang, BN Putatan),PKR Lembah Pantai, PAS Kubang Kerian (BN Pasir Salak), PKR Balik Pulau (BN Pasir Salak, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading, BN Pasir Salak, BN Sri Gading), BN Jasin ]

[ Penggulungan - BN Putatan, PKR Balik Pulau ] - Lulus

4. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - BN Jasin, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau]

[ Penggulungan - BN Sekijang, PKR Balik Pulau ]- Lulus

5. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

[ Perbahasan - DAP Kepong (PAS Pokok Sena, PAS Pendang), BN Kuala Krau]

Tuesday, June 28, 2011

Dewan Rakyat 28 Jun 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan dasar Program Rakan Industri Sukan Malaysia (PRISMA) yang bertujuan untuk menggalakkan sektor swasta untuk menaja bidang sukan tertentu dalam negara.

2. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran lanjut projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh - Kajang yang mana jajaran laluan akan melalui kawasan Parlimen Cheras seperti cadangan stesen dan kemudahan yang disediakan, jumlah tanah yang diambil balik, kos projek, apakah bentuk bantahan yang diterima daripada orang ramai.

3. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi mencepatkan perlaksanaan pelbagai projek yang telah diluluskan dibawah NKRA seperti jalan luar bandar, jambatan, bekalan elektrik dan air, dan lain-lain terutamanya di kawasan Parlimen di Sarawak yang setakat ini agak kurang memuaskan dari segi pelaksanaannya.

4. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pelarian di Malaysia dan sama ada pemeriksaan kesihatan adalah diwajibkan terhadap setiap orang pelarian untuk memastikan bahawa mereka tidak membawa penyakit berjangkit ke Malaysia.

5. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) setakat ini dan apakah cabarannya.

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan kerja projek ubahsuai Dewan Serbaguna Parlimen untuk dijadikan Dewan Rakyat/Dewan Negara sementara.

7. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan dibuat oleh Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Halal Hub utama di rantau ini.

8. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kadar baru tambang ETS ini ditetapkan iaitu di antara RM25-RM45 (Ipoh ke KL Sentral) yang bergantung kepada jadual masa tertentu dan apakah objektif ETS.

9. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah kerja pembinaan fizikal SMK Pekan Nabalu akan bermula dan berapa lamakah sekolah ini dijangka siap.

10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang dibuat ke atas pengusaha teksi yang menggunakan khidmat warga asing dan apakah warga asing layak menjadi pemandu teksi.

11. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai cadangan dalam RMKe-10 untuk membina kem tentera tambahan di kawasan Sri Aman.

12. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) implementasi cadangan menjual mandatori biofuel mulai bulan Jun 2011 (tahun ini) di bawah program B5 Kerajaan mengikut jadual; dan
(b) anggaran kurangnya kebergantungan kepada fossil fuels tiap-tiap tahun bagi lima tahun akan datang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
15. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan statistik pengambilan mahasiswa mengikut jurusan pengajian pada tahun 2010 dan 2011.

24. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan membuat bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) atas keputusan mereka melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita.

34. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status terkini berkenaan penandatanganan triti utama hak asasi manusia seperti ICCPR, ICESR dan CAT dan adakah Jawatankuasa Antara Kementerian (Inter-Agency Coordinating Committee) yang diwujudkan untuk mengkaji triti-triti ini masih berfungsi.

36. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan proses pengeluaran kad pengenalan dan sijil kelahiran rakyat Malaysia, Bumiputera Sabah yang tinggal di Semenanjung. Adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan satu unit atau jabatan untuk membantu mereka memproses dokumen-dokumen ini tanpa perlu mereka pulang ke Sabah untuk menguruskannya.

48. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status program pemutihan untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diwar-warkan pelaksanaan pada Jun 2011 dan siapakah agensi pelaksana dalam program pemutihan PATI serta nyatakan syarikat yang dilantik oleh Kerajaan dalam program tersebut.

52. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang dilaksanakan oleh Kementerian mencukupi bagi menangani ancaman dan jenayah siber yang semakin meningkat dan apakah usaha Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperkenalkan kaedah pelaksanaan pensijilan penyerahan skop dan pelancaran MS ISO/IEC 27001:2007 (ISMS) mampu berfungsi sebagai instrumen berkesan dalam mendepani jenayah siber ini.

57. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dengan tidak menggunakan peruntukan ISA dan Akta Hasutan, apakah langkah-langkah yang telah difikirkan Kerajaan bagi menangani kegiatan jahat yang sengaja mengapi-api pertentangan kaum dan agama di negara ini.

60. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah cadangan pindaan ke atas undang-undang ISA yang dijanjikan sejak tahun 2009 lagi akan dibentang ke Parlimen.

67. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status terkini penstrukturan pengurusan air dalam negara.

70. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapa Malaysia jatuh 6 tangga dalam kajian "Dayasaing-Competitiveness" yang dibuat oleh 'The Institute of Management Development (IMD) World Competitive Rankings' meskipun lebih baik dalam kajian yang dibuat oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC).

74. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina pelabuhan di Tok Bali, Kelantan atau memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak lain untuk melaksanakan pembinaan tersebut.

93. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Terengganu yang telah diserahkan kepada Kementerian di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan nyatakan terma-terma penyerahan yang telah dipersetujui.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani * Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011.

2. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani * Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011.

3. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani * Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 16/2011) Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (27 Jun, 2011) [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

2. (D.R. 14/2011) Rang Undang-undang Petroleum (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 18/2011) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011. [ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 19/2011) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011. [ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 20/2011) Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [ Kementerian Kewangan ]

6. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 [ Kementerian Luar Negeri ]

7. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

9. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

10. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

11. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

12. (D.R. 17/2011) Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

13. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

14. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

15. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

16. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

17. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

Sunday, June 26, 2011

Dewan Rakyat 27 Jun 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]

a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha pihak bank tempatan dan syarikat kewangan dalam memberi kelonggaran prosedur pinjaman kepada pengguna untuk mengelakkan pengguna meminjam daripada Ah Long yang berisiko tinggi dan setakat manakah pengawasan pihak berkuasa terhadap aktiviti Ah Long yang masih berleluasa di bandar. [ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, PKR Lembah Pantai ]

2. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar status kepada pengundi awam. [ Soalan Tambahan : PAS Parit Buntar, BN Batang Sadong ]

3. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kedudukan kelajuan akses Internet di negara ini berbanding negara-negara Asia yang lain dan sejauh mana usaha yang dijalankan untuk menaik taraf kelajuan akses internet supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada pembekal yang bersaing. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, DAP Kepong ]

4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah peningkatan pengaliran wang haram di negara ini yang mencecah RM888 bilion dari tahun 2000 hingga 2008. [ Soalan Tambahan : PKR Tanah Merah, BN Putatan ]

5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkahlangkah MIDA dalam usaha meningkatkan pelaburan dari China sehingga 10 kali ganda kepada RM6.2 bilion bagi 2011 berbanding RM600 juta pada 2010 sebagaimana kenyataan Ketua Pengarahnya baru-baru ini. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

6. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Kementerian menukar pendiriannya untuk meneruskan monopoli Puspakom dan nyatakan mengapa Kerajaan enggan memberi persaingan untuk membolehkan pengguna memperolehi
perkhidmatan yang baik. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Pasir Salak, BN Kalabakan ]

7. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kejayaan pelaksanaan sistem parol, berapa bilangan yang sudah terlibat dan apakah garis panduan pelaksanaan dasar ini. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, PKR Kuala Kedah ]

8. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan unjuran pendapatan tahunan, kos penyelenggaraan, penambangan (ridership) dan harga tambang MRT dari tahun 2016 hingga 2020 dan juga menyatakan mengapa permintaan puluhan ribu penduduk untuk MRT dibina di kawasan Kota Damansara, Bandar Utama, Taman TTDI, Seksyen 16 dan 17, PJ tidak dipedulikan. [ Tidak Hadir ]

9. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) berapa nilai pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2008; dan
(b) daripada jumlah tersebut, berapa banyak yang disalurkan ke negeri Sabah. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, Bebas Sepanggar ]

10. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengurangkan yuran yang dikenakan oleh ejen pembantu asing. [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, ]

11. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan hasil buah-buahan tempatan yang telah dibenarkan menembusi pasaran di China. Apakah usaha-usaha yang sedang diambil untuk memperbanyakkan lagi buahbuahan tempatan ke pasaran China. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, ]

12. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah anggaran kos pendapatan cukai yang terlepas sekiranya satu program 'Kereta Pertama Ku' di mana pembelian pertama kereta tempatan di bawah 1,800 cc oleh rakyat Malaysia diberi pelepasan cukai jualan dan eksais. [ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan benarkah panel solar PV yang dihasilkan di Kulim hanya dieksport ke luar negara sahaja. Apakah cara untuk rakyat Malaysia memanfaatkan teknologi tersebut.

38. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan projek jalan dan jambatan yang akan dilaksanakan di Parlimen Sik dari 2011-2013 dalam RMKe-10 dan jumlah kos yang terlibat.

42. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan selepas Kerajaan gagal melaksanakan program SUBUR apakah mekanisme yang digunakan untuk mengawal harga beras bagi membantu golongan miskin.

53. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan dalam menganjurkan kempen 1Malaysia semenjak pelancarannya.

57. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah dasar baru dan perubahan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam melaksanakan kelulusan pemberian kuota beras nasional ST15 dan nyatakan syarikat dan individu yang mendapat kuota beras ST15 seluruh negara.

61. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah persetujuan telah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk menghapuskan undi pos di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

67. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kesan titik panas yang berlaku baru-baru ini terhadap cuaca di negara kita.

68. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesukaran yang dialami oleh pemohon Skim Rumah Pertamaku dari pihak bank yang enggan meluluskan pinjaman kepada pemohon, berapakah bilangan pemohon yang cukup syarat tetapi gagal mendapat pinjaman bank.

70. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah individu dan organisasi yang sudah mendapat taraf 'dijamin kerahsiaan' melalui Akta Perlindungan Saksi dan adakah mereka dilindungi sepenuhnya dalam kenyataan mereka kepada SPRM atau badanbadan penyiasat lain.

77. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kadar penagihan arak di negara ini dan apakah dasar industri minuman keras dalam negara. Kementerian manakah yang bertanggungjawab memantau kandungan dan penjualan arak atau minuman yang mengandungi alkohol di negara ini.

92. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah syarikat-syarikat yang bermasalah dan dikenakan denda atau Lembaga Pengarah diambil tindakan oleh Pendaftar Syarikat kerana tidak menghantar laporan kewangan sepanjang 2009 dan 2010.

93. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan berhasrat mewujudkan limited liability partnership ini untuk firma guaman di Malaysia.

98. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa peratus rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu menjalani dialisis mengikut jantina dan umur serta berapa pula bilangan pusat dialisis yang dikendalikan oleh agensi Kerajaan, swasta dan NGO.

102. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah ucapan saling mengancam antara kaum dan agama merupakan norma di negara ini dan rakyat hendaklah membiasakan diri dengan keadaan ini.

104. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini berhubung dengan kejayaan atau sebaliknya usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan bagi menjamin makanan yang dimakan oleh masyarakat Islam adalah 'halal dan baik' dan kenapakah Akta Perihal Dagangan 1972 masih tidak dibawa ke Parlimen untuk di
bentang semula dan dibuat pindaan yang sewajarnya.

110. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) jumlah perbelanjaan pembangunan oleh Kementerian kepada negeri Kedah sepanjang 2010 hingga kini khususnya untuk daerah Pendang; dan
(b) projek yang terbengkalai hingga kini bagi seluruh negeri Kedah di bawah JKR.

115. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) kos untuk membina bangunan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pedu dan berapakah kos peralatan yang dibekalkan dalam bentuk tender atau runding terus; dan
(b) apakah kursus yang akan dilaksanakan di IKBN Pedu, bila pengambilan pelajar yang pertama dan berapakah jumlah kapasiti pelajar.

124. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pelaksanaan tawaran penjualan Bank Muamalat Berhad kepada BIMB Holdings Bhd.

BN Padang Rengas mengusulkan 12(1) sehingga jam 8.30 malam.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.(D.R. 3/2011) Rang Undang-Undang Institusi Sukan Negara 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang" (16 Jun 2011)

[ Perbahasan - BN Hulu Selangor, DAP Kepong (PAS Tumpat, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PKR Batu, PAS Tumpat, PKR Gombak) ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri - BN Muar - Bebas Padang Serai, PAS Padang Terap ] [ Rehat ]

[ Usul 18 (1) oleh DAP Bakri ]

[ Sambung Penggulungan - BN Muar] [ Majlis Dalam Jawatankuasa - Lulus ]

2.(D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 (Jabatan Perdana Menteri)

[ Perbahasan - DAP Bukit Gelugor (BN Kinabatngan, DAP Batu Kawan, BN Kinabatangan, DAP Batu Kawan ), PKR Permatang Pauh (PKR Balik Pulau), BN Ledang, Bebas Wangsa Maju (BN Pasir Salak, Bebas Kulim Bandar Baru), DAP Seremban (DAP Teluk Intan), Bebas Pasir Mas, DAP Teluk Intan (DAP Seremban, PKR Kuala Kedah, BN Kota Belud, DAP Beruas, BN Kota Belud, DAP Beruas, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, DAP Seputeh, BN Kota Belud), DAP Beruas, DAP Puchong, PKR Selayang]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - PKR Subang, Bebas Wangsa Maju, DAP Bukit Gelugor, BN Kota Belud, PKR Subang, DAP Beruas, PKR Subang, DAP Beruas, DAP Puchong, ] [ Mesyuarat Jawatankuasa - Lulus ]

3.(D.R. 16/2011) Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

[ Perbahasan - DAP Kepong, bersambung esok 28 Jun 2011 ]

Ucapan-Ucapan Penangguhan :-

1. YB Lembah Pantai - Kes Yong Vui Kong yang telah ditangkap kerana mengedar 47.27 gram heroin di Singapura pada 13 Jun 2007 - Kementerian Luar Negeri.

2. YB Bakri - Peruntukan Rancangan Malaysia Ke-9 Dalam Pembinaan Bangunan Ambulatory Di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar - Kementerian Kesihatan.

Thursday, June 23, 2011

Dewan Rakyat 23 Jun 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1.Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi membantu artis veteran yang tidak lagi aktif atau bersara dan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan skim pencen untuk artis bagi menjamin hari tua mereka. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Indera Mahkota ]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kebaikan dan keburukan kepada Malaysia dalam memasuki perjanjian dengan Australia untuk program penempatan semula (resettlement) pelarian. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Tangga Batu, DAP Ipoh Barat ]

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) berapakah kos kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan ke atas Non-Revenue Water (NRW) serta punca dan cara mengatasi masalah ini dan sama ada Kerajaan akan memasang alat pengesan kebocoran air bagi maksud di atas; dan
(b) sama ada Kerajaan bercadang untuk mengadakan program pembekalan air secara percuma kepada pengguna, misalnya "1000 Liter Pertama Percuma". [ Soalan Tambahan : BN Putatan, PKR Gombak ]

4. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar getah asli utama di dunia. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu, BN Kinabatangan]

5. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah orang Melayu warga emas berumur 60 hingga 79 tahun yang mendapat perlindungan rumah kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara dan nyatakan punca keadaan ini berlaku. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, DAP Batu Gajah]

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) bilakah tarikh sebenar perlaksanaan Automated Enforcement System (AES); dan
(b) pihak manakah yang bertanggungjawab dalam pemasangan alatan-alatan AES. Adakah dilakukan oleh Kerajaan melalui JPJ atau syarikat swasta yang dilantik. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena, BN Ledang]

7. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan lokasi-lokasi di Negeri Sarawak yang dilayan dengan perkhidmatan doktor udara (flying doctor service). Sila jelaskan apakah usaha atau langkah yang diambil oleh Kementerian ini untuk memikirkan sama ada terdapat kaedah yang lain, yang lebih murah dan tetap bagi meneruskan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman Sarawak. [ Soalan Tambahan : BN Kapit ]


Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berbagai program telah dilaksanakan untuk melatih siswa yang menganggur seperti program STAR oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd, GEMS oleh Khazanah Nasional, GTP oleh Mdec, Perintis Mekar oleh UiTM, Program Siswazah Industri Pembinaan oleh CIDB. Mengapa pihak Kementerian tidak mengambil langkah untuk membetulkan keadaan ini di IPTS yang menghasilkan graduan ini.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan garis panduan yang menetapkan silibus sejarah negara untuk dijadikan teks bagi mengimbangi fakta dan sensitiviti dalam fakta itu.

24. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kedudukan Projek Langat 2 yang bakal menelan belanja RM8.65 bilion bagi menampung kekurangan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang dikatakan akan menghadapi margin simpanan yang kritikal pada tahun 2014.

57. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme kelulusan lesen arak dan sehingga akhir 2010 berapakah jumlah premis arak di seluruh negara. Adakah Kementerian tidak bercadang untuk menurunkan kuasa perlesenan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah-daerah di bawah PBT memandangkan Pejabat Daerah tidak ada kemampuan memantau penjualan arak.

60. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah perkhidmatan kereta api dari Kuantan ke Kerteh yang telah mula beroperasi sejak tahun 2004 telah ditamatkan perkhidmatannya serta nyatakan berapakah jumlah kos keseluruhan untuk mengadakan perkhidmatan kereta api tersebut.

62. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan akan memberi perhatian kepada cadangan Sultan Kelantan supaya lebuh raya dibina dalam negeri Kelantan. Jika ya, jajaran manakah yang akan diberi keutamaan oleh Kerajaan.

72. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan lesen televisyen dan radio kepada pihak pembangkang.

75. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah bentuk standard siasatan yang diguna pakai dalam isu penyebaran video lucah yang melibatkanPresiden MCA dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

80. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pemohon pinjaman di bawah Skim Rumah Pertamaku dan berapakah yang berjaya mendapatkan pinjaman mengikut pecahan negeri-negeri.

81. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah masalah sebenar sehingga tanah jerlus di Jalan Mahadi Kampung Baru, apakah langkah-langkah pembaikan dan penstabilan yang diambil sudah mencukupi kerana didapati berlaku lagi tanah jerlus kali kedua serta berapa kos pembaikan keseluruhan dan adakah kontraktor yang dilantik berkemampuan dan berpengalaman untuk menangani masalah tersebut.

86. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar asing yang sedang mengikuti pengajian di IPTS sehingga 31 Disember 2010. Daripada jumlah tersebut berapakah jumlah pelajar dari negara Afrika.

88. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah insentif yang dinikmati oleh nelayan; dan
(b) berikutan harga ikan makin mahal, import makin bertambah, apakah mekanisme yang boleh mengatasi perkara ini.

99. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dakwaan kajian "The 2010 Prices and Wages Report by Swiss Bank UBS AG" yang menunjukkan bahawa warga Kuala Lumpur hanya mempunyai 33.8% dari kuasa membeli (purchasing power) berbanding warga New York, 42% kuasa membeli warga London, 33.7% warga Sydney dan 31.6% warga Zurich sekali gus melenyapkan persepsi bahawa kos dan saraan kehidupan di negara ini adalah murah.

103. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Lebuhraya Weng-Durian Burung Peringkat C dan D yang telah terbengkalai lebih 2 tahun. Bilakah projek ini akan dapat disiapkan sepenuhnya.

107. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan pencapaian yang telah dicapai setakat ini dalam kajian angkasa dan sumbangannya kepada pembangunan negara.

110. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjelaskan kembali maksud "Islam Sebagai Agama bagi Persekutuan”.

112. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap aduan yang menyatakan bahawa wujud syarikat-syarikat palsu yang menipu serta mengaku telah dipilih oleh Kementerian untuk program pemutihan pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta bilangan aduan yang diterima.

113. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang pinjaman berhubung industri air bagi setiap negeri di Malaysia kepada Kerajaan Pusat setakat mana pembayaran balik mengikut negeri yang terkini.

123. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan anggaran kos terbaru pembinaan MRT di Lembah Kelang dan pecahan kos mengikut pengambilan bilik tanah, pembinaan landasan (atas bumi dan terowong), Pembinaan stesen-stesen (atas bumi dan dalam terowong) serta lain-lain kos.

125. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah mualaf yang diuruskan oleh PERKIM. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan PERKIM kepada mereka dan untuk selama mana hal ehwal kebajikan mereka dipantau.

128. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan untuk menyekat tayangan pornografi yang semakin berleluasa dalam media hari ini yang membawa kesan negatif pada negara.

130. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah rampasan barangan makanan luput tarikh yang dikitar dan dipek semula secara haram untuk dipasarkan, berapakah jumlah denda yang terkumpul dan tindakan yang dikenakan kepada pesalah setakat ini.

138. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan alasan kenapa tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap media terutamanya TV3 yang berulang kali menyiarkan klip video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan Utusan Malaysia yang mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menyiarkan isu berkaitan agama rasmi.

12(1) oleh BN Batang Lupar bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan RUU Jadual Perbekalan Tambahan dan Ucapan-Ucapan Penangguhan.

18(1) oleh DAP Bakri mengenai ugutan PERKASA terhadap komuniti kaum cina.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.(D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (22 Jun, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - Kementerian Pelajaran - PAS Kubang Kerian, BN Simpang Renggam, PKR Balik Pulau, BN Limbang, Bebas Bagan Serai, BN Kinabatangan (BN Sri Gading), DAP Bukit Mertajam, BN Sekijang, Bebas Padang Serai (Bebas Kulim Bandar Baru), BN Hulu Terengganu]

[ Penggulungan Menteri - BN Ayer Hitam (BN Kota Belud, PKR Kuala Kedah, BN Tuaran, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau) ] [ Rehat ]

[ Perbahasan - Kementerian Kesihatan - PAS Pendang, BN Kapit, PKR Telok Kemang, BN Sibuti, DAP Kota Melaka, PAS Kota Raja, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - BN Sri Gading, PAS Pendang, PKR Gopeng, PAS Kuala Krai, PAS Pendang, BN Tuaran ]

[ Perbahasan - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan RM 442, 149, 000 - BN Jasin, PKR Sungai Petani, BN Sibuti, DAP Kepong, BN Tangga Batu, PAS Kota Raja, BN Sekijang, PKR Kuala Kedah, BN Simpang Renggam, PAS Hulu Langat, DAP Serdang, DAP Bakri ]

[ Penggulungan - PKR Kuala Kedah, PKR Sungai Petani, PAS Kota Raja, PKR Gombak, BN Simpang Renggam, DAP Serdang, DAP Bakri ]

[ Perbahasan - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan RM 70, 283, 700 - PAS Pokok Sena, PKR Batu, Bebas Kulim Bandar Baru, PKR Balik Pulau ]

[ Perbahasan - Kementerian Pertahanan RM 493, 297, 600 - ]

[ Perbahasan - Kementerian Dalam Negeri RM 30, 000, 000- ]

1. YB Bakri - Peraturan harus digubalkan untuk melindungi pembeli rumah daripada ancaman anai-anai di kawasan perumahan - Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan.
2. YB Bebas Tawau - Isytihar Perang Melawan Pemerdagangan Dadah Melintasi Sempadan - Kementerian Luar Negeri.

p/s : Dengan Penuh Dukacita dimaklumkan bahawa Siaran Langsung akan Tamat serta merta pada jam 5.30 petang. Sekian Dimaklumkan.

Wednesday, June 22, 2011

Dewan Rakyat 22 Jun 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan yang akan dimainkan oleh Global Science & Innovation Advisory Council (GSIAC) dalam mengembangkan keupayaan inovasi negara dan nyatakan harapan dan aspirasi Kerajaan dengan penubuhannya. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, DAP Kepong, PKR Lembah Pantai ]

2. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tujuan sebenarnya penstrukturan semula bank-bank yang akan dilaksanakan. Apakah implikasi kepada masa depan perbankan Islam di Malaysia.
[ Soalan tambahan: PAS Rantau Panjang, BN Jasin ]

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah bilangan rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia mengikut pecahan-pecahan kaum dan etnik dalam jangka masa lima (5)
tahun terdahulu dan berapakah kadar perbandingan mendapatkan rawatan antara hospital kerajaan dan swasta di negara ini. [ Soalan tambahan: BN Jasin, DAP Beruas, BN Putatan ]

4. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membina jalan konkrit Kg Mambong di Kuala Krai sepanjang 2.5 km bagi kemudahan 200 penduduk.
[ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai, ]

5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kes rasuah yang telah dikendalikan menerusi 14 Mahkamah Khas yang ditubuhkan khusus untuk mengendalikan kes rasuah dan berapa ramai perlantikan hakim di mahkamah khas itu. [ Soalan tambahan:

6. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah cukai tanah yang dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada negeri Kedah bagi bangunan IPT yang ada di Kedah mengikut kadar per meter persegi setiap IPT tersebut. [ Soalan tambahan:

7. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semenjak NCER dilancarkan pada bulan Julai 2007 berapakah projek yang telah dilaksanakan di Negeri Perlis dan kenapakah Pusat Biji-biji Benih Negara yang telah dilulus untuk dibina di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis tiba-tiba dibatalkan dan dipindahkan ke Negeri Kedah. [ Soalan tambahan:

8. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sebab mengapa kadar tol untuk setiap kilometer yang dikenakan oleh Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) adalah lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan oleh Lebuhraya PLUS.
[ Soalan tambahan:

9. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah perancangan yang bakal dilakukan untuk membuka mata rakyat terhadap kepentingan Government Link Investment Company (GLIC) untuk terus melabur dalam GLC; dan
(b) sejauh manakah keberkesanan GLC dalam membantu dan menyokong pelbagai plan transformasi yang dilancarkan Kerajaan supaya dapat memberi impak positif terhadap
pembangunan ekonomi negara. [ Soalan tambahan:

10. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh mana benarnya 'Freedom House' yang meletakkan negara Malaysia di tangga ke-143 daripada 196 negara seluruh dunia dari segi sudut kebebasan akhbar. Sejauh mana kebenaran laporan ini. [ Soalan tambahan:

11. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pelaburan asing (FDI) masuk ke Malaysia pada tahun 2009, 2010 dan tahun ini. [ Soalan tambahan:

12. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional melanjutkan kontrak monopoli pengimportan beras kepada Bernas selama 10 tahun sehingga 2021 sedangkan tindakan Bernas yang mengisytiharkan dividen sebanyak 36% daripada modal sahamnya menunjukkan masih terdapat ruang persaingan dalam pasaran.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan berapakah kos keseluruhannya menaik taraf Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru yang siap pada awal 2008, berapa panjang jalan yang terlibat, berapa pula kos memindahkan gerai-gerai ke Bakar Beta serta apakah kerosakan yang berlaku dan berapa pula kos penyelenggaraan dan pembaikan sejak tahun 2008.

27. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kadar cukai tanah yang dikenakan oleh setiap Kerajaan negeri ke atas semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia berdasarkan meter persegi.

28. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membentangkan Akta Halal bagi mengatasi keresahan masyarakat terhadap status produk makanan Halal lagi bersih.

42. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia bercadang mengadaptasi sepenuhnya perlaksanaan dan program pemulihan berdasarkan undang-undang seperti Racketeer Influenced and Corrupt
Organizations Act (RICO) di Amerika Syarikat untuk membendung aktiviti kegiatan haram atau racketeering dan jenayah terancang atau organized crime yang semakin berleluasa terutama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

50. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah yang dibayar balik oleh Kerajaan Pusat kepada Kedah hasil daripada FDI ke negeri itu sepanjang 2009 dan 2010.

57. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah keputusan membina kompleks penapisan dan petrokimia bersepadu bernilai AS$ 20 bilion (RM60 bilion) di Johor Selatan dibincang dengan pihak-pihak berkuasa negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

60. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) atau pihak Kementerian Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara bertanggungjawab dalam melaksanakan dan mengumumkan sebarang pelantikan dalam jawatan-jawatan tertinggi dalam PDRM.

62. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sumber dan jumlah dana yang ada di Baitulmal Wilayah Persekutuan. Apa sebenarnya fungsi Baitulmal.

69. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha telah dibuat untuk mewartakan undang-undang bagi pendaftaran secara automatik umur 18 tahun untuk kelayakan menjadi pengundi.

83. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagi menjelas dan menjernihkan suasana berhubung dengan kontroversi kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara, apakah Kerajaan bersedia untuk meminda Perkara 3(1) dengan menyebut Islam 'sebagai agama rasmi Persekutuan'. Ini selaras dengan hakikat bahawa sebahagian besar Menteri mensinonimkan Islam sebagai 'agama Persekutuan' (religion of
the Federation) dengan Islam sebagai 'agama rasmi negara' (the official religion of the Federation) dalam ucapan mereka.

88. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Kementerian berhubung berita dan tulisan yang bersifat menghasut oleh Utusan Malaysia yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama.

93. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah yang ditanggung Kerajaan untuk membiayai kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri setiap tahun mulai tahun 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010 termasuk kos sewa, kos baik pulih serta bil elektrik dan air setiap tahun.

96. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu sebagai lapangan terbang antarabangsa.

103. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan kehadiran pelancong Asia Barat ke Malaysia dalam tempoh 4 bulan pertama tahun ini dan bandingannya dengan 4 bulan pertama tahun lepas.

110. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pendirian Kerajaan terhadap pelaksanaan gaji minima kepada semua sektor sama ada sektor Kerajaan atau swasta memandangkan usaha merasionalisasikan subsidi turut melibatkan kesemua mereka.

115. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan syarat-syarat dalam kenaikan gaji dan pangkat guru-guru yang diumumkan oleh Perdana Menteri sempena Hari Guru tahun 2011 dalam merangsangkan motivasi guru.

118. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan projek Wakaf Mart dan Bazar Wakaf Rakyat sepanjang tahun 2011.

119. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Akta Bidang kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 akan dipinda dan jika ya, apakah hukuman yang dicadangkan.

120. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan terkini Tenaga Nuklear Negara berikutan daripada kemalangan reaktor nuklear di Fukushima, Jepun.

138. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir dijangka siap dan berapakah jumlah kos yang terlibat. Sehubungan dengan itu berapakah jumlah cukai taksiran yang sepatutnya dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Stesen Jana kuasa Elektrik Sultan Mahmud Kenyir kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu setiap tahun.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011.
2. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 - Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 (D.R.11/2011) dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (21 Jun, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Menteri) - PAS Pokok Sena ]

[ Perbahasan - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - BN Putatan, PKR Balik Pulau, BN Arau, ]

[ Perbahasan - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - PKR Lembah Pantai, ]

[ Perbahasan - Kementerian Kerjaraya - DAP Kepong, PAS Pendang, PAS Padang Terap, DAP Bakri, BN Dungun, PAS Pokok Sena, ]

[ Perbahasan - Kementerian Pengangkutan - PKR Indera Mahkota, BN Arau, DAP Jelutong, BN Sri Gading, Bebas Tawau ]

[ Perbahasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - PKR Kuala Kedah, BN Rembau, BN Kota Belud, ]

[ Perbahasan - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Bebas Wangsa Maju, BN Labuan, PKR Batu, DAP Kepong, ]

[ Perbahasan - Kementerian Pelajajaran - BN Kalabakan, PAS Kubang Kerian (Sambung) ]

2. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (16 Jun, 2011) [ Kementerian Belia dan Sukan ]

3. (D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [ Perdana Menteri ]

4. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

5. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

6. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 [ Kementerian Luar Negeri ]

7. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

9. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

10. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 [ Kementerian Kesihatan ]

Tuesday, June 21, 2011

Dewan Rakyat 21 Jun 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Bank Negara Malaysia berhasrat untuk menyemak atau meminda Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement) bagi bank-bank tempatan sehingga akhir tahun ini. Sila jelaskan sebab-sebabnya sekiranya ya mahupun tidak. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PKR Lembah Pantai]

2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan tahap perkhidmatan DBKL berbanding dengan bandaraya maju di dunia. Apakah usaha untuk mempertingkatkannya. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, BN Setiawangsa ]

3. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik miskin tegar mengikut pecahan kaum seluruh Negara sehingga 2010 dan jumlah masyarakat orang Asli di Negara ini terlibat dengan program 1 AZAM dan sejauh manakah telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi mereka. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, PAS Rantau Ranjang ]

4. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan Dewan-dewan Undangan Negeri manakah yang belum meluluskan peralihan kuasa mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Kerajaan Persekutuan dan bolehkah Negeri Pulau Pinang dikecualikan daripada penguatkuasaan mengikut Seksyen 104, Akta 672. [ Soalan Tambahan : DAP Tanjong, BN Arau ]

5. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan laporan berhubung dengan insentif kepada petani-petani padi yang telah diberhentikan. Kenapa dan mengapa ia diberhentikan dan dapatkah Kerajaan mempertimbangkan semula insentif ini. [ Soalan Tambahan : BN Pasir Salak, PAS Parit Buntar ]

6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini sebuah vessel (oil spill response vessel) yang bernama Seri Endon yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006 (Laporan Tahunan Lembaga Pelabuhan Johor 2009, m.s 19). [ Soalan Tambahan : PKR Kuantan, BN Labuan ]

7. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perihal Kajian Penilaian Alam Sekitar (EIA) dan Kesan Sosial dari Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) yang dijalankan oleh Petronas di kawasan Parlimen Pengerang. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PAS Kubang Kerian ]

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) senarai IPTA dan IPTS yang berjaya mencapai tahap cemerlang dalam penyelidikan dan akademik sesi 2010-2011; dan
(b) universiti-universiti yang berjaya menguruskan kewangan sendiri (self finance) terutama dalam penyelidikan. [ Tidak Hadir ]

9. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan yang terlibat dalam program pengambilan bekas anggota tentera berkhidmat dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta apakah insentif dan galakan yang diberikan kepada mereka. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, PAS Bukit Gantang ]

10. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah pembantu rumah warga Indonesia yang sering lari dari majikannya. [ Soalan Tambahan : DAP Segambut, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status terkini tentang cadangan Kerajaan mengisytiharkan pembinaan tebatan banjir di sepanjang Sungai Golok Rantau Panjang, apakah sebabnya projek ini sengaja dilambat-lambatkan.

18. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah strategi dan pendekatan Kementerian untuk memastikan kenaikan harga minyak dan gula tidak menyebabkan kenaikan harga makanan di pasaran yang membebankan pengguna.

22. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) kedudukan terkini projek Empangan Bakun khasnya jumlah tenaga yang mampu dijana setelah RM12.5 bilion dilaburkan, isu keselamatan, pembeli tenaga dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah difikirkan oleh Kerajaan bagi mengatasinya; dan
(b) apakah iktibar yang dipelajari oleh Kerajaan dari segi mengurus projek mega seperti Bakun ini supaya tidak akan berulang kesilapan lama.

26. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan laluan FT 175 Jalan Batu Seketol-Gulau yang dibina sejak awal kemerdekaan begitu sempit dan tidak sesuai untuk menjadi laluan penting ke Lebuhraya Weng-Durian Burung. Jalan sepanjang 3km ini lebarnya hanya 5m dan perlu segera diperbesarkan. Bila langkah pembesaran ini hendak dilaksanakan.

59. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permit ceramah politik (mengikut parti-parti politik) yang diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda dan Ketua Polis Daerah Yan bagi tahun 2010 dan setakat Mei 2011.

66. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) keluasan ladang tebu yang ada di Malaysia dan kapasiti pengeluaran; dan
(b) apakah langkah-langkah Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan harga gula di pasaran.

83. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat mana tindakan yang telah diambil oleh SPR dalam urusan persempadanan semula bahagian Pilihan raya Parlimen dan Bahagian Pilihan raya Negeri sehingga Jun 2011.

86. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian tidak mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi sehingga mengalami kesulitan untuk membayar cukai tanah pusat pengajian tinggi di bawah tanggungjawab Kementerian pada Kerajaan negeri dan nyatakan kadar cukai tanah yang dikenakan mengikut 1 meter persegi mengikut negeri.

88. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah peranan Kerajaan untuk memastikan syarikat berstatus PLCs (Public Listed Companies) dan GLCs (Government-Linked Companies) menunaikan tanggungjawab sosial korporat mereka (CSR) secara yang maksima dan apakah hanya cukup dengan Putrajaya Committee on GLC High Performance (PCG).

101. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kementerian akan bertindak ke atas Peguam Negara berdasarkan laporan Dato' Mohd Zin mengenai peranan yang dimainkannya dalam kes melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

102. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan agensi yang bertanggungjawab memantau kehadiran bot dan nelayan asing di pelabuhan perikanan Tok Bali.

115. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah yang dibelanjakan mengikut Kementerian bagi melaksanakan program-program Kerajaan di DUN Merlimau dan DUN Kerdau bagi tempoh Februari hingga Mac 2011 dan nyatakan apakah jumlah perbelanjaan itu terkandung di dalam Bajet.

119. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan yang diambil dari kesalahan siber dari sudut penguatkuasaan undang-undang kepada pesalah, berapakah kes yang telah diambil tindakan.

126. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sepanjang tahun 2011untuk meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengetahuan kakitangan sokongan serta peruntukan yang telah digunakan dari tahun 2005-2010.

129. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semenjak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berapakah ahli politik dan juga bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri serta EXCO Kerajaan Negeri telah disiasat sehingga kini.

132. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi bagi mengurangkan hutang isi rumah yang dianggarkan RM557 bilion sekaligus melemahkan kuasa membeli dan melembapkan ekonomi domestik.

133. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah serta usaha Kerajaan khususnya melalui JAKIM dalam mengatasi masalah gejala buang bayi yang berpunca dari perbuatan keji iaitu penzinaan.

134. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk meneliti penambahbaikan sistem penyampaian bagi pelaksanaan undang-undang anti-rasuah dengan rujukan holistik kepada Bribery Act (United Kingdom) dan disesuaikan dengan undang-undang Malaysia. Adakah Peguam Negara membuat rujukan kepada kes-kes anti rasuah terbaru di UK dan komanwel bagi membantu memperkasakan Pelan Integriti Nasional.

139. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah isu tuntutan jenazah saudara baru yang meninggal dunia dalam beragama Islam telah diselesaikan pihak Menteri supaya tiada lagi pertikaian dengan keluarga yang bukan beragama Islam dan tidak berlarutan di Mahkamah.

Usul 12 (1) bahawa dewan ini tidak akan berhenti sehingga jam 9.00 malam. - Lulus

Usul 18 (1) oleh YB Kubang Kerian berkenaan Penggodam (Hackers) beberapa laman web rasmi kerajaan. - Ditolak

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
2. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011.
3. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (20 Jun, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

[ Penggulungan Menteri Kewangan - PKR Machang, PKR Indera Mahkota, PSM Sungai Siput, PKR Balik Pulau, PKR Batu, Bebas Wangsa Maju, PAS Padang Terap, PAS Bukit Gantang, PAS Pokok Sena ]

[ Dalam Jawatankuasa ]

[ Perbahasan B.1 (Urusan Parlimen - Pentadbiran Am - RM 11 Juta )- BN Tangga Batu ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan Jabatan Perdana Menteri - DAP Jelutong, BN Labuan, PKR Machang, BN Padang Besar, DAP Rasah, BN Tuaran (BN Kota Belud, PKR Sungai Petani, Bebas Pasir Mas, DAP Jelutong, Bebas Pasir Mas), Bebas Pasir Mas (PAS Bukit Gantang, BN Kota Belud, BN Sri Gading), BN Lipis, PAS Pokok Sena (BN Putatan, BN Kinabatangan, BN Arau, BN Kinabatangan, BN Arau), BN Batang Sadong, PKR Kuantan, BN Tawau, BN Arau, PAS Kuala Krai ]

[ Penggulungan Menteri - BN Padang Rengas - DAP Rasah, PAS Pokok Sena, PKR Machang, PAS Pokok Sena, PAS Kubang Kerian, PAS Pokok Sena, DAP Jelutong, DAP Serdang ]
[ Penggulungan Menteri - BN Senator Perpaduan - PKR Kuantan, PAS Pokok Sena ]
[ Penggulungan - BN Senator - Timbalan Menteri - PKR Machang, PAS Pokok Sena, Bebas Pasir Mas, PKR Machang, Bebas Pasir Mas ] [ Penggulungan - BN Cameron Highland ] - Lulus

[ Perbahasan B11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan - BN Rembau (BN Kota Belud, PAS Pokok Sena, PKR Balik Pulau), DAP Batu Gajah, BN Kota Belud (PKR Balik Pulau, PKR Sungai Petani), PKR Machang, BN Jasin (BN Kota Belud), PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau, PAS Rantau Panjang, PKR Indera Mahkota (PKR Lembah Pantai, BN Sri Gading) ]

[ Penggulungan - BN Senator - PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, DAP Rasah, PAS Kuala Selangor, PAS Rantau Panjang, DAP Kota Melaka, PKR Balik Pulau ]

[ Perbahasan - B.48 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - PKR Ampang, BN Tuaran, PAS Kota Raja, PAS Rantau Panjang, BN Sibuti, DAP Serdang, BN Kota Belud (PKR Ampang, PAS Rantau Panjang, PKR Ampang, PAS Rantau Panjang), DAP Bakri ]

[ Penggulungan - Senator Menteri - PKR Ampang, PAS Kota Raja, BN Kota Belud, PAS Rantau Panjang, PKR Ampang, BN Sri Gading, BN Ledang, PKR Ampang, BN Padang Besar, PAS Kora Raja, PKR Ampang, PAS Pokok Sena ]

[ B. 20 - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Lulus Tanpa Bahas ]

[ B.21 - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - PAS Pokok Sena, BN Ledang, PAS Hulu Langat, BN Tuaran, PKR Indera Mahkota, BN Kuala Krau , BN Sibuti, BN Maran ]

Ucapan Penangguhan :-

1. YB Batu - Adik Menteri menguasai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kopersi dan Kepenggunaan - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
2. YB Bukit Bendera - Hampir 30, 000 pekerja asing tanpa izin disebat dari 2005 sehingga 2010 - Kementerian Dalam Negeri.

Saturday, June 18, 2011

Dewan Rakyat 20 Jun 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pendatang asing yang telah didaftar sebagai pengundi menggunakan kad pengenalan tidak sah seperti yang dilaporkan dalam media. Sila jelaskan tindakan susulan Suruhanjaya Pilihanraya untuk menyelesaikan masalah ini. [ Soalan Tambahan : BN Pulai, PKR Gombak]

2. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berapakah cadangan jumlah pengurangan subsidi bahan bakar kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan ke mana serta bagaimanakah wang dijimatkan dari pemotongan subsidi itu akan dibelanjakan.[ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Labuan, BN Kalabakan ]

3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah langkah Kerajaan menyediakan garis panduan makanan di kantin sekolah akan dapat menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat terutama kanak-kanak.[ Soalan Tambahan : BN Tenggara, BN Kepong]

4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pindaan-pindaan yang bakal dilakukan di dalam Akta 663 (Akta Bangunan dan Harta BersamaPenyenggaraan dan Pengurusan 2007). Adakah pindaan-pindaan tersebut akan dapat menyelesaikan kes atau masalah lama yang dihadapi oleh
penghuni atau pemilik rumah pangsa.[ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Jempol ]

5. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah hukuman yang dikenakan ke atas remaja yang membuang bayi dan adakah dengan adanya Rumah Perlindungan Remaja Terlanjur dapat mengurangkan isu pembuangan bayi di kalangan remaja yang semakin
berleluasa dewasa ini.[ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, PAS Rantau Panjang ]

6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi Kementerian dalam melaksanakan kerja mengutip hasil cukai Kerajaan seluruh negara dan anggaran ketirisan yang berlaku dan langkah-langkah untuk menyekat ketirisan.[ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, ]

7. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap penjagaan sumber laut dan berapakah jumlah pulaupulau yang telah diwartakan sebagai kawasan Taman Laut di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.[ Soalan Tambahan : BN Setiu, ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa luaskah ladang-ladang milik FELDA, FELCRA dan RISDA yang ada di kawasan Sik sehingga Disember 2010. Berapa luas kawasan tanaman mengikut jenis tanaman kelapa sawit dan getah.

14. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional Kerajaan mengizinkan internationalisation of ringgit' atau mengizinkan ringgit digunakan dalam transaksi perdagangan 'offshore' dan apakah langkah-langkah konkrit Kerajaan bagi mengelakkan kesan buruk atau downsides risknya.

22. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa bilangan telaga minyak di hadapan pantai Kelantan dan Terengganu yang jaraknya tidak melebihi 3 batu nautika daripada pantai masing-masing.

26. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) seperti mana yang digariskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.

38. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian ini telah mencapai NKRA sedangkan banyak aduan yang dibuat oleh rakyat yang tidak diambil tindakan oleh bahagian siasatan IPD kerana alasan kekurangan anggota.

46. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kontroversi isu pertukaran Dato' Seri Prof Ir Dr Judin Abd Karim, Ketua Pengarah Kerjaraya yang bertaraf Turus 3 ke CEO CIDB.

50. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa bilangan pelancong luar negara yang datang ke Malaysia sejak 5 tahun yang lalu dan berapa pula bilangan pelancong yang datang untuk rawatan hospital (health tourist) serta berapa pula pendapatan yang disumbangkan kepada negara.

56. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota Polis yang telah terlibat dalam jenayah dari tahun 2005 hingga Mei 2011.

64. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan barang-barang yang akan terlibat dalam usaha Kerajaan merasionalisasikan subsidi sepanjang tahun 2011.

65. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby sejak 2010 hingga kini. Perincikan dari manakah punca dan jumlah kerugian tersebut.

75. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan fungsi dan peranan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dan apakah beliau berperanan memberi nasihat kepada Perdana Menteri dalam isu penyebaran video seks yang memalukan negara baru-baru ini.

81. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah potongan kepada peneroka FELDA yang dikumpul oleh agensi itu untuk kos tanam semula bagi setiap pusingan tanam semula sebelum pokok tua ditebang.

87. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Mykad yang telah dikeluarkan semenjak Januari 2010 sehingga Mei 2011 kepada penduduk tetap, pelarian dan warga asing yang tinggal dalam Malaysia.

94. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan Melayu sebagaimana yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri dan apakah mekanisma yang dicadangkan serta apakah cadangan ini tidak bertentangan dengan konsep 1Malaysia dan masyarakat majmuk di negara ini.

99. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah sebenar pekerja asing yang diambil bekerja oleh Agensi Pusat seperti FELDA, FELCRA dan RISDA di seluruh negeri Kedah. Apakah langkah yang diambil oleh KDN untuk memastikan bahawa keseluruhan mereka adalah pekerja asing yang sah dan memenuhi syarat-syarat yang diperlukan.

102. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah dasar Kerajaan Persekutuan berkaitan guru-guru di sekolah-sekolah agama milik Kerajaan-kerajaan negeri dan adakah Kementerian Pelajaran menyediakan guru-guru tetap dan terlatih di sekolah-sekolah berkenaan.

103. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status pembinaan sekolah di kawasan U10 Puncak Perdana Shah Alam.

114. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara jelas apakah Kerajaan telah bersedia untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan apakah Kerajaan telah menjalankan kajian yang terperinci tentang baik-buruknya perlaksanaan GST ke atas kehidupan rakyat, terutamanya rakyat yang miskin.

121. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) di atas keputusan untuk melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita.

125. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah kes video lucah yang ditunjukkan oleh Trio Datuk 'T' tidak didakwa di bawah Kanun Jenayah Syariah, dalam Mahkamah Syariah.

129. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah projek pembesaran laluan kereta api ke Pantai Timur Semenanjung akan bermula.

145. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha yang dibuat untuk menangani isu sosial yang melibatkan pelajar di seluruh negara dan apakah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk masa depan negara.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan Dasar - PKR Permatang Pauh (PKR Kuala Kedah, DAP Bukit Bintang), BN Kinabatangan (PKR Machang, Bebas Wangsa Maju)] [ Rehat ]

[ Sambung Perbahasan - BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena (BN Lipis, BN Putatan, BN Arau),]B Jasin, DAP Ipoh Timur (DAP Jelutong, ), Bebas Wangsa Maju (BN Sri Gading), BN Sri Gading (DAP Bukit Mertajam, Bebas Pasir Mas), PKR Gombak (PKR Lembah Pantai, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota), BN Lipis, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian (PKR Balik Pulau), BN Ranau (BN Tuaran, BN Sibuti), DAP Bukit Mertajam (DAP Beruas, DAP Serdang), BN Tangga Batu, DAP Beruas, PSM Sungai Siput (DAP Batu Gajah)]

Ucapan Penangguhan :-

1. MP PSM Sungai Siput - Kegagalan Lembaga Jururawat memperlindungkan kepentingan Pelajar Kursus Kejururawatan - Kementerian Kesihatan
2. YB PKR Batu - Pihak Polis harus bertindak profesional dalam siasatan - Kementerian Dalam Negeri

Dewan Tamat jam 8.30 malam.

Thursday, June 16, 2011

Dewan Rakyat 16 Jun 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap pemaju-pemaju rumah yang tidak menyiapkan projek-projek perumahan mereka seperti yang dijanjikan oleh mereka, bagaimana Kementerian dapat membantu pembeli-pembeli yang harus membayar pinjaman bank, walaupun rumah yang dibeli belum boleh diduduki.[ Soalan Tambahan : BN Hulu Selangor, PKR Gombak]

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan terkini kewangan FELDA, kewajaran FELDA meminjam lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan prestasi pelaburan hasil daripada pinjaman ini.[ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, BN Maran]

3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah insentif yang disediakan kepada syarikat swasta yang memberi cuti separuh hari kepada kakitangan mereka yang menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS), misalnya dari segi pelepasan cukai.[ Soalan Tambahan : BN Sipitang, DAP Kepong]

4. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sebab-sebab kedudukan Malaysia dari segi Keberkesanan Kerajaan dan Keberkesanan Perniagaan telah merosot dengan begitu teruk sekali dari tempat 9 dan 4 ke 17 dan 14 mengikut IMD World Competitiveness Yearbook 2011[ Soalan Tambahan : DAP Petaling Jaya Utara, BN Rembau]

5. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan insentif yang diberikan kepada pelabur dalam bidang teknologi bio dan berapakah jumlah pelaburan yang telah diperolehi oleh negara sejak 10 tahun yang lepas.[ Soalan Tambahan : BN Pulai, PAS Kubang Kerian]

6. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status siasatan kematian Ahmad Sarbani di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, apakah tindakan yang diambil terhadap 62 pegawai Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) yang ditangkap pada April lalu, berapakah wang pegawai yang dibekukan dan adakah akan dipulangkan semula.[ Soalan Tambahan : DAP Segambut ]

Soalan MP PAS yang senaraikan:
12. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bentuk pemantauan yang dibuat ke atas pengusaha rumah-rumah pemulihan akhlak serta syarat-syarat untuk membuka pusat pemulihan.

22. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini projek jalan raya Tok Bali - Pasir Puteh dan berapakah tambahan kos yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan akibat kegagalan projek ini siap mengikut jadual.

24. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kesinambungan atau justifikasi Kerajaan untuk mewujudkan Peguam Negara (Syariah) dan mengkodifikasikan Kod Tatacara Amalan Mufti Negeri-Negeri, Fatwa dan lain-lain serta adakah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bercadang memberi tempoh tertentu kepada negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan untuk melantik Hakim Syarie Wanita.

36. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rasional lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang perlu memasuki ujian bahasa untuk memasuki Universiti Al-Azhar kerana ia seolah-olah merendahkan kualiti sijil ini, sedangkan ia tidak berlaku kepada lulusan sijil thanawi dan diploma kolej-kolej kerajaan negeri sebelum ini.

43. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa mengapi-apikan semangat perkauman yang ditiupkan oleh Akhbar Utusan dan sesetengah NGO adalah bertentangan dengan syariat Islam, selain dari membahayakan kepada keselamatan dan keharmonian negara.

51. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah notis saman ekor yang masih terdapat dalam senarai PDRM dan nyatakan juga jumlah pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu yang terlibat serta berapakah kes yang dalam pertimbangan mahkamah; dan
(b) bilakah Kerajaan akan menghapuskan senarai notis saman ekor tersebut dari rekod PDRM.

56. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan faktor-faktor yang mendorong penyambungan kontrak Ketua Polis Negara baru-baru ini dan apakah kriteria yang digunakan untuk melantik Timbalan Ketua Polis Negara kini.

62. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah sebarang usaha Kerajaan untuk memberikan pengiktirafan kepada Universiti di Syria dan apakah kriteria yang telah dipenuhi oleh universiti tersebut.

67. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah individu sejak dikuatkuasakan telah melalui Program Perlindungan Saksi melalui Akta Perlindungan Saksi dan adakah mereka ini masih selamat berada di negara ketiga serta berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan mengikut tahap keseriusan kes-kes.

86. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramaikah senarai keluarga miskin yang telah ditamatkan sumbangan kebajikan pada tahun 2008,2009, 2010 dan 2011 mengikut negeri di seluruh negara. Nyatakan punca dan sebabnya pemberhentian.

91. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mekanisme yang digunakan pihak Kerajaan bagi mengawal pengedaran bahan lucah di Internet dan telefon bimbit.

99. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah pembinaan jalan raya Kota Bharu ke Kuala Krai akan dilaksanakan. Berapakah kos projek keseluruhannya.

102. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah saham syarikat arak yang masih dilaburkan oleh Perkeso dalam 2009, 2010 dan hingga kini.

104. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) saham syarikat arak yang masih dipegang oleh Amanah Raya dari tahun 2005 hingga kini; dan
(b) nilaian harta pemilik yang terdiri daripada masyarakat Islam yang dipegang oleh Amanah Raya hingga kini.

119. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah yang dibelanjakan mengikut Kementerian bagi melaksanakan program-program Kerajaan di Sarawak sepanjang tempoh berlangsungnya Pilihan raya Negeri dan nyatakan apakah jumlah perbelanjaan itu terkandung di dalam bajet.

122. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menutup terus kilang-kilang yang menjual makanan sampah (junk food) yang langsung tidak memberi manfaat dari segi nutrisi rakyat Malaysia terutama anak-anak yang sedang membesar.

140. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status projek pembinaan Hospital Shah Alam dan berapa lama lagi perlu warga Shah Alam menunggu sebelum mendapat kemudahan ini.

Usul 18.7.C oleh YB Ipoh Barat mengenai Kehadiran Presiden Basyar Al-Asad dan Mungabe - Ditolak bawah peraturan 27

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Jun, 2011) [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota (PKR Gombak, DAP Klang, BN Kota Belud, PKR Lembah Pantai, PKR Batu, BN Kota Belud), BN Jasin (BN Pasir Salak, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau, PKR Gombak, DAP Beruas, BN Tangga Batu, BN Arau)] [ Penggulungan Timbalan Menteri][ Rehat ]

[ Menyambung Penggulungan Timbalan Menteri - PKR Indera Mahkota, PKR Lembah Pantai, PKR Indera Mahkota, PKR Lembah Pantai, PKR Indera Mahkota, BN Tangga Batu, PKR Lembah Pantai, BN Jasin] - Lulus Tanpa Pindaan dalam Jawatankuasa sesebuah majlis

2. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 [ Kementerian Belia dan Sukan ]

[ Perbahasan - BN Lipis, PKR Kuala Kedah, BN Arau (BN Tangga Batu, BN Silam, BN Labuan, PKR Kuala Kedah, PAS Padang Terap), BN Sri Gading (DAP Kepong, BN Arau, BN Kota Belud, BN Silam), PAS Jerai, PAS Padang Terap (PKR Sungai Petani, BN Kota Belud), Bersambung selepas perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 ]

5. (D.R. 11/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 [ Kementerian Kewangan ][ Rang Undang-Undang ini akan dibahaskan Minggu Depan selama 4 hari berturut-turut ]

Ucapan - Ucapan Penangguhan :-

1. YB Seremban : Laporan Polis Pandamaran/004274/08 bertarikh 12.6.2008 oleh Cheoh Chien Chwee. - Menteri Pengangkutan.
2. YB Bakri : Gangguan Seksual Diakibatkan Oleh Perkongsian Bilik Di Antara Lelaki Dan Wanita Yang Bukan Pasangan Dalam Industri Pelancongan. - Menteri Pelancongan.

Persdiangan Dewan Tamat jam 6.00 petang.

Wednesday, June 15, 2011

Dewan Rakyat 15 Jun 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang kaedah keputusan yang diambil ke atas perkara ini: Mei (Bernama) - Sistem biometrik yang akan mula digunakan oleh Jabatan Imigresen Jun depan dikenal pasti dapat mengekang kegiatan jenayah merentasi sempadan melibatkan warga asing, di mana kewujudan sistem pengimbas cap jari itu diharap dapat menangani isu-isu keselamatan, antaranya pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan senjata, dan keganasan.[ Soalan Tambahan : BN Ledang, DAP Batu Gajah, BN Kinabatangan]

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang melantik wakil-wakil NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sebagai Ahli Dewan Negara. Jika ada berikan statistiknya dan nama NGO tersebut serta apakah kriteria memilih NGO itu.[ Soalan Tambahan : PAS Bachok, BN Silam]

3. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dalam tahun 2009-2011 berapa jumlah rekrut tentera di seluruh negara dan jumlah rekrut tentera dari kalangan anak-anak Sarawak. Mengapa pihak Kementerian tidak begitu menggunakan kaedah media baru seperti Youtube, Facebook dan Twitter untuk medium pengiklanan.[ Soalan Tambahan : BN Sibuti, PKR Machang]

4. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
(a) di dalam dasar Kerajaan yang menghalang siaran iklan dlam program TV berbayar, mengapa ASTRO dibenarkan untuk menyiarkan iklan-iklan didalam program mereka; dan
(b) memandangkan keuntungan tahunan bersih sebanyak RM 700 juta untuk 2010, apakah Kerajaan bercadang untuk mengawal ASTRO supaya mengurangkan kos langganan bulanan yang dibebankan kepada rakyat pendapatan rendah.[ Soalan Tambahan : Bebas Wangsa Maju, BN Sri Gading]

5. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejak dulu lagi terdapat banyak kes kebakaran di rumah-rumah panjang di Sarawak yang menyebabkan kerugian besar di kalangan penduduk yang terlibat. Dalam jangkamasa lima tahun kebelakangan ini apakah anggaran kerugian daripada kebakaran-kebakaran rumah panjang seumpama ini dan apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan untuk mencegah dan mengurangkan kejadian seumpama ini berulang.[ Soalan Tambahan : BN Hulu Rajang, DAP Ipoh Barat]

6. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah bilangan pesakit yang mengalami sakit kronik Multiple Sclerosis di seluruh negara setakat ini
(a) apakah asas-asas pertama yang mengakibatkan pesakit menghidap penyakit ini; dan
(b) nyatakan jenis bantuan oleh Kementerian terhadap pesakit-pesakit Mutiple Sclerosis ini anggaran tanggungan perubatan setiap pesakit Mutiple Sclerosis ini.[ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, BN Batang Sadong]

7. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan persepsi antarabangsa berhubung penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang pro-aktif menyertai forum, konvensyen dan seminar global sebagai suara hak wanita, pembangunan modal insan dan masyarakat di peringkat dunia.[ Soalan Tambahan : BN Libaran, DAP Bukit Mertajam]

8. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan jumlah geran, bantuan dan insentif yang diberikan untuk tujuan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dari tahun 2005 hingga 2010.[ Soalan Tambahan : PKR Gopeng, BN Pasir Salak]

9. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah perancangan dalam RMKe-10 untuk melebarkan jambatan Batang Kali di Laluan Persekutuan 1 (FT001) yang sempit dan sering menyebabkan berlakunya kesesakan terutama pada waktu puncak dan musim perayaan dan berapakah anggaran kos kerja pelebaran tersebut.[ Dikemukakan tanpa soalan tambahan]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
36. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas surat khabar Utusan Malaysia kerana laporan bersifat provokatif pada keluarannya bertarikh 7hb Mei 2011 tentang Kristian agama rasmi.

38. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kekeliruan fatwa poco-poco yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia baru-baru ini.

65. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebagai Kerajaan yang komited dengan falsafah mendahulukan rakyat' , apakah Kerajaan bersedia untuk memperkenalkan sistem gaji bagi kakitangan awam yang anjal (flexible) mengikut tuntutan kos hidup semasa.

67. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kenapakah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyediakan peruntukan RM2 juta bagi mengatasi banjir di kawasan Parlimen Barisan Nasional Kedah sahaja.

82. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rancangan Kerajaan untuk menghargai peranan yang telah dilaksanakan oleh guru-guru terutama bagi mereka yang telah berkhidmat lebih 10 tahun.

88. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Puteri UMNO masuk sekolah untuk mengajak pelajar menyertai Puteri UMNO. Pegawai di IAB, Kementerian dan JPN turut memainkan peranan meminta guru-guru di sekolah menyokong dan mengekalkan Kerajaan yang ada. Adakah ini arahan Kementerian atau sekadar usaha persendirian pengawai tertentu di peringkat berkenaan
sahaja.

97. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) rasional pelancaran projek RAPID (Refinery and Petrochemical Integrated Development) yang akan dibangunkan oleh Petronas di Pengerang, Johor dengan anggaran kos sebanyak RM60 bilion; dan
(b) mengapakah projek ini tidak dibangunkan di negeri-negeri yang sudah mempunyai prasarana petroleum dan petrokimia seperti Terengganu, Kelantan, Sabah atau Sarawak.

112. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar rakyat Malaysia dihidangkan dengan minuman kordial yang tiada khasiat dan hanya terdiri daripada kandungan gula yang tinggi, pewarna, perasa dan bahan awet yang boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

126. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang dakwaan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi bahawa ETP dan EPP hanyalah projek yang tidak menangani masalah struktural ekonomi negara sekaligus tidak mampu mengeluarkan negara dari perangkap 'pendapatan sederhana' dan menjana ekonomi berpendapatan tinggi seperti yang disasar dalam Model Baru Ekonomi (MBE).

136. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan secara terperinci jadual berkala dan kadar pemotongan subsidi dan senaraikan secara terperinci barangan yang terlibat yang akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang kawalan dan keperluan rakyat.

137. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kedudukan pengkalan udara TUDM Gong Kedak selepas Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan pembentukan Perbadanan Pembangunan Tok Bali.

140. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapakah Kerajaan masih tidak bersedia untuk mengiktiraf Kerajaan Hamas di Gaza, yang dipilih oleh rakyat secara demokratik dan apakah alasannya.

142. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan pencapaian yang diperolehi dalam meningkatkan penggunaan tenaga solar dalam negara kita.

146. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah tenaga nuklear tetap merupakan pilihan sebagai tenaga masa depan bagi Malaysia.

Usul 12 (1) oleh BN Padang Rengas bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam - lulus
usul 18(1) oleh Bebas Bayan Baru bahawa dewan ini membahaskan Demonstrasi BERSIH yang mengancam keselamatan negara dan menghasut rakyat - ditolak bawah Usul 18(2)

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Jun, 2011) [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

[ Menyambung semula penggulungan Menteri - PAS Pokok Sena, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena, PKR Indera Mahkota, PAS Parit Buntar, PAS Hulu Langat ]- Lulus

2. (D.R. 7/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota ( BN Batang Sadong), BN Rembau ] [ Rehat ]

[ Sambungan Perbahasan - BN Rembau (BN Kota Belud), PAS Kuala Selangor, BN Kota Belud (BN Rembau, PAS Shah Alam, PAS Kuala Selangor, BN Arau, BN Silam, BN Batang Sadong, BN Rembau, PKR Kuantan), DAP Bagan (PKR Indera Mahkota, BN Padang Besar), BN Batang Sadong (BN Jasin), PKR Kuantan (BN Ledang), BN Silam (BN Arau, BN Tangga Batu, BN Arau, PAS Kuala Krai, BN Tangga Batu)]

[ Penggulungan Timbalan Menteri - PKR Indera Mahkota, BN Jasin, DAP Seputeh, PKR Kuantan, BN Kota Belud, PKR Kuantan, BN Kota Belud, ]

3. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

[ Perbahasan - PKR Selayang, PKR Lembah Pantai, PKR Indera Mahkota, ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.00 malam

4. (D.R. 3/2011) Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011 [ Kementerian Belia dan Sukan ]

5. (D.R. 5/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [ Perdana Menteri ]

Ucapan Penangguhan Oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat :-

1. YB Jelutong - Dana Politik Dalam Zaman Wikileaks.
2. YB Bukit Bintang - Cadangan Pembinaan MRT Di Kawasan Bukit Bintang Dan Impak Ke Atas Kehidupan Penduduk.

Dewan Ditangguhkan Pada Jam 8.00 Malam.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008