MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Tuesday, December 13, 2011

Dewan Negara 13 Disember 2011 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Jawab Lisan
1. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat manakah kejayaan Kempen Kesedaran Barah Payu Dara atau ‘Pink October’ yang berlangsung sepanjang bulan Oktober dan nyatakan sejauh manakah penyertaan agensi Kerajaan, swasta dan institusi pendidikan.

2. Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tahap keselamatan kita terutama di perairan yang menyebabkan ramai pendatang tanpa izin terutama dari Indonesia yang menggunakan laluan masuk perairan kita dengan jumlah yang begitu banyak. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan perkara ini tidak berulang.

3. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) status terkini dan kedudukan kewangan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), berapakah subsidi Kerajaan telah diberikan kepada syarikat tersebut sejak ditubuhkan dan apakah rasionalnya Kerajaan mewujudkan sebuah entiti baru iaitu National Sewerage Company (Nascom); dan
(b) apakah sebab-sebab penswastaan projek pembetungan telah menemui kegagalan walau pun syarikat tersebut memonopoli perkhidmatan pembetungan.

4. Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tindakan Kementerian dalam menangani isu 'sub standard housemen' seperti yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.

5. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang mengenakan cukai penalti khas atas mana-mana kenderaan dan kilang-kilang yang mengakibatkan sebaran 'carbon emission' berlebihan kepada persekitaran yang jelas mencemarkan 'tahap indeks sihat udara'.

6. Datuk Chiw Tiang Chai minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan siswazah yang mengikut Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dan nyatakan bidang latihan yang diikuti serta peluang bagi siswazah ini mendapat pekerjaan selepas menamatkan latihan.

7. Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi membela warga emas khususnya keistimewaan mendapatkan potongan harga bagi penginapan di hotel, pengurangan tambang bas dan kapal terbang serta diskaun untuk membeli barangan tertentu.

8. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji ini berfungsi dalam menyelaraskan pentadbiran wakaf di seluruh negara dan bagaimanakah usaha Kerajaan bagi memberi pemahaman tentang konsep dan pentadbiran harta wakaf bagi meningkatkan ekonomi umat Islam.

9. Dato' Nallakaruppan a/l Solaimalai minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bila pelaksanaan penggunaan bahasa Tamil di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA ini kerana terdapat peningkatan kedatangan pelancong asing dari negara India melawat negara kita Malaysia dan penggunaan bahasa Arab di KLIA juga digunakan sewaktu musim percutian pelancong dari negara Arab.

10. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah benar Kementerian bercadang mewajibkan semua pembantu rumah asing kecuali Indonesia mengikuti kursus Bahasa Malaysia selama 6 bulan sebelum di benar bekerja di negara ini dan jika benar, bagaimanakah cara pengendalian kursus ini.

11. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah bank tempatan dan bank negara asing pada masa kini. Adakah kelebihan bank asing akan membawa kesan kepada ekonomi negara semasa ekonomi merosot.

12. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian dalam pemulihan dan mempromosi tapak-tapak bersejarah di sekitar Lembah Bujang dan Kuala Kedah.

Soalan Senator PAS yang disenaraikan:
24. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil keberkesanan sistem e-Kerajaan dalam perkhidmatan awam yang telah dilancarkan beberapa tahun lepas dan apakah masalah yang kerap dihadapi dan sejauh mana ia menyumbang dalam meningkatkan mutu kerja di sektor awam.

33. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tarikh naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan sebagai lapangan terbang antarabangsa yang diumumkan pada September 2011 dan apakah kos sebenar dan kemudahan yang di naik taraf untuk projek tersebut.

54. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah kebolehpasaran graduan IPT Malaysia dan apakah kursus-kursus yang menjadi lambakan yang menjejaskan peratusan kebolehpasaran graduan IPT.

57. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan perkembangan 'Program Minda Sihat Menangani Stres di Kalangan Murid Sekolah'.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Bagi Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 - Menyambung
semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (12 Disember, 2011) [ Kementerian Kewangan ]

2. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

3. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

4. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

5. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

6. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

7. (D.R. 24/2011) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

8. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011 [ Kementerian Pertahanan ]

9. (D.R. 26/2011) Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

10. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 [ Kementerian Sumber Manusia ]

11. (D.R. 42/2011) Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]

12. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

13. (D.R. 32/2011) Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri]

14. (D.R. 33/2011) Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 [ Jabatan Perdana Menteri ]

15. (D.R. 34/2011) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. (D.R. 35/2011) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Perdana Menteri ]

18. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

19. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

20. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

21. (D.R. 40/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

22. (D.R. 41/2011) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

23. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]

24. (D.R. 37/2011) Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011 [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008