Wednesday, February 25, 2009

Dewan Rakyat, 25 Februari 2009 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan unjuran Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bahawa berkemungkinan pasaran guna tenaga negara seramai 200 ribu hingga 400 ribu pekerja akan diancam dengan kemungkinan diberhentikan kerja pada 2009 dan apakah tindakan Kerajaan untuk meminimumkan tahap pengangguran negara yang akan berlaku ini dalam menyelamatkan isi rumah negara.
- Soalan tambahan - BN Tenggara, PAS Bachok (10.10)

2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana keberkesanan tindak balas dan penerimaan negara-negara Islam terhadap saranan yang dibuat dalam pembentukan Kesatuan Ekonomi Negara-negara Islam setelah berlakunya pelbagai krisis ekonomi dalam dunia pada masa ini.

- Soalan tambahan - PAS Marang (10.15), BN Arau

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah kes Pecah Amanah Jenayah (CBT) yang dilakukan oleh peguam dilaporkan sejak 10 tahun yang lalu; dan
(b) apakah tindakan yang dirancang dan dilakukan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini supaya kepercayaan rakyat terhadap imej dan profesion peguam adalah kekal.

- Soalan tambahan - BN Bintulu, PKR Lembah Pantai

4. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada ataupun tidak Kerajaan Barisan Nasional akan membubarkan sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada dan mengguna pakai satu sistem di mana semua rakyat daripada semua kaum boleh memilih Perdana Menteri sepertimana di Amerika Syarikat dan sekiranya tidak, kenapa.

- Soalan tambahan - DAP Puchong, BN Hulu Terengganu, PAS Shah Alam

5. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan usaha yang dilakukan bagi menambah ruang perniagaan Bumiputera di kawasan strategi dan juga luar bandar, termasuk di kawasan Parlimen Lenggong serta selain TEKUN, pinjaman MARA, apakah Kementerian bercadang menyediakan skim baru pinjaman mudah kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan.

- Soalan tambahan - BN Lenggong, PAS Rantau Panjang (10.58)

6. Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kerugian yang dialami oleh pengusaha stesen minyak setiap kali penurunan harga minyak dipam diumumkan.
- Soalan tambahan - PAS Kuala Terengganu (11.00), BN Ledang, PAS Tumpat


7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah wujud kaedah khusus yang membolehkan Kementerian memastikan semua warga asing yang masuk atas nama pelajar berdaftar di Institut Pengajian Tinggi dalam negara benar-benar untuk belajar dan bukan tujuan lain, seterusnya menyalahgunakan kebenaran masuk sebagai pelajar; dan
(b) langkah-langkah khusus diambil oleh Kementerian agar semua pelajar asing ini tidak menjadi punca berbagai masalah kepada negara dan masyarakat tempatan khususnya.
- Soalan tambahan - BN Kalabakan, DAP Kepong

8. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh siap projek menaik taraf Jalan Muar-Tangkak. Mengapa dalam tempoh yang singkat ini keadaan jalan raya mulai rosak. Senaraikan nama kontraktor yang bertanggungjawab dan kos-kos untuk projek ini. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor tersebut. Nyatakan jadual untuk memperbaiki jalan raya tersebut.
- Soalan tambahan - DAP Bakri, BN Ledang

9. Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah pihak Kerajaan bercadang untuk menubuhkan lebih banyak Pusat Rukun Tetangga di kawasan-kawasan luar bandar bagi membantu komuniti setempat dalam pengawalan dan keselamatan masyarakat dan apakah syarat-syarat bagi menubuhkan Pusat Rukun Tetangga tersebut.
- Soalan tambahan - Tamat Sesi soalan

10. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapa ramai pegawai polis berpangkat inspektor akan diambil dalam masa tiga tahun akan datang; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang menaikkan gred inspektor dari B kepada Pegawai Kumpulan A memandangkan kebanyakan dari mereka mempunyai ijazah dari universiti.

11. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah statistik perbandingan di antara pesakit warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan sejak tahun 2005 hingga 2008.

12. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap pelaksanaan klausa Artikel 14 tentang perlindungan hak asasi manusia di bawah Asean Charter.


Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 18 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah peratus kejadian jenayah sepanjang tempoh 2005 hingga 2008 mengikut kes dan kategori umur di Jerai dan Kedah.

Soalan No. 30 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat mewujudkan dualisme dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Soalan No. 42 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah peruntukan untuk Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), bilangan perjawatan dan bilakah semua perjawatan disasarkan akan penuh diduduki.

Soalan No. 46 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah pemantauan dibuat dalam memastikan keberkesanan pemberian subsidi pertanian termasuk bantuan traktor RM28.50/relong, baja organik dan racun serangga Bassa 50 EC (MOSTOX), racun kulat Fujione 40 EC dan racun tikus Tikumen 1000 keluaran ACM kepada petani dalam usaha menjayakan program peningkatan hasil padi ke arah 10 tan/hektar.

Soalan No. 50 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sistem perbankan di Malaysia akan melaksanakan sistem kewangan Islam keseluruhannya kerana kegagalan kewangan kapitalis hari ini membawa kepada krisis kewangan dunia.

Soalan No. 58 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah siasatan dan apakah tindakan terhadap anggota-anggota polis yang disifatkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menggunakan kekerasan yang melampau dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei tahun lalu.

Soalan No. 60 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status pembelian Bank International Indonesia (BII). Berapakah nilai aset bank itu sekarang.

Soalan No. 62 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nama serta syarikat yang menerima pemberian projek kepada 583 kontraktor kelas F melalui Majlis Pengundian Projek Kecil Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009 di Wisma Darul Iman pada 10 Januari lalu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri.

Soalan No. 65 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status runding FTA - Malaysia dan Amerika pada masa ini dan berapakah kos yang telah dikeluarkan bagi membiayai program rundingan yang telah berlarutan sekian lama ini.

Soalan No. 67 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan program pencegahan dadah yang dijalankan di peringkat sekolah menengah.

Soalan No. 68. - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa ramaikah warga tentera yang masih berkhidmat yang menjadi mangsa Skim Cepat Kaya Stromberg dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk mengatasi masalah ini daripada berulang.

Soalan No. 69. - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasionalnya tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat melarang ketua-ketua jabatan agensi persekutuan untuk hadir ke mesyuarat dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - BN Maran (11.32) -Pencelahan - BN Batu Pahat
- Pembahas - DAP Bukit Mertajam (12.00) - Pencelahan - BN Kinabatangan, BN Sekijang
- Pembahas - BN Lanang (12.22) - Pencelahan - DAP Batu Gajah
- Pembahas - PAS Pokok Sena (12.36) - Pencelahan - PAS Sik (12.55)
- Pembahas - BN Jempol (12.59)

Sesi Petang
- Pembahas - BN Jempol, PAS Baling (2.45), BN Gelang Patah, DAP Bukit Gelugor (3.22), BN Batang Sadong, PKR Kuala Langat, BN Ledang.

- Pembahas - PAS Titiwangsa (4.39), BN Kimanis, DAP Rasah, BN Tanjong Manis, PKR Gopeng, BN Labuan, BN Serian,

- Pembahas - PAS Padang Terap (7.28), BN Lipis, Bebas Sepanggar, BN Lawas, PKR Sungai Petani, BN Arau, PKR Indera Mahkota (9.44), BN Tenom, DAP Seremban, BN Jasin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam sehingga 10.00 pagi 26 Februari 2009.

Dewan Rakyat, 24 Februari 2009 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah koperasi dapat meningkatkan taraf hidup ahli-ahlinya.
- Soalan Tambahan - BN Hulu Terengganu, PAS Rantau Panjang (10.11 pagi)

2. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan memandangkan Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengadakan Akta Hubungan Kaum, apakah pendekatan yang akan diambil untuk meneliti semula polisi dan pelaksanaannya yang menjadi halangan perhubungan kaum masyarakat majmuk negara ini.
- Soalan Tambahan - DAP Batu Gajah, BN Arau

3. Dato' Seri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina industri mesra alam atau ‘green economy’ dan memberi insentif khas bagi menggalakkan perkembangan industri tersebut. Industri ini mempunyai potensi pasaran yang besar termasuklah antaranya industri bio-diesel, solar energy, wind turbines, renewable energy dan sebagainya.
- Soalan Tambahan - BN Rompin, PAS Marang (10.33 pagi)

4. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah pendekatan untuk mengoptimumkan proses mengkomersialkan hasil penyelidikan di Institusi Penyelidikan dan IPT:-
(a) senaraikan hasil penyelidikan tersebut; dan
(b) berapa pula hasil yang diperoleh bagi tahun 2006 dan 2007.
- Soalan Tambahan - PKR Bagan Serai, BN Batu Pahat

5. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan faedah kegunaan teknologi TV digital dan bilakah ianya dilaksanakan di seluruh negara.
- Soalan Tambahan - BN Mambong, PKR PadangSerai

6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah hasil cukai lapangan terbang dari tahun 2004 hingga sekarang dan ke manakah hasil tersebut disalurkan.
- Soalan Tambahan - PKR Gombak, PAS Kuala Terengganu (11.01 pagi)

7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah projek yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi perusahaan kolam ikan dan udang secara komersial. Berapakah projek yang masih aktif dan berapakah hasil yang dikeluarkan bagi tempoh 2007-2008. Nyatakan di manakah terdapatnya kolam-kolam dan perusahaan tersebut. Adakah Kementerian berpuas hati di atas prestasinya.
- Soalan Tambahan - BN Langkawi, PKR Machang

8. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana kadar dan keadaan jenayah di negara amnya, di Kuala Lumpur dan daerah Kepong dan Jinjang khasnya. Apakah tahap kerjasama rakyat dan cara-cara untuk mengurangkan pelbagai aduan terhadap jenayah.
- Tidak Hadir

9. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk menaik taraf dan memperkasa Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi menjadikannya sebagai sebahagian daripada kurikulum Kebangsaan.
- Soalan Tambahan - BN Besut, PAS Baling (11.15 pagi)

10. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan membina satu lebuh raya dari Kuang ke Lebuh Raya Koridor Guthrie untuk mengelakkan lori-lori daripada kuari-kuari menggunakan laluan kampung.
- Soalan Tambahan - PKR Selayang

11. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sehingga kini berapakah jumlah sekolah asrama harian bagi masyarakat Orang Asli di negara ini dan apakah tahap kemajuan yang dicapai berbanding dengan sekolah harian biasa.
- Soalan Tambahan -BN Kuala Krau, DAP Batu Kawan

12. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa banyak projek serta peruntukan yang akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Ranau sepanjang tahun 2009.
- Soalan Tambahan - BN Ranau

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 19 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan pilihan raya untuk memilih Ahli Majlis Kerajaan Tempatan (PBT). Jika tidak, berikan alasan-alasan tentang kewajarannya.

Soalan No. 23 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk menurun tahap umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun bagi wanita.

Soalan No. 39 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan perolehan perbelanjaan DBKL mengikut pecahan-pecahan sejak 5 tahun yang lalu. Nyatakan juga pihak yang memantau pengurusan kewangan tersebut.

Soalan No. 51 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memenuhi semua syarat dalam perjanjian dan tidak berlaku sebarang percanggahan dengan apa yang disyaratkan dalam perjanjian untuk membolehkan ia menaikkan tarif air pada bulan April ini.

Soalan No. 53 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah kebakaran yang berlaku di Kedah mengikut daerah dan jumlah kerugian serta berapa jumlah yang diselamatkan oleh Bomba sukarela.

Soalan No. 57 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah siasatan ke atas laporan polis oleh dua wartawan Merdeka Review, Chan Wei See dan Chen Shaua Fui berhubung wang tunai RM300 yang diedarkan kepada beberapa wartawan yang bertugas di pusat media Jabatan Penerangan sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Soalan No. 64 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peratus penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah di Kedah.

Soalan No. 68 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kos pengurusan serta jumlah dan anggota polis yang berkhidmat ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Selangor.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - PSM Sungai Siput - Pencelahan - PAS Kuala Krai (11.46 pagi), BN Batu Pahat, BN Rompin, BN Sri Gading, PKR Padang Serai, PAS Shah Alam (12.18 tengahari)

- Pembahas - BN Bintulu - Pencelahan - BN Kinabatangan, BN Arau, BN Sibuti, DAP Batu Gajah, BN Tuaran

- Pembahas - DAP Batu Gajah - Pencelahan - BN Kinabatangan
- Pembahas - BN Mambong
- Pembahas - BN Simpang Renggam
- Pembahas - DAP Bagan
- Pembahas - BN Tenggara - Pencelahan - BN Arau
- Pembahas - PAS Bachok (4.46 petang) - Pencelahan - BN Rompin, PAS Kuala Krai (5.05 petang)

- Pembahas - BN Tuaran
- Pembahas - PKR Padang Serai - Pencelahan - BN Kuala Krau, BN Arau, BN Kota Belud
- Pembahas - BN Kuala Krau - Pencelahan - BN Kota Belud, PAS Pokok Sena (6.13 petang)
- Pembahas - DAP Kepong - Pencelahan - BN Sekijang, PKR Indera Mahkota
- Pembahas - BN Kota Belud - Pencelahan - DAP Telok Intan, BN Maran
- Pembahas - PAS Kubang Kerian (7.21 malam)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.40 malam sehingga 10.00 pagi 25 Februari 2009.

Tuesday, February 24, 2009

Dewan Rakyat - 23 Februari 2009 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha mengaktifkan semula anggota bomba sukarela di setiap kawasan Parlimen; dan
(b) adakah pihak Kementerian bercadang untuk memberi elaun dan insurans perlindungan kepada mereka.
- Soalan Tambahan - BN Sri gading, PAS Pendang (10.11 pagi).

2. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang meminda Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk untuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut Agama Islam yang hendak tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam).
- Soalan Tambahan - PKR Kulim Bandar Baru (10.22 pagi), BN Kinabatangan.

3. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah untuk meramaikan usahawan kecil dan sederhana dalam industri asas tani terutama di kawasan luar bandar serta insentif dan latihan perniagaan yang diberi berserta jumlah usahawan dan peruntukan yang telah dan akan disalurkan.
- Soalan Tambahan - BN Pontian, PKR Sungai Petani

4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah keseluruhan perbelanjaan dan peruntukan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum 2008 dan Pilihan Raya Kecil (P044) Permatang Pauh dan (P036) Kuala Terengganu yang lalu.
- Soalan Tambahan - PKR Indera Mahkota (10.39 pagi)

5. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan memandangkan negara ini masih belum mencapai matlamat ‘the last mile’ yang disasarkan dalam pelaksanaan Dasar Jalur Lebar (Broad Band). Apakah sebabnya dan berapa jumlah syarikat yang diberi lesen untuk jalur lebar sehingga akhir
2008.
- Soalan Tambahan - BN Padang Besar, DAP Kepong

6. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan bahawa agensi dan institusi milik Kerajaan yang berkepentingan sosial tidak dijual kepada pihak swasta seperti Institut Jantung Negara (IJN) pada masa akan datang.
- Soalan Tambahan - PAS Pokok Sena (10.56 pagi, PAS Kubang Kerian (11.00 pagi)

7. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasionalnya pelaksanaan konsep “private financing initiatives” (PFI) apabila sokongan dan sumbangan kewangan Kerajaan masih diperlukan bagi menjayakan projek swasta seperti pembinaan lapangan terbang baru di Labu.
- Soalan Tambahan - BN Jerlun, PKR Machang (11.08 pagi)

8. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan pekerjaan hari ini di Malaysia semakin kompetitif, manakala bilangan graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian semakin meningkat. Apakah usaha Kerajaan agar graduan ini dapat berdikari atau menjadikan dunia global sebagai pentas mereka
mencari pekerjaan.
- Soalan Tambahan - PKR Hulu Selangor, DAP Batu Kawan

9. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan berkuasa untuk menetapkan piawaian perakaunan yang digunakan oleh syarikat di negara ini dan jelaskan sama ada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah diberikan pengecualian dari melaporkan akaun mereka dari menggunakan piawaian antarabangsa terutamanya mengenai nilai aset. Berikan sebabnya, jika ada.
- Soalan Tambahan - BN Pulai, DAP Bagan

10. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah rebat petrol yang telah dibayar kepada pemilik-pemilik kenderaan yang berjaya memperbaharui cukai jalan setakat 31 Januari 2009 yang diuruskan oleh Pos Malaysia Berhad dan berapakah kes penipuan yang dapat dikesan.
- Soalan Tambahan - DAP Bukit Bintang, BN Ledang

11. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian membuat perancangan untuk membina Pusat Latihan Sukan bagi Orang Kurang Upaya di negara ini.
- Soalan Tambahan - BN Sekijang

12. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sebab syarikat Airport Limosin Malaysia menyewakan teksi KLIA dengan harga yang mahal sebanyak RM 166 setiap hari. Manakala sewa teksi bandar hanya RM60 setiap hari untuk kenderaan yang sama. Apakah tindakan yang akan diambil supaya nasib pemandu teksi KLIA dapat dipelihara.
- Soalan Tambahan - DAP Petaling Jaya Utara

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.

Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 14 - Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan Dana Khas dari wang royalti petroleum oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk tempoh 2000 hingga 2008. Sila nyatakan nama projek berkenaan dan di mana perbelanjaan itu dibuat.

Soalan No. 16 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan bilangan kilang amang yang masih beroperasi dan kilang baru yang akan beroperasi. Adakah Kementerian meletakkan syarat-syarat ketat terutama dari segi pelupusan sisa radioaktif dan sumbangan wajib sebanyak 1% dari keuntungan mereka untuk tabung R&D sebagaimana syarat dikenakan kepada IPP.

Soalan No. 59 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan yang diterima oleh CEO-CEO, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah 20 GLC terbesar di bawah Khazanah Nasional Berhad.

Soalan No. 61 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan nisbah siaran bentuk keagamaan, pendidikan dan hiburan di radio dan televisyen kendalian Kerajaan dan swasta.

Soalan No. 63 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah produk hasil buatan Bumiputera Malaysia yang menembusi pasaran antarabangsa, ke negara mana dan peratus yang menembusi pasaran negara OIC.

Soalan No. 75 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menswastakan pengurusan kebersihan sungai-sungai yang dikelaskan sebagai sangat tercemar.

Soalan No. 76 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah barang keperluan yang harganya telah diturunkan berikutan kejatuhan harga minyak serta nyatakan nama barang-barang tersebut.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - BN Seri Gading - Pencelahan - BN Batu Pahat, PAS Titiwangsa (11.45 pagi), DAP Batu Gajah, BN Maran, BN Kinabatangan

- Pembahas - PKR Lembah Pantai - Pencelahan - PKR Kuala Kedah, PAS Sik (12.20 tengahari), PKR Indera Mahkota

- Pembahas - BN Kalabakan - Pencelahan - BN Putatan, PAS Kuala Terengganu (12.50 tengahari), PAS Titiwangsa (12.52 Tengahari), DAP Batu Gajah

Sesi petang - BN Kalabakan - Pencelahan - BN Putatan, DAP Segambut, BN Kinabatangan,

- Pembahas - DAP Ipoh Barat - Pencelahan - BN Putatan, BN Bintulu, PKR Padang Serai, PAS Kota Raja (3.22 petang), DAP Batu Kawan, BN Padang Besar, PKR Indera Mahkota, PKR Gombak, BN Kota Belud, BN Rompin, PKR Kuala Krai (3.55 petang), PAS Kota Raja (4.00 petang), PKR Gombak, DAP Bukit Gelugor, BN Rompin, PKR Padang Serai, BN Batu Pahat

- Pembahas - BN Putatan - Pencelahan - DAP Kepong, BN Tuaran, BN Maran, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah

- Pembahas - PKR Gombak - Pencelahan - PKR Kuala Kedah, PAS Sik (5.10 petang), PAS Titiwangsa (5.13 petang), BN Labis, BN Mambong, BN Batu Pahat, DAP Rasah, PKR Machang

- Pembahas - Bebas Tawau

- Pembahas - BN Ranau

- Pembahas - PAS Jerai (6.56 petang)

- Pembahas - BN Sarikei

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.30 malam sehingga 10.00 pagi 24 Februari 2009.

Sunday, February 22, 2009

Dewan Rakyat - 19 Februari 2009

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) bilangan geran, insentif dan pinjaman yang diberikan kepada syarikat dan individu yang mempromosikan tenaga boleh diperbaharui dan jumlah bilangan syarikat yang diluluskan permohonan; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mempromosi dan menggunakan teknologi tenaga boleh diperbaharui untuk menggantikan tenaga fosil dalam masa terdekat.
- Soalan Tambahan - BN Kulai, DAP Kepong

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan dalam cadangan pembinaan LCCT baru (KLIA-East) di Labu Negeri Sembilan, sejauh mana cadangan ini mengambil kira kesesuaian berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Soalan Tambahan - PKR Machang (10.18 pagi), BN Kinabatangan

3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sebagai sebuah negara yang pernah menjadi Pengerusi OIC, sejauh manakah kejayaan Malaysia dalam mempengaruhi negara-negara Islam dunia untuk mewujudkan pakatan ketenteraan negara-negara Islam dalam mempertahankan kedaulatan negara-negara
tersebut.
- Soalan Tambahan - BN Maran, PAS Padang Terap (KLIK) (10.30 pagi)

4. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan sepertimana yang telah wujud di lain-lain negara, memandangkan sejak akhir-akhir ini banyak isu yang menyentuh asas Perlembagaan Negara dan jika ada kes Perlembagaan ianya wajar pembicaraan diadakan di dalam Mahkamah Perlembagaan.
- Soalan Tambahan - Bebas Pasir Mas, BN Batu Pahat

5. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) usaha Kerajaan dalam memastikan harga komoditi kelapa sawit pada tahap tinggi; dan
(b) langkah-langkah serta insentif Kerajaan dalam membantu
pekebun-pekebun kecil menghadapi penurunan harga kelapa sawit.
- Soalan Tambahan - BN Kinabatangan, PAS Jerai (KLIK) (10.52 pagi)

6. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah usaha Kerajaan bagi memastikan produk usahawan Bumiputera Muslim dapat dipasarkan meluas di pasaran Kedai Mesra Petronas di seluruh Negara.
- Soalan Tambahan - PAS Baling (KLIK) (10.56 pagi), BN Sekijang

7. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kerangka strategi Kerajaan untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang dan sekali gus membolehkan bank dan kewangan Islam memainkan peranan yang lebih bermakna sejajar dengan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) yang meminta Kerajaan menyegerakan pelaksanaan penggunaan dinar emas.
- Soalan Tambahan - BN Arau, PAS Kuala Selangor (KLIK) (11.07 pagi)

8. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan statistik kematian kemalangan jalan raya di Sabah sejak tahun 2003 berbanding statistik di Semenanjung akibat tidak memakai tali pinggang tempat duduk belakang.
- Soalan Tambahan - DAP Kota Kinabalu, BN Pontian

9. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan sejak tahun 2004 untuk membela nasib negara-negara Dunia ketiga dan negaranegara selatan seperti yang dilakukan sebelum ini.
- Soalan Tambahan - BN Jerlun, PAS Kuala Krai (KLIK) (11.25 pagi)

10. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Antarabangsa (FTA) di antara Amerika dan Malaysia dan sejauh manakah Kerajaan serius dalam penangguhan seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian berkaitan baru-baru ini. (KLIK)

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.
Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 16 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk menghalang kenaikan harga barangan asas seperti gula, tepung dan sebagainya.

Soalan No. 24 - Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berkaitan projek Satu Kawasan Parlimen Satu Pusat Internet Untuk Komuniti, apakah perkembangannya setelah ia dilancarkan.

Soalan No. 26 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan Negara-negara Islam adalah pelanggan utama Syarikat Pengeluar Senjata Amerika Syarikat. Adakah Malaysia sebagai salah sebuah Negara anggota OIC berhajat untuk mempelopori kempen memboikot pembelian senjata dari syarikat USA ini.

Soalan No. 32 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah mekanisme yang diguna pakai pihak Kementerian dalam menentukan pemilihan mereka yang layak mendapat bantuan kebajikan masyarakat.

Soalan No. 36 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah ada langkah-langkah penjimatan yang dilaksanakan dalam menjalankan aktiviti Kementerian dan jika ada, nyatakan jumlah penjimatan dan adakah ianya tidak menjejaskan mutu dan keberkesanan program Kementerian.

Soalan No. 42 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan pelan induk Kementerian dalam menangani masalah pengangkutan awam di Kuala Lumpur bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

Soalan No. 44 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah selepas berlaku pengasingan Telekom Malaysia Berhad kepada TM Internasional dan Telekom Malaysia, “combine market capitalisation” kedua-dua syarikat tersebut begitu rendah dibandingkan dengan apa yang dijanjikan dalam prospektus demerger dan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan kemajuan Telekom Malaysia memandangkan akibat demerger, Telekom Malaysia hanya mempunyai Infrastruktur talian tetap yang umumnya “non growth business”.

Soalan No. 60 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah rampasan barangan makanan yang telah dirampas sepanjang tahun lalu kerana melanggar akta makanan dan apakah jenis perlanggaran tersebut, seperti melamin, formalin dan trans fat.

c. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - BN Batu Pahat - Pencelahan - PKR Machang (KLIK) (11.47 pagi), BN Pasir Salak, Bebas Pasir Mas, PAS Bachok (12.48 tengahari)

- Sesi Petang - PKR Permatang Pauh (KLIK) (2.33 petang) - Pencelahan - BN Batu Pahat, BN Kinabatangan, PKR Machang (3.10 petang), PAS Shah Alam (3.17 petang), PAS Titiwangsa (3.21 petang), PKR Gombak, BN Pasir Salak, PKR Padang Serai

- Pembahas - Bebas Pasir Mas - Pencelahan - PKR Padang Serai, BN Pasir Salak

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang sehingga 10.00 pagi 23 Februari 2009.

Wednesday, February 18, 2009

Dewan Rakyat - 18 Februari 2009

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat
a. Doa
b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah hanya 2 agen sahaja yang dibenarkan memasang tali pinggang keledar kerusi belakang kereta di Sarawak sehingga menyebabkan tuan punya terpaksa menunggu selama 10 bulan atau dalam tahun 2010 sedangkan ini adalah keselamatan pengguna.
- Soalan Tambahan - BN Limbang, PAS Kubang Kerian (10.07 pagi)

2. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah perbelanjaan keseluruhan yang digunakan untuk pasukan polis yang terlibat dalam pilihan raya di Kuala Terengganu; dan
(b) senaraikan kes rusuhan dan keganasan yang berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
- Soalan Tambahan - PKR Tanah Merah, BN Batu Pahat.

3. Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan projek jalan raya dalam kawasan Parlimen Papar yang sudah disenaraikan bagi tahun 2008 tetapi tidak dilaksanakan. Bolehkah Kementerian menjelaskan mengapakah projek ini gagal dilaksanakan.
- Soalan Tambahan - BN Papar, BN Sri Gading

4. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang dibayar kepada Anggota Suruhanjaya Pilihan raya, SUHAKAM, Penambahbaikan Polis, Pelantikan Hakim dan Pencegahan Rasuah dalam setahun.
- Soalan Tambahan - PAS Pendang (10.34 pagi), DAP Bukit Gelugor.

5. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah pencapaian projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di seluruh negara mengikut negeri. Berapa banyakkah peruntukan yang telah dibelanjakan.
- Soalan Tambahan - BN Bukit Katil

6. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan langkahlangkah yang diambil untuk menggalakkan usahawan tempatan menggantikan rangkaian pemasaran yang berkaitan Yahudi di negara ini.
- Soalan Tambahan - PAS Pasir Puteh (11.00 pagi), Bebas Pasir Mas.

7. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi dan langkah bagi meningkatkan tahap pelaburan domestik yang secara relatifnya rendah berbanding kadar simpanan domestik, terutama bagi projek atau pelaburan yang mempunyai kesan
gandaan (multiplier effect) dan penjanaan pekerjaan yang tinggi.
- Tidak Hadir

8. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan berapakah kos yang dikeluarkan oleh Kerajaan di dalam program penghantaran pasukan tentera untuk menyertai Pasukan Pengaman di Lubnan, Somalia, Sudan dan Kemboja dan syarikat manakah yang mendapat projek untuk membekalkan peralatan dan keperluan yang berkaitan.
- Soalan Tambahan - PKR Indera Mahkota (11.08 pagi), PAS Kuala Krai (11.08 pagi)

9. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah pemegang konsesi lebuh raya mematuhi syarat memperuntukkan 25 peratus daripada kutipan tol mereka bagi tujuan penyelenggaraan. Apakah Kerajaan berhak memantau dan mengambil tindakan terhadap cara mereka membelanjakan pendapatan daripada kutipan tol tersebut.
- Soalan Tambahan - BN Batu Pahat, PKR Lembah Pantai

10. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengurangkan caj permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia untuk orang ramai dan menetapkan kadar yang lebih murah untuk warga tua. Nyatakan jumlah kutipan caj bagi tahun 2007 dan 2008.
- Soalan Tambahan - DAP Batu Gajah, BN Arau

11. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah projek perumahan yang terjejas akibat daripada kelembapan ekonomi global. Minta kementerian memberi stastik projek-projek ini mengikut negeri.
- Soalan Tambahan - BN Alor Gajah, BN Kuala Krau

12. Dato' Haji Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan bagi mempertimbangkan projek berimpak tinggi dan apakah kesan penubuhan jawatankuasa tersebut dalam meningkatkan daya tarikan bagi mendapatkan agihan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI).

Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.

Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 18 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah bilangan kakitangan Pendidikan (Guru) yang berada pada tingkat Jawatan DG.52 ke atas di sekolah-sekolah seluruh negara. Berikan juga bilangan pegawai PTD/JPA yang ditempatkan di KPM, JPN dan PPD mengikut kategori jawatan yang ada.

Soalan No. 22 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah alasan pihak polis menggeledah rumah aktivis pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) selama satu setengah jam merampas dua komputer riba milik dua mahasiswi yang berada di rumah tersebut.

Soalan No. 26 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah badan profesional seperti SIRIM untuk mengeluarkan sijil Halal yang tunggal.

Soalan No. 30 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang memberi anjakan gaji kepada guru-guru atau pegawai pelajaran yang memiliki ijazah sarjana atau Doktor Falsafah untuk mengangkat martabat industri pendidikan negara kita.

Soalan No. 34 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengawal keterlibatan pekerja asing dalam kegiatan jenayah di negara ini.

Soalan No. 40 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah nilai kehilangan sebenar (real losses) yang dialami oleh Malaysia akibat daripada keadaan kelembapan ekonomi semasa untuk tempoh 2007 hingga 2008.

Soalan No. 42 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah peranan, kajian dan pandangan yang dibuat Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri mengenai cadangan penjualan Institut Jantung Negara (IJN) dan cadangan pembinaan satu lagi Terminal Penerbangan Kos Rendah
(LCCT) di Labu, Negeri Sembilan.

Soalan No. 48 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha terkini dalam menangani masalah hotel-hotel yang tiada sijil Halal. Adakah Kerajaan akan mengeluarkan arahan agar program-program Kerajaan hanya dibuat di Hotel-hotel yang mendapat sijil Halal sahaja.

Soalan No. 58 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kerajaan menimbang untuk memberi elaun sara hidup kepada pekebun-pekebun kecil getah seperti yang diberi kepada nelayan, jika tidak mengapa.

Soalan No. 60 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan ciri-ciri proses kenaikan pangkat guru-guru sekolah di seluruh negara.

Soalan No. 65 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kejayaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang telah di naik taraf sama dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sejak ia mula dilaksanakan dan nyatakan peratus kejayaan di peringkat mumtaz, jayyid jiddan, jayyid serta makbul dan peratus gagal.

Soalan No. 67 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah ibu tunggal di seluruh negara dan berapakah jumlah yang berdaftar dengan JKM berakhir 2008 dan jumlah yang menerima bantuan serta bentuk-bentuk bantuan yang diterima. Berapa peratus daripada mereka yang kini tidak lagi bergantung dengan bantuan JKM.

Soalan No. 68 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan rancangan Kerajaan dalam memastikan kepentingan pengguna dipelihara dalam keadaan ekonomi yang meleset.

Soalan No. 72 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) adakah Industri Automotif masih menjadi agenda penting yang perlu dipertahankan; dan
(b) sejauh manakah Plan Induk Automotif (AMP-Automotive Master Plan) dapat membantu memangkinkan Industri Automotif Malaysia.

d. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - PAS Tumpat (11.32 pagi) - Pencelahan - PAS Pendang (11.45 pagi)

- Pembahas - BN Kinabatangan - Pencelahan - PAS Pokok Sena (11.54 pagi), PAS Pengkalan Chepa (12.04 tengahari), PAS Kuala Krai (12.07 tengahari), BN Pasir Salak, BN Batu Pahat

- Sesi Petang - BN Kinabatangan

- Pembahas - PAS Marang (2.41 petang) - Pencelahan - BN Pasir Salak, PAS Sik (3.09 petang)

- Pembahas - BN Pontian - Pencelahan - DAP Klang, BN Lipis

- Pembahas - DAP Ipoh Timur, BN Batu Pahat - Pencelahan - PAS Sik (KLIK) (4.49 petang), PAS Shah Alam (KLIK) (5.03 petang), BN Kota Belud, PAS Kuala Selangor (KLIK) (5.10, 5.19, 5.30 petang)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang sehingga 10.00 pagi 19 Februari 2009.

Tuesday, February 17, 2009

Dewan Rakyat - 17 Februari 2009

Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat

a. Doa
b. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mengangkat Sumpah

c. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan

1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi penurunan indeks negara dalam menangani gejala rasuah; dan

(b) mengapakah indeks ini terus menurun berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
- Soalan Tambahan - BN Putatan, PAS Marang (10.20 pagi)

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perancangan Kerajaan dalam menangani pemberhentian dan pengurangan peluang pekerjaan berikutan pengecilan operasi, penutupan dan perpindahan kilang-kilang ke negara lain akibat kelemahan permintaan barangan di negara-negara maju. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menjana peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia.
- Soalan Tambahan - PKR Permatang Pauh (10.31 pagi), BN Kalabakan

3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNAmenyatakan :-
(a) adakah kursus pemantauan harga barang makanan yang telah dianjurkan kepada pihak NGO oleh pihak Kementerian benar-benar berkesan; dan

(b) apakah langkah-langkah atau cadangan-cadangan masa depan pihak Kementerian dalam meningkatkan persaingan harga komoditi dan barang-barang makanan dalam pasaran.
- Soalan Tambahan - BN Bintulu, PKR Indera Mahkota (10.45 pagi)

4. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan alasan bagi kegagalan menangani ‘epidemic’ wabak denggi dan chikungunya sejak tahun lepas yang mencatat rekod tinggi jumlah kes dan kematian denggi dan sama ada wujudnya perang habis-habisan terhadap denggi.
- Soalan Tambahan - DAP Ipoh Timur, BN Mabong

5. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang sedang dan perlu diambil untuk mengelakkan atau meminimumkan kesan buruk daripada fenomena 'global financial meltdown' serta 'reccession' yang sudah mulai dialami di Malaysia sekarang.
- Soalan Tambahan - BN Kapit, PAS Bachok (11.20 pagi)

6. Dato' Kamaruddin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian telah mengambil kira pandangan dan desakan NGO-NGO daripada semua kalangan supaya Kerajaan menarik balik dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
- Soalan Tambahan - PAS Tumpat (11.31 pagi), BN Kinabatangan

- Usul BN Kota Tinggi


Aturan Urusan Mesyuarat (aum) lengkap, SILA KLIK.

Antara soalan-soalan MP PAS yang dijadual hari ini yang dijawab secara bertulis adalah seperti berikut:

Soalan No. 6 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian telah mengambil kira pandangan dan desakan NGO-NGO daripada semua kalangan supaya Kerajaan menarik balik dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Soalan No. 10 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan projek cari-cari yang telah dijalankan mengikut negeri dan daerah serta nyatakan juga hasil dari program tersebut.

Soalan No. 40 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan jumlah rakyat yang mendapat faedah hasil daripada pengecualian bayaran kadar bil elektrik RM20.00 ke bawah.

Soalan No. 41 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sebab-sebab mengapa arahan dikeluarkan supaya Ketuaketua Jabatan Persekutuan di Perak memboikot mesyuarat anjuran Kerajaan Negeri; dan
(b) sama ada arahan dibuat di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain.

Soalan No. 46 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sejauh manakah kawalan dan pemantauan dibuat terhadap terjemahan ke dalam Bahasa Melayu dalam rancangan-rancangan terbitan Astro.

Soalan No. 53 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan status proses pengambilalihan aset air milik Kerajaan negeri oleh Pengurusan Aset Air Bhd. dan apakah mekanisme pembiayaannya.

Soalan No. 57 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan strategi Kementerian untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh penoreh getah terutama pekebun kecil yang berhadapan dengan penurunan harga getah yang begitu mendadak. Adakah pihak
Kementerian bercadang untuk memberi apa-apa insentif seperti yang dinikmati golongan nelayan.

Soalan No. 74 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah projek-projek kemajuan yang dimajukan oleh RISDA dan FELCRA di Kelantan dari segi luas kawasannya dan syarikat-syarikat yang memajukan sama ada projek RPT dan RKT.

d. Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

- Pembahas - BN Muar - Pencelahan - BN Batu Pahat, PAS Shah Alam (12.00, 12.14, 12.26,12.48 tengahari), DAP Bukit Mertajam, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau.

- Sesi Petang - BN Muar, BN Putatan, PAS Kota Raja (2.53 petang), DAP Beruas, PAS Titiwangsa, PKR Indera Mahkota, BN Kinabatangan, PAS Shah Alam, PAS Kuala Krai (3.21 tengahari), PKR Kuala Langat, DAP Jelutong, BN Arau, BN Kinabatangan.

- Pembahas - BN Kampar - Pencelahan - DAP Bukit Gelugor, PKR Indera Mahkota, BN Mabong.

- Pembahas - PAS Tumpat (5.21 petang) - Pencelahan - PAS Kuala Krai (5.24 petang).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang sehingga 10.00 pagi 18 Februari 2009.

Dewan Rakyat bersidang mulai 16 Februari hingga 19 Mac 2009

Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat, Penggal Kedua Parlimen ke 12 akan mula bersidang pada 16 Februari dan akan berakhir pada 19 Mac 2009.

Perasmian Pembukaan Penggal Kedua Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, pada 16 Februari 2009.

Sementara Dewan Negara pula akan mulai bersidang mulai 30 Mac hingga 8 April 2009

Setiap sidang bermula jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis.Siaran langsung Dewan Rakyat melalui laman ini.

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008