Thursday, July 29, 2010

Dewan Negara 29 Julai 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tan Sri Amirsham bin A. Aziz minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapa peratuskah graduan-graduan IPT tempatan sejak 5 tahun terdahulu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan apakah persiapan dan langkah-langkah Kerajaan bagi menggalakkan golongan belia kita memulakan syarikat start-up.

2. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kejayaan yang telah dicapai oleh Kementerian dalam membantu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran petani-petani di seluruh Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak mengenai kaedah penggunaan sistem pertanian yang lebih moden, canggih dan ‘cost-efficient’ supaya mereka dapat menikmati hasil pulangan yang berlipat ganda.

3. Puan Doris Brodie minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah dos H1N1 yang masih belum diguna pakai setakat ini dan adakah Kementerian bercadang memberi suntikan percuma atau diskaun dari harga asal RM70 kepada golongan berisiko tinggi yang kurang pendapatan bagi mengelak berlakunya pembaziran.

4. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan status kajian memperkenalkan MRT (Mass Rapid Transit) di Lembah Klang dengan anggaran RM43 bilion, rasional kenapa kajian ini diberikan kepada pihak yang berkemungkinan menjadi kontraktornya, serta kaedah pembiayaan dan pembayaran yang akan ditanggung oleh Kerajaan.

5. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa sejak minyak petrol RON95 diperkenalkan pada bulan Mac 2009, banyak kenderaan yang terlibat
dalam kemalangan telah mudah terbakar disebabkan minyak petrol RON95 yang sedang digunakan di Malaysia mengandungi benzene yang tinggi iaitu bahan kimia yang amat mudah terbakar.

6. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) apakah tindakan yang telah/sedang/akan diambil oleh Kementerian terhadap syarikat swasta tertentu yang menetapkan syarat Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina sahaja untuk mengambil pekerja; dan
(b) apakah tindakan proaktif yang akan diambil dan rangka kerja institusi (institutional framework) yang telah disusun untuk memastikan sektor swasta melaksanakan konsep keterangkuman dari segi guna tenaga agar selaras dengan tuntutan 1Malaysia dan teras pembangunan sosio-ekonomi yang terpahat dalam RMK-10. [ Soalan tambahan: Senator Mumtaz ]

7. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ciri-ciri penting kumpulan rakyat sederhana seramai 2.4 juta orang yang hendak dibantu oleh Kerajaan dan apakah jenis-jenis bantuan yang disediakan untuk mereka.

8. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada keputusan Kerajaan bahawa levi pekerja asing dibayar oleh majikan akan menyebabkan kehilangan 'foreign exchange' kerana para pekerja asing akan menghantar balik wang yang dijimatkan itu ke negara mereka.

9. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan yang sedang dijalankan untuk menaik taraf Institut Pengajian Tinggi dalam negara selaras dengan usaha untuk meningkatkan penajaan pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti pengajian dalam negara.

10. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah sekolah tahfiz di seluruh negara dan adakah Kerajaan menyediakan garis panduan tertentu untuk penubuhan sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (19 Julai, 2010) (Menteri Kewangan)

[ Perbahasan ] - [ Senator Dr. Syed Husin Ali ] [ Senator Tan Sri Datuk Amirsham A.Aziz] [Senator Zamri Yusuf] [ Rehat ]

[Senator Mustafa Kamal Yusoff][Senator Mumtaz Md Nawi][Senator Dr.Syed Husin Ali] [ Senator Dr. Ramakrisnan a/l Suppiah]

2. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Dewan Negara 28 Julai 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah kes pelajar perempuan yang didapati mengandung luar nikah dan mengapakah wujudnya masalah sosial ini lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

2. Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan nilai aset FELDA dilaporkan merosot hampir RM3 bilion bagi tempoh 5 tahun yang lalu dan apakah tindakan yang bersesuaian telah diambil ke atas mereka yang terlibat.

3. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan tehadap cadangan menyatukan semua penuntut ASEAN terhadap Spratly di bawah Kumpulan Spratly Asia Tenggara supaya menggunakan satu entiti untuk berunding dengan Negara China dalam masalah pertikaian kedaulatan. Pernahkan pihak TLDM menjejaki kapal perang/penguatkuasa China memasuki kawasan EEZ Malaysia tanpa notis.

4. Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah subsidi kos rawatan untuk setiap pesakit klinik 1Malaysia yang ditanggung oleh Kerajaan di sebalik caj RM1 yang wajibkan dan sejauh manakah dipastikan subsidi kesihatan tersebut hanya dinikmati oleh warga negara sahaja dan bukan warga asing.

5. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah kejayaan Program Pemulihan Return To Work (RTW)Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan nyatakan bilangan pekerja yang mendapat pekerjaan.

6. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk memperbaiki Pertumbuhan Pelaburan Asing ke negara kita (FDI) yang hanya 1 peratus pada tahun 2000-2007 berbanding dengan Vietnam (8%), Taiwan (12%), Filipina (12%), India (30%) dan Thailand (13%).

7. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan strategi Kerajaan yang menggalakkan
penggunaan NGV yang lebih mesra alam sedangkan bilangan stesen NGV masih kekurangan dan menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan terbabit.

8. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah aduan rakyat yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi tahun 2009 dan 2010 dan sejauh manakah keberkesanan Biro Pengaduan Awam (BPA) dalam menyelesaikan keskes
yang telah diadukan.

9. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan aduan yang diterima berhubung kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah serta nyatakan tindakan yang telah diambil dan nyatakan adakah Kerajaan bercadang meminda Akta Pihak Berkuasa Tempatan bagi menghadkan kuasa ahli-ahli Majlis PBT dalam membuat keputusan bagi mengelak salah guna kuasa dan pembaziran wang rakyat.

10. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan satu peratus jenis-jenis subsidi yang disediakan kepada petani, penternak dan nelayan dan jumlah setiap tahun dan apakah pula jenis-jenis subsidi yang boleh di kurangkan atau ditiadakan sama sekali.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” [Menteri di Jabatan Perdana Menteri] Menyambung semula Perbahasan atas masalah (27 Julai, 2010)

Tuesday, July 27, 2010

Dewan Negara 27 Julai 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan bagi memastikan masyarakat Islam negara ini lebih berilmu dan mempunyai kesedaran mengenai kesalahan jenayah syariah seperti kesalahan meminum arak dan berjudi.

2. Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa kalikah Terowong SMART digunakan untuk melepaskan air hujan/banjir sejak ia mula beroperasi hingga sekarang dan apakah ia benar-benar berkesan untuk menggelakkan banjir kilat di Kuala Lumpur.

3. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha dan program yang diambil dan dijalankan oleh Kerajaan bagi melahirkan sekurangkurangnya 1,000 orang usahawan wanita khususnya di kalangan wanita
yang berpendapatan rendah dan nyatakan jumlah peruntukan yang disediakan bagi menjayakan program berkenaan.

4. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
a) sejauh manakah peranan yang dimainkan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini; dan
b) apakah Jawatankuasa ini telah menyiapkan kajian laporan tahunan dan ulasan Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi dibentangkan laporan tersebut dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

5. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah PATI yang ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal mereka sejak tahun 2000 hingga Disember 2009. Dan juga, nyatakan jumlah PATI yang memasuki negara ini semula bagi kali kedua dalam tempoh yang sama.

6. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk menggalakkan belia Bumiputera menceburkan diri di dalam industri pertanian dan perladangan yang kebanyakannya menghadapi masalah kekurangan modal dan pengetahuan dan masalah dalam pemerolehan tanah untuk tujuan pertanian.

7. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah inisiatif-inisiatif terbaru Kementerian dalam menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini dan juga langkah-langkah dalam menggalakkan pertumbuhan pelancongan domestik.

8. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapa ramaikah rakyat Malaysia yang dipenjarakan di luar negara dan dihukum mati. Nyatakan negara-negara berkenaan serta bilangan warganegara Malaysia yang terlibat.

9. Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk membenarkan Akademi Filem Malaysia (AFM) dibuka semula untuk mempertingkatkan keilmuan karya seni, melatih diri secara praktikal walaupun pelajar tidak mempunyai kelulusan seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

10. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah standard yang dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia dikuatkuasakan sebagai standard mandatori. Sejauh manakah pula standard mandatori yang dikuatkuasakan di CIDB dan di KPDNKK untuk menjamin keselamatan bahan binaan dan permainan kanak-kanak dari luar negara.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” [Menteri di Jabatan Perdana Menteri] Menyambung semula Perbahasan atas masalah (21 Julai, 2010)

Monday, July 26, 2010

Dewan Negara 26 Julai 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai mekanisme penempatan guru-guru baru dan berpengalaman mengajar di luar bandar dan kaedah penggiliran yang lebih adil bagi memastikan aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran di luar bandar dapat ditingkatkan.

2. Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana keberkesanan tindakan Kerajaan mengadakan kaunter perkhidmatan pengurusan permohonan kad pengenalan dan pasport di kebanyakan agensi dan tempat strategik.

3. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
a) jumlah koperasi seluruh negara yang 'gulung tikar' sepanjang 5 tahun dan sebab-sebabnya; dan
b) jumlah koperasi yang tidak membayar dividen bertahun-tahun kepada pemegang-pemegang saham dan apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian dalam isu ini.

4. Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk mewujudkan rancangan perumahan bagi pekerja ladang seperti yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana
Menteri Ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak.

5. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah punca utama yang telah dikenal pasti kepada kemerosotan mutu sukan bola sepak dan badminton negara dan apakah usaha untuk mengatasi masalah ini supaya ia tidak berterusan.

6. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status pencemaran sungai di negara ini, tindakan semasa dan kejayaan projek pembersihan Sungai Juru dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi pembersihannya.

7. Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos belanja keseluruhan bagi Program Permata Pintar yang diusahakan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Johns Hopkins. Terangkan apakah keperluan program yang begitu bersifat elitis dan hanya relevan bagi segelintir pelajar.

8. Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian sedar kekurangan ubatubatan tertentu di hospital-hospital dan klinik-klinik Kerajaan di seluruh Malaysia.

9. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkhidmat dengan jabatan Kerajaan seluruh negara sejak 2005 dan adakah pemantauan yang dibuat dan insentif diberikan kepada majikan yang mempunyai pekerja OKU.

10. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah mekanisme yang terbaik difikirkan perlu untuk mengurangkan beban guru yang terpaksa menjalankan kerja-kerja sampingan selain pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan adakah Kerajaan bercadang untuk menstrukturkan semula pengurusan di sekolah agar kerja-kerja
pentadbiran dijalankan oleh pegawai bukan pendidik.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” [Menteri di Jabatan Perdana Menteri] Menyambung semula Perbahasan atas masalah (22 Julai, 2010)

[ Perbahasan ] - [ Senator Dato' Dr Yeow Chai Thiam ] [ Senator Datin Paduka Norhayati binti Tan Sri Onn ] [ Senator Dato' Azian bin Osman ] [ Senator Mohammed Najeeb bin Abdullah ] [ Rehat ]

[ 2.30 petang menyambung Perbahasan ] - [ Senator Mohammed Najeeb bin Abdullah ] [Datuk Hjh Wan Hazani binti Wan Mohd Nor ] [ Senator Puan Dayang Madinah Tun Abang Haji Openg ] [ Senator Mohd Khalid bin Ahmad ] [ Senator Dato' Daljit Sigh Dalliwal ] [ Senator Hjh Fatimah binti Hamat ] [ Senator Datuk Paul Kong Sing Chu ] [ Senator Datuk Kamaruddin Ambok ] [ Senator Ng Fook Heng ] [ Senator Dr S. Ramakrishnan a/l Suppiah (DAP DUN Selangor) ] [ Senator Haji Ahmad bin Yusop ] [ Senator Datuk Maijol bin Mahap ]

2. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (19 Julai, 2010) (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Thursday, July 22, 2010

Dewan Negara 22 Julai 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apa dan bagaimanakah Kementerian bercadang untuk merombak sistem pendidikan dan melengkapkan tenaga perguruan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi yang menekankan produktiviti, kreativiti, inovasi, keusahawanan, daya tahan dan daya saing.

2. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk menghentikan kaedah pesakit perlu membeli sendiri peralatan pembedahan seperti 'plating', 'nailing', 'stanting' dan sebagainya sebelum pembedahan dilakukan di hospital Kerajaan. Jika ada, apakah kaedah baru yang akan dilaksanakan dan jika tidak, berikan sebab-sebabnya.

3. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sebab-sebab lebih dari 50 peratus majikan yang berdaftar tidak mencarumkan pekerja mereka dengan PERKESO. Apakah usaha-usaha penguatkuasaan yang akan diambil bagi memastikan pekerja-pekerja terbabit mendapat perlindungan.

4. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk memperhebatkan ‘ecotourism’ sebagai daya tarikan Malaysia yang istimewa di mata dunia.

5. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan program-program pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan demi untuk mentransformasikan perusahaan kecil dan sederhana agar lebih berdaya saing dan menghasilkan nilai yang tinggi. [ Soalan tambahan: Senator Khoo, Senator Mumtaz ]

6. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan kurikulum baru bagi menyediakan satu sistem latihan memandu yang dapat melahirkan pemandu kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah. [ Soalan tambahan:

7. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan rumah yang didirikan oleh Kementerian semenjak 3 tahun lepas untuk membantu rakyat yang tidak ada rumah. Apakah usaha-usaha Kementerian bagi
memastikan semua rakyat yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah menjelang tahun 2020.

8. Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status terkini dalam usaha Kementerian mewujudkan satu unit khas bagi meningkatkan prestasi sekolah pedalaman dalam usaha merapatkan jurang perbezaan antara sekolah di luar bandar dan bandar termasuk dari segi kemudahan serta pencapaian akademik.

9. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bila agaknya Lebuh Raya Pantai Timur daripada Kuantan ke Kuala Terengganu boleh digunakan dan adakah tol akan dikenakan. Berapa kos kontrak keseluruhannya dan berapa kontraktor yang telah ditamatkan kontraknya dan apakah tindakan yang diambil.

10. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah hakisan pantai yang serius sepanjang 1,300km atau 29 peratus daripada 4,800km jalur pantai dan unjuran peningkatan paras laut di Malaysia.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” [Menteri di Jabatan Perdana Menteri] Menyambung semula Perbahasan atas masalah (21 Julai, 2010)

[ Perbahasan ] - [ Senator Dato' Rashid Ngah ] [ Senator Mohd Yusof Husin ] [ Senator Dato' Firdaus Abdullah ] [ Senator Hjh Noriah binti Mahat ] [ REHAT ]

[ 2.30 petang Sambungan Perbahasan ] - [ Senator Hjh Noriah binti Mahat ] [ Senator Dato' Hjh Saripah bt Haji Syed Mohd ] [ Senator Datuk Roslan bin Awang Chik ] [ Senator Datuk Abdul Rahman Bakar ]

2. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (19 Julai, 2010) (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Wednesday, July 21, 2010

Dewan Negara 21 Julai 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi memantau 6,000 pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi di Asia Barat bagi membendung penularan kegiatan Jemaah Islamiah (JI) yang merekrut mereka sebagai ahli kumpulan.

2. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa terdapat sejumlah wang yang besar dalam institusi seperti Baitulmal dan Pusat-pusat Zakat sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri. Bagaimanakah wang itu diurus tadbir dan untuk tujuan apa dan siapakah (individu atau institusi) yang telah menerima manfaat daripada kumpulan wang tersebut.

3. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-
a) Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap tindakan Persatuan Penduduk menutup kebanyakan jalan awam yang memasuki kawasan taman perumahan mereka; dan
b) adakah Kerajaan mempunyai undang-undang atau polisi untuk menangani masalah ini kerana ia amat jelas sekali telah melampau dan ia juga bercanggah dengan Road Transport Act, Street and Drainage Act and The National Land Code.

4. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
a) adakah pihak Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai rancangan atau tatacara teknik menjawab surat permohonan yang hanya tulis GAGAL/DITOLAK di dalam permohonan lewat pendaftaran sijil kelahiran; dan
b) berapakah jumlah permohonan yang telah ditolak oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara di dalam permohonan Lewat Pendaftaran Sijil Kelahiran ini dan apakah punca ianya ditolak semenjak 2008-2010 bagi negeri Sarawak.

5. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kebenaran bahawa 41 peratus atau senarai 418,200 orang daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah tahun lalu seperti mana yang didakwa oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

6. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan liberalisasi sektor perkhidmatan yang membolehkan rakyat asing memegang ekuiti termasuk perkhidmatan perundingan, apakah rancangan Kerajaan untuk meminda akta-akta sedia ada yang menghalang pemilikan ekuiti di dalam syarikat-syarikat perundingan tempatan seperti Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 (AKTA242) yang hanya membenarkan Penilai Berdaftar untuk memegang ekuiti.

7. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bentuk-bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan kepada pertubuhan-pertubuhan belia supaya mereka dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti yang berfaedah untuk kaum belia masa kini.

8. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasional kenaikan harga barang runcit yang semakin menjadi-jadi terutama di kalangan pengusaha kedai makanan sedangkan banyak barangan telah menjadi barang kawalan harga dan ia memberi kesan kepada pengguna.

9. Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada tindakan menaikkan harga tender nombor plat kereta oleh pihak berkuasa bersesuaian dengan polisi Kerajaan dan bagaimana pula dengan had harga tender tertinggi yang ditetapkan.

10. Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Kerajaan masih lagi memberikan biasiswa kepada pelajar yang meneruskan pelajaran ke luar negara yang banyak hingga menyebabkan 'brain drain' dan terpaksa memberikan insentif kepada pelajar-pelajar ini untuk kembali ke tanah air.

11. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapakah Malaysia lambat meratifikasikan (ratification) 'Rome Satute' iaitu undang-undang yang diguna pakai oleh International Criminal Court (ICC), The Hague, Belanda walaupun kini sebanyak 111 buah negara telah pun meratifikasi dan apakah faedah-faedah yang akan dinikmati oleh Malaysia kelak.

12. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk menjayakan inisiatif jalur lebar dari segi pembekalan komputer riba dan kandungan yang menarik. Siapakah penerimanya dan apakah langkah-langkah untuk mempraktikkan kemampuan inisiatif ini.

13. Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tindakan atau program-program yang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah lebih kurang 5,000 orang kanakkanak Orang Asli yang tidak pernah bersekolah.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.” [Menteri di Jabatan Perdana Menteri] Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 Julai, 2010)

[ Perbahasan ] - [ Senator Puan Doris Sophia Brodi, (celahan: Senator Mumtaz bt Md Nawi (DUN Kelantan) ] [ Senator Mohamad Ezam Mohd Nor ] [ Senator Tuan Ahmad bin Hussin ] [ REHAT ]

[ 2.30 petang Sambungan Perbahasan ] - [ Senator Tan Sri Jins Shamsudin ] [ Senator Dato' Musa Sheikh Fadzir ] [ Speaker Kritik Kerajaan ] [ Senator Ir Zamri Haji Yusof (DUN Kedah) ] [ Senator Khoo Soo Seang ] [ Senator Muhammad Olian bin Abdullah ] [ Senator Datuk Wan Hazani binti Wan Mohd ] [ Senator Dato' Abdul Rashid Ngah ]

Ucapan Penangguhan 1: Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (DUN Pulau Pinang) - Perbelanjaan Kementerian Pertahanan - YB Menteri Pertahanan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.45 petang kepada 10.00 pagi 22 Julai 2010.

2. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (19 Julai, 2010) (Menteri Kewangan)

3. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Tuesday, July 20, 2010

Dewan Negara 20 Julai 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status dasar pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen bukan warganegara dan apakah perancangan Kementerian dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak tersebut bagi mengatasi masalah buta huruf dan melaksanakan pendidikan untuk semua.

2. Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah mekanisme atau pemantauan Kerajaan gunakan untuk memastikan RMK-10 akan dapat dilaksanakan dengan baik dan tepat.

3. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria utama pelantikan hakim di negara ini, jumlah hakim wanita yang telah dilantik dan juga sasaran jumlah hakim wanita pada 2020.

4. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina jalan raya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menggunakan turapan konkrit berbanding turapan premix (tar) yang diamalkan sekarang dan nyatakan rasionalnya.

5. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan rancangan pembangunan Kg. Baru serta kampung tradisi yang lain di dalam Wilayah Persekutuan. Kenapakah masa yang diambil terlalu lama
untuk membangunkan Kg. Baru dan kampung-kampung tradisi yang lain, sedangkan tempat-tempat yang lain terus membangun dengan pesatnya.

6. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah benar kenyataan bahawa Kerajaan bercadang akan menurunkan subsidi tahunan berjumlah RM720 juta untuk beras gred rendah Super Tempatan 15 (ST15) dan
bagaimanakah kepentingan rakyat berpendapatan rendah dapat dilindungi di bawah Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR).

7. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai dan jumlah syarikat di bawah Bursa Malaysia yang telah diberikan amaran dan digantung akibat permasalahan kewangan dan penyelewengan pengurusan oleh Suruhanjaya Sekuriti sejak 10 tahun lalu.

8. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendapat pihak Kerajaan dengan cadangan penubuhan Dana Wakaf 1Malaysia yang mampu membantu umat Islam dan bukan Islam mengatasi masalah kemiskinan di mana di negara lain, dana wakaf sudah menyumbang ke arah kecemerlangan rakyat sama di dalam bidang pendidikan, perubatan, pertanian dan pembangunan spiritual.

9. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian telah melakukan sesuatu kajian yang menyeluruh mengenai masalah pembuangan bayi dan apakah hasil dari kajian itu.

10. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah lesen syarikat insurans dan takaful yang beroperasi pada masa kini dan prestasi pertumbuhan sektor ini dalam pasaran tempatan dan unjuran bagi kelangsungan pertumbuhan mapan sektor ini di pasaran tempatan.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
“ Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian
sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.”
[ Perbahasan: Senator Ahmad, Senator Dr Syed Husin, Senator Datuk Ridzuan Abdul Malik,]

2. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (19 Julai, 2010) (Menteri Kewangan)

Monday, July 19, 2010

Dewan Negara 19 Julai 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Mengangkat Sumpah
C. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah rangkuman Gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10 adalah resepi yang boleh memacu dan menetapi inti pati Wawasan 2020.
[ Soalan tambahan: Senator Mohd Yusof ]

2. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan rangsangan dan galakkan yang ditawarkan oleh Kerajaan demi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi agar meningkatkan mutu barangan buatan Malaysia.
[ Soalan tambahan: Senator Khoo, Senator Mumtaz, Senator Ir Zamri ]

3. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah pencapaian negara dalam bidang teknologi dan tenaga nuklear terkini serta rancangan masa depannya. Apakah usaha-usaha Kementerian bagi melahirkan lebih ramai saintis dan ahli teknologi dalam bidang nuklear. [ Soalan tambahan: Senator Dato' Abdul Rahman, ]

4. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :-
a) apakah status pelaksanaan dan persiapan 'Little India' ketika ini; dan
b) apakah ciri-ciri unik nya dan bagaimanakah ia dijangka dapat menggambarkan budaya serta latar belakang masyarakat India di Malaysia. [ Soalan tambahan: Senator Puan Nandhini, Senator Haji Ahmad, ]

5. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan yang ditangkap dan didakwa kerana kesalahan perjudian haram ketika berlangsungnya bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan dan nyatakan jumlah pertaruhan yang dirampas.

6. Puan Doris Brodie minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan menghapuskan dasar subsidi secara berperingkat dan apakah mekanisme yang akan digunakan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020.

7. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana kebenaran bahawa sistem pendidikan kita, terutama di peringkat rendah dan menengah adalah terlalu berorientasikan peperiksaan yang boleh mengurangkan tahap pencapaian
minda yang kreatif dan kritikal di kalangan pelajar-pelajar. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memperbetulkan keadaan tersebut.

8. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERI menyatakan bentuk dan jenis kutipan pengagihan zakat yang diamalkan di seluruh negara dan adakah Kerajaan bercadang untuk menyeragamkan sistem zakat di seluruh negara bagi memastikan sumber zakat dapat dimaksimumkan.

9. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap institusi-institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan kursus yang tiada pengiktirafan dan kelulusan MQA bagi menjamin hak-hak pelajar.

10. Tan Sri Amirsham bin A. Aziz minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan akan mempertimbangkan secara serius untuk memperkasakan Program Latihan Khidmat Negara dari segi pengisian latihan ketenteraan dan pelanjutan tempohnya bagi
mewujudkan generasi yang sangat berdaya saing, cekal, berdisiplin dan berupaya menguasai ekonomi di peringkat antarabangsa melangkaui matlamat 'nation building'.

D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. Perdana Menteri akan mencadangkan :-
BAHAWA, Tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menyerang tanpa alasan dalam perairan antarabangsa konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010, yang telah mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan kepada ahli kumpulan konvoi bantuan kemanusiaan tersebut;

BAHAWA, serangan Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan tersebut merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

BAHAWA, sentimen yang sama telahpun disuarakan melalui Kenyataan Bersama Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN – Majlis Kerjasama Negaranegara Teluk (GCC) di Singapura pada 1 Jun 2010 yang menyuarakan kutukan keras terhadap tindakan Rejim Zionis Israel ini;

BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang melampau ke atas kapal misi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza tersebut; dan

BAHAWA, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan ganas Rejim Zionis itu.

DENGAN INI DEWAN mengambil ketetapan seperti berikut:
(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;
(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;
(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencela Israel dan bukannya membuat kenyataan lemah semata-mata;
(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negaranegara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undangundang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan
Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;
(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ);
(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh (fully independent) dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak (impartial) semata-mata;
(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;
(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;
(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;
(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;
(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat; dan
(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat.
[
2. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
[Perbahasan:
3. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

4. (D.R. 19/2010) Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

Thursday, July 15, 2010

Dewan Rakyat 15 Julai 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa.

Usul 18(1) oleh MP PKR Kapar ( Teluk Intan, PKR Batu, PKR Kapar)

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (BN Sandakan)

- Usul 63 (1) berkenaan dalam aturan mesyuarat hari ini 3-8 dibacakan kali kedua dan dibahaskan pada mesyuarat akan datang

3. (D.R. 23/2010) Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 (Menteri Sumber Manusia)

4. (D.R. 26/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 (Menteri Belia Dan Sukan)

5. (D.R. 27/2010) Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 (Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi)

6. (D.R. 29/2010) Rang Undang-undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

7. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 (Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

8. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

- Usul 23(1) berkenaan dalam aturan mesyuarat mengenai 1, 2 dan usul Menteri Kewangan (9 & 10 ) dibahaskan sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan.

(PAS Kota Raja, PAS Bachok, PKR Batu )

B. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 - Senator BN - Timbalan Menteri Kewangan

C. Perbahasan Rang Undang-Undang


1. (D.R 22/2010) Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 - Menteri Dalam Negeri - Sembong BN

[ Perbahasan : PKR Permatang Pauh (Celahan : BN Kinabatangan)][BN Tangga Batu ( BN Putatan)][DAP Bukit Mertajam][BN Limbang(BN Jempol)][PAS Pokok Sena (PKR Indera Mahkota, PKR Kuala Langat, PAS Pendang)][BN Kota Belud (Sri Gading, BN Arau, PAS Kuala Selangor, )][Bebas Wangsa Maju][Rehat]

Sambungan Perbahasan [Bebas Wangsa Maju (Bebas Bayan Baru)][BN Kinabatangan][PKR Kuala Langat][Bebas Tawau][BN Batang Sadong (BN Lipis)][DAP Beruas][BN Arau (PKR Lembah Pantai, Bebas Pasir Mas, BN Labuan)]

Penggulungan Menteri Dalam Negeri (BN Sembong) (Celahan :DAP Puchong, PKR Lembah Pantai, BN Pasir Salak, DAP Kepong, DAP Klang, PAS Kota Raja, PAS Titiwangsa, PKR Batu, DAP Klang, Bebas Wangsa Maju, DAP Puchong, PAS Titiwangsa, PKR Lembah Pantai, DAP Puchong, BN Ledang, PAS Kota Raja, DAP Seputeh, DAP Teluk Intan, BN Padang Besar, BN Sri Gading, PAS Titiwangsa)

Lulus Tanpa Pindaan

Usul 62 - Menteri Jabatan Perdana Menteri - BN Padang Rengas - mencadangkan aturan mesyuarat perkara ke-2 ditangguhkan ke mesyuarat akan datang.

2. (D.R. 25/2010) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 (Menteri Sumber Manusia)

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- Senator BN - Timbalan Menteri Kewangan :-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv), Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), mengambil alih kesemua saham biasa yang dipegang oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dalam Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad pada nilai RM1,212,000,000 dengan dibayar sebahagiannya melalui penukaran jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad sehingga 31 Mac 2008, sebanyak RM794,696,707.68 kepada sebahagian ekuiti berkenaan.” (Sokong BN Persiangan)

Perbahasan - [DAP Kepong] - Penggulungan Timbalan Menteri Kewangan - Lulus

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- Senator BN - Timbalan Menteri Kewangan :-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.85 dan ST.86 tahun 2010 disahkan .”

Perbahasan - [DAP Kepong] - Penggulungan Timbalan Menteri Kewangan - Lulus

Dewan Tamat Jam 5.47 petang

Wednesday, July 14, 2010

Dewan Rakyat 14 Julai 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul 18 (1) oleh YB PKR Ampang
[ Keputusan YDP Dewan: Usul ini tidak perlu disegerakan untuk dibahaskan ]

2. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (13 Julai, 2010)(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

[ Perbahasan: BN Rembau ] [ PKR Indera Mahkota (PKR Balik Pulau, BN Sri Gading, BN Ledang, PKR Balik Pulau, BN Kinabatangan, BN Pasir Salak)] [BN Ledang (BN Sekijang, BN Jempol, DAP Kepong, BN Tangga Batu, BN Sekijang, PKR Padang Serai)] [Bebas Pasir Mas] [BN Sekijang (PAS Titiwangsa, BN Maran, BN Tenom, PKR Kuala Kedah, BN Tangga Batu, BN Lenggong, BN Kinabatangan)] [DAP Serdang (BN Kinabatangan, PKR Petaling Jaya Selatan, PAS Shah Alam, BN Kinabatangan, BN Lipis, BN Batang Sadong, BN Arau)] [BN Lipis] [Rehat]

Sambungan [BN Lipis ] [ DAP Teluk Intan (BN Sri Gading)] [ BN Jasin] [ DAP Beruas ][ Bebas Sepanggar ] [ DAP Kota Melaka ] [PAS Kuala Selangor (PKR Indera Mahkota, DAP Beruas)] [DAP Bakri] [PAS Pendang]

[ Penggulungan Menteri Perdaganagan Dalam Negeri K & K (BN Bera) - (DAP Beruas, PAS Kuala Krai, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, DAP Beruas, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka, PAS Pendang, DAP Beruas, PAS Kuala Selangor, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Beruas, DAP Bukit Bintang, DAP Beruas, DAP Bukit Bintang, BN Pasir Salak, DAP Bukit Bintang,)

[ Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - PAS Kuala Krai, PKR Indera Mahkota, DAP Kota Melaka, PAS Kuala Selangor, [ Fasal 8 - 26 - [ DAP Bruas, ] - Setuju, Lebih suara bersetuju.

Ucapan Penangguhan 1: YB Tuan Tony Pua Kiam Wee (DAP Petaling Jaya Utara) - Menggesa Pihak LHDN mengambil tindakan sewajarnya untuk mengutip tunggakan cukai daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) - YB Menteri Kewangan.

2. (D.R 22/2010) Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 - Menteri Dalam Negeri

3. (D.R. 25/2010) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 (Menteri Sumber Manusia)

4. (D.R. 23/2010) Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 (Menteri Sumber Manusia)

5. (D.R. 26/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 (Menteri Belia Dan Sukan)

6. (D.R. 27/2010) Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 (Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi)

7. (D.R. 29/2010) Rang Undang-undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

8. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 (Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

9. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv), Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), mengambil alih kesemua saham biasa yang dipegang oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dalam Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad pada nilai RM1,212,000,000 dengan dibayar sebahagiannya melalui penukaran jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad sehingga 31 Mac 2008, sebanyak RM794,696,707.68 kepada sebahagian ekuiti berkenaan.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.85 dan ST.86 tahun 2010 disahkan .”

Monday, July 12, 2010

Dewan Rakyat 13 Julai 2010 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :
(a) jumlah subsidi yang sudah dikeluarkan kepada nelayan sehingga kini; dan
(b) sejauh mana program tersebut berjaya merubah kehidupan masyarakat nelayan tradisional kita. [ Soalan tambahan: BN Sipitang, PKR Machang ]

2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) semenjak Kerajaan mengiktiraf amalan Homeopati pada 1999, apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi memajukan kaedah perubatan ini; dan
(b) setakat mana kemudahan penyelidikan, peruntukan kewangan, dan garis panduan untuk mendaftar ubat homeopati yang dikeluarkan di Negara ini. [ Soalan tambahan:

3. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setelah beberapa penambah baikkan dilakukan oleh Bursa Saham Malaysia, sejauh mana ia telah menarik pelabur asing untuk masuk ke pasaran Malaysia. [ Soalan tambahan:

4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memperbaiki kedudukan rating institusi pengajian tinggi negara terutamanya IPTA yang mengalami kejatuhan di peringkat antarabangsa. [ Soalan tambahan:

5. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah penyiaran TV Pendidikan melalui internet iaitu EduwebTV telah dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah di luar bandar justeru merapatkan jurang digital dalam pendidikan.
[ Soalan tambahan:

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan senarai 7 institusi swasta yang menerima bayaran terbesar daripada dana PTPTN dalam tahun 2008 dan 2009. Nyatakan jumlah yang diterima oleh setiap institusi ini dalam tahun 2008 dan 2009. [ Soalan tambahan:

7. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tentang langkah-langkah ke atas kebimbangan tahap kemalangan ketika pergi dan balik kerja di kalangan golongan pekerja yang semakin meningkat setiap tahun dengan angka kemalangan mencatat 20,814 kes tahun lalu, 19,041 kes pada tahun sebelumnya dan 18,387 kes pada 2002. Dan jumlah kematian akibat kemalangan itu pula hampir sama setiap tahun iaitu pada kadar 1,230 kes setahun.

8. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) apakah alasan menyebabkan penangguhan dalam menjadi ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa; dan
(b) senaraikan masalah yang dihadapi oleh negara jika menjadi ahli dan jika tergendala.

9. Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan yang telah disediakan untuk mengisi kekosongan Bangunan LCCT yang lama bila LCCT yang baru siap untuk digunakan.

10. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kriteria yang dipakai oleh Kementerian Kesihatan untuk meluluskan air minuman daripada bekalan air paip yang dirawat dan dibotolkan sebagai selamat.

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Kolej Kejururawatan di Wilayah Persekutuan Labuan.

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana kesan pemotongan bajet untuk Kementerian Pelajaran memberi kesan kepada proses P&P dan latihan Staf Kementerian Pelajaran Malaysia.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pembangunan di pintu masuk negara Malaysia-Thailand, dalam RMK-10 agar pembangunan di Rantau Panjang dapat bersaing dengan pembangunan di Golok, Thailand. Apakah kemudahan yang bakal disediakan untuk kemudahan pelancongan di dalam dan luar negara.

34. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Diplomat Romania yang telah menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia dalam satu kes langgar lari di Singapura pada Disember 2009.

44. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai penglibatan JKR dalam penilaian kerja-kerja Infrastruktur PKFZ oleh Task Force PKFZ yang di pengerusi oleh KSN dan di tahap manakah penyediaan laporan JKR dalam perkara di atas. Adakah pihak Task Force akan menggunakan laporan tersebut untuk mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku dan penyelewengan PKFZ ini.

46. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan siapakah dalang di sebalik NGO (GERTAK) Gerakan Kebangkitan Rakyat dan Institut Integriti Negeri Terengganu yang merancang perhimpunan "Melayu Bangkit" yang
ditangguhkan pada saat-saat akhir sempena memperingati peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Stadium Tertutup Kuala Terengganu pada 13hb. Mei yang lalu.

48. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes di mana melibatkan polis menembak mati penjenayah dan apakah punca kepada penjenayah tersebut terus ditembak mati dan berapa kes yang ditangkap dan dibicarakan dan berapa penjenayah yang telah menjalani hukuman sepanjang 5 tahun lepas.

52. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan segera Kerajaan terhadap kerugian Sime Darby yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM1.6 bilion dan apakah kerugian tersebut akan memberi kesan kepada jumlah dividen pencarum KWSP dan pelabur ASB.

58. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan-perancangan yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Khas Untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama.

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang
1. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang
kedua sekarang”. (12 Julai, 2010)(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

[ Perbahasan: DAP Kepong (Celahan :BN Putatan, PAS Tumpat, PAS Kuala Krai, PAS Titiwangsa, BN Sekijang, BN Ledang, PAS Tumpat, BN Ranau, PAS Tumpat, BN Ranau, PAS Kuala Terengganu)

[ Penggulungan : Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (BN Betong) (Pencelahan : BN Jempol, PAS Parit Buntar, PAS Titiwangsa, PAS Parit Buntar, Bebas Bagan Serai, BN Kinabatangan, Bebas Pasir Mas, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, BN Sri Gading )

Rehat - Sambung jam 2.30 petang

Sambungan ( Sri Gading, DAP Kota Kinabalu, BN Jempol, BN Putatan, BN Sekijang, BN Sri Gading, DAP Teluk Intan, DAP Kota Melaka, BN Tenggara, BN Ledang, DAP Bakri, BN Ranau, BN Putatan, DAP Kota Melaka, PKR Balik Pulau, BN Putatan)

Celahan Pindaan (DAP Batu Gajah, DAP Bakri, DAP Batu Gajah, BN Ledang, PAS Titiwangsa, DAP Bakri, PAS Tumpat, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, DAP Batu Gajah)

Diluluskan

2. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) (BN Bera)

Perbahasan : [ BN Sri Gading (BN Putatan, BN Arau)][PKR PJ Selatan] [ BN Rembau ]

3. (D.R 22/2010) Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 - Menteri Dalam Negeri

4. (D.R. 25/2010) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 (Menteri Sumber Manusia)

5. (D.R. 23/2010) Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 (Menteri Sumber Manusia)

6. (D.R. 26/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 (Menteri Belia Dan Sukan)

7. (D.R. 27/2010) Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 (Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi)

8. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 (Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

9. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Sunday, July 11, 2010

Dewan Rakyat 12 Julai 2010 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah komitmen pelaburan yang diterima oleh lima koridor pembangunan negara semenjak ia dilancarkan pada 2006 dan nyatakan status pelaksanaan projek pembangunan di koridor-koridor pembangunan. [ Soalan tambahan: BN Dungun, PAS Bachok]

2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan peruntukan dan peraturan undang-undang yang menghalang kelulusan untuk komuniti berpagar dan berkawalan serta apakah garis panduan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini. [ Soalan tambahan: PKR Selayang, BN Silam]

3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bezanya tanggungjawab utama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dibandingkan dengan polis marin atau tentera laut. [ Soalan tambahan: BN Kota Belud, PAS Tumpat]

4. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah wajar untuk pelanggan-pelanggan membayar lebihan RM0.50 semasa menambah nilai kad "Touch 'n Go" di stesenstesen petrol dan siapakah ejen yang memperolehi keuntungan RM0.50 ini. [ Soalan tambahan: DAP Batu Kawan, BN Ledang ]

5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah benar Ibu Pejabat Jabatan Imigresen tidak dapat memberi perkhidmatan untuk rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak; dan
(b) jika benar, apakah rasionalnya. [ Soalan tambahan: BN Kalabakan, PAS Tumpat ]

6. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional Kementerian untuk memajukan hartanah secara 'joint-venture' bersama KWSP tanah sejumlah 3000 hektar di Sungai Buloh, sementara mengikut laporan Pusat Informasi Hartanah Nasional (NPIC) Kementerian Kewangan terdapat 'property overhang' bernilai RM5.3 bilion, yang berpotensi mencetuskan belon hartanah atau 'property bubble'.
[ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor, BN Sri Gading ]

7. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina loji tapisan air laut atau pun loji penapisan pemprosesan air kumbahan atau buangan agar ia boleh diserapkan ke dalam sistem pembekalan air negara terutamanya kepada negeri-negeri yang berhadapan dengan krisis bekalan air mentah yang tidak mencukupi seperti yang terdapat di negara jiran.
[ Soalan tambahan: BN Parit, PAS Titiwangsa ]

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan usaha sama atau pemindahan teknologi yang dapat dijalinkan dan dilaksanakan hasil dari kejayaan cemerlang Pameran DSA 10 di PWTC bermula dari 19 April 2010 lepas.
[ Soalan tambahan: PAS Hulu Langat, BN Jasin ]

9. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bagaimana Kerajaan dapat memastikan kebanyakan rakyat miskin yang merupakan sebahagian besar daripada jumlah penduduk negara yang tinggal di luar bandar tidak ketinggalan dalam usaha kita untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. [ Soalan tambahan: BN Kapit ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah program terkini yang dirancang bagi bekas penanam tembakau kerana sehingga kini ramai petani terlibat mengadu tidak praktikal untuk terlibat dalam penanaman kenaf.

12. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) bilakah kawasan jalan runtuh yang amat bahaya sejak Januari 2009 di Kampung Sungai Pas, Kuala Krai akan dibaiki; dan
(b) punca kelewatan pembaikan jalan tersebut.

14. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dalam perkhidmatan pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran banyak terdapat anomali, ketidakpuasan hati dalam kenaikan pangkat dan tangga gaji. Apakah langkah-langkah di ambil Kementerian Pelajaran untuk mengatasi perkara ini atau adakah Kementerian berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyelesaikan masalah ini.

38. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah Ketua Polis Negara tidak mahu memohon maaf kepada ibu dan keluarga arwah Aminulrasyid yang meninggal dunia akibat terkena tembakan polis pada 26 April 2010 di Shah Alam.

40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengapakah Kerajaan kurang memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera dari segi tanah tapak rumah, peluang pekerjaan, lesen perniagaan, skim khas seperti tambang murah bas, kereta api dan kapal terbang serta juga pencen khas bagi semua bekas tentera yang telah berkhidmat semasa darurat bagi memerangi pengganas komunis sehingga tahun 1969 berbanding dengan pemainpemain sukan yang banyak mendapat penghargaan.

49. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan SPRM dalam mengawal peraturan pilihan raya agar ia diikuti oleh semua parti politik yang masuk bertanding di dalam pilihan raya tersebut.

52. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah ada usaha-usaha lain yang dikemukakan selain daripada mengisytiharkan sesebuah universiti mencapai status Universiti Apex bagi memastikan kedudukan universitiuniversiti tempatan mempunyai kualiti dan daya saing yang setimpal dengan universiti-universiti terbaik dunia.

C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi * Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010
2. Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan * Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010

D. Perbahasan Rang Undang-Undang
1. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini
dibacakan kali yang kedua sekarang”. (8 Julai, 2010)(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

[ Pencelahan : PAS Tumpat, Bebas Tawau, PAS Kuala Krai ]

2. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

Perbahasan : [PAS Pendang] [BN Putatan (BN Maran, PAS Kuala Krai) ][PAS Bachok][BN Kota Belud] [ Bebas Tawau ] [ REHAT ]

Perbahasan: [ Bebas Tawau ] [ BN Sekijang ]

3. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

4. (D.R 22/2010) Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 - Menteri Dalam Negeri.

5. (D.R. 25/2010) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 - (Menteri Sumber Manusia)

6. (D.R. 23/2010) Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan)
2010 - (Menteri Sumber Manusia)

7. (D.R. 26/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 - (Menteri Belia Dan Sukan)

8. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Wednesday, July 7, 2010

Dewan Rakyat 8 Julai 2010 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan berunding dengan Kerajaan Brunei Darussalam untuk membina jambatan Sungai Pandaruan, Limbang memandangkan kepentingan hubungan dengan negara jiran, negara Brunei Darussalam. [ Soalan tambahan: BN Limbang, PKR Permatang Pauh ]

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah banduan dan penjara di seluruh negara dan peratusan banduan yang telah dibebaskan yang kembali dipenjarakan semula kerana mengulangi perlakuan jenayah.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

3. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan output pertanian di negeri-negeri yang pertanian merupakan aktiviti utamanya.
[ Soalan tambahan: BN Kuala Nerus, DAP Beruas ]

4. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapa permohonan dan rayuan dari Pengurusan Gudwara Sikh Tatt Khalsa Diwan Selangor di Jalan Raja Alang berhubung dengan gangguan dari gerai-gerai pasar malam dan pasar pagi, kekotoran dan bau busuk dari tong sampah Pasar Chow Kit di sebelah Gudwara dan di kiri pintu masuk Jalan Raja Bot serta halangan dari kenderaan yang diletak di hadapan pintu-pintu masuk Gudwara tidak diambil tindakan sedangkan aduan-aduan telah dibuat sejak tahun 2003 lagi.
[ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]

5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian boleh menambah mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Islam bagi murid-murid Islam dan Pendidikan Moral bagi yang lain-lain dalam peperiksaan UPSR yang bertujuan meningkatkan lagi jati diri dan sahsiah murid sebagai pewaris generasi akan datang.
[ Soalan tambahan: BN Ledang, PAS Bachok]

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk memperkasakan koperasikoperasi sebagai wahana pembangunan ekonomi khususnya di luar bandar dan setiap daerah diwujudkan koperasi rakyat dengan dana dibiayai oleh Kerajaan. [ Soalan tambahan: Bebas Bayan Baru, BN Tangga Batu ]

7. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah pencapaian Technology Park Malaysia (TPM) dalam menggalakkan aktiviti saintifik di kalangan usahawan industri sains dan teknologi di negara ini. Apakah ada mekanisme bagi melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan (knowledge workers) dalam bidang keusahawanan sains dan teknologi di negara ini.
[ Soalan tambahan: BN Tenggara, PAS Kuala Selangor ]

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkahlangkah Kerajaan dalam memastikan tiada lagi rungutan dan aduan dari negara jiran seperti Indonesia dalam permasalahan dan isu perusahaan kelapa sawit yang melibatkan syarikat perusahaan Malaysia yang menindas dan menjejaskan kehidupan masyarakat setempat seperti yang dilaporkan WALHI, sebuah badan bukan Kerajaan di sana. [ Soalan tambahan: PKR Balik Pualau, BN Sekijang ]

9. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada Kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan sebuah Perpustakaan Desa di Kampung Rejang daerah kecil Belawai, Tanjong Manis. [ Soalan tambahan: BN Tanjong Manis ]

10. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nilai rokok yang diseludup tanpa bayar cukai setiap tahun antara 2005-2009. [ Soalan Tambahan : PKR Gopeng, BN Kinabatangan ]

11. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk mengadakan perkhidmatan ambulans percuma di sepanjang lebuh raya kerana banyak berlakunya kemalangan jalan raya dan ramai yang hilang nyawa akibat kelewatan ambulans dari hospital-hospital Kerajaan dan swasta. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PAS Pendang]

12. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan peratusan peningkatan kitar semula berbanding dengan perbelanjaan menyediakan kemudahan-kemudahan kitar semula dan promosi di media dalam 3 tahun kebelakangan ini. [ Soalan Tambahan : PKR Merbok ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek-projek yang telah diluluskan dan dilaksanakan di bawah Rancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER) dan sejauh manakah projek-projek ini bakal menjana ekonomi di negeri-negeri pantai timur.

32. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah peruntukan Kementerian bagi menyelenggara setiap kilometer Jalan Persekutuan pada tahun 2009 dan 2010 bermula dari Perak hingga ke Perlis seperti yang dipertanggungjawabkan kepada Belati Wangsa Sdn. Bhd.

34. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah tindakan polis terhadap aduan Norizan Salleh yang mengadu ditembak lima kali di bahagian dada dan tangannya oleh anggota polis di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang dilaksanakan dalam memastikan produk yang berlogo halal benar-benar halal dan berkualiti dari segi Islam.

40. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah hasil yang diperolehi daripada Promosi Pelancongan di Negara-negara Asia Barat baru-baru ini.

48. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimanakah cara pembayaran Bernas kepada petani-petani setelah padi mereka dijual kepada Bernas.

51. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keseluruhan kes di Mahkamah Syariah mengikut negeri dan jenis kes dari tahun 2005 hingga 2009.

59. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang kelulusan lesen judi semasa Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 kepada Berjaya Group yang menggunakan lebih 200 rangkaian kedai pertaruhan Toto untuk tujuan tersebut. Apakah justifikasinya kepada agama, bangsa dan negara.

C. Usul-Usul
10 Jun - Usul 24(1) oleh DAP Batu Gajah berkenaan jawapan menteri dalam negeri bercanggah dengan persoalan oleh DAP Bukit Mertajam

9 Jun - Usul 36(12) oleh PAS Pokok Sena merasakan tertipu dengan usaha Perdana Menteri dan perlu dibawa ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen (PAS Pokok Sena)

Usul 36(12) oleh DAP Seputeh atas satu percanggahan jawapan Kementerian Perlancongan dengan Kementerian Pengangkutan dan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen.

Usul 36(12) oleh DAP Bandar Kuching berkenaan kempen YAB Perdana Menteri di dalam PRK Sibu baru-baru ini dengan menawarkan projek-projek pembangunan sebagaimana maklum dan ingin menghadapkan YAB Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen ( DAP Bandar Kuching)

[PKR Gombak (peraturan 23(i))][PKR Subang][PKR Gopeng][BN Jempol][PKR Permatang Pauh][PKR Gombak][PKR Permatang Pauh]

D. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 (Senator (BN)- Timbalan Menteri Sumber Manusia)
2. Menteri Sumber Manusia * Rang Undang-undang Kanak-kanak Dan Orang Muda (Pekerjaan)
(Pindaan) 2010 (Senator (BN)-Timbalan Menteri Sumber Manusia)
3. Menteri Belia Dan Sukan * Rang Undang-undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 (Kemaman (BN)-Menteri Belia dan Sukan)

E. Perbahasan Rang Undang-Undang
1. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (7 Julai, 2010)

[Penggulungan : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Sandakan) - (Celahan - PKR Balik Pulau, DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat, Bebas Wangsa Maju,) ] [Rehat]

[ 2.30 petang Menyambung Penggulungan : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Sandakan) - (Celahan - DAP Ipoh Barat, Bebas Wangsa Maju, PKR Balik Pulau, DAP Beruas, Bebas Wangsa Maju, DAP Beruas, DAP Telok Intan, Bebas Wangsa Maju, DAP Telok Intan, DAP Ipoh Barat, PKR Balik Pulau, Bebas Wangsa Maju, DAP Bukit Gelugor, PKR Subang, PKR Balik Pulau, DAP Beruas, Bebas Wangsa Maju, PKR Balik Pulau, PKR Subang, DAP Batu Gajah, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Shah Alam)]

Majlis dalam Jawatankuasa [DAP Batu Gajah(Fasal 1-18)]

Jawapan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN-Sandakan) (Celahan - DAP Batu Gajah)

Pindaan Diluluskan

2. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

[ Perbahasan : DAP Bukit Gelugor (PKR Balik Pulau)][ BN Ledang ] [ Bebas Tawau ] [ DAP Telok Intan ( BN Batang Sadong, BN Ledang)]

Dewan Ditangguhkan pada jam 5.32 petang.

Ucapan Penangguhan oleh :-

i. DAP Serdang, YB Puan Teo Nie Ching - Tajuk :- Pendaftaran Pengundi Baru - Jawapan - Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (BN - Sandakan)

ii. DAP Segambut, YB Tuan Lim Lip Eng - Tajuk :- Perbezaan Harga Streamyx bagi Pakej Kelajuan Yang Sama - Jawapan - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Dewan Ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

3. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

4. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R 22/2010) Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 - Menteri Dalam Negeri

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv), Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), mengambil alih kesemua saham biasa yang dipegang oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dalam Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad pada nilai RM1,212,000,000 dengan dibayar sebahagiannya melalui penukaran jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad sehingga 31 Mac 2008, sebanyak RM794,696,707.68 kepada sebahagian ekuiti berkenaan.”

Tuesday, July 6, 2010

Dewan Rakyat 7 Julai 2010 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan sambutan masyarakat yang tinggal di luar bandar terhadap program Rumah Mesra Rakyat (RMR) amat menggalakkan sekalipun syaratnya masih ketat termasuk menetapkan mereka berpendapatan bawah RM1,500. Apakah Kerajaan bercadang menaikkan had pendapatan kepada RM2,500 bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat faedah daripada program ini. [ Soalan tambahan: BN Maran, PKR Permatang Pauh ]

2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah tanah wakaf dan nilainya di seluruh negara dari tahun 2005 hingga 2009 serta bagaimanakah pengurusannya. [ Soalan tambahan: PAS Bachok, BN Arau ]

3. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sepanjang tempoh lima tahun lepas berapa banyak teknologi pertanian seperti jentera pertanian yang dihasilkan dengan kos yang efektif oleh agensi di bawah Kementerian dan adakah terdapat inisiatif kepada pengusaha untuk membangunkan jentera pertanian murah bagi golongan petani di Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Sibuti,

4. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan tujuan pembinaan Tugu Alaf Baru Putrajaya dan Astaka Morocco, kos pembinaan dan penyelenggaraan tahunannya sejak dibina dan adakah ia masih beroperasi. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bendera,

5. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai masalah kekurangan jurulatih yang terlatih di Sekolah-sekolah Sukan serta mengapakah ia tidak diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan atlet bertaraf dunia. [ Soalan tambahan: TIDAK HADIR ]

6. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status cadangan Skim Perlindungan Insurans Pihak Ketiga yang baru, bila ia dapat dilaksanakan dan bagaimana Kerajaan memastikan kepentingan semua pihak yang terbabit dapat diambil kira.
[ Soalan tambahan: DAP Rasah, BN Gelang Patah ]

7. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :
(a) sejak Program Transformasi Kerajaan (PTK) dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Januari 2010 yang lalu, apakah perkembangan dan perubahan yang dicapai setakat ini terutamanya dalam 6 NKRA; dan
(b) selain 6 NKRA tersebut, Kementerian mana yang menunjukkan prestasi tinggi.
[ Soalan tambahan: BN Simpang Renggam, DAP Ipoh Timur ]

8. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah nisbah doktor dengan penduduk di setiap negeri di Malaysia.
[ Soalan tambahan: DAP Bandar Kuching, BN Kapit ]

9. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan sukatan pelajaran bagi kelas pendidikan awal sekolah (Pra-Sekolah) dan berbagai agensi Kerajaan dan Kementerian mempunyai sukatan pelajaran dan tenaga pengajar yang berkualiti dan mempunyai standard yang sama; dan
(b) apakah tidak mungkin Kerajaan meletakkan semua aktiviti pembelajaran pra-sekolah di bawah satu agensi Kerajaan atau Kementerian. [ Soalan tambahan: BN Pasir Salak,]

10. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan perundangan (akta) dan peraturan yang telah disediakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom bagi mengawasi penggunaan Bahan Radioaktif dan Radas Penyinaran amnya serta Tenaga Nuklear khasnya. [ Soalan tambahan: PAS Hulu Langat]

11. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan beberapa buah R&R yang akan dibina di sepanjang "Pan Borneo Highway" dari Kuching ke Lawas, Sarawak dan tempat-tempat yang dikenal pasti di mana R&R ini dilaksanakan.

12. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab 'My Procurement Portal':-
(a) hanya mempamerkan kontrak daripada beberapa Kementerian dan agensi Kerajaan sahaja dan bukannya wajib untuk semua Kementerian dan agensi; dan
(b) tidak menunjukkan butiran kontrak terperinci seperti kuantiti, jumlah penender, tarikh tender ditawar dan lain-lain.

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama kepada siasatan yang dibuat berikutan tindakan peguam Perancis, Joseph Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia daripada firma pertahanan Perancis DCN.

25. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pendirian Kerajaan berhubung GST dan adakah ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

30. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah KPI bagi DBKL dan juga apakah sasaran DBKL untuk meningkatkan kualiti kerja kakitangan pada tahun 2010 dan akan datang bagi menjadikan pengurusan sampah KL bertaraf kelas dunia, bandaraya selamat, bandaraya sejahtera tanpa kesesakan lalu lintas, pengurangan kadar kemalangan jalan raya dan banjir serta memastikan alam sekitar terpelihara.

47. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pengajaran yang telah diambil dalam kes Kartika sebagai rujukan bagi memperbaiki perlaksanaan undang-undang enakmen syariah di Malaysia.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan siapakah yang menaja iklan 2 muka surat di New York Times yang mengalu-alukan Datin Seri Rosmah Mansor ke New York dan berapa kos pengiklanan tersebut.

51. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada 'Wanita Pertama' adalah isteri Perdana Menteri atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

52. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide dan Asiasoft (M) Sdn Bhd yang menjadi pertikaian umum berikutan pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia.

53. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah kos keseluruhan yang dianggarkan oleh pihak Kerajaan bagi melaksanakan sistem percukaian GST yang bakal ditanggung oleh orang awam dan pihak swasta bagi kesemuanya menjadi GST-komplian, yang berpendapatan melebihi RM500,000 setahun.

C. Perbahasan Rang Undang-Undang
1. (D.R. 21/2010) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (6 Julai, 2010)

[ Perbahasan: Bebas Wangsa Maju ( Celahan - BN Kinabatangan, Bebas Kulim Bandar Baru)]
[PKR Selayang] [Perbahasan : Bebas Pasir Mas] [Perbahasan : DAP Beruas] [Rehat]

Sambung jam 2.30 petang - [Perbahasan : DAP Beruas] [Perbahasan: Bebas Kulim Bandar Baru (BN Kota Belud, DAP Beruas, BN Kota Belud, DAP Beruas, PKR Sungai Petani, BN Kota Belud, PKR Sungai Petani, PAS Kota Raja, PAS Shah Alam, DAP Beruas, Bebas Wangsa Maju, PKR Indera Mahkota, )] [Perbahasan : BN Batang Sadong ] [Perbahasan : DAP Seremban ] [Perbahasan : PKR Balik Pulau ] [Perbahasan : DAP Puchong ] [ DAP Sibu ] [Perbahasan : DAP Telok Intan ]

Ucapan Penangguhan 1: YB Tuan Hee Loy Sian (PKR PJ Selatan) - Umumkan segera Laporan Kejadian "Jaya Supermarket Runtuh" di Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor - YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ucapan Penangguhan 2: YB Tuan Tony Pua Kiam Wee - Sampah kawasan perumahan di Taman Ungku Tun Aminah, Taman Universiti, Taman Desa Skudai tidak dipungut mengikut jadual - YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang kepada 10.00 pagi 8 Julai 2010.

2. (D.R. 20/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

3. (D.R. 16/2010) Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

4. (D.R. 18/2010) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010. - (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)

5. (D.R. 22/2010) Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan)2010 (Menteri Dalam Negeri)

6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 - (Menteri Kewangan)

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008