Monday, December 20, 2010

Dewan Negara 20 Disember 2010 ( Isnin )

Aturan Urusan Mesyuarat
a. Doa
b. Permasyhuran Rang Undang-Undang mengikut aturan urusan mesyuarat no.2 hingga no.10 seperti dibawah, dibentang dan dibahaskan serta diluluskan oleh Dewan Negara kali ini.

c. Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Pau Chiong Ung minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bagaimanakah pihak Kementerian menyalurkan informasi dasar-dasar terkini negara kepada rakyat seperti Strategi Transformasi Ekonomi; dan
(b) adakah artikel dasar Kerajaan oleh PEMANDU disalurkan dalam semua akhbar pelbagai bahasa agar semua warga negara dapat memahami dasar-dasar Kerajaan dengan baik.
[ Dato' Firdaus Abdullah ]

2. Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang memberikan kuasa polis tambahan kepada guru disiplin di sekolah bagi membendung pelbagai masalah disiplin pelajar. [DAto' Ahmad Husin]

3. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kemajuan yang telah dicapai oleh MIFC setakat ini. Apakah strategi jangka pendek dan sederhana bagi memantapkan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam di peringkat global di
samping menghadapi saingan dari pusat kewangan Islam serantau. []

4. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tidakkah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula sistem jalan ke Genting Highlands yang sehingga kini tidak selamat kerana sering kali berlaku kemalangan maut. Apakah langkah-langkah
keselamatan yang perlu ditambah supaya jalan ini lebih selamat digunakan.

5. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimana pihak Kementerian menangani isu penutupan kilang secara tiba-tiba atau menerusi notis yang singkat. Apakah bentuk-bentuk perlindungan serta pampasan bagi para pekerja
yang menjadi mangsa dalam kes-kes sebegini.

6. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah peruntukan dan pemantauan terhadap pengagihan netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara memandangkan kualiti dan
penyelewengan pembahagian telah mula dikesan walaupun ia baru sahaja dilancarkan.

7. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) apakah rasional yang munasabah hingga Kementerian terpanggil untuk menderma sebanyak RM3 juta kepada Shoe Makers Association untuk menganjurkan The Shoes Festival di PWTC KL pada Mac/April 2010, apakah pulangannya dan mengapakah tidak ada peserta Bumiputera; dan
(b) apakah maklum balas terhadap pelbagai teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, khususnya mengenai Program Promosi Produk Khusus sebanyak RM14.7 juta yang tidak mematuhi peraturan kewangan dan kelemahan dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Program Homestay.

8. Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah program-program yang akan dilaksanakan bagi melaksanakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan tidakkah Kementerian bercadang untuk menggalakkan belajar Tulisan Jawi di
sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagi memudahkan pelajar membaca Al-Quran.

9. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dibuat untuk membantu petani-petani dan pekebun-pekebun kecil yang bergantung hidup sepenuhnya kepada pertanian, tetapi tidak
memiliki tanah walaupun seekar dan sepanjang hayat mereka menjadi pekerja kepada tuan-tuan tanah. Berapakah jumlah kumpulan petani, tanpa tanah ini di seluruh negara.

10. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperluaskan sistem atas talian bagi memudahkan proses permohonan cadangan pembangunan sebagaimana yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikenali sebagai "KULSubmission".

11. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan cadangan Khazanah Nasional Berhad untuk mengurangkan secara agresif dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) khususnya syarikat utama di Bursa Malaysia.

12. Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat mana keberkesanan laman sesawang EGovernment dapat menolong masyarakat luar bandar khususnya dari negeri kurang maju dalam menyelesaikan masalah mereka.


Soalan-Soalan Senator Pas yang disenaraikan :-

19. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan TM Streamyx, Broadband dan P1-Max di seluruh negara. Apakah Kerajaan bercadang pemberian pampasan kepada pelanggan yang mengalami gangguan perkhidmatan tersebut.

21. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tunggakan saman trafik termasuk saman ekor sehingga Oktober 2010 dan bagaimanakah cara kutipan denda saman tersebut hendak dipungut.

26. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian membuat kajian dan bercadang untuk meminda takwim persekolahan negara dan jadual peperiksaanpeperiksaan utama kerana banyak negeri yang akan dilanda banjir pada
musim tengkujuh setiap akhir tahun kerana ia akan menjamin kebajikan pelajar dan sekolah lebih dipelihara dan memberikan semua pelajar peluang dan tumpuan yang adil, seimbang dan sepenuhnya dalam menuntut ilmu.

35. Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah iktibar-iktibar daripada peristiwa banjir teruk yang telah berlaku pada tahun 2005 dan 2010 di negeri Kedah dan Perlis yang mana pihak Kerajaan dapat membaiki lagi langkah-langkah pencegahan, sistem
penyampaian maklumat bencana alam supaya risiko kemusnahan harta benda rakyat dan Kerajaan dapat dikurangkan.

39. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan persediaan kita dari segi politik, ekonomi dan sosial sebagai sebuah negara dalam ASEAN dengan pewartaan Piagam ASEAN dan sejauh manakah kita bersedia untuk mewujudkan satu penyatuan Parlimen ASEAN bagi menjaga kestabilan ekonomi dan kebajikan serantau.

55. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini penyakit kencing manis (diabetes) bagi setiap negeri di Malaysia.

61. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sehingga Oktober 2010, berapakah jumlah tunggakan hutang PTPTN yang masih belum dijelaskan dan apakah sebab-sebabnya hutang tersebut tidak dapat dipungut serta bagaimanakah Kerajaan hendak mengatasi masalah ini.

64. Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah pengawasan
Kementerian dalam industri francais dalam negara ini serta usaha-usaha bagi mewujudkan peluang-peluang baru untuk meningkatkan lagi keusahawanan dan perniagaan.

82. Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha-usaha konkrit yang dilaksanakan dalam memajukan industri kampung bagi meningkatkan taraf hidup penduduk.

d. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (16 Disember 2010) [ Kementerian Kewangan ]

2. (D.R. 37/2010) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 24/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010
[ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 40/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa
2010 [ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 32/2010) Rang Undang-undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

6. (D.R. 35/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

8. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010
[ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ]

9. (D.R. 41/2010) Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010
[ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ]

10. (D.R. 33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010
[ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

Thursday, December 16, 2010

Dewan Rakyat 16 Disember 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa

BN Padang Rengas - mengusulkan dibawah peraturan 66 bahawa semua rang undang-undang yang bermula dengan rang undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 sehingga Rang undang-undang cukai barang dan perkhidmatan 2009 ( no. 5 - no. 15 mengikut aturan mesyuarat hari ini, seperti tertera di bawah ) ditangguh dan dibawa ke mesyuarat akan datang.

B. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan)(Pindaan) 2010. ( Menteri )

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul

PAS Shah Alam membawa usul 36 (12) bahawa menteri tidak melanggar peraturan mesyuarat yang menteri kerja Raya mengelirukan dewan berkenaan isu Hospital Shah Alam. ( PAS Shah Alam, PKR Gombak, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena, BN Tangga Batu, PAS Shah Alam, PKR Permatang Pauh, PKR Gombak, PKR Machang, PKR Subang, PKR Padang Serai, PKR Permatang Pauh, PAS Kuala Krai, PKR Permatang Pauh, BN Tangga Batu, BN Lenggong, PAS Shah Alam, PAS Tumpat, PAS Shah Alam, PKR Gombak, PKR Permatang Pauh, BN Silam, PKR Permatang Pauh, PKR Gombak, BN Lenggong, BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena, BN Kota Belud, PKR Balik Pulau, PAS Shah Alam, BN Tangga Batu, PAS Kuala Krai, BN Kota Belud, PAS Tumpat, PAS Shah Alam, Mic Dewan ditutup oleh Tan Sri Speaker, PKR Permatang Pauh, PAS Pokok Sena, PKR Permatang Pauh, DAP Bukit Gelugor, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau, PKR Gombak, PAS Kuala Krai, PKR Permatang Pauh, PKR Subang, PAS Shah Alam )

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
"Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 22 April 2010, maka Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 3 Tahun 2010 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

Bergemar - UMNO APCO, APCO UMNO

80 a oleh PAS Tumpat, DAP Bukit Gelugor, PKR Subang, DAP Ipoh Barat, BN Kota Belud, KECOH, PAS Shah Alam, KECOH, Keluar Dewan. Gema - PEMBOHONG, UNDUR UNDUR.

[ Usul diluluskan tanpa Bahas ]

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
“BAHAWA pada 3 Disember 2010, Yang Berhormat Tuan Karpal Singh, Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Tuan R. Sivarasa, Ahli Parlimen kawasan Subang yang merupakan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

BAHAWA Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

BAHAWA Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis.

DAN BAHAWA perbuatan Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Subang dan Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Gombak adalah satu perbuatan menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Subang dan Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Gombak hendaklah digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen selama 6 bulan.“

[ Perbahasan - BN Kota Belud ( BN Lenggong, BN Hulu Selangor, BN Tangga Batu, BN Jempol, BN Sri Gading, BN Tangga Batu ), Bebas Pasir Mas ( BN Rembau, BN Padang Rengas, BN Sekijang, Bebas Kulim Bandar Baru, BN Lipis, BN Kota Belud, BN Hulu Selangor, BN Padang Rengas, BN Maran), BN Kinabatangan, BN Jasin ( BN Ledang ), Bebas Wangsa Maju ( BN Ledang, BN Langkawi, BN Tenggara, BN Arau ) ]

3. Menteri Kewangan akan mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.102, ST.103, ST.104, ST.106, ST.122, ST.123, ST.183, ST.184, ST.196 dan ST.197 tahun 2010 disahkan”. [ Bahas : Bebas Wangsa Maju ] - Lulus.

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 6 subseksyen 2 Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil ST.129 tahun 2010 disahkan”. - Lulus.

Dewan ditangguhkan jam 1.00 tengahari sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

5. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

6. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010[ Kementerian Pengangkutan ]

7. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

8. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 [ Perdana Menteri ]

9. (D.R. 44/2010) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

10. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

11. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]

12. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

13. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

14. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan]

15. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Wednesday, December 15, 2010

Dewan Rakyat 15 Disember 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Ir Hamim bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimana dan bila Kementerian boleh menyelesaikan masalah waktu bekerja bagi kakitangan Bomba kerana selama ini mereka bekerja melebihi 8 jam sehari. [Soalan tambahan - BN Ledang, PAS Kubang Kerian ]

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA mENTERI menyatakan dasar-dasar afirmatif bumiputera semasa yang akan dirombak semula supaya ia menjadi lebih "market-friendly and merit based" dan menuju kepada golongan bumiputera berpendapatan 40 peratus yang terendah. [tidak hadir]

3. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [Pengerang] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan status 'Pengerang battery' sama ada terdapat usaha atau perancangan untuk membangunkan tapak tersebut sebagai salah satu warisan sejarah negara. [Soalan tambahan - BN pengerang, PAS Kubang Kerian]

4. Tuan Amran bin Ab Ghani [Tanah Merah] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah kerajaan bercadang mengkaji bonus atau dividen pencarum SOCSO puluhan tahun yang tidak mengalami kemalangan. [TIDAK HADIR]

5. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan aktiviti pelancongan di Pasir Salak, satu tempat yang bersejarah. [Soalan tambahan - BN Pasir Salak]

6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan demi konsep 1 Malaysia berikan butir-butir lengkap mengenai bilangan pembayar cukai pendapatan perseorangan yang berdaftar dan mencarumkan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut kaum, serta jumlah bayaran cukai mereka bagi tahun taksiran 2009 dan 2010. [ Soalan tambahan - DAP Jelutong, BN Kinabatangan, PKR Indera Mahkota]

7. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [Lubok Antu] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah kementerian ini mempunyai peruntukan untuk menggantikan paip-paip air "gravity feed" bagi rumah-rumah panjang dan kampung yang sudah uzur dan sering pecah. [Soalan tambahan - BN Lubok Antu, BN Kapit]

8. Tuan Mohd Nasir bin Zakaria [Padang terap] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

a. langkah-langkah Kerajaan menghadapi kemungkinan akan berlaku krisis penjanaan tenaga sekiranya isu kekurangan lebih 4000 MW tenaga kuasa di mana beberapa IPP generasi pertama akan tamat tempoh; dan
b.sekiranya Kerajaan bercadang untuk melanjutkan perjanjian, apakah Salient Term 4th generation Power Purchase Agreement bagi perlanjutan tempoh bagi IPP yang bakal tamat
[Soalan tambahan - PAS Padang Terap, PAS Shah Alam, PKR Balik Pulau]

9. Dato' Lilah bin Yasin [jempol] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah harta pusakan yang melibatkan lebih daripada RM40 bilion gagal diagihkan dan apakah perancangan Kerajaan bagi menyelesaikan masalah. [Soalan tambahan - BN Jempol, PKR Indera Mahkota]

10. Tuan Mohd Abdul wahid bin Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha kementerian untuk membantu menyelesaikan masalah harga padi yang rendah, kadar pemutuan yang tinggi serta kelemahan perlaksanaan pembayaran subsidi bagi petani yang menanam padi di daerah Besut dan Setiu. [TIDAK HADIR]

11. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perlaksanaan jumlah projek kampung WiFi yang dilaksana setakat ini dalam usaha menyediakan prasarana komunikasi dan maklumat di negara ini. [Soalan tambahan - BN Sipitang, PAS Kuala Krai]

12. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [Padang Serai] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah kemajuan Malaysia dalam melaksanakan Dasar Harta Intelek Negara setakat ini. [TIDAK HADIR]

13. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) adakah Kementerian bercadang menambah jumlah bantuan kepada golongan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
(b) nyatakan statistik kes pembuangan bayi mengikut kaum dan negeri, serta apakah tindakan yang dilaksanakan sekarang kurang berkesan. [TIDAK HADIR]

14. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah tepat dan pecahan kaum bagi 34 peratus pekerja daripada 1.3 juta pekerja (jumlah yang dikaji) yang dikenal pasti dalam kajian Kementerian mendapat gaji bulanan kurang daripada RM 700 iaitu di bawah garis kemiskinan RM 720 sebulan (rujuk kenyataan Menteri di STAR 6.8.10). [keluar - akan dibacakan kemudian]

15. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) cadangan produk pelancongan boleh dikemukakan oleh Kementerian di sepanjang Sungai Rejang di antara Bandar Sibu, Pekan Bintangor dan Bandar Sarikei serta Tanjung Manis; dan
(b) nyatakan jenis-jenis produk pelancongan telah diperkenalkan di kawasan Parlimen Sarikei. [TIDAK HADIR]

16. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan ada memikirkan serta merangka langkah-langkah yang lebih holistik bagi memastikan kegiatan pelacuran dan zina dapat dikurangkan selain dari membina pusatpusat jagaan bagi wanita-wanita yang mengandung kerana zina. [TIDAK HADIR]

17. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah Kementerian bagi mengawal penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenangnya dalam rawatan penyakit dan sejauh manakah gen baru Bakteria New Delhi Metallo Beta Lactamase (Gen NDM-1) telah dikesan di negara ini. [TIDAK HADIR]

18. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penyelesaian pihak Kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara. Antara faktor yang boleh dikenal pasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menggubal kursuskursus khas mengenai kesihatan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi. [TIDAK HADIR]

19. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untukmembina Kolej Komuniti di Parlimen Gelang Patah; dan
(b) jumlah kelulusan permohonan PTPTN pada tahun 2010 dan jumlah hutang pinjaman PTPTN sejak tahun 2009. [Soalan tambahan - BN Gelang Patah, PKR Sungai Petani]

20. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berikutan kejatuhan Pelaburan Langsung Asing (FDI), sejauh manakah ia memberikan impak kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
negara. [TIDAK HADIR]

21. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengangkat kefahaman rakyat terhadap visi 1Malaysia dan dari mana dana untuk aktivitinya diperolehi. [Soalan tambahan - BN Parit]

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan :
18. Dato' haji Ab Halim bin Ab Rahman [Pengkalan Chepa] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penyelesaian pihak Kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara. Antara faktor yang boleh dikenal pasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Apakah kementerian mempunyai rancangan untuk menggubal kursus-kursus khas mengenai kesihatan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang dikenali sebagai berisiko tinggi.

28. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kerajaan berhasrat melaksanakan proses 'nasionalization' konsesi lebuh raya selepas ada dua permohonan dari Syarikat Asas Serba Sdn Bhd dan MMC untuk mengambil alih semua konsesi jalan tol di seluruh negara.

32. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [Jerai] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kementerian tidak berhasrat membantu PBT di negeri-negeri lain seperti peruntukan RM 13.9 juta kepada PBT di Negeri Sembilan seperti yang tersiar dalam Warta Wilayah keluaran 1 hingga 15 Ogos lalu.

Peraturan Mesyuarat 18 (1) Oleh PKR Subang - Dewan Kecoh (PKR Subang digantung sehingga 2.30 petang).
Peraturan Mesyuarat oleh PKR Gombak - Dewan Kecoh - PKR Gombak digantung sehingga 2.30 petang.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) dan Usul-Usul
1. (D.R. 35/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]. Menyambung Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [ 14 Disember 2010 ]

[ Perbahasan - DAP Beruas, BN Jasin (BN Ledang), PAS Pokok Sena, BN Lipis, PKR Sungai Petani, BN Sekijang, BEBAS Wangsa Maju (BN Sri Gading), DAP Telok Intan (DAP Bandar kuching), PAS Kuala Krai ]

[Penggulungan Menteri - BN Kudat (Timb Menteri) Pencelahan - BN Ledang, BEBAS Wangsa Maju, BN Putatan, PAS Pokok Sena, BN Padang Besar, DAP Bandar Kuching, BN Sri Gading, DAP Beruas, BN Arau, Pas Kuala selangor,] - Diluluskan ( Undi Belah bahagi 71/40)

Rang undang-undang diserah kepada peringkat jawatankuasa sesebuah majlis:

Fasal 22&24
[ Perbahasan - DAP Batu Gajah, BN Sri Gading (DAP Batu gajah), PAS Pendang, DAP Beruas ]

[ Penggulungan - Timbalan Menteri - BN Kudat - DAP Batu Gajah, PAS Jerai, BN Sri Gading, DAP Beruas] - Lulus

2. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan - Timbalan Menteri Kewangan - Senator ]

[ Perbahasan - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ]
[ Penggulungan Timbalan Menteri Kewangan - PKR Kuala Kedah]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ] - Lulus

3. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi] - Menteri - BN Kota Marudu

[ Perbahasan - PKR Kuala Kedah, PKR Indera Mahkota ]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri - BN Petrajaya - PKR Indera Mahkota ]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Kuala Kedah ] - Lulus

4. (D.R. 24/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 [ Kementerian Kewangan ] - Timbalan Menteri Kewangan - Senator

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota, PKR Sungai Petani ( DAP Batu Gajah, PAS Pendang), DAP Bandar Kuching]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri - Senator - DAP Bandar Kuching, DAP Batu Gajah ]
[ Dalam Jawatankuasa - Lulus ]

5. (D.R. 40/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010 [ Kementerian Kewangan ] - Timbalan Menteri Kewangan - Senator

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota]
[ Penggulungan - Timbalan Menteri - Senator - PKR Indera Mahkota, BN Sri Gading ]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota ] - Lulus

6. (D.R. 41/2010) Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ] - BN Kota Marudu - Menteri

[ Perbahasan - BN Tenggara, PAS Pendang ( BN Putatan), BN Lipis (BN Parit Sulong, BN Putatan), DAP Batu Gajah, BN Silam, DAP Kepong (BN Tangga Batu, BN Lenggong, BN Sri Gading, BN Lenggong, BN Tangga Batu) ]
[ Penggulungan - Menteri - BN Kota Marudu - DAP Batu Gajah, PKR Indera Mahkota, BN Arau, BN Padang Besar ]
[ Dalam Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota, DAP Batu Gajah, BN Tuaran ] - Lulus

7. (D.R. 33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan] - Timbalan Menteri - BN Julau

[ Perbahasan - PAS Pendang, BN Sri Gading, DAP Kepong (PKR Indera Mahkota) ] [ Penggulungan - Timbalan Menteri ] [ Dalam Jawatankuasa - PKR Indera Mahkota ] - Lulus

Dewan ditangguhkan jam 11.52 malam dan bersambung esok, khamis, jam 10.00 pagi, 16 Disember 2010.

Besok, 16 Disember 2010 :-

13. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
"Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 22 April 2010, maka Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 3 Tahun 2010 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” [ Laporan Jawatankuasa Hak & Kebebasan - Isu PKR Permatang Pauh ]

14. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
"BAHAWA pada 3 Disember 2010, Yang Berhormat Tuan Karpal Singh, Ahli Parlimen Kawasan Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Tuan R.Sivarasa, Ahli Parlimen Kawasan Subang yang merupakan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

BAHAWA Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu surat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

BAHAWA Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis.

DAN BAHAWA perbuatan Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Subang dan Yang Berhormat ahli Parlimen Kawasan Gombak adalah satu perbuatan menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUKAN BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Bukit Gelugor, Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan Subang, dan Yang Berhotmat Ahli Parlimen kawasan Gombak hendaklah digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen selama 6 bulan."

Tuesday, December 14, 2010

Dewan Rakyat 14 Disember 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai Universiti APEC pertama negara iaitu sebagai sebuah universiti penyelidikan. Memandangkan pengiktirafan ini sangat baik, adakah pihak Kementerian bercadang untuk menambah lagi pengiktirafan Universiti APEC ini supaya dapat meningkatkan mutu penyelidikan negara. [Soalan Tambahan: BN Paya Besar, PKR Machang, PKR Balik Pulau, ]

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung Kerajaan akibat pengisytiharan bankrap daripada tahun 2005 hingga sekarang. [Soalan Tambahan: PKR Machang, BN Kota Belud, BN Sri Gading, ]

3. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membekalkan elektrik kepada semua kawasan pedalaman terutamanya di Sarawak dan berapakah peratus kawasan pedalaman setakat ini yang sudah pun dibekalkan dengan kemudahan asas ini. Adakah hasil daripada langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan setakat ini memuaskan dan jika tidak, apakah perancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini. [Soalan Tambahan:BN Hulu Rajang, PAS Bachok, PAS Pendang ]

4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian menetapkan syarat-syarat minima berkaitan rumah-rumah pangsa kos rendah dari segi saiz unit, sistem aliran air bilik mandi dan kemudahan awam seperti padang permainan dan dewan komuniti. [Soalan Tambahan: PSM Sungai Siput, BN Sekijang]

5. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kriteria-kriteria yang digunakan untuk pemilihan sekolah amanah dalam usaha menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan kecemerlangan pelajar di sekolah Kerajaan. [Soalan Tambahan: BN Parit Sulong, PAS Kuala Krai, BN Ranau]

6. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah projek yang mendapat EOT/lanjut tempoh, kenapa terjadi demikian, apakah sebab diberikan tempoh lanjutan serta berapa kerugian yang terlibat akibat kelewatan tersebut di dalam RMK-9 lalu. [Soalan Tambahan: PAS Pendang, BN Putatan, PAS Shah Alam]

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah kes yang telah diambil tindakan yang menyalahi undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sejak 10 tahun lalu. [Soalan Tambahan: BN Lipis, DAP Kepong, PKR Lembah Pantai ]

8. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dan keberkesanannya dalam:-
(a) memperkasakan hubungan ekonomi antara Negara-negara OIC; dan
(b) memperkukuhkan pertukaran teknologi antara negara-negara anggota. [tidak hadir]

9. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan program bantuan yang diperuntukkan kepada kumpulan Orang Asli bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan, dan sejauh manakah kejayaan program-program ini (sekiranya ada) dan jumlah masyarakat Orang Asli yang telah mendapat faedah dari program ini. [Soalan Tambahan: BN Kuala Krau, ]

10. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dinaiktaraf disebabkan landasan tersebut tidak rata dan membahayakan kapal-kapal terbang apabila mendarat dan hendak berlepas.

11. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membuat peraturan atau mendapatkan pandangan Majlis Fatwa berikutan tempat-tempat ibadat orang-orang Islam telah mula dicemar oleh pihak-pihak tertentu.

12. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian dan kerjasama yang boleh diberikan mengenai cadangan menaik taraf Sekolah Agama Al Mashoor Al Islami (Sungai Batu, Balik Pulau), sebagai Kolej Islam Negeri mengambil kira profil sejarah sekolah tersebut.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada satu siasatan akan dilakukan terhadap tuduhan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa berlaku campur tangan dan gangguan pihak ketiga khususnya Kementerian Dalam Negeri dalam urusan PDRM.

34. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kejayaan Kementerian dalam mendaftar peruncit-peruncit barangan kawalan seperti gula, tepung dan LPG di sebalik kekangan yang dihadapi daripada Persatuan Peniaga atau Peruncit.

38. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat yang dibina di Terengganu sehingga September 2010 oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta nyatakan jumlah duit dana Khas dari Royalti Petroleum Terengganu yang telah digunakan oleh SPNB dari tahun 2000 hingga September 2010 untuk membina rumah di seluruh negara.

40. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pencapaian Kerajaan dalam bidang pengurusan zakat dan wakaf setelah lebih 5 tahun Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji ditubuhkan; dan
(b) apakah status penubuhan International Zakat Organisation dan apakah pencapaian Yayasan Wakaf Malaysia.

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010

2. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani * Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010.

3. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air * Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010.

4. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar * Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010.

D. Perbahasan Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) dan Usul-Usul
1. (D.R. 37/2010) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2)2010 - [ Kementerian Kewangan ]

[ Perbahasan - PKR Indera Mahkota (PKR Sungai Petani), PAS Pokok Sena, ] [REHAT]

[Perbahasan - PAS Pokok Sena (BN Kinabatangan, PKR Indera Mahkota, PKR Sungai Petani, BN Kimanis), BEBAS Pasir Mas (PKR Gopeng, BN Kinabatangan, BN Arau, BN Pasir Salak, PAS Shah Alam, BN Kota Belud), BN Kinabatangan (BN Tangga Batu), BN Pasir Salak (BN Tangga Batu, PAS Shah Alam, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Krai, BN Ledang), PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Bandar Kuching (PAS Kuala Selangor, BN Jasin, DAP Rasah, PAS Shah Alam, PKR Padang Serai)]

[Penggulungan Menteri - BN senator (Timb Menteri) Pencelahan - PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, DAP Bandar kuching]

Rang undang-undang diserah kepada peringkat jawatankuasa sesebuah majlis:
Fasal-fasal 1- 9:
Perbahasan - PKR Indera Mahkota, PAS Pokok Sena (PKR Balik Pulau),
Penggulungan - BN Senator (Timb Menteri)

Fasal 10 pindaan:
Perbahasan - PKR Indera mahkota,

Fasal 11 - 42: - diluluskan: bacaan kali ketiga : diluluskan

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

[ Perbahasan - PAS Shah Alam (BN Kota Belud), BN Tenom]

[Penggulungan Menteri - BN Alor setar (menteri) Pencelahan - BN Tenom, PKR Kuala Kedah, PAS Pendang, BN Kota Belud, BN tuaran, PKR Indera Mahkota, DAP Beruas, ]

Rang undang-undang diserah kepada peringkat jawatankuasa sesebuah majlis:

Fasal-fasal 1-47:
Perbahasan - DAP Bakri, PKR Indera Mahkota,
Penggulungan Menteri - BN Alor Setar Pencelahan - PKR Kuala Kedah

Fasal-fasal 1-47: diluluskan. Bacaan kali ketiga -diluluskan

3. (D.R. 35/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

[Perbahasan - BN Ledang, DAP Beruas] [TANGGUH]

4. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

6. (D.R. 24/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 [ Kementerian Kewangan ]

7. (D.R. 40/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010 [ Kementerian Kewangan ]

8. (D.R. 41/2010) Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ]

9. (D.R. 33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan]

10. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 [ Kementerian Kesihatan ]

11. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 [Kementerian Pengangkutan]

12. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]

13. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan]

14. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

15. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
"Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 22 April 2010, maka Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 3 Tahun 2010 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”

Sunday, December 12, 2010

Dewan Rakyat 13 Disember 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk mengawal pertumbuhan pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan alternatif dengan memastikan hanya benar-benar sahih sahaja yang dibenarkan beroperasi; dan
(b) dalam masa yang sama apakah Kerajaan merancang untuk mengiktiraf dan membantu pengamal-pengamal yang benar-benar sahih. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Kota Melaka]

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini mengenai penyelenggaraan sistem LRT aliran Kelana Jaya dan Sri Petaling, terutamanya penilaian bantahan yang telah diterima, tahap pencapaian berbanding dengan pelan di mana sistem LRT akan dikomisen pada awal tahun 2013. [ Soalan Tambahan : DAP Petaling Jaya Utara, BN Lipis]

3. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha Kerajaan dalam pembangunan perikanan negara termasuk penggunaan teknologi terkini terutama di laut dalam dan apakah pendedahan yang telah diberikan kepada golongan berkenaan mengenai penggunaan peralatan yang dimaksudkan.
[ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PAS Bachok]

4. Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) telah ditubuhkan pada 1988 dengan tujuan memastikan sumber-sumber asli negara digunakan secara optimum bagi faedah generasi akan datang. Bolehkan laporan audit terkini tentang aktiviti KWAN dikeluarkan. [ Soalan Tambahan : PKR Bandar Tun Razak, BN Maran]

5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah skim bantuan yang diberikan kepada artis-artis veteran dan berapa ramai yang telah menerimanya dari tahun 2008 hingga 2010. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, DAP Bukit Bintang]

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah nilai perdagangan melalui “halal hub” sehingga kini. [ Soalan Tambahan : Tidak Hadir]

7. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada RISDA mempunyai perancangan teliti untuk tanaman estet getah di kawasan Sri Aman. Nyatakan keluasan jika ada. [ Soalan Tambahan : BN Sri Aman, DAP Batu Kawan]

8. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan untuk mencapai kuota 30 peratus wanita dalam kedudukan proses pembuatan keputusan di sektor awam. [ Soalan Tambahan : PKR Ampang, BN Kota Belud]

9. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah sistem e-learning yang dilancarkan di Sibu berjaya dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong]

10. Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab mengapa Ringgit Malaysia (RM) tidak diterima di luar negeri dan bilakah Kerajaan akan mengizinkan RM untuk disenarai di pasaran antarabangsa. [ Soalan Tambahan : DAP Sibu, DAP Kepong]

11. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan berunding dengan Kerajaan Negara Brunei Darusalam untuk membina Jambatan Sungai Pandaruan, Limbang yang menyeberangi Sungai Pandaruan, Limbang menuju ke daerah Temburong, Brunei Darussalam memandangkan keadaan semakin serius setelah siapnya jambatan di Sungai Trusan, Lawas dalam bulan Ogos 2010 yang lalu. [ Soalan Tambahan : BN Limbang]

12. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Bank Negara akan menggalakkan ataupun mengarah kesemua bank-bank di Malaysia untuk juga menyediakan perkhidmatan mesin ATM dalam Bahasa Tamil memandangkan wujudnya permintaan tinggi dalam hal ini daripada masyarakat antarabangsa India. [ Soalan Tambahan : DAP Batu Kawan]

13. DAto' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) Adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk mengkaji pemberian bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan balu-balu yang mempunyai anak-anak yang berumur melebihi 18 tahun di mana anak-anak mereka yang masih merupakan pelajar atau penuntut ; dan
(b) Berapakah jumlah anak-anak kepada ibu-ibu tunggal dan balu yang telah berumur melebihi 18 tahun yang masih menuntut. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, Bebas Pasir Mas]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada satu garis panduan yang jelas dan seragam oleh JAKIM dan Majlis/ Jabatan Agama Islam Negeri berkaitan dengan lawatan orang bukan Islam ke Masjid dan Surau tanpa mengekang usaha-usaha dakwah.

20. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kebenaran kenyataan yang telah dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang Kementerian Dalam Negeri campur tangan dan terlibat secara langsung sehingga menjejaskan proses siasatan polis.

22. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah Akaun Belum Terima yang melibatkan cukai perkhidmatan dan perdagangan dalam negara serta apakah tindakan yang telah diambil terhadap syarikat-syarikat yang gagal membayar cukai dan jumlah kes yang terlibat setakat ini.

28. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah 10 ciri di dalam pendekatan atau pengajaran ESQ 165 yang dikatakan boleh merosakkan akidah syariah Islam oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

32. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan perancangan dalam mengekalkan Penempatan Kaum India (Indian Settlement) yang terletak di Kampung Pandan. Sila nyatakan dengan jelas dan telus tentang status terkini bilangan penduduk yang terlibat dan apakah perancangan yang disediakan untuk memastikan mereka tidak tertinggal dari arus pembangunan Kuala Lumpur.

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Pengangkutan * Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010. [ Timbalan Menteri Pengangkutan - BN Kudat ]

2. Menteri Pengangkutan * Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 [ Timbalan Menteri Pengangkutan - BN Kudat ]

3. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi * Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010. [ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ]

4. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam
Antarabangsa 2010. [ Timbalan Menteri Kewangan - Senator]

Usul 12(1) menyambung mesyuarat sehingga diputuskan perbahasan kementerian pertahanan dan kementerian dalam negeri dan ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, 14 Disember 2010.

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (13 Disember, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B60 (Kementerian Pertahanan – RM10,531,089,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P60 (Kementerian Pertahanan – RM3,292,649,600)

[ Perbahasan - DAP Ipoh Barat, BN Ledang (BN Maran), DAP Batu Gajah, BN Lipis, PAS Bukit Gantang, BN Gelang Patah, PKR Sungai Petani (PAS Jerai), BN Jasin (BN Maran)]

[ Penggulungan Menteri - BN Bagan Datok (menteri) ][REHAT]

[Penggulungan Menteri - BN Bagan Datok (menteri) pencelahan - PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat, PKR Indera Mahkota, PAS Bukit Gantang, PKR Padang Serai,]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B62 (Kementerian Dalam Negeri – RM8,672,825,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P62 (Kementerian Dalam Negeri – RM864,390,700)

1.2.1 Y.B tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) akan mencadangkan :- "Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM 10.00 daripada Maksud Bekalan B62 perkara Polis Diraja Malaysia 02000 Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Ketua Polis Daerah Kuching sebanyak RM 10.00".

[ Perbahasan : DAP Bandar Kuching, PKR Ampang (PAS Shah Alam), BN Batang Sadong (BN Kota Belud, BN Sekijang, BN Putatan), BN Tangga Batu (BN Sri Gading)]

[ Penggulungan : BN Masjid Tanah (Timb Menteri), Pencelahan - DAP Bandar kuching, PKR Ampang, ] - Usul ditolak

[ Perbahasan : DAP Ipoh Timur, (Peraturan mesyuarat - DAP Ipoh Barat, DAP Batu gajah), BN Kinabatangan (DAP Batu Gajah, PAS Kota Raja), PAS Pokok Sena (DAP Ipoh Barat, DAP Taiping, PAS Shah Alam, PAS Kota Raja), BN Simpang Renggam, PKR Sungai petani (PAS Shah Alam, PAS Pendang), BN Hulu Selangor (PKR Ampang, BN Sibuti, BN Silam) ]

[ Penggulungan : BN Masjid Tanah (Timb Menteri) Pencelahan - PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena, BN Kinabatangan, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, DAP Beruas, DAP Bandar Kuching, PAS Kota Raja, BN Maran, BN Kota Belud, PAS Kota Raja, ] - diluluskan

Thursday, December 9, 2010

Dewan Rakyat 9 Disember 2010 (Khamis)

Aturan Urusan mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah keberkesanan Program 1 AZAM dan berapakah sasaran Kementerian sehingga akhir tahun 2010.
[ Soalan tambahan: BN Batang Sadong, PKR Kuala Langat ]

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah peranan Program Kerjasama Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) serius dalam membangunkan kawasan selatan Thailand dan wilayah utara Semenanjung Malaysia . [ Soalan tambahan: PKR Machang, BN Silam, BN Kalabakan]

3. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah halangan untuk menyelesaikan projek-projek perumahan terbengkalai yang begitu banyak di seluruh negara dan apakah Kerajaan tidak mempunyai kuasa perundangan yang mencukupi serta ikhtiar untuk mengatasi pembaziran sumber negara seperti ini. [ Soalan tambahan: BN Tebrau, PKR Permatang pauh, PAS Bukit Gantang]

4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) status “Ring Road” yang dicadang akan dibina sekitar Lembah Klang; dan
(b) status lebuh raya sedang dibina dan dirancang di seluruh Malaysia. [TIDAK HADIR]

5. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) statistik dan data secara komprehensif pencapaian ekonomi kaum Bumiputera dan Melayu di negara ini; dan
(b) sejauh mana sistem tender terbuka dapat membantu masyarakat Bumiputera dan Melayu untuk maju dalam bidang ekonomi dan langkah positif Kerajaan dalam membantu menaikkan tahap kecapaian ekonomi kaum Bumiputera dan Melayu di negara ini.
[ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena, PKR Indera mahkota,]

6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kemajuan terkini bagi projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerusi peruntukan RM250 juta yang dijanjikan dalam tempoh Parlimen Ke-12 ini. Adakah infrastruktur lapangan terbang tersebut kini setimpal dengan trafik penumpang dan kargo dalam jangka masa terdekat. [ Soalan tambahan: DAP Jelutong, BN Rembau]

7. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah perancangan pihak Kementerian untuk membina sekolah di kawasan Hulu Selangor; dan
(b) sekolah jenis apakah yang akan dibina dan bilakah projek ini akan bermula.
[ Soalan tambahan: BN Hulu Selangor, PAS Bukit Gantang, BN Sri Gading]

8. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dibentangkan di Parlimen. [ Soalan tambahan: PAS Bachok, BN Ledang,]

9. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) berapa lamakah tempoh konsesi penyelenggaraan jalan di seluruh negeri Sabah yang sekarang diberi kepada Syarikat Gammerlite Sdn. Bhd., Kekal Mewah Sdn. dan Lintasan Sdn. Bhd.; dan
(b) berapa lama lagikah baki tempoh kontrak untuk ketiga-tiga syarikat berkenaan.
[ Soalan tambahan: BN Kalabakan, BEBAS Sepanggar, DAP Kota Kinabalu

10. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) berapakah nilai perdagangan di antara Myanmar dan Malaysia sejak 1990 sehingga 2009; dan
(b) apakah barangan yang diimport dan dieksport antara Myanmar dan Malaysia untuk tempoh masa yang sama. [ Soalan tambahan: DAP Telok Intan, DAP Kepong, PKR Balik Pulau]

11. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status permohonan yang telah saya kemukakan untuk bank beroperasi di pekan Lubok Antu dan di pekan kecil Engkilili dalam kawasan Parlimen Lubok Antu. [Soalan Tambahan: BN Lubok Antu]

12. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa banyakkah kes-kes di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang masih tertunggak dan apakah kes-kes tertunggak tersebut.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada usaha sedang dilakukan bagi mengwujudkan Kawasan Bebas Tentera (DMZ) di sekitar kawasan Laut Sulawesi yang dipertikaikan bagi mengelakkan provokasi ketenteraan dan rakyat negara jiran Malaysia.

20. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah hasil yang diperolehi oleh FELDA dari 15,200 hektar tanah yang diterokai dan ditanam dengan kelapa sawit di Terengganu yang tidak dimasukkan peneroka dan tidak dibayar premium kepada Kerajaan Negeri Terengganu semenjak Tan Sri Wan Mokhtar bin Ahmad menjadi Menteri Besar, lebih dua puluh tahun yang lalu.

29. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah pendirian Kerajaan berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan sekiranya ianya akan dilaksanakan, bilakah ianya akan mula dilaksanakan.

30. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah SPRM masih menjalankan siasatan terhadap Tan Sri Tajudin Ramli bekas Pengerusi Eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

44. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status 2 enjin jet pejuang yang hilang dan tindakan yang diambil ke atas pegawai yang bertanggungjawab.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (9 Disember, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B49 (Kementerian Pengajian Tinggi – RM10,190,879,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P49 (Kementerian Pengajian Tinggi – RM2,416,274,000)

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Rembau (PAS Padang Terap), PAS Padang terap (BN Lipis), BN Jempol, BN sekijang, DAP Bakri, BN Lipis (BN Silam, BN Ranau), DAP Bandar Kuching, BN Ledang, PKR Machang, BN Tenggara] [REHAT]

[Penggulungan - BN Pasir gudang (menteri) Pencelahan - PKR Lembah Pantai, PAS Padang terap, PAS Sik, BN Rembau, PKR Machang, PAS Padang Terap, PKR Balik Pulau, BN Sibuti, DAP Bandar kuching,]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B60 (Kementerian Pertahanan – RM10,531,089,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P60 (Kementerian Pertahanan – RM3,292,649,600)

Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 Bagi Kementerian Pertahanan.

YB Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ DAP Ipoh Barat ] akan mencadangkan: “Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 bagi Maksud Bekalan 60 - Kementerian Pertahanan - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Dalam Negeri sebanyak RM10.00”.

[ Perbahasan - PKR Machang, BN Jasin (BN Sri Gading, BN Kota Belud, BN Lipis), BN Rembau (BN Kota Belud), ]
[ Penggulungan Menteri - DAP Ipoh Barat, PKR Padang Serai][Belah bahagi] - usul ditolak (33/69)

[Perbahasan - PKR Permatang Pauh (PKR Machang), BN Pasir salak , ] [Tangguh]

1.3. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B62 (Kementerian Dalam Negeri – RM8,672,825,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P62 (Kementerian Dalam Negeri – RM864,390,700)

Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 Bagi Kementerian Dalam Negeri.

YB Tuan Haji Muhammad bin Husin [ PASIR PUTEH ] akan mencadangkan: “Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM100.00 bagi Maksud Bekalan 62 - Kementerian Dalam Negeri - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Dalam Negeri sebanyak RM100.00”.

2. (D.R. 37/2010) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2)2010 - [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

4. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]

Tuesday, December 7, 2010

Dewan Rakyat 8 Disember 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah khatib bertauliah yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Lipis, ]

2. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Kementerian telah mengumumkan pada tahun 2009 di mana Kerajaan mensasarkan sejumlah 2.5 juta anggota RELA dalam tempoh tiga tahun:-
(a) apakah jenis latihan yang akan diberikan kepada mereka; dan
(b) di manakah mereka ini akan ditempatkan dan apakah faedah-faedah yang akan mereka peroleh jika mereka ditimpa kemalangan semasa bertugas. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Kalabakan]

3. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah pelaburan yang dibawa masuk oleh Labuan FSA ke Malaysia dan adakah penubuhan LOFSA pada tahun 1995 yang kini dikenali sebagai Labuan FSA berjaya memainkan peranannya sebagai antara nadi pembangunan Labuan sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada anak jati Labuan. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, PKR Machang]

4. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia terhadap isu sekatan ekonomi ke atas Semenanjung Gaza, Palestin serta apakah usaha yang telah dibuat bagi membantu umat Islam di Palestin yang sedang mengalami sekatan antarabangsa, selepas Parlimen Malaysia menyatakan pendirian menyokong rakyat Palestin serta mengutuk serangan tentera Israel ke atas Kapal Mavi Marmara. [ Soalan Tambahan : PKR Kuala Kedah, BN Rembau]

5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai satu mata pelajaran khusus di sekolah memandangkan masyarakat negara hari ini, terutama generasi muda ramai tidak tahu dan tidak memahami isi kandungan Perlembagaan Negara. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Krau, DAP Batu Gajah]

6. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah Hakim Mahkamah Syariah yang diperlukan di seluruh negara dan berapakah jumlah jawatan yang belum terisi atau tidak dapat diisikan. Apakah kelayakan dan syarat-syarat pelantikan seorang Hakim Mahkamah Syariah. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Arau]

7. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah rumah-rumah yang akan dibekalkan dengan bekalan:-
(a) melalui sistem grid; dan
(b) melalui "hibrid mikro hydro" kawasan yang jauh di pedalaman. [ Soalan Tambahan : BN Lubuk Antu]

8. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah dan jenis sisa toksik dan bahaya yang dijanakan oleh Malaysia bagi tempoh tahun 2000 hingga 2010 dan cara sisa dibuang dan kapasiti tapak pembuangan sisa yang sedia ada untuk menampung jumlah yang dijanakan. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Sabak Bernam]

9. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah permohonan rakyat miskin yang telah dan belum diproses dan yang sudah lulus untuk bantuan kewangan mengikut kawasan Parlimen di Sarawak. [ Soalan Tambahan : BN Kanowit, PKR Padang Serai]

10. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-(a) pencapaian pelaburan dan pulangan dari pelaburan oleh Syarikat Venture Capital kepunyaan Kementerian; dan
(b) berapa ramaikah pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam syarikat berkenaan. [ Soalan Tambahan : Tidak Hadir ]

11. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah bilangan orang Islam yang berkahwin pada tahun 2009 dan berapa yang bercerai; dan
(b) apakah punca utama dan perancangan Kerajaan bagi mengurangkan kadar perceraian. [ Soalan Tambahan : BN Jempol ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah kebelakangan ini timbul keadaan ketidakharmonian hubungan antara negara-negara jiran seperti yang berlaku di Indonesia, Singapura, Selatan Thailand dan pergolakan di Filipina mendorong kepada peranan negara-negara ASEAN dikaji semula.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang usaha penanaman kayu bakau dan pemuliharaan hutan kayu bakau yang menjadi penampan secara semula jadi kepada kemungkinan tsunami.

24. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kajian pihak kementerian, apakah sebab sebenar masalah bekalan air bersih belum dapat diselesaikan sepenuhnya di negeri Kelantan.

28. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah perincian Model Baru Ekonomi tidak dibentangkan lagi sebagaimana yang dijanjikan.

32. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah penstrukturan semula Mahkamah Syariah telah terhenti kerana terdapat perbezaan versi struktur mahkamah antara yang dicadangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan syor Jabatan Peguam Negara. Sejauh manakah syor-syor ini dapat disatukan dan apakah status penstrukturan semula Mahkamah Syariah tersebut.

38. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rasional di sebalik dasar kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang terhad hanya kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan perancangan Kementerian untuk menambah jumlah SBPI memandangkan permintaan semakin bertambah.

42. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan menggubal satu akta khusus untuk menangani amalan songsang hidu gam di kalangan kanak-kanak dan remaja, juga berapakah bilangan penghidu gam mengikut negeri-negeri, umur dan bangsa sejak 10 tahun lalu dan juga kesan jangka pendek dan jangka panjang amalan hidu gam tersebut terhadap pelakunya.

Pemasyhuran Yang Dipertua dan Usul-Usul

Usul 14(1i) oleh Menteri Pertahanan - BN Bagan Datok - Penerangan dalam Dewan berkenaan isu patriotisma dikalangan orang bukan melayu.

Usul 12(1) oleh Menteri Kerja Raya bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan persidangan sehingga diputuskan bahawa perbahasan bagi Kementerian Perumahan, Kementerian belia & Kementerian Sumber Manusia di luluskan dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, 9 Disember 2010.

Usul 14(1) oleh MP DAP Ipoh Barat berkenaan dengan ucapan terhadap Mendiang Bekas Ahli Parlimen Kampar.

Usul oleh MP PKR Gombak berkenaan keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan atas keputusan terhadap MP PKR Permatang Pauh. [ PKR Gombak, PKR Padang Serai, DAP Bukit Gelugor, PKR Subang, ]

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (8 Disember, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B43 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – RM1,193,767,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P43 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – RM1,811,788,900)

[ Perbahasan: PKR Petaling Jaya Selatan, BN Tangga Batu, PKR Ampang]
[Penggulungan - BN Beaufort (Timb Menteri) Pencelahan - PKR Ampang]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B45 (Belia dan Sukan – RM450,369,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P45 (Kementerian Belia Dan Sukan – RM279,850,000) - Diluluskan tanpa bahas

1.3. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B46 (Kementerian Sumber Manusia – RM627,784,400); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P46 (Kementerian Sumber Manusia – RM402,150,000) - Diluluskan tanpa bahas - [ REHAT ]

1.4. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B30 (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi – RM775,590,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P30 (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi – RM466,033,600)

[Perbahasan - BN Batu Sapi, BN Ledang, PKR Indera Mahkota, BN Kota belud]

[Penggulungan - BN Kota Marudu (Menteri) Pencelahan - BN Padang Besar, BN Kota Belud, BN Ledang, PKR Balik Pulau, PKR Indera Mahkota, DAP Taiping]

1.5. Perbahasan bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B48 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – RM1,076,562,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P48 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – RM169,380,000)

YB Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) akan mencadangkan:

"Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM100.00 daripada Maksud Bekalan B48 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, Dan Masyarakat sebanyak RM 100.00"

[Perbahasan - PAS Rantau Panjang, DAP Beruas, BN Batang Sadong (BN Kinabatangan), BN Tangga Batu (BN Sri Gading, BN Tenggara, DAP Batu Gajah) ]
[Penggulungan - BN Senator (Menteri) pencelahan - Parit Sulong] - Usul ditolak

[Perbahasan - DAP Bukit Mertajam, BN Parit Sulong, PAS Kota Raja, BN Ledang, DAP Batu Gajah, BN Simpang Renggam, PKR sungai Petani, BN Pasir Salak, PKR Ampang, BN Hulu Selangor, PSM Sg Siput, PAS Pokok Sena, PKR Indera Mahkota, DAP Kepong (BEBAS Bagan Serai)]

[Penggulungan - BN Senator (Menteri) Pencelahan - DAP Batu Gajah, BN Jempol, PAS Kota Raja, PAS Pokok sena, PKR Indera Mahkota] - Usul diluluskan [Tangguh]

2. (D.R. 37/2010) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2)2010 - [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

4. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

Sunday, December 5, 2010

Dewan Rakyat 6 Disember 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tahap keselamatan pejabat-pejabat Kedutaan Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang beroperasi di seluruh dunia. [ Soalan tambahan: BN Libaran, ]

2. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah Kerajaan untuk menambah baik kemudahan sistem jalur lebar dan jumlah kos yang telah dibelanjakan. Mengapakah monopoli TMNET tidak dihentikan dan pasaran dibuka kepada semua secara bebas untuk meningkatkan perkhidmatan.
[ Soalan tambahan: DAP Bagan,

3. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah kaedah yang dilaksanakan Kerajaan di dalam memastikan MARA dapat memainkan peranan proaktif di dalam menasihati, memberi peluang dan seterusnya membantu usahawan Bumiputera dalam meningkatkan perniagaan mereka, memandangkan ramai usahawan masih gagal mendapatkan bantuan kewangan MARA.
[ Soalan tambahan:

4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rasionalnya mengadakan kursus berasingan untuk mendapatkan sijil NIOSH OIL &GAS SAFETY PASSPORT [NIOSH] dengan yuran RM250 bagi tiap-tiap sijil untuk pekerja bagi beberapa sektor-sektor industri yang mewajibkannya dan kenapa tidak satu kursus untuk semua industri. [ Soalan tambahan:

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan Kementerian kepada kemasukan pelajar-pelajar asing ke negara ini kerana ada di antara mereka yang melakukan jenayah tidak bermoral, pengedaran dadah, “black money” dan lain-lain kejahatan di dalam negara ini. [ Soalan tambahan:

6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :
(a) apakah fungsi dan peranan Lembaga Kenaf dan Tembakau; dan
(b) sejauh manakah kejayaan Kerajaan dalam mengalih penanaman tembakau di Kelantan dan Terengganu.

7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam melakukan transformasi terhadap budaya kerja kakitangan perkhidmatan awam memandangkan masih terdapat banyak aduan dibuat berkaitan masalah birokrasi 'red tape' yang menyebabkan banyak kerja tertangguh dan gagal diselesaikan dengan segera.

8. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian dalam menjamin ke semua warganegara kita yang ditahan di luar negara mendapat perbicaraan yang adil dan kebajikan mereka semasa tahanan dijaga dan sempurna.

9. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) kenapakah ramai orang yang tidak berumah di Bandar raya Kuala Lumpur dibenarkan tidur di kaki lima, tepi jalan, perhentian bas dan pusat membeli belah; dan
(b) apakah perancangan Kementerian bagi mengatasi masa ini

10. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa pesakit tidak diberikan subsidi ataupun bantuan kewangan untuk membeli ubat ataupun peralatan di luar hospital setelah disarankan oleh doktor dengan sebab bekalan hospital tidak mencukupi. Siapakah yang berkuasa dalam menyarankan pesakit membelikan ubat dan peralatan yang dikatakan bekalan hospital tidak mencukupi dan bilakah penguatkuasaan ini dimulakan.

11. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah kejayaan Program Cuti-cuti 1Malaysia; dan
(b) di dalam konteks integrasi nasional, adakah Kementerian memantau Cuti-cuti 1Malaysia dimanfaatkan dengan lebih luas untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan apakah rancangan seterusnya dari Kementerian untuk memupuk Cuti-cuti 1Malaysia.

12. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan keseluruhan kos projek Tren Kereta api Elektrik (ETS) antara Kuala Lumpur dan Ipoh, bilangan penumpang sejak ia bermula dan mengapa tiada harga diskaun diberi kepada para pelajar yang menggunakan perkhidmatan Tren Pelbagai Guna (EMU).

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
22. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mekanisme yang berkesan bagi memastikan Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan pendakwaan pelbagai kes khasnya kes-kes yang berprofil tinggi adalah telus dan bebas dari campur tangan pihak tertentu serta nyatakan juga berapa kes berprofil tinggi yang berjaya didakwa ke muka pengadilan dari tahun 1970 hingga 2010.

28. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai ketagihan daun ketum yang merupakan gejala sosial yang meruntuhkan akhlak belia di luar bandar, ia juga menjadi asas bermulanya jenayah penagihan najis dadah yang lebih merbahaya. Bila Kerajaan akan menggubal undang-undang yang memasukkan daun ketum di bawah Akta Dadah Merbahaya yang membolehkan pengedar dan penagih daun ketum dihukum mengikut Akta Dadah Merbahaya.

30. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kes-kes jenayah dan pergaduhan yang dikategorikan berpunca dari masalah perkauman mengikut negeri-negeri sejak tahun 2000 hingga sekarang.

34. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan Rumah-rumah Perlindungan yang disediakan JKM untuk remaja dan wanita yang memerlukan perlindungan kerana didera/hamil tanpa nikah dan lain-lain masalah di seluruh negara mengikut negeri. Apakah bentuk atau kurikulum pendidikan atau tarbiah yang disediakan bagi memandu mereka insaf dan mengubah kehidupan mereka serta apa pula kedudukan Sekolah Hamil serta inisiatif ‘Baby Hatch’.

35. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status semakan semula bahagian-bahagian pilihan raya serta cadangan tambahan bahagian pilihan raya parlimen terutama di negeri-negeri yang tidak ada tambahan kerusi dalam beberapa semakan terdahulu.

38. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan Wang Ehsan / Dana Khas dari wang Royalti Petroleum Terengganu yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri selain dari Terengganu, Sabah dan Sarawak dari tahun 2000 hingga September 2010 seperti mana yang pernah dilaporkan dalam kajian khas Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

40. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status kedudukan kes melibatkan terkorbannya 3 pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) di Kampar dalam tragedi jambatan roboh dahulu. Apakah tindakan Kementerian bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (6 Disember, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B41 (Kementerian Pelajaran – RM29,360,378,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P41 (Kementerian Pelajaran – RM6,402,584,700)

[ Penggulungan oleh Menteri - Pencelahan - ]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B42 (Kementerian Kesihatan – RM13,239,000,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P42 (Kementerian Kesihatan – RM1,984,455,800)

1.2.1. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011.

YB Dr Jeyakumar Devaraj [ Sg Siput ] akan mencadangkan: "Bahawa perbelanjaan Kementerian diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 daripada Maksud Bekalan B42 - Kementerian Kesihatan - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Kesihatan sebanyak RM10.00."

[ Perbahasan -BN Kinabatangan, DAP Kepong (BN Tuaran, BN Sekijang), BN Tenggara (BN Maran), PAS Kota Raja ] [Rehat]

[BN Batang Sadong, PKR Gopeng, BN Kota Belud, BEBAS Tawau, BN Putatan (BN Ledang), PAS Pendang, BN Limbang, DAP Kota Melaka, BN Tenom]

[Penggulungan oleh menteri - BN Bentong (menteri Kesihatan) Pencelahan - PAS Kota Raja, DAP Beruas, PAS Pendang, PKR Gopeng, DAP Kepong, BN Padang Besar, BN Kota Belud, BN Putatan, BN Lenggong, BN Kanowit, BN Limbang, PAS Kuala Selangor, BN Sri Aman, BN Pasir Salak, BN tuaran, BN Ranau, DAP Bakri]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B43 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – RM1,193,767,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P43 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – RM1,811,788,900)

[ Perbahasan: BN Simpang Renggam, PKR Petaling Jaya Selatan (Sambung hari rabu 8 Dis 2010 jam 10.00 pagi ]

1.3. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B45 (Belia dan Sukan – RM450,369,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P45 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – RM279,850,000)

2. (D.R. 37/2010) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2010 - [ Kementerian Kewangan ]

3. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

4. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

Thursday, December 2, 2010

Dewan Rakyat 2 Disember 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang sejauh mana pencapaian NKRA kerajaan terutama dalam memastikan penyelesaian isu kemiskinan dan pembangunan seimbang di kalangan masyarakat luar bandar. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, PKR Machang,]

2. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana yang terbengkalai di seluruh negara dan apakah usaha-usaha Kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini; dan
(b) apakah peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi menghukum pemaju-pemaju yang gagal menyiapkan rumah-rumah tersebut. [ Soalan tambahan: PKR Sg Petani, BN Tenggara]

3. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Mahkamah masih melaksanakan hukuman buang daerah (tahanan terhad) jika masih, berapakah bilangan kes mengikut negeri, jika tidak, apakah rasionalnya.
[ Soalan tambahan: BN tangga Batu, PKR Kuala Langat]

4. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah prestasi hutang negara iaitu hutang-hutang negara yang langsai dan belum dibayar balik. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bintang, PKR Indera Mahkota]

5. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah bilangan anak peneroka FELDA yang mempunyai Ijazah dan berapa pula yang lulus dalam bidang profesional; dan
(b) apakah usaha Kerajaan menarik minat golongan ini menyumbang ke arah kemajuan peneroka FELDA. [ Soalan tambahan: BN Jempol, PAS Padang Terap]

6. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mentakrifkan semula jenis-jenis kesalahan jalan raya serta menyemak semula hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas pemilik-pemilik kenderaan berdaftar dan juga pemandu-pemandu berlesen.
[ Soalan tambahan: PAS Pengkalan Chepa]

7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan setakat tahun ini berapakah jumlah saintis di dalam Negara yang aktif menjalankan aktiviti Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan berapakah dana yang telah digunakan untuk membiayai projek para saintis dalam RMK-9. [ Soalan tambahan: BN Sibuti, DAP kepong]

8. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada syarikat konsesi Linkedua selepas kadar tol telah dikurangkan sebanyak 30 peratus dan sama ada tempoh konsesi Linkedua akan dilanjutkan lagi.
[ Soalan tambahan: DAP Serdang, PKR Kuala Langat]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status peruntukan pembangunan sebanyak RM1 juta bagi Sekolah Menengah Agama Yan Kedah oleh Menteri Pelajaran pada tahun 2009.

16. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang penoreh getah di ladang-ladang FELCRA di seluruh negara dibayar gaji berasaskan jumlah hasil torehannya, mereka ini dibayar sekadar 50 sen sekilogram. Berapakah pendapatan golongan ini dalam masa sebulan dan apakah langkah Kerajaan untuk mempertingkatkan pendapatan golongan ini.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (2 Disember, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B41 (Kementerian Pelajaran – RM29,360,378,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P41 (Kementerian Pelajaran – RM6,402,584,700)

[ Perbahasan - BN Jempol (PKR Kuala Kedah), PKR Permatang Pauh (BN Pasir Salak, PKR Balik Pulau), BN Pasir Salak, DAP Bukit Mertajam, BN Kinabatangan (DAP Bukit Mertajam), PAS Bachok, BN Parit, DAP Serdang, BN Parit Sulong] [Rehat]
[ Perbahasan - BN Parit Sulong, PKR Balik Pulau (PAS Kubang Kerian), BN Tenggara, PAS Padang Terap, BN Lipis (BN Sri Gading, BN Arau), PKR Gombak (PKR Balik Pulau), DAP Ipoh Barat (DAP rasah), BN Tanjong Piai (BN Tebrau), BN Paya Besar, ]

[ Penggulungan Menteri - BN Ayer Hitam (Timb Menteri Pelajaran) Pencelahan - DAP Kepong, DAP bukit Mertajam, DAP Serdang, BN Kota Belud, PAS Pendang, BN Lipis, BN Hulu Selangor, BN Tenggara ][Tangguh]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B42 (Kementerian Kesihatan – RM13,239,000,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P42 (Kementerian Kesihatan – RM1,984,455,800)

1.2. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011.

YB Dr Jeyakumar Devaraj [ Sg Siput ] akan mencadangkan: "Bahawa perbelanjaan Kementerian diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 daripada Maksud Bekalan B42 - Kementerian Kesihatan - Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Kesihatan sebanyak RM10.00."

[ Perbahasan - ][ Penggulungan Menteri - ]

[ Perbahasan - ]

[ Penggulungan Menteri - Pencelahan - ]

1.3. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B43 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – RM1,193,767,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P43 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – RM1,811,788,900)

2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]

Wednesday, December 1, 2010

Dewan Rakyat 1 Disember 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) apakah sebab lain, aktiviti rekreasi di Pulau Redang dan Pulau Perhentian Kecil diharamkan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia selain daripada kesan "coral bleaching",; dan
(b) apakah punca utama yang menyebabkan "coral bleaching" dan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah ini. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, BN Sri Gading]

2. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah alternatif disediakan bagi rakyat yang menggunakan kereta lama jika Kerajaan meningkatkan 50 peratus duti import alat ganti kereta terpakai, sedangkan alat ganti kereta asli sangat mahal dan pemalsuan alat ganti tiruan berleluasa seluruh negara. [ Soalan Tambahan : DAP Petaling Jaya Utara, BN Arau]

3. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah banduan warga Indonesia yang sedang berada di dalam penjara seluruh negara dan sejauh manakah mereka ini menyumbang kepada kesesakan penjara serta berapa pula kos yang terpaksa ditanggung Kerajaan bagi membiayai mereka. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PAS Bachok]

4. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) apakah tindakan yang dapat diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan jurang perbezaan harga barangan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah sepertimana yang
dijanjikan Kerajaan; dan
(b) bagaimana Kementerian dapat mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi rakyat Sabah.
[ Soalan Tambahan : BN Tawau, BN Kuala Krau]

5. Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bertujuan menghapuskan hukuman gantung terhadap kesalahan membunuh seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak baru-baru ini. Berapakah bilangan kes pembunuhan yang telah dibicarakan di mahkamah sejak tahun 2000 dan berapakah bilangan kes yang disabit kesalahan dan hukuman gantung dijalankan. [ Soalan Tambahan : BN Kangar, DAP Bukit Gelugor]

6. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) jika Kerajaan benar-benar berpegang kepada konsep 1Malaysia, mengapa masih ada hampir 370 buah Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil yang masih hanya mempunyai status bantuan modal dan bukan bantuan penuh; dan
(b) mengapa Sekolah Rendah Cina dan Tamil digelar SRJK (C) dan SRJK (T). Apakah maksud perkataan Jenis Kebangsaan itu. [ Tidak Hadir ]

7. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah pihak Kementerian menangani masalah lambakan daging dan sayuran import dan dalam masa yang sama dapat memperkasakan sektor ternakan serta pertanian. [ Soalan Tambahan : BN Tenom, PKR Ketereh]

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah wang peruntukan Kerajaan yang telah digunakan untuk pembangunan belia dan sukan di Balik Pulau. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau]

9. Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah kes pembuangan bayi yang dilaporkan mengikut pecahan jantina serta jumlah bayi yang hidup dan mati dalam tempoh dua tahun lalu. Apakah usaha-usaha Kerajaan dalam menghadapi gejala ini di masa hadapan. [ Soalan Tambahan : BN Setiu, DAP Bukit Mertajam]

10. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan ada mempunyai rancangan jangka panjang untuk memastikan yang Wilayah Persekutuan Labuan tidak akan mengalami kekurangan air. Jika tidak, nyatakan secara terperinci perbelanjaan dan tempoh untuk melaksanakan rancangan ini. Adakah rancangan serta-merta untuk mengatasi masalah ini. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Kinabalu, BN Kinabatangan]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenyataan mantan Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengganggu urusan polis. Adakah ini benar dan apa reaksi Kerajaan berhubung dengan dakwaan tersebut.

18. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah Geran Persekutuan yang telah dibayar kepada Kerajaan Kelantan untuk tahun 2009 dan 2010 mengikut jenis-jenisnya.

20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha kesedaran yang dijalankan oleh Kerajaan dalam menangkis provokasi perkauman sempit oleh pihak tertentu.

28. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kejayaan yang dicapai hasil dari pelancaran satelit RAZAKSAT baru-baru ini ke angkasa.

40. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil terhadap laporan dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
yang telah dihantar secara rasmi kepada pejabat Perdana Menteri pada 9 Julai 2010 untuk penambaikan dan memulihkan kembali integriti SPRM.

12(1) bagi kementerian Perlancongan dan kementerian Wilayah & Kesejahteraan Bandar

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (D.R. 36/2010) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (1 Disember, 2010)

1.1. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B31 (Kementerian Pelancongan – RM690,593,000); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P31 (Kementerian Pelancongan – RM153,279,700)

1.1.1. Usul dibawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Pelancongan

YB Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan: “Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM100.00 daripada maksud Bekalan B31 – Kementerian Pelancongan – Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Pelancongan sebanyak RM100.00.” ( DAP Bukit Bintang, DAP Batu Gajah)

[ Perbahasan - DAP Rasah, BN Arau, BN Tenggara (BN Sri Gading, BN Sekijang, BN Lenggong) (BN Raub - Menteri Pelancongan - BN Kota Belud, BN Kinabatangan)][Tidak Diluluskan]

1.1.2. [ Perbahasan - BN Jempol (BN Kapit, BN Tenom, BN Silam)][Rehat]

[Bebas Wangsa Maju (BN Kota Belud), BN Silam (BN Sibuti), PKR Kuala Kedah, PAS Kota Raja (BN Pasir Salak), DAP Batu Gajah, BN Rembau, PKR Indera Mahkota, BN Limbang, PAS Jerai, BN Kota Belud, Bebas Tawau]

[ Penggulungan Kementerian - Menteri - BN Raub - Pencelahan - Bebas Wangsa Maju, PKR Batu, BN Sri Gading, PKR Gombak, BN Kota Belud, PKR Gombak, PAS Kuala Krai, Bebas Wangsa Maju, PKR Batu, Bebas Wangsa Maju, DAP Batu Gajah, BN Arau, BN Kota Belud, DAP Batu Gajah, BN Rembau, PKR Kuala Kedah, Bebas Tawau, BN Kapit, PKR Kuala Kedah, BN Kota Belud ][Lulus]

1.2. Perbahasan Bagi Perbelanjaan mengurus Kepala B32 (Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar – RM365,141,100); Bagi Perbelanjaan Pembangunan Kepala P32 (Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar – RM219,614,800)

[ Perbahasan - DAP Kepong (BN Sekijang, BN Ledang), BN Labuan, DAP Bukit Bintang, BN Ledang(BN Maran, DAP Bukit Bintang), Bebas Wangsa Maju, BN Kota Belud (PKR Ampang, PKR Balik Pulau), PKR Batu, PAS Kuala Krai, PAS Kota Raja]

[ Penggulungan Menteri - Senator - Pencelahan - DAP Kepong, Bebas Wangsa Maju, BN Sri Gading, PKR Batu][Lulus]

Majlis ditangguhkan jam 8.20 malam dan bersambung esok, khamis, 1 Disember 2010, jam 10.00 pagi.

n/k : Mohon kepada semua kerana tidak dapat menyiarkan sidang dewan secara langsung atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008