MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Wednesday, November 30, 2011

Dewan Rakyat 30 November 2011 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah mutu sebenar dan juga persepsi orang awam terhadap mutu pelajaran kita di Malaysia yang sering dipertikaikan oleh ibu bapa. [ Soalan Tambahan : BN Kanowit, PKR Machang ]

2. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) apakah status cadangan skim asas perlindungan kecederaan dan kematian bagi pihak ketiga oleh Bank Negara Malaysia dan Majlis Peguam Malaysia; dan
(b) adakah Kerajaan setuju untuk meminda Akta Undang-undang Sivil 1956 (Akta 67) untuk mengambil kira dan meningkatkan 'award' untuk kecederaan dan kematian. [ Soalan Tambahan : DAP Teluk Intan, BN Jasin ]

3. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kadar kebergantungan negara kepada tenaga buruh asing berbanding dengan kesediaan dan kesanggupan rakyat tempatan di dalam sektor-sektor pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran dan seterusnya membasmi kemiskinan. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PKR Kuala Langat ]

4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan peranan Pusat Genom Negara yang beroperasi di Bangi, Selangor. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat, BN Putatan ]

5. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah kaedah digunakan TNB untuk mengesan bahawa seorang pengguna rumah kediaman atau kilang telah melakukan pencurian tenaga dan bagaimana TNB mengawal pegawainya tidak salah guna kuasa memutuskan bekalan kepada pengguna. [ Soalan Tambahan : BN Tebaru, DAP Kepong, DAP Ipoh Barat ]

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah galakan dan insentif yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha industri herba dan apakah peranan Kementerian untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa. [ Soalan Tambahan : Bebas Bayan Baru, BN Kapit ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan individu atau syarikat yang diberikan permit mengimport beras dan nyatakan apakah Kerajaan berhasrat menambah bilangan pemegang permit tersebut bagi mengelakkan pemonopolian yang boleh mengakibatkan harga beras menjadi terlalu tinggi.

20. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-
(a) perancangan pembinaan sekolah-sekolah menengah dan rendah yang baru bagi Parlimen Padang Terap bagi tempoh sepuluh (10) tahun akan datang; dan
(b) adakah ada perancangan bagi pembinaan sekolah menengah di sebelah Mukim Kurong Hitam dan sebuah Sekolah Menengah Sains di Parlimen Padang Terap.

24. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kerugian dan punca-punca yang dialami oleh Hospital Prince Court (milik penuh Petronas) sejak mula beroperasi serta langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi kerugian ini.

26. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan terhadap projek PERMATA NEGARA serta semua program yang dianjurkan melibatkan isteri Perdana Menteri sejak tahun 2008 hingga 2011.

32. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia kepada kebangkitan dunia Arab dan rakyatnya yang menolak kepimpinan pemimpin mereka.

33. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan Kementerian selepas proses pendaftaran dan pemutihan. Apakah mekanisme KDN untuk mengusir pendatang asing ini khususnya di kawasan ladang dan luar bandar serta sempadan negara.

35. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan.

38. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah pemimpin dan pengikut gerakan perjuangan bersenjata menentang penjajah British sebelum 31 Ogos 1957 yang tidak berfahaman komunis.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Rang Undang-Undang mengikut aturan urusan mesyuarat dari Nombor 1 hingga 6.

Usul 18(1) mengenai Akta Darurat yang masih belum dimansuhkan oleh DAP Bukit Gelugor.

c. Perbahasan usul dan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 38/2011) Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Machang ( PKR Indera Mahkota, BN Jasin, BN Rompin), BN Arau (Bebas Padang Serai, BN Kinabatangan, Bebas Padang Serai, BN Ledang), Bebas Pasir Mas, ] [ Rehat ]

[ BN Tenggara, PAS Kota Raja, BN Ledang, PKR Balik Pulau, BN Tangga Batu, PKR Indera Mahkota, BN Jasin ]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - PAS Shah Alam, DAP Bakri ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - DAP Kepong, PAS Tumpat, PKR Kuala Langat, DAP Kepong, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, PAS Tumpat, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau, Bebas Wangsa Maju ] - Lulus

2. (D.R. 36/2011) Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Jasin, DAP Ipoh Barat, PAS Kota Raja, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, PAS Kuala Selangor, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Kota Melaka ]

[ Penggulungan - BN Alor Setar - DAP Batu Gajah, PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau, DAP Teluk Intan, PKR Balik Pulau, BN Jasin, PKR Balik Pulau, BN Tangga Batu, BN Jasin, PKR Batu, DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau, PKR Petaling Jaya Selatan ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - PAS Tumpat, DAP Batu Gajah ]

3. (D.R. 43/2011) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahaan - BN Kota Belud, PAS Tumpat, Bebas Pasir Mas, PKR Batu, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - BN Padang Rengas - Bebas Padang Serai, PAS Tumpat, PKR Batu ]

4. (D.R. 39/2011) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - DAP Teluk Intan, PKR Balik Pulau ]

[ Penggulungan - BN Sandakan ] - Lulus

[ Dalam Jawatnkuasa - PKR Balik Pulau, DAP Teluk Intan, Bebas Kulim Bandar Baru ] - Lulus

Usul 12(1) bahawa dewan ini ditangguhkan sekarang.

Dewan ditangguhkan pada jam 10.50 malam.

Dibahas pada esok hari :-

Usul 86(5) bahawa dewan membahas kan :-

10. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan mencadangkan:-
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3 Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 3 Tahun 2011 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008