Thursday, March 31, 2011

Dewan Rakyat 31 Mac 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku sepanjang tahun 2010 dan berapakah yang melibatkan kematian; dan
(b) apakah program drastik Kementerian bagi mengatasi masalah ini.
[ Soalan tambahan: BN Jempol, PKR Petaling Jaya Selatan ]

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membina kampus cawangan mana-mana universiti awam ke Kuala Krai bagi menjadikan Kuala Krai pusat pembangunan ekonomi dan pendidikan yang baru di Kelantan Selatan. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Krai ]

3. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) cadangan pelaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan yang rosak teruk serta sukar untuk dilalui oleh masyarakat setempat dan peruntukan khusus bagi menyediakan pemasangan wayar dalaman rumah (internal wiring) rumah-rumah penduduk miskin di daerah Kinabatangan; dan
(b) langkah Kerajaan dalam mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada kepompong kemiskinan secara jangka panjang. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, PAS Pendang ]

4. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan secara terperinci kemajuan projek Pasar Borong Tunjong, Kota Bharu dan komponen sokongan yang diperlukan serta agensi/syarikat sokongan untuk kejayaan sepenuhnya pasar borong ini. [ Soalan tambahan: PAS Pengkalan Chepa, Bebas Pasir Mas ]

5. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan strategi Kementerian untuk meningkatkan keberkesanan tahap penguatkuasaan undang-undang di kalangan pihak berkuasa tempatan dan apakah kaedah peningkatan tersebut merangkumi penggunaan senjata memandangkan pada ketika ini terdapat pelbagai ancaman kepada keselamatan anggota penguatkuasaan.
[ Soalan tambahan: BN Tangga Batu ]

6. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan sedar keperluan membesarkan jalan di Pekan Rantau Panjang dan sekitarnya yang terlalu sempit dan sering berlaku kesesakan di cuti dan perayaan yang membahayakan penduduk setempat. Apakah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi menyelaraskan terma dan rujukan yang akan diguna pakai bagi membantu pasangan Islam yang berkahwin serta terlibat dalam kes penceraian yang semakin berleluasa dewasa ini. Mengapa mesti sesuatu kes yg dibicarakan berlanjutan malahan memakan masa bertahun untuk diselesaikan. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, PAS Bachok ]

8. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada cadangan Kementerian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menapis iklan televisyen dan radio agar tidak bertindih dengan fungsi Lembaga Penapisan Filem (LPF) memandangkan sekarang ini LPF menapis kesemua iklan televisyen dan radio di samping filem dan rancangan
televisyen lain. [ Soalan tambahan: Bebas Bagan Serai, BN Sri Gading ]

9. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah skim rumah tanpa deposit boleh dilaksanakan kepada pembeli-pembeli rumah pertama seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu. [ Soalan tambahan: BN Tangga Batu, DAP Ipoh Barat ]

10. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) mengapakah ramai masih menganggur dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan apabila Malaysia mengisytiharkan negara guna tenaga penuh; dan
(b) adakah rancangan dilakarkan untuk membantu pengangguran. Jika tidak, mengapa tidak.
[ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mempelawa Exco Pelancongan Kerajaan negeri-negeri turut sama dalam rombongan Kerajaan mempromosikan pelancongan di luar negara pada tahun ini.

28. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah rizab tunai Petronas yang disimpan dalam USD, Euro, RM dan mata wang lain. Apakah usaha Kerajaan untuk memastikan nilai rizab tidak susut selaras dengan penyusutan nilai USD; dan
(b) nyatakan, daripada segi peratusan dan nilai, berapa jumlah rizab tunai Petronas yang disimpan dalam negara, dan di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.

32. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapakah sehingga kini Keramat Mall masih tidak beroperasi serta berapa lama lagi masa diperlukan untuk terus melayan kerenah bakal-bakal penyewa dan persatuan peniaga yang terlibat dan berapakah kos penyelenggaraan bulanan sejak Keramat Mall siap sehingga kini.

34. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kejayaan belia negara dalam aspek kehidupan belia yang bukan hanya melibatkan kejayaan dalam bidang sukan sahaja, berserta statistik kejayaan tersebut.

36. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan laporan dakwaan 'irregularity' dalam harga perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU)-6 koc untuk KTMB dari Zhuzho Electric Locomotive Corporation sebanyak RM 500 juta yang telah disiasat oleh SPRM.

48. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status projek pembinaan Hospital Shah Alam.

61. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian terhadap isu tempoh latihan anggota PDRM yang semakin singkat (3 bulan). Adakah pihak Kementerian bersetuju bahawa tempoh ini memang tidak mencukupi bagi melahirkan anggota PDRM yang lebih cekap dan efisien.

62. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jenis dan bentuk bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang terpaksa dibawa pulang dari Mesir dan menangguhkan pengajian mereka sehingga satu tahun.

c. Perbahasan Rang Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (D.R.6/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (30 Mac, 2011)

Perbahasan Dalam Jawatankuasa -

[ Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan - DAP Ipoh Barat (BN Ledang)] - Lulus

[ Kementerian Pembangunan Wanita & Kebajikan ] - Lulus

[ Kementerian Pengajian Tinggi - DAP Kepong, DAP Beruas, BN Kinabatangan (DAP Ipoh Barat, BN Lipis), PAS Padang Terap, PAS Pendang ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Kluang - DAP Kepong, PKR Kuala Kedah, PAS Pendang, DAP Beruas, BN Lipis, DAP Beruas, DAP Kepong ] - Lulus

[ Kementerian Pertahanan - BN Jasin ( BN Sri Gading, BN Rembau, BN Maran), PAS Kuala Krai, BN Hulu Selangor (BN Rembau), PAS Kuala Selangor ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Mersing - ]

[ Rehat - Ikuti Siaran Rakaman Wacana Perdana PRU ke-13 : Terancamkah Kuasa Melayu??, Masa 1.30 petang ]

[ Sambungan jawapan Timbalan Menteri Pertahanan - PAS Kuala Selangor, BN Rembau, PAS Kuala Selangor ] - Lulus

[ Kementerian Dalam Negeri - BN Sibuti, PAS Kubang Kerian (PAS Kota Raja), Bebas Wangsa Maju (PAS Shah Alam, BN Ledang, BN Kota Belud), BN Kota Belud (PAS Shah Alam, BN Ledang, BN Sekijang, PKR Sungai Petani, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau), DAP Rasah (DAP Teluk Intan, BN Kota Belud, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau), BN Lipis ( PAS Kota Raja )]

[ Penggulungan Timbalan Menteri (BN Masjid Tanah) - PAS Kota Raja, Bebas Wangsa Maju, PAS Kota Raja, Bebas Wangsa Maju, BN Rembau, PAS Shah Alam, Bebas Pasir Mas ]

Dewan Ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan bersambung pada hari Isnin, 4 April 2011, jam 10.00 pagi.

p/s - Rakaman sepanjang penggulungan perbahasan ucapan titah DiRaja oleh semua kementerian akan di upload minggu depan dan seterusnya.

Wednesday, March 30, 2011

Dewan Rakyat 30 Mac 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah hasil pameran MAHA kepada peladang, nelayan, penternak dan masyarakat umum. [ Soalan Tambahan : BN Langkawi, DAP Beruas ]

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh mana kejayaan penggunaan Teknologi Nano di Malaysia dan bidang-bidang yang terlibat. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Silam ]

3. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada perlu dibina sebuah pusat latihan RELA di negeri Sarawak memandangkan kawasan Kapit adalah begitu luas dan persekitaran amat sesuai, lagi pun Kapit agak kurang dengan pembangunan yang boleh menyumbang kepada ekonominya, bolehkah Kementerian mengambil kira untuk mempercepatkan pusat latihan RELA ini di kawasan Kapit. [ Soalan Tambahan : BN Kapit, PKR Kuala Langat ]

4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah cara penyelesaian Kerajaan untuk mengatasi kekurangan pembantu nelayan untuk kapal nelayan lesen A dan B di Sarawak, memandangkan bahawa tiada orang tempatan yang sudi menjadi pembantu nelayan kapal lesen A dan B sedangkan Kerajaan mengharamkan pengupahan orang asing untuk dijadikan pembantu kapal nelayan lesen A dan B. [ Tidak Hadir ]

5. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah yang diambil terhadap syarikat pembungkusan semula minyak masak di seluruh negara bagi membendung masalah kekurangan bekalan minyak masak di pasaran. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, PKR Indera Mahkota]

6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan menjelaskan apakah dua unit kapal selam yang dibeli oleh Kerajaan sebelum ini dikatakan mengalami masalah teknikal, sudah dibaik pulih dan digunakan dan berapakah kos penyelenggaraan bagi setiap tahun untuk setiap buah kapal selam tersebut. [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas, PKR Batu]

7. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan larangan pengimportan alat ganti kereta terpakai termasuk kemungkinan lebih 100,000 pekerja akan kehilangan pekerjaan dan lebih 5,000 pengusaha akan terbabit dalam perniagaan ini. [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam ]

8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah boleh ditetapkan waktu bekerja untuk doktor atas panggilan tidak melebihi 30 jam iaitu dari 7.00 pagi hingga 7.00 pagi serta 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari esoknya dan ini hendaklah diselaras di seluruh negara serta dilaksanakan di semua jabatan dan hospital. [ Soalan Tambahan : PAS Titiwangsa, BN Sri Gading ]

9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status projek Loji Rawatan Air Hulu Langat 2. [ Soalan Tambahan : BN Lipis ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan Pusat bersedia untuk membantu menyelesaikan 'stand off' isu air Negeri Selangor.

16. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah projek sambungan jalan pantai daripada Tok Bali, Pasir Puteh ke Kedai Buluh, Kota Bharu telah dibatalkan, kalau tidak bilakah akan siap dan kenapa begitu lama tergendala.

24. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan bagi pembinaan Wad Kecemasan Hospital Kuala Nerang dan bilakah tender dikeluarkan serta syarikat yang terpilih; dan
(b) bilakah akan dimulakan.

34. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional perpindahan tiga pusat pembuangan undi di bahagian pilihan raya negeri DUN Tenang dalam Pilihan Raya Kecil 30 Jan 2011.

36. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah sebabnya kedudukan urus tadbir korporat dan daya saing negara terus jatuh ke tangga 26 dari tangga 24 pada tahun 2009 / 2010 dan di tangga ke 19 pada tahun 2008 / 2010. Jelaskan juga langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam membaiki kedudukan ini.

54. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status kajian cadangan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

56. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kos baik pulih sungai tercemar yang telah dibelanjakan dan keperluan kewangan jika semua sungai tercemar di negara ini dipulihara sepenuhnya.

BN Temerloh mengusulkan 12 (1) bahawa mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (D.R.6/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (29 Mac, 2011)

[ Dalam Jawatankuasa ]

[ Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - Lulus ]
[ Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah - BN Kalabakan, BN Arau, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, BN Jempol, PAS Hulu Langat, BN Hulu Selangor, BN Parit Sulong ] - [ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Kuala Pilah - BN Tangga Batu, BN Parit Sulong, BN Arau ]

[ Kementerian MITI - Lulus ][ Kementerian KPDNKK - BN Jasin, PKR Indera Mahkota ][ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Gerik - DAP Beruas,PKR Indera Mahkota, DAP Beruas ] - Lulus

[ Kementerian Kerjaraya - BN Ledang, PAS Hulu Langat] [ Rehat ]

[ Sambungan - PAS Hulu Langat, BN Kinabatangan (DAP Bukit Mertajam),PAS Pendang, BN Arau, DAP Serdang, BN Hulu Selangor, BN Jempol, PAS Jerai. BN Lenggong, BN Hulu Terengganu, BN Sekijang, PAS Padang Terap, BN Sri Gading, BN Silam, DAP Puchong, BN Labuan, PAS Pasir Puteh, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau, PAS Sik ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Stampin - DAP Serdang, PAS Padang Terap, DAP Puchong, PKR Balik Pulau]- Lulus

[ Kementerian Pengangkutan - DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, BN Labuan ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Kudat - DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, DAP Serdang, PKR Balik Pulau ]- Lulus

[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air - DAP Serdang, PKR Indera Mahkota ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Sungai Besar - PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, BN Tuaran, PKR Indera Mahkota ]

Dewan Ditangguhkan selama 15 minit

[ Dewan Besambung Semula - Menyambung penggulungan Timbalan Menteri - PKR Indera Mahkota, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air - BN Kota Mengkudu, PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota PKR Batu, PKR Balik Pulau, PKR Kuala Kedah, Penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, PKR Indera Mahkota]- Lulus

[ Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi - Lulus ]

[ Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar - Bebas Wangsa Maju, PKR Batu, PKR Lembah Pantai ]
[ Penggulungan Menteri - Timbalan Menteri, BN Tapah - Bebas Wangsa Maju, PKR Lembah Pantai, Bebas Wangsa Maju, PKR Batu, PKR Lembah Pantai, PKR Batu ]- Lulus

[ Kementerian Pelajaran - DAP Bukit Mertajam, BN Sri Gading, BN Tanjong Piai, PAS Pendang, BN Hulu Terengganu, BN Hulu Selangor, BN Jasin ]
[ Penggulungan Menteri - Timbalan Menteri, BN Ayer Hitam - BN Jasin, DAP Bukit Mertajam, BN Hulu Terengganu, BN Jasin, DAP Bukit Mertajam ] - Lulus

[ Kementerian Kesihatan - DAP Kota Melaka, PAS Pendang (BN Tangga Batu), BN Tuaran, DAP Bukit Mertajam, DAP Batu Gajah, DAP Kepong ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri, BN Papar - DAP Bukit Mertajam, PAS Pendang, 1300882525 BN Tuaran, DAP Bukit Mertajam ]- Lulus

[ Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan ]- Lulus

[ Kementerian Belia & Sukan - BN Jempol, DAP Kepong, BN Arau, BN Sri Gading (BN Kalabakan), BN Sekijang]
[ Penggulungan Menteri - Timbalan Menteri, BN Muar - BN Sri Gading ] - Lulus

[ Kementerian Sumber Manusia ] - Lulus

Dewan Ditangguhkan jam 9.37 malam dan bersambung jam 10.00 pagi, 31 Mac 2011, Khamis.

[ Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan ][ Kementerian Pengajian Tinggi ][ Kementerian Pertahanan ][ Kementerian Dalam Negeri ]

Monday, March 28, 2011

Dewan Rakyat 29 Mac 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos yang terpaksa dibelanjakan untuk sesuatu pilihan raya kecil semenjak Pilihan Raya Umum ke-12. Adakah Kerajaan bercadang untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil, sebaliknya menggantikannya dengan kaedah lain. [ Perbahasan: BN Bukit Katil, PAS Rantau Panjang ]

2. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah pencapaian Model “Build-then-Sell” (BTS) bagi industri perumahan setelah ia dilancarkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 2006 dan dilaksanakan secara rasmi mulai 2007; dan
(b) apakah olahan 10:90 model BTS ini akan diwajibkan menjelang 2015.
[ Perbahasan: Tidak Hadir ]

3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerian mempunyai peruntukan dalam RMKe-10 untuk membina loji-loji kecil penapis air (membrane filter technology) dari sumber-sumber seperti paip graviti, air tasik, air sungai, air perigi, air bawah tanah dan lain-lain untuk membekal air bersih atau bertapis kepada penduduk luar bandar di negeri Sabah. [ Perbahasan: BN Keningau, DAP Kota Kinabalu ]

4. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) tentang kos membaik-pulih dan menaik taraf bangunan dan kemudahan-kemudahan asas bagi Bangunan Parlimen Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2010 dan jeniskan projek-projek yang telah dilaksanakan; dan
(b) berapa jumlah peruntukan yang disediakan dalam RMKe-10 untuk tujuan yang sama.
[ Perbahasan: DAP Kota Melaka, BN Arau, PAS Pokok Sena ]

5. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk membantu pelajar yang lemah dan keciciran dalam pelajaran agar mereka tidak terus dilabel sebagai pelajar lemah dan keciciran dalam bidang akademik.
[ Perbahasan: BN Silam, DAP Batu Gajah ]

6. Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan antara Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Negeri manakah yang menentukan keagamaan seorang rakyat Malaysia serta adakah mana-mana pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menyita mayat atau abu si mati tanpa mempedulikan pandangan keluarga.
[ Perbahasan: Tidak Hadir ]

7. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status penambahbaikan jalan raya dari Bukit Kayu Malam hingga ke Simpang Jalan Bulat, Sarikei. Nyatakan jumlah anggaran kos keseluruhan untuk penambahbaikan tersebut dan kos perbelanjaan telah dibelanjakan pada tahun-tahun yang lepas. [ Perbahasan: BN Sarikei ]

8. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah peruntukan kewangan untuk Pasukan Bomba Sukarela mengikut pentadbiran daerah-daerah di Perak. [ Perbahasan: PAS Parit Buntar, BN Labuan ]

9. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah kemajuan penyediaan dan taraf Teknologi Hijau dalam negara kita. Apakah pencapaian-pencapaian yang signifikan yang menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. [ Perbahasan: BN Ledang, DAP Kepong ]

10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos dan bentuk promosi Kerajaan melalui media dalam usaha memerangi rasuah pilihan raya. Apakah ada sebarang langkah khusus SPRM dalam mendidik pengundi dan calon supaya tidak terlibat dalam aktiviti rasuah pilihan raya. Berapakah jumlah aduan rasuah pilihan raya diterima oleh SPRM sepanjang pilihan raya kecil 2008, 2009 dan 2010. [ Perbahasan: PKR Ketereh, DAP Ipoh Timur ]

11. Datuk Haji Abdul Wahab Bin Haji Dolah [ Igan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengenai rungutan peserta-peserta ladang kelapa sawit di bawah pengurusan Pejabat FELCRA Kawasan Matu yang mejoriti mereka tidak berpuas hati dengan agihan dividen yang tidak setimpal dengan keluasan tanah yang diserahkan untuk dimajukan oleh FELCRA. Sebagai contoh, ada peserta yang menerima RM1000 setahun deviden hasil tanah yang luasnya 14 ekar. [ Dikemukakan tanpa soalan tambahan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

12. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) kedudukan terkini perundingan Malaysia dalam Trans-Pacific Strategic Economic Partnership Agreement (TPP); dan
(b) adakah pihak Kementerian telah menjalankan kajian yang menyeluruh dari aspek daya saing negara dan keupayaan industri dalam negara untuk berhadapan dengan penghapusan tarif tertentu sekiranya Kerajaan memutuskan untuk menyertai TPP ini.

16. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perbandingan harga daun tembakau (basah dan kering) bagi negara-negara anggota ASEAN dan benarkah Kerajaan sedang menimbang untuk menambah pengeluaran produk berkaitan tembakau di negara ini.

20. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan nilai pelaburan asing bagi negeri Kedah daripada tahun 2006 sehingga 2010. Apakah strategi Kerajaan Persekutuan dalam membantu mempromosi pelaburan di negeri Kedah.

28. Tuan Salahuddin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah mekanisme/prinsip-prinsip asas yang diperhitungkan oleh pihak Kementerian terhadap pelantikan Naib-naib Canselor di IPTA di negara ini. Adakah benar pihak kementerian bersikap autokratik yang menyebabkan berlakunya rasa katidakpuasan hati di kalangan ahli-ahli akademik dan melanggar tradisi universiti sebelum ini.

34. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah laluan kereta api Pantai Timur akan mula dibina dan bandar-bandar yang akan dilaluinya.

48. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah status serta tindakan yang diambil oleh pengurusan PLKN (khususnya di Sg Bakap) bagi menyelesaikan isu pemotongan/kehilangan rambut Basant Singh (seorang pelatih PLKN dari Ipoh).

50. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rasionalnya diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk setiap orang murid yang boleh menyebabkan para guru akan hilang fokus kepada tugas mendidik sebaliknya akan lebih tertumpu kepada penyediaan KSSR.

54. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam dan perkembangan mutakhir cadangan penambaikan skim Juruteknik dan Pelukis Pelan yang tertangguh sejak tahun 1985.

58. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria serta syarat pemilihan dan pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA sehingga menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu seperti yang didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

63. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tatacara sistem AES yang akan digunakan berserta kaedah saman yang akan diberikan kepada pengguna.

64. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status 148 projek terbengkalai Kerajaan Persekutuan di Kelantan setakat ini dan apa puncanya.

BN Padang Rengas mengusulkan 12 (1) bahawa dewan tidak ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 Mac, 2011) [ Kementerian Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

[ Perbahasan - BN Rembau, PAS Pokok Sena, BN Arau, DAP Ipoh Timur, BN Labuan, PAS Titiwangsa, BN Ledang, DAP Kota Melaka, BN Sekijang, PAS Rantau Panjang ] [ Rehat ]

[ Penggulungan Menteri - BN Senator - Timbalan Menteri Kewangan - PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, BN Arau, BN Rembau, DAP Bruas, BN Labuan, DAP Bruas, BN Pasir Salak, DAP Bruas,Bebas Pasir Mas,X2,Bebas Tawau, PKR Balik Pulau, X2, PAS Kuala Krai, PKR Balik Pulau, PAS Kuala Krai, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, DAP Beruas, PKR Kuantan ] - Lulus

[ Majlis dalam Jawatankuasa ] -
[1. Jabatan Perdana Menteri - DAP Ipoh Timur, PAS Pokok Sena ( PKR Balik Pulau), DAP Puchong (PKR Balik Pulau), DAP Batu Gajah, PAS Kuala Krai (PAS Pendang), PKR Balik Pulau, DAP Bakri, DAP Beruas, PAS Padang Terap, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka ]

[ Penggulungan - Menteri Di JPM (BN Padang Rengas) - Pencelahan - DAP Ipoh Timur, Bebas Wangsa Maju, DAP Puchong, PAS Pokok Sena, DAP Beruas, DAP Batu Gajah, ] [ Timbalan Menteri Di JPM - Senator ] [ Timbalan Menteri Di JPM - Cameron Highlands (PKR Balik Pulau) ] [ Timbalan Menetri Di JPM - Senator (DAP Batu Gajah) ] - DISETUJUKAN

[2. Kementerian Kewangan - DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri Kewangan (Senator) - Pencelahan - PKR Indera Mahkota, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, ]

[3. Kementerian Luar Negeri - PKR Balik Pulau (PKR Indera Mahkota) ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri Luar Negeri (BN Serian) ]

[4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - BN Arau ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri (BN Larut) - Pencelahan - PKR Indera Mahkota, ]

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.30 malam

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 [ Perdana Menteri ]

8. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]

9. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

10. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

11. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

12. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

Sunday, March 27, 2011

Dewan Rakyat 28 Mac 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat

a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan keperluan untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMM), terutama sekali wujud banyak media baru pada era teknologi dan kepesatan perkhidmatan jalur lebar sekarang. [ Soalan Tambahan : BN Parit ]

2. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai status projek estet padi dalam kawasan Muda (MADA) yang memaksa peladang untuk menyerahkan tanah kepada pengurusan estet padi di bawah perancangan NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), serta syarikat manakah yang akan diberi tanggungjawab mengendalikan estet padi itu nanti. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Putatan ]

3. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa harga rumah yang dibina oleh pemaju swasta di bandar-bandar utama di negeri Sabah sudah tidak termampu dibeli oleh rakyat yang makan gaji khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana; dan
(b) jika Kerajaan sedar, apakah rancangan pihak Kementerian dalam menentukan agar harga rumah dapat dikawal sehingga harganya adalah bukan sahaja berpatutan tetapi termampu oleh rakyat makan gaji. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, PKR Balik Pulau ]

4. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kerajaan yakin untuk mencapai sasaran iaitu menjelang tahun 2015, Malaysia tidak lagi perlu mengimport beras dari luar negara. [ Soalan Tambahan :PAS Baling, Bebas Pasir Mas ]

5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menguruskan hutang individu yang dirujuk di bawah Program Pengurusan Hutang sejak lima tahun lalu. [ Soalan Tambahan : BN Libaran, PKR Lembah Pantai ]

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peranan dan langkah Kementerian untuk membangun dan mempromosi seni silat sebagai sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. [ Bebas Bayan Baru, BN Jempol ]

7. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan mengikut jejak beberapa negara lain yang menggunakan indeks General Well Being (GWB) selain daripada Gross Domestic Product (GDP) sebagai tanda aras pencapaian negara. [ Soalan Tambahan : BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota ]

8. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang kesan teknologi jaringan sosial yang meruntuhkan rumah tangga dan institusi kekeluargaan. [ Soalan Tambahan : PAS Parit Buntar, BN Kinabatangan ]

9. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kemajuan program Susu 1Malaysia dan berapa ramai pelajar yang telah mendapat manfaat daripada program ini di seluruh negara. [ Soalan Tambahan : BN Sipitang, PAS Pendang ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:

12. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan siapakah kontraktor yang diberi tender menaik taraf Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur sebanyak RM20 juta seperti yang telah diumumkan peruntukannya oleh Perdana Menteri serta syarikat mana pula yang menjadi arkitek dan perunding projek tersebut dan adakah tender terbuka telah dibuat, jika ya, bilakah tarikh tersebut.

24. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah pelajar Sekolah Rendah Islam tajaan Kerajaan dan swasta di seluruh negara dan apakah kemudahan yang diperoleh oleh mereka.

26. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan kadar pertambahan pelancong-pelancong dari Asia Barat hasil daripada promosi Kerajaan di sana pada tahun 2010.

40. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa banyak ladang terutamanya di Negeri Selangor sedang mengubah status tanah mereka kepada pembangunan sama ada kepada projek perumahan, perniagaan atau industri. Apakah tindakan Kementerian bagi memastikan pekerja-pekerja ladang berkenaan tidak kehilangan hak asasi mereka dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan kemudahan sepertimana yang mereka
perolehi semasa bekerja di ladang-ladang berkenaan.

54. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan jelas adakah pihak SPR dan Kerajaan bersungguh-sungguh untuk menggantikan sistem undi pos tentera dan polis dengan sistem Advance Voting (Pengundian Awal) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

64. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah Wang Ehsan/Dana Khas dari Wang Royalti Petroleum Terengganu yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara mengikut pecahan negeri-negeri sehingga bulan Februari 2011.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1.(D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - [ Kementerian Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

[ Perbahasan - DAP Kepong ( Bebas Padang Serai, BN Ledang ), BN Kinabatangan ( BN Kota Belud, BN Arau, PAS Kota Raja, PAS Kuala Selangor, BN Batang Sadong, BN Kota Belud, BN Arau, BN Sri Gading, BN Jempol, BN Sri Gading, PAS Pokok Sena, PAS Baling ), PAS Marang, Bebas Pasir Mas ( BN Kota Belud )] [ Rehat ]

[ Perbahasan - Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud (PAS Kota Raja, BN Batang Sadong, BN Kapit, BN Tangga Batu, PKR Balik Pulau, PAS Rantau Panjang, BN Tangga Batu), Bebas Tawau, PKR Indera Mahkota ( PKR Balik Pulau, PSM Sungai Siput, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, PAS Tumpat, BN Kota Belud, BN Jasin, DAP Klang, PAS Rantau Panjang, DAP Beruas ), BN Batang Sadong, DAP Bakri (BN Kota Belud), BN Lipis (DAP Beruas, BN Kapit, BN Jasin, BN Kapit, DAP Beruas, BN Ledang, PAS Kubang Kerian (BN Arau), BN Jasin (BN Pasir Salak), PKR Balik Pulau (PKR Indera Mahkota)]

Mesyuarat dewan ditangguhkan jam 5.30 petang sehingga jam 10.00 pagi, 29 Mac 2011.

Ikuti siaran langsung Majlis Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam. Majlis secara rasminya akan bermula jam 7 malam. - http://www.tvsnews.net

Kuliah Maghrib Disampaikan oleh YBhg. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Solat Hajat selepas Solat Isya'
Ceramah Perdana oleh :-

YB. Tuan Lim Kit Siang - Penasihat DAP
YB. Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim - Penasihat PKR
YB. Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul AM PAS

Penampilan Istimewa - YB Datuk Johari Abdul ( MP PKR Sungai Petani )

Jawapan Menteri atas Baget Tambahan - Esok, jam 2.30 petang.

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 [ Perdana Menteri ]

8. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani]

9. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

10. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

11. (D.R. 48/2010) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

12. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010
[ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

13. (D.R. 2/2011) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

Thursday, March 24, 2011

Dewan Rakyat 24 Mac 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara yang menjadi teks Komponen Satera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). [ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, DAP Ipoh Barat ]

2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebab Kerajaan hanya memilih MMC - Gamuda untuk melaksanakan projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh - Kajang yang berharga RM36 bilion dan bagaimanakah masalah-masalah yang timbul sepanjang laluan itu diselesaikan. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, BN Silam ]

3. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dalam proses pengambilan pekerja asing yang mempunyai kepakaran bekerja di negara kita, adakah pekerja tempatan kita dipinggirkan. Bagaimana Kementerian dapat memastikan supaya pekerja tempatan diberi keutamaan. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Selangor, PAS Bachok ]

4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan individu yang membayar cukai persendirian di Malaysia dan pecahan jumlah cukai yang dibayar oleh setiap 'decile' (10%) pembayar cukai persendirian. [ Tidak Hadir ]

5. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk membuka semula pendaftaran Lesen Kelas F (PKK) untuk memberi peluang kepada usahawan baru. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PKR Balik Pulau ]

6. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) Pelan Tindakan untuk menangani masalah jabatan-jabatan yang paling kerap sekali menjadi sasaran aduan orang awam kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan
(b) adakah Kerajaan mempunyai sebarang pelan untuk menubuhkan sebuah pasukan tugas khas untuk memantau dan menjalankan penguatkuasaan terhadap pesalah secara berkesan. [ Soalan Tambahan : Bebas Tawau, BN Arau ]

7. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan anggaran pekerja asing di Sarawak yang sah dan tanpa izin mengikut negara asal dan bidang pekerjaan mereka. Apakah yang menyebabkan orang-orang tempatan tidak minat dalam bidang pekerjaan orang asing ini. [ Soalan Tambahan : BN Kanowit, PAS Pendang ]

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pihak manakah yang mempunyai kos pembinaan LRT dan MRT di Lembah Klang. Apakah Kementerian akan mengamalkan tender terbuka dalam semua kontrak Kerajaan dan macam manakah Kerajaan memastikan prinsip ketelusan pemberian kontrak Kerajaan dijalankan. [ Soalan Tambahan : DAP Seputeh ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah sekolah menengah agama atau sekolah tahfiz akan dibina di Putrajaya dan kawasan Parlimen lain di Kuala Lumpur memandangkan sekolah-sekolah tersebut sangat berkurangan.

12. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah pampasan yang dibayar PERKESO kepada mangsa kemalangan kerja sepanjang tahun lepas dan bentuk serta jenis kemalangan yang terlibat.

14. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kedudukan PROTON dalam usaha mendapatkan rakan kongsi berjenama antarabangsa dengan kadar segera sebagai usaha persediaan membuka pasaran automotif sesuai dengan tuntutan AFTA.

24. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam menyelesaikan isu Palestin dan setakat mana pencapaiannya.

42. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan telah sebelumnya meneliti novel Interlok sebelum dicadangkan sebagai buku teks wajib; dan
(b) sama ada Kerajaan telah mendapatkan persetujuan penulis novel Interlok untuk meminda sebahagian isi kandungannya bagi membolehkan buku itu terus dijadikan bahan bacaan wajib di sekolah.

44. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana penggunaan kekerasan dibenarkan kepada anggota polis terhadap orang ramai apabila enggan menurut arahan atau semasa menyiasat orang kena tuduh sebelum ia dikategorikan sebagai keganasan dan dikira menyalahi etika polis. Siapakah yang memantau pihak polis untuk memastikan anggotanya mematuhi etika kepolisan bersabit dengan perkara ini.

50. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai penerima bantuan kebajikan masyarakat yang telah berjaya dipulihkan daripada kemiskinan tegar mengikut negeri-negeri seluruh negara.

60. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tentang keadaan pekerja buruh asing Muslim yang dikatakan tidak diberi kebenaran oleh majikan apabila tiba waktu untuk menunaikan solat, sejauh manakah kebenaran dakwaan ini.

62. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) status terkini pengagihan tenaga dari tenaga hidro Bakun; dan
(b) status terkini penjanaan tenaga dari biomass dan solar.

66. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status projek pembinaan Sekolah Rendah Kebangsaan di kawasan U10 Shah Alam.

BN Padang Rengas mengusulkan 12 (1) bahawa mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga selesai penggulungan kementerian pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, 28 Mac 2011 - Di sokong oleh BN Stampin - Timbalan Menteri Kerjaraya

c. Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (23 Mac, 2011)

[ Penggulungan - Giliran Menteri dan Timbalan Menteri menggulung ] - [ Kementerian Pelajaran - Timbalan Menteri - BN Hulu Terengganu, BN Jempol, BN Hulu Terengganu, DAP Serdang, PAS Rantau Panjang, DAP Klang, DAP Teluk Intan ] [ Rehat ]

[ Jabatan Perdana Menteri - Menteri Jabatan Perdana Menteri - BN Padang Rengas - PKR Kuantan, PKR Lembah Pantai, PAS Kota Raja, DAP Ipoh Timor, PKR Batu, PAS Kuala Selangor, DAP Puchong, PKR Kuantan, PAS Kuala Selangor , PKR Lembah Pantai, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju,]

[ Menteri Perpaduan - BN Senator - BN Arau, DAP Telok Intan, PKR Balik Pulau, DAP Telok Intan, PKR Balik Pulau, PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota, PKR Indera Mahkota, BN Simpang Renggam, ]

[ Menteri EPU - BN Tasek Gelugor - PAS Hulu Langat, BN Tuaran ]

[ Menteri Agama Islam - BN Senator - BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, DAP Seputeh, BN Arau, PKR Indera Mahkota, DAP Seputeh, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, PKR Indera Mahkota, BN Bukit Katil, PKR Indera Mahkota ]

Dewan Ditangguhkan jam 6.31 petang sehingga jam 10 pagi, 28 Mac 2011, hari isnin.

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - [ Kementerian Kewangan ] DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

3. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

5. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

6. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

Wednesday, March 23, 2011

Dewan Rakyat 23 Mac 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian menghadapi masalah untuk meluluskan Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A (Keadaan Khas Bagi Kanak-Kanak Di Bawah Umur 21 Tahun) Perlembagaan Persekutuan; dan
(b) berapa ramaikah permohonan ini yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian baru-baru ini. [ Soalan tambahan -B Bintulu, DAP Batu Gajah ] ]

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perkembangan terkini usaha Kerajaan untuk melaksanakan sistem BTS (Bina dan Jual) dalam industri perumahan terutamanya bagi pembinaan rumah kos rendah dan pertengahan. [ Soalan tambahan - Tidak Hadir]

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak dituntut, mengikut pecahan negeri dan sejak bila; dan
(b) berapa lamakah tempoh yang diberikan sebelum dana tersebut dilupuskan. Di manakah wang tersebut disalurkan dan bagaimana ia dibelanjakan. [ Soalan tambahan - BN Putatan, ]

4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah Lembaga Pelabuhan Kuantan hanya dapat menempatkan sebuah kilang sahaja pada tahun 2009 iaitu First Bitumen Sdn Bhd sedangkan pelbagai usaha pemasaran telah dibuat dan peruntukan telah dibelanjakan dengan menghadiri pameran antarabangsa. (Laporan Lembaga Pelabuhan Kuantan adalah dirujuk). [ Soalan tambahan - ]

5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat menggubal suatu akta bagi membolehkan pendakwaan ke atas pengganas lanun yang ditangkap sama ada di perairan tempatan mahupun antarabangsa dilaksanakan memandangkan perundangan sedemikian tiada sekarang ini. [ Soalan tambahan - ]

6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasionalnya Kerajaan hendak menjual RM 90 bilion bon untuk tujuan membayar hutang (RM49 bilion) dan peruntukan untuk mengurangkan defisit 2011 (RM45 bilion).
[ Soalan tambahan - ]

7. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan yang dapat dimainkan oleh kakitangan Kerajaan dalam mempercepatkan proses transformasi ekonomi negara memandangkan jangka waktu yang diberikan amat ketat dan karenah birokrasi masih menjadi penghambat utama kepada usaha Kerajaan untuk menjayakan program tersebut.
[ Soalan tambahan - ]

8. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan teliti bilangan wakil rakyat yang telah didakwa di Mahkamah Jenayah semenjak tahun 2001 mengikut nama tertuduh, parti politik, jenis tuduhan, status terkini di Mahkamah termasuk rayuan dan sekiranya ada, hukuman yang telah dijatuhi. [ Soalan tambahan - ]

9. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian akan mewujudkan sistem 'tidal flow' iaitu menambah lorong jalan dengan menggunakan lorong arah berlawanan semasa 'peak season'. [ Soalan tambahan - ]

10. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah peruntukan untuk Sekolah-sekolah Tamil di Selangor dan Kedah masing-masing dari 2008 hingga sekarang. [ Soalan tambahan - ]

11. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dapatkah Kerajaan melaksanakan pembinaan Jalan Bawang Obor / Ukong / Medamit / Mentawal Fasa 2 dapat dilaksanakan dalam RMK10 untuk memastikan 10 buah rumah panjang, 3 perkampungan kaum Bisaya, sebuah klinik desa dan 2 buah Sekolah Kebangsaan mendapat faedahnya.

12. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANATARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan pengecualian cukai kereta hybrid terhadap pengeluaran dan pemasaran kereta hybrid sehingga kini dalam menjayakan hasrat mewujudkan persekitaran hijau.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah peruntukan per kapita untuk pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Berasrama Penuh, berserta perincian kos tersebut.

22. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kemajuan projek penanaman kenaf untuk menggantikan penanaman tembakau. Adakah projek tersebut telah gagal, jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan.

30. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah dan bentuk bantuan kepada E-Idaman Sdn. Bhd. untuk tujuan melakukan kerja-kerja pengurusan sampah di Kedah seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

40. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pendirian Kementerian terhadap persoalan penderaan dan penyeksaan banduan atau orang disyaki melakukan kesalahan oleh Polis atau SPRM dan apakah tindakan yang telah atau sedang diambil untuk membanterasnya.

44. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan matlamat ECER apakah yang telah dicapai dan yang belum dicapai.

48. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha-usaha yang akan dijalankan bagi memastikan Malaysia kembali menjadi negara pengeksport utama getah asli dunia.

50. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semua projek di bawah Permata (oleh Isteri YAB PM) berserta kos sekali bagi perbelanjaan RM100juta pada tahun 2010 dan peruntukan RM111juta bagi tahun 2011.

60. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) status pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap yang baru; dan
(b) tindakan Kerajaan bagi mengatasi masalah rumah Ketua Polis Daerah atau OCPD yang kerap dilanda banjir.

71. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah sistem pesanan ringkas (sms) dan email Perdana Menteri dan keluarga sempena ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan nyatakan jumlah kos perbelanjaannya.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (22 Mac, 2011)

[ Penggulungan - Giliran YB Menteri/ Timbalan Menteri menggulung ] - [ Kementerian Pengangkutan ], [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ], [ Kementerian Luar Negeri ], [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ], [ Kementerian Kewangan ] [ Mesyuarat ditangguhkan ]

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - [ Kementerian Kewangan ] DAN

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

3. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

Tuesday, March 22, 2011

Dewan Rakyat 22 Mac 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) kesahihan serta maklumat terperinci senarai penerima e-Kasih di seluruh negara dan sejauh manakah sistem berkenaan berjaya mengeluarkan masyarakat termiskin terutamanya di luar bandar; dan
(b) perancangan Kerajaan dalam mengkaji dan mengemaskinikan daftar e-Kasih terbaru secara komprehensif dan terkini.

2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan secara jelas apakah Kerajaan mempunyai satu sistem insentif untuk sukan yang melibatkan pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw dan sebagainya. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai dalam melunas insentif yang pelbagai ini.

3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jangkaan pelaburan jangka panjang Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dari aspek ekonomi, komersial, pelaburan dan teknikal ke arah jalinan ekonomi lebih mapan.

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadanan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri. Kenapakah Suruhanjaya Pilihan raya sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh dari pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihan raya kecil yang lepas.

5. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina sebuah universiti di Labuan yang mempunyai identiti contohnya, Full-Fledged University untuk membolehkan universiti yang ada sekarang menambah pengajian khusus kepada oil & gas dan kejuruteraan laut yang sesuai dengan keperluan di Labuan.

6. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) jumlah ibu tunggal yang memohon bantuan untuk tahun 2010, sila berikan angka mengikut setiap negeri; dan
(b) senaraikan semua jenis bantuan yang dapat diberikan kepada mereka.

7. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang mengkaji semula untuk memberi layanan “visa semasa ketibaan” (VOA) kepada warga Taiwan memandangkan pelabur Taiwan menyumbangkan pelaburan asing yang besar.

8. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan jumlah mengikut gender pengurusan teratas dalam perkhidmatan awam, termasuk SUK, Pengarah, Ketua Jabatan, Pegawai Daerah dan Ketua Eksekutif. Bilakah sasaran sekurang-kurangnya 30% penglibatan wanita akan tercapai.

9. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah dasar Kerajaan sekarang berkaitan dengan bantuan kewangan kepada murid-murid di bawah skim KWAMP.

10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah wang dalam 'Retrenchment Fund' setakat ini dan sejauh mana pekerja di negara ini mengetahui hak mereka.

11. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan setakat ini berapa jumlah Netbook 1Malaysia telah diagihkan dan adakah pihak Kementerian telah membuat kajian dan mengambil respon rakyat mengenai pemberian Netbook 1Malaysia ini, adakah pelajar yang menerima benar-benar mendapat talian broadband seperti yang dijanjikan terutama di kawasan luar bandar.

12. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan perkembangan pembinaan SJKC Sungai Long, SJKC Kajang dan SJKC Bukit Serdang.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan mempunyai ketetapan atau peruntukan kewangan khas kepada umat Islam Palestin.

30. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kementerian berhasrat meneruskan juga perancangan menswastakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang pasti akan membebankan rakyat dan menguntungkan syarikat yang dipilih.

36. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah rasional Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dilantik sebagai Pengerusi FELDA yang baru; dan
(b) apakah tindakan Kerajaan berikutan kenyataan beberapa penganalisis ekonomi bahawa pelantikan tersebut memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran.

38. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) perancangan Kerajaan bagi menangani masalah banjir yang melanda Padang Terap; dan
(b) bilakah jangkaan Kerajaan masalah tersebut boleh diselesaikan.

44. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang bentuk dan pendekatan hubungan antara agama dalam usaha melahirkan kedamaian antara agama di Malaysia.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk meningkatkan kapasiti atau penyelenggaraan loji kumbahan IWK di kawasan-kawasan pembangunan lama.

63. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status India Muslim di sisi Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan apakah perancangan Kerajaan untuk membantu membangunkan ekonomi masyarakat mereka.

64. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tahap jaminan keselamatan struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang telah dibersihkan sisa runtuhan bumbung untuk digunakan semula.

66. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian menyiasat laporan dan kenyataan Migrant Care tentang seorang Menteri merogol amah dan adakah Kementerian menyedari NGO ini masih mempertahankan laporan tersebut.

69. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pelaksanaan pembinaan Lebuh Raya Kupang - Durian Burung, Kedah dan bilakah projek ini dijangkakan siap sepenuhnya.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (21 Mac, 2011)

[ Penggulungan - Giliran YB Menteri/ Timbalan Menteri Menggulung ] - [ Kementerian Pengajian Tinggi ], [ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ], [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ], [ Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ], [ Kementerian Pelancongan ], [ Kementeria Pertanian dan Industri Asas Tani ], [ Kementerian Kerjaraya ], {Kementerian Kesihatan ], [ Kementerian Belia dan Sukan ], [ Kementerian Sumber Manusia ], [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ], [ Kementerian Pegangkutan ] [ Dewan ditangguhkan jam 10.35 malam ]

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

Sunday, March 20, 2011

Dewan Rakyat 21 Mac 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah rumusan dan dapatan daripada kajian konsolidasi atau penggabungan Proton Holdings Bhd. dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PAS Kuala Selangor ]

2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi Suruhanjaya Diraja jika saranan mereka tidak wajib dilaksana oleh Kerajaan dan jika benar, adakah Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan sahaja mekanisme Suruhanjaya Diraja. [ Tidak Hadir ]

3. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) syarikat-syarikat milik FELDA yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa; dan
(b) benarkah bilangan pelajar sekolah rendah di Rancangan FELDA semakin kurang sekarang dan apakah usaha Kerajaan mengatasinya. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong ]

4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kes yang dianggap atau dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang telah sempurna disiasat oleh SPRM dari tahun 1990 hingga 2010. Daripada jumlah itu berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dan berapakah jumlah kes yang telah selesai dibicarakan. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Lipis ]

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak berkuat kuasanya undang-undang Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, berapa orangkah telah didakwa dan didapati bersalah di bawah Akta ini. [ Soalan Tambahan : BN Sekijang, PAS Bachok ]

6. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan usaha-usaha yang akan dilakukan bagi memastikan harga komoditi getah dan kelapa sawit terus kekal diparas yang tinggi. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu, BN Sekijang ]

7. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang pada bulan Februari yang lalu. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, PAS Pokok Sena ]

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan konsep pendidikan percuma yang pernah dimaklumkan sebelum ini tetapi telah menimbulkan kekeliruan terhadap ibu bapa yang masih membayar yuran persekolahan serta nyatakan perbelanjaan untuk memastikan pendidikan percuma berjaya dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Jempol ]

9. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dan menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan perniagaan akibat peningkatan kos hidup di negara ini. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PKR Machang ]

10. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dalam Komitmen Malaysia (Kerajaan Pusat) untuk mengamalkan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management) apakah kerjasama yang disumbangkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melaksanakan komitmen ini. Sebagai balasan apakah sumbangan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan komitmen ini. [ Soalan Tambahan : PKR Merbok, BN Pasir Salak ]

11. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah untuk mempromosikan homestay dan rancangan untuk memperbaikinya; dan
(b) jumlah pelancong asing yang menggunakan kemudahan homestay. [ Tidak Hadir ]

12. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memansuhkan plaza tol PJS 2 di New Pantai Ekspres Highway (NPE) supaya selari dengan slogan rakyat didahulukan dan yang selama ini dituntut oleh semua penduduk di Taman Medan dan Taman Dato’ Harun. [ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilakah Kementerian akan menyerapkan 1600 pegawai pemantau harga yang telah melewati lebih dua tahun menjawat jawatan tersebut secara kontrak.

26. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kenapa perparitan bersebelahan jalan-jalan bertar yang di bawah JPS tidak diserahkan penyelenggaraannya kepada JKR atau PBT (contoh Jalan Bukit Kemuning di kawasan Kota Raja) untuk memastikan penyelarasan pengurusan masalah perparitan dan jalan yang menimbulkan ketidakselesaan rakyat.

28. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa siling hospital Sungai Buloh runtuh, siapa kontraktor dan perunding yang bertanggungjawab dan apakah tindakan ke atas mereka serta kos pemulihan.

32. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam menyelesaikan krisis Mindanao dan setakat manakah pencapaiannya.

39. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada pihak Kementerian telah mengambil persiapan yang sewajarnya melalui Akta, Peraturan dan Insentif yang relevan bagi menjamin penawaran barangan keperluan harian seperti bawang dan ikan yang amat tidak stabil pada ketika ini supaya kesejahteraan rakyat tidak terjejas.

42. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam membina pengangkutan awam, sama ada beliau telah memikirkan apakah yang menjadi wawasan beliau sama ada untuk menjual lebih banyak kereta nasional atau membina Mass Rapid Transport (MRT) serta LRT, Monorail, bas, teksi dan sistem Komuter yang benar-benar mempunyai rangkaian dan 'interconnectivity' yang baik dan berkesan.

46. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa purata kos penapisan di semua kilang penapisan milik Petronas, Shell dan Esso di Malaysia; dan
(b) Petronas sedang membina sebuah terminal minyak mentah berkapasiti 260 ribu tong sehari di Kimanis Sabah. Soalnya, kenapa hanya membina terminal eksport minyak mentah, bukan sebuah loji penapisan.

48. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah polisi Kerajaan terhadap pekerja asing dari Bangladesh dan adakah Kerajaan akan memperbaharui dan melanjutkan visa kepada 350,000 orang pekerja yang berada di Malaysia.

50. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menghadapi bencana banjir khususnya di negeri-negeri di selatan dan pantai timur negara.

56. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) prestasi penyediaan jalan-jalan baru dan naik taraf jalan luar bandar di Kuala Krai berbanding KPI bagi NKRA Infrastruktur Luar Bandar; dan
(b) sama ada Jalan Pasir Kelang - Buyong - Kg. Taku dalam Parlimen Kuala Krai termasuk dalam NKRA ini bagi RMK10.

57. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anak yang tidak sah taraf yang dilahirkan dan jumlah kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan di seluruh negara mengikut pecahan negeri-negeri pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

61. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah kadar pelaburan yang diterima oleh Pulau Pinang dan faktornya.

64. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelaksanaan sistem menunaikan Fardu Haji secara berpakej dikatakan menghalang peluang jemaah haji biasa untuk dapat peluang dalam perjalanan sepatutnya. Sila kemukakan data kedudukan haji secara berpakej diberi kepada syarikat-syarikat pengurusan haji sejak 5 tahun lalu (2005-2010) berbanding pemergian haji biasa dalam jangka masa yang sama.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah punca masalah banjir di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan apakah perancangan penyelesaiannya.

BN Padang Rengas mengusulkan 12 (1) bahawa mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga 9.30 malam dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, selasa, 22 Mac 2011 - Lulus.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul 18 (1) oleh YB Padang Terap - Isu Libya - Di Tolak bawah Peraturan 18 (2), Tidak perlu disegerakan atas kenyataan Perdana Menteri pada 23 febuari 2011 di Turki. ( PAS Padang Terap, DAP Batu Kawan )

2. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Mac, 2011)

[ Penggulungan - Kementerian Pertahanan - BN Bagan Datok - Menteri Pertahanan - BN Tangga Batu, BN Lipis, DAP Petaling Jaya Utara, BN Sri Gading, DAP Petaling Jaya Utara, BN Sri Gading, BN Rembau, DAP Batu Kawan, DAP Seputeh, BN Jasin, DAP Petaling Jaya Utara, BN Rembau, DAP Petaling Jaya Utara, PKR Machang, Bebas Padang Serai, PKR Indera Mahkota, DAP Petaling Jaya Utara, BN Pasir Salak, BN Lipis, PAS Kuala Krai, DAP Petaling Jaya Utara, PKR Balik Pulau, DAP Petaling Jaya Utara ]

[ Rehat ]

[ Sambungan Penggulungan - Kementerian Pertahanan - BN Bagan Datok - BN Ledang, DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat ]

[ Penggulungan - Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan - BN Beaufort - Timbalan Menteri - PAS Kota Raja, BN Jempol, PAS Kota Raja, BN Jempol, BN Pasir Salak, BN Arau, ... , PAS Kuala Selangor, PAS Kota Raja, DAP Bukit Mertajam ]

[ Penggulungan - Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi (KPPK) - BN Larut - Timbalan Menteri - BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian, BN Lenggong, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, PAS Pasir Puteh, PKR Indera Mahkota ]

[ Penggulungan - Kementerian Dalam Negeri - BN Masjid Tanah - Timbalan Menteri - BN Pasir Salak, Bebas Pasir Mas, BN Padang Besar, BN Pasir Salak, BN Padang Besar, PKR Kuala Langat, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, BN Pasir Salak, BN Kota Belud, PAS Pokok Sena, Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud, PKR Ampang, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Bebas, PKR Indera Mahkota, DAP Seremban, Bebas Pasir Mas, DAP Kota Melaka, BN Maran, BN Kota Belud, BN Lipis, DAP Kota Melaka, DAP Serdang, DAP Kota Melaka, PKR Ampang, DAP Bakri, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan - BN Senator - Timbalan Menteri - DAP Serdang, DAP Bakri ]

[ Penggulungan - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air - BN Sungai Besar - Timbalan Menteri - BN Putatan, BN Maran, BN Kota Belud, DAP Serdang, BN Sri Gading, DAP Puchong, BN Ledang, BN Arau, PKR Petaling Jaya Selatan ]

[ Penggulungan - Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah - BN Kuala Pilah - Timbalan Menteri - BN Arau, BN Tenom, BN Lipis, BN Sri Gading, BN Parit Sulong, BN Sri Gading, BN Sekijang, BN Arau, PKR Balik Pulau, BN Sri Gading ]

[ Penggulungan - Kementerian Pengajian Tinggi - BN Temerloh - Timbalan Menteri - BN Limbang, Bersambung ... ]

Dewan ditangguhkan pada jam 9.30 malam dan bersambung jam 10.00 pagi, Selasa, 21 Mac 2011

Thursday, March 17, 2011

Dewan Rakyat 17 Mac 2011 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan peluang yang bakal diambil oleh Kementerian dalam mengeksploitasi kekukuhan nilai mata wang ringgit hari ini berbanding mata wang utama dunia bagi menyokong aliran masuk modal yang lebih besar serta pengukuhan asas makro-ekonomi negara. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

2. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1-Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang membuat branding kepada konsep seperti Malaysia-First dengan slogan Negara Didahulukan, Rakyat Diutamakan dimana setiap rakyat mendahulukan negara dan Kerajaan pula mengutamakan rakyat dalam semua dasar dan perancangan. [ Soalan Tambahan : Bebas Kulim Bandar Baru, BN Arau, DAP Kepong ]

3. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan dan sumbangan kepada negara oleh Wanita Pertama Negara dalam beberapa siri lawatan ke luar negara. [ Soalan Tambahan : BN Pasir Salak, PAS Rantau Panjang ]

4. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah persediaan Kerajaan dalam menangani senario pasca AFTA 2015 ketika persaingan sektor automobil akan menjadi lebih sengit khususnya dalam menangani 'lambakan’ atau ‘over-capacity' dari segi impak terhadap 'pembekal-vendor' dan 'dealers'. [ Soalan Tambahan : PAS Kuala Selangor, BN Ledang ]

5. Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan Kerajaan di dalam membangunkan dan menyelia kawasan letak kereta di pusat bandar dan di kawasan perumahan awam memandangkan keperluan yang semakin meningkat dan pengawalan kesesakan lalu lintas di kawasan-kawasan tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Setiawangsa, PAS Titiwangsa ]

6. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Sarawak dibenarkan memiliki syarikat penerbangan sendiri. Adakah penerbangan langsung Sibu-Singapura dan Sibu-Kota Kinabalu akan dibuka. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, BN Pandan ]

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk menambah baik kemudahan jalan raya di negeri Sabah memandangkan bilangan kenderaan yang semakin meningkat dan untuk membantu pembangunan ekonomi negeri Sabah, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, Bebas Sepanggar ]

8. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status kemajuan projek pembukaan 1,000 tabika KEMAS yang diperuntukkan sebanyak RM140 juta di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). [ Soalan Tambahan : PKR Ketereh, BN Maran ]

9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kedudukan Lenggong Tapak Warisan Dunia:-
(a) usaha Kementerian memelihara kawasan atau bahan warisan penting negara dan apakah usaha mendapatkan bahan warisan negara yang berada di luar negara ; dan
(b) usaha Kementerian meningkatkan kesedaran menjaga bahan warisan negara terutama di kalangan generasi muda. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
36. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar pengisian pegawai dan kakitangan pejabat-pejabat Kerajaan di peringkat daerah yang rata-rata terpaksa bertugas di bawah bilangan yang mencukupi untuk melaksana kerja di bawah paras minimum.

38. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan murid yang tercicir dalam pelajaran, yang menamatkan pelajaran selepas darjah 6 dan tingkatan 5 serta tidak bersekolah di seluruh negara.

40. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah majikan bukan Islam yang tidak menghormati hak pembantu rumah muslim yang bekerja di rumah-rumah mereka seperti tidak menyediakan makanan halal dan masa untuk solat, apakah ada aduan yang diterima.

44. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah rumusan atau resolusi yang tercapai dalam makmal gaji minimum (24 Januari 2011) dan apakah tindakan Kerajaan selanjutnya untuk melaksana dan menguatkuasakan gaji minimum.

52. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kemajuan projek Ampangan Getah (Rubber Dam) merentangi Sungai Kelantan untuk peningkatan pengairan Lemal dan KADA. Bilakah ia akan siap dan sekiranya siap nanti apakah kesan pengeluaran padi dalam kawasan tersebut.

56. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pengagihan peruntukan RM 111 juta kepada projek Permata Negara bagi tahun 2011.

62. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peningkatan urusniaga dalam kawasan pembangunan ekonomi Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) sejak ditubuhkan hingga sekarang.

66. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai jumlah peruntukan yang diberikan kepada negeri Kedah melalui MKN dan JKM semasa banjir baru-baru ini dan berapa yang sudah dibelanjakan.

69. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati terhadap tahap kecekapan kakitangan Kerajaan di semua peringkat. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan kecekapan kakitangan Kerajaan adalah mengikut piawaian semasa dan mampu memberikan perkhidmatan yang efisien.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri - BN Pekan akan mencadangkan :

Bawah Usul 27 ( 3 ) -

BAHAWA, suatu kejadian gempa bumi bermagnitud 9.0 pada skala Richter dan tsunami telah melanda di perairan Honshu, Jepun pada jam 1.46 petang waktu Malaysia hari Jumaat, 11 Mac 2011, kira-kira 400km Timur Laut dari Tokyo dan pada masa kini masih berlakunya gegaran susulan;

BAHAWA, gempa bumi dan tsunami itu telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang banyak serta kemusnahan yang besar terhadap harta benda dan kerosakan infrastruktur terutamanya di Timur Laut Jepun di mana telah disifatkan oleh TYT Perdana Menteri Jepun Naoto Kan sebagai “malapetaka terburuk sejak Perang Dunia Kedua” dan usaha-usaha menyelamat masih dijalankan;

BAHAWA, Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan simpati dan takziah yang mendalam kepada Kerajaan dan rakyat Jepun serta kepada semua mangsa malapetaka ini termasuklah keluarga dan sahabat handai mereka;

BAHAWA, masyarakat antarabangsa telah bangkit menawarkan bantuan kepada Kerajaan dan rakyat Jepun bagi membantu usaha-usaha menyelamat yang sedang dijalankan;

BAHAWA, rakyat Malaysia berkongsi kesedihan dan kesengsaraan yang dialami oleh mangsa malapetaka dan bencana ini;

BAHAWA, disebabkan hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Jepun, rakyat Malaysia menghulurkan tawaran bantuan kemanusiaan untuk meringankan beban mangsa;

BAHAWA, Kerajaan dan rakyat Malaysia menilai tinggi penghargaan Kerajaan Jepun yang berhubung dengan bantuan kemanusiaan yang dicadangkan oleh Malaysia; dan

BAHAWA, rakyat Malaysia melihat negara Jepun sebagai sebuah negara yang telah banyak membantu Malaysia mencapai kemajuan dan adalah patut rakyat negara ini menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Jepun. 1

DENGAN INI DEWAN mengambil ketetapan seperti berikut :

(1) Melahirkan rasa takziah dan simpati yang sangat mendalam kepada Kerajaan Jepun dan semua mangsa atas tragedi bencana gempa bumi dan tsunami yang telah melanda Jepun pada 11 Mac 2011;

(2) Merakamkan penghargaan kepada Kerajaan dan rakyat Jepun atas segala bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar Malaysia, yang terjejas oleh malapetaka itu;

(3) Menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan dan bantuan dari segi material, emosi dan moral kepada mangsa-mangsa bencana dan malapetaka itu; dan

(4) Merayu masyarakat antarabangsa untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Jepun.

[ Sokong - BN Pagoh - Timbalan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - DAP Kepong, BN Segamat - Menteri Sumber Manusia, PAS Kubang Kerian, BN Simpang Renggam, PKR Batu, BN Batang Sadong, Bebas Bayan Baru, Bebas Tawau, Bebas Pasir Mas ( BN Sri Gading, Bebas Kulim Bandar Baru, PKR Batu, PKR Kuala Kedah ), PAS Pokok Sena ]

[ Rehat ]

[ Penggulungan - BN Kemanis - Menteri Luar Negeri ( PKR Batu, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, DAP Teluk Intan, PKR Batu, DAP Batu Gajah ) ] - Lulus

2. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (16 Mac, 2011)

[ Perbahasan - PKR Petaling Jaya Selatan, BN Sibuti, DAP Kota Kinabalu, BN Labuan, PAS Kuala Selangor, BN Johor Bahru, PKR Ampang ( BN Kota Belud ), BN Sekijang, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Lenggong, DAP Serdang, BN Lanang, PAS Hulu Langat, BN Maran, BN Tangga Batu ]

Dewan Ditangguhkan pada jam 5.42 petang dan bersambung pada hari isnin, 21 Mac 2011, jam 10.00 pagi.

Wednesday, March 16, 2011

Dewan Rakyat 16 Mac 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil Kementerian untuk menjamin buku-buku teks di sekolah-sekolah tidak mengandungi kesalahan ketara seperti yang terdapat dalam buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong ]

2. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil kemajuan pertandingan reka bentuk hospital Kerajaan yang dilaksanakan oleh JKR. Apakah tindakan dan pengajaran yang diambil oleh Kerajaan (JKR) selepas pertandingan ini dalam memastikan kos sesebuah hospital Kerajaan adalah ekonomi. Nyatakan berapakah jumlah kos perbelanjaan pertandingan tersebut. [ Soalan Tambahan : PAS Pokok Sena ]

3. Dato’ Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah terdapat sebarang usaha atau cadangan :-
(a) untuk mewujudkan bandar-bandar baru di dalam penempatan Felda ; dan
(b) bidang kuasa antara Kerajaan dan pengurusan Felda berhubung penyelesaian isu pembangunan dan kemudahan di dalam kawasan penempatan seperti naik taraf jalan, longkang, parit dan saliran, naik taraf sekolah, lampu-lampu jalan dan sebagainya. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PKR Indera Mahkota ]

4. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan pengembalian hak mengundi warga Malaysia di luar negara seperti yang dikehendaki oleh Malaysian Overseas Right To Vote. Mengapakah proses tersebut tidak dipercepatkan untuk membolehkan mereka mengundi di Pilihan Raya Umum ke-13 ini. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Gajah, BN Kalabakan, DAP Ipoh Barat ]

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah bentuk ganjaran dan jumlah yang diterima oleh jurulatih dan pemain bola sepak kebangsaan apabila menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. [ Tidak hadir ]

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan mengenai rancangan Kerajaan terhadap pekebun kecil getah dan kelapa sawit supaya mereka tidak bergantung kepada tenaga buruh asing. [ Soalan Tambahan : PKR Machang, BN Silam ]

7. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelajar Tingkatan Empat yang mendaftar dalam Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan nyatakan keistimewaan serta matlamat pengajian ini. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, DAP Kepong ]

8. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa memandangkan peningkatan ketara kes-kes jenayah di negara ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan kadar nisbah anggota polis/rakyat kepada seorang pegawai polis dengan 400 rakyat dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan polis dalam mengurangkan kadar jenayah khususnya di kawasan Wangsa Maju. [ Soalan Tambahan : Bebas Wangsa Maju, BN Kuala Krau ]

9. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kajian atau tindakan pihak Kerajaan untuk mengenal pasti terhadap tahap keracunan plumbum di kalangan kanak-kanak atau murid-murid sekolah di sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan sistem solar hybrid yang menggunakan bateri plumbum khususnya di negeri Sabah. [ Soalan Tambahan : BN Tenom ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kejayaan yang dicapai selama ini oleh Institut Sosial Malaysia dalam melatih remaja-remaja dalam negara.

32. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rasionalnya dilaksanakan Klinik 1Malaysia serta berapa kos untuk membina klinik ini, berapa buah telah dilaksanakan, syarikat mana yang mendapat kontrak mengubahsuai dan menyediakan kelengkapan, berapa tenaga kerja dikerah di semua klinik ini dan adakah ia tidak menjejaskan klinik-klinik swasta berhampirannya.

36. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukan yang disediakan untuk biasiswa kepada pelajar jurusan pengajian Islam (melalui JPA atau agensi lain) berbanding dengan jumlah keseluruhan biasiswa yang diberi kepada pelajar di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

38. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah projek pembinaan Pelabuhan Tok Bali, Kelantan akan dimulakan.

46. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah yang dibelanjakan bagi melaksanakan program-program Kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan apakah jumlah perbelanjaan itu terkandung dalam Bajet 2011 yang diluluskan pada sesi yang lalu.

52. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang berita di akhbar Kosmo (Khamis 30/12/2010) yang menyebut bahawa Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman (Datuk Sri Bakri Mohd Zinin) mendedahkan bahawa kebanyakan kes Perdagangan Orang didalangi individu berpengaruh dan berstatus tinggi. Sejauh mana dakwaan ini benar dan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini.

54. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perkembangan siasatan kes-kes Nurin, Sharlini dan kanak-kanak lain yang hilang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Adakah mereka dilihat sebagai kes-kes yang mempunyai hubungan satu sama lain atau sebaliknya.

55. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci asas-asas penolakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) dalam pilihan raya. Sekiranya ia melanggar hak asasi warganegara sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, bagaimana dengan pengamalan ISA yang juga bercanggah dengan hak asasi warganegara mendapat pembelaan mahkamah.

64. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah garis panduan serta etika ahli politik atau ahli Parlimen yang juga memegang jawatan eksekutif dalam Kerajaan mengenai tugas rasmi Kerajaan daripada gerak kerja sebagai ahli politik.

Usul 12 (1) oleh Padang Rengas bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan bersambung pada jam 10.00 pagi, 17 Mac 2011.

Usul 36 (5 & 12) oleh DAP Petaling Jaya Utara - menyatakan nama seseorang ahli yang berhormat dalam perbahasan oleh BN Kinabatangan semalam. - Ditolak

Usul 18 (1) oleh DAP Teluk Intan - Berkenaan Hubungan antara Kaum dan kegunaan buku Interlok sebagai bahan bacaan Sastera bagi sekolah - sekolah tingkatan 5. - ditolak atas peraturan 18 (2)

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (15 Mac, 2011)

[ Perbahasan - PAS Kuala Krai ( PKR Indera Mahkota, BN Pasir Salak, PKR Machang, PAS Pokok Sena, PKR Indera Mahkota, PKR Sungai Petani, PKR Balik Pulau, BN Sekijang, PAS Pokok Sena ), BN Limbang (BN Arau ), DAP Ipoh Timur ( BN Simpang Renggam ) ]

[ Rehat ]

[ Perbahasan - BN Tuaran, PAS Titiwangsa ( PAS Rantau Panjang), BN Rembau, PKR Selayang ( PKR Petaling Jaya Selatan, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau), BN Parit Sulong, DAP Seputeh ( PAS Shah Alam, BN Kota Belud ), BN Setiu, Bebas Bayan Baru ( DAP Serdang, PAS Shah Alam ), Bebas Bayan Batu ( PAS Shah Alam, DAP Seremban, BN Kota Belud ), BN Kalabakan ( BN Kota Belud, BN Sri Gading, PAS Shah Alam, BN Kota Belud ), PAS Shah Alam ( PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota, BN Kota Belud ), BN Bukit Katil ( PKR Indera Mahkota), PKR Batu, BN Lipis ( DAP Beruas ), DAP Kota Melaka ( BN Kota Belud ), BN Parit ( PAS Kuala Selangor ), PAS Kota Bharu ( BN Sabak Bernam, PKR Ampang ), BN Batu Sapi, BN Kuala Nerus, PKR Petaling Jaya Selatan ]

Dewan tamat jam 8.35 malam dan bersambung pada hari khamis, 17 Mac 2011, jam 10.00 pagi.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008