Thursday, December 25, 2008

Dewan Negara - 23 Disember 2008 (Selasa)

Doa
Setiausaha: Mengangkat Sumpah

Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkahlangkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah kelemahan sistem pengedaran sedia ada yang telah menyebabkan barangan perlu yang dikawal harga dan diberi subsidi oleh Kerajaan (contohnya beras hancur 15%) tidak sampai kepada golongan sasaran terutama rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

2. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah geran penyelidikan yang telah diberikan dan dibelanjakan oleh 10 IPTA terkemuka dalam negara dari tahun 2004 hingga 2008 untuk menggalakkan inovasi dan penyelidikan ilmiah di kalangan mahasiswa dan pensyarah tempatan mengikut bidang.

3. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah peranan yang disumbang oleh negara kita sebagai ahli United Nation Millenium Development bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di rantau ini.

4. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Pakar Geologi tempatan mengenai kesan gempa bumi di kawasan Janda Baik, Bentong kepada masyarakat tempatan dan juga sekitarnya seperti ke atas ibu kota Kuala Lumpur pada jangka masa panjang dan apakah proses pembinaan terowong sejauh 44.5km merentasi Banjaran Titiwangsa untuk tujuan projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor sedikit masa lagi akan memburukkan lagi tahap gegaran gempa.

5. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai cadangan untuk menggunakan Kolej Kominiti untuk melatih graduan yang masih menganggur dengan menjalankan kursus-kursus kemahiran tambahan.

6. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional mencantumkan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang telah pun di bawah bumbung PNB serta KPI dan sasaran yang telah dan hendak dicapai melalui percantuman tersebut termasuk kos yang ditanggung dan apakah implikasinya jika percantuman tersebut tidak dibuat.

7. Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan projek-projek pembangunan secara holistik yang telah dirancang di Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Utara dan Wilayah Ekonomi Timur. Apakah kesan ketara yang boleh dijadi "role model" pembangunan Orang Asli jangka panjang dalam pembangunan sosio-ekonomi, pendidikan dan budaya masyarakat Orang Asli sehingga ke peringkat global.

8. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah murid-murid yang telah berjaya khatam al-Quran melalui program j-Qaf memahami maksud ayat-ayat yang dibaca.

9. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan meletakkan perjawatan imam dan bilal masjid ke dalam skim Kerajaan bagi membolehkan mereka dibayar gaji bulanan seperti kakitangan Kerajaan yang lain.

10. Dato' Hajah Siti Rokiah binti Mohd Zabidin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pihak Kerajaan tidak bercadang untuk membela kebajikan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di SKJ (Cina) dan SJK (Tamil) sebagai subjek kritikal bagi memperoleh bayaran insentif sebagaimana yang diperolehi oleh guru-guru Bahasa Inggeris.

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), sila klik.

2. Perbahasan Rang Undang-undang:
i. Rang Undang-Undang-Undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2008 (DR 27/2008, sila klik)
ii. Rang Undang-Undang Pencen (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 22/2008, sila klik)
iii. Perbahasan Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 23/2008, sila klik)
iv. Perbahasan Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2008. (DR 24/2008, sila klik)
v. Perbahasan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 25/2008, sila klik)

..... LAGI akan menyusul

Tuesday, December 23, 2008

Dewan Negara - 22 Disember 2008 (Isnin)

Doa
Setiausaha: Mengangkat Sumpah

Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan:
1. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah Kerajaan perlu memberi garis panduan dan kod etika kepada komuniti bloggers bagi memastikan tidak ada yang berlebihan dipaparkan di laman-laman internet yang menyalahi undang-undang dan menganiayai orang lain.

2. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian membuat kajian ke atas kesan kesihatan menggunakan beg-beg dan bekas plastik (Poly-ethylene) untuk mengisi makanan dan minuman yang panas oleh penjaja. Adakah Kementerian bercadang untuk menggalakkan penjaja menggunakan bekas dan beg yang bermutu
'food-grade'.

3. Tan Sri Datuk (Dr.) Jins bin Shamsudin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk meminda Akta KWSP untuk mewajibkan majikan (Penerbit) mencarum kepada karyawan filem, termasuk pelakon yang bekerja secara kontrak atau sambilan, untuk simpanan masa tua mereka.

4. Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah penguatkuasaan dan tindakan undang-undang terhadap pencerobohan pembalak di kawasan Hutan Simpanan Kekal.

5. Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan memandangkan harga barangan naik secara mendadak akibat ekonomi yang tidak stabil, adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk mengkaji semula gaji pekerja-pekerja ladang di bawah perjanjian di antara MAPA dan NUPW.

Aturan Urusan Mesyuarat, sila klik.

Dewan Negara - 18 Disember 2008 (Khamis)

Doa
Setiausaha: Mengangkat Sumpah

Setiausaha: pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab lisan:
1. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian bagi membantu pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memasarkan barangan dan hasil produk
mereka di pasaraya-pasaraya utama dan hypermarket di negara ini.

2. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan akibat kurangnya penguatkuasaan, sebahagian besar daripada sisa pepejal dan toksik dari industri di negara ini dibuang merata-rata termasuk di tempat pelupusan
sampah. Apakah langkah-langkah Kerajaan bagi mengatasi masalah ini.

3. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan setakat ini berapa banyakkah menara pemancar telekomunikasi yang telah dipasang di kawasan luar bandar dalam usaha meningkatkan perkhidmatan telefon
selular.

4. Dato' Hajah Samsiah binti Samsudin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dijalankan bagi memastikan tenaga pengajar di Institut Pengajian Guru (IPG) mempunyai kelulusan peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

5. Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah berlakunya kelewatan menyiapkan kemudahan kereta api "Double Rail Elektronik" antara Ipoh-Kuala Lumpur. Projek ini telah dijadualkan siap pada Jun 2007 tetapi kini hanya boleh disempurnakan pada tahun 2010.

Aturan Urusan Mesyuarat, sila klik.

Monday, December 22, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 18 Disember 2008 (Khamis)

Doa
1. Setiausaha: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
i. Perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2008. (DR 14/2008, sila klik)

ii. Perbahasan Rang Undang-Undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008. (DR 15/2008. sila klik)
iii. Perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008. (DR 19/2008).
iv. Perbahasan Rang Undang-Undang Orang-Orang Papa (Pindaan) 2008. (DR 18/2008)

v. Perbahasan Rang Undang-Undang Makanan Haiwan 2008 (DR 20/2008)
iv. Perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008 (DR 26/2008)
vii. Perbahasan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008 (DR 28/2008)
viii. Perbahasan Rang Undang-Undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 (DR 30/2008)
ix. Perbahasan Rang Undang-Undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 (DR 29/2008)

Ditangguhkan ke Mesyuarat akan datang.

2. Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh DAP Kuching.


3. Perbahasan Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 22/2008, sila klik)

1) Menteri di Jabatan Perdana Menteri membaca Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) (No.2) 2008.
-Pembahas - DAP Ipoh Barat (10.20), Bebas Pasir Mas (10.32), BN Pasir Salak (10.50), PKR Machang (11.18), BN Pontian (11.41), PAS Kubang Kerian (11.50), BN Batang Sadong (12.02), PKR Permatang Pauh (12.08), BN Sekijang (12.40), PKR Balik Pulau (12.55)

Sesi Petang - PKR Balik Pulau (2.32), BN Maran (2.35), PAS Titiwangsa, DAP Kota Melaka,

Jawapan Menteri - Bebas Pasir Mas, PAS Titiwangsa, PAS Kota Raja (3.50), DAP Kota Malaka, PAS Kota Raja (3.50), Bebas Pasir Mas.

Usul Pembangkang- DAP kuching, PKR Kuantan, DAP Telok Intan.

Kerajaan - BN Kota Belud, BN Bintulu, BN Seri Gading, BN Arau, BN Sibuti, BN Kinabatangan

Jawapan Menteri

4. Perbahasan Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 23/2008, sila klik)

5. Perbahasan Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2008. (DR 24/2008, sila klik)

6. Perbahasan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2008. (DR 25/2008, sila klik)

Aturan Urusan Mesyuarat lengkap, SILA KLIK

..... LAGI akan menyusul

Thursday, December 18, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat - 17 Disember 2008

Doa

1. Menyambung Perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008. (DR 27/2008, sila klik).

- Pembahas - PKR Selayang (10.05 pagi),PKR Permatang Pauh (10.21), BN Pasir Salak, BN Batu Pahat (10.56), PKR Machang, DAP Bukit Gelugor (11.13), BN Rembau (11.50), DAP Ipoh Timur (12.10), BN Tuaran (12.25), PAS Shah Alam (12.42)

-Sesi Petang - DAP Puchong (2.30), BN Batang Sadong (3.13), Bebas Tawau (3.23), BN Jerlun (3.32), PAS Kuala Selangor (3.47), BN Kimanis (3.58), PKR Padang Serai (4.15), Ipoh Barat (4.31/point of order)

-Jawapan Menteri - DAP Bukit Gelugor (4.39), PKR Permatang Pauh (4.41), DAP Ipoh Timur (4.49)

Aturan Urusan Mesyuarat lengkap, SILA KLIK

..... LAGI akan menyusul

Wednesday, December 17, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 16 Disember 2008 (Selasa)

Doa
1. Rang Undang-undang bacaan kali pertama
a. Menteri di Jabatan Perdana Menteri membentang Rang Undang-undang perlindungan saksi 2008.

2. Perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. (DR 21/2008, sila klik).

- Pembahas, pagi- PAS Pengkalan Chepa (video klip) (10.05), BN Labis (10.20), PKR Batu (10.33), BN Maran (10.45), DAP Bandar Kuching (11.02), PAS Kuala Selangor (video klip) (11.16) PKR Padang Serai (11.37), PAS Pendang (video klip) (11.50), DAP Rasah (12.07), PKR Balik Pulau (12.20), DAP Ipoh Barat (12.36), PKR Indera Mahkota (12.47)

Menteri menggulung (2.30 petang) - DAP Ipoh Timur, [PKR Gombak, PKR Subang, PKR Permatang Pauh (video klip), [PAS Kuala Selangor, PAS Pokok Sena (video klip)], PKR Subang, [PAS Pokok Sena, PKR Batu, DAP Ipoh Timur, PAS Pokok Sena (video klip)], [PAS Pokok Sena, DAP Ipoh Timur, [PAS Kuala Krai, Bebas Pasir Mas, (video klip)], BN Rompin, PKR Subang, DAP poh Timur, [PKR Machang, (4.39), (video klip), DAP Ipoh Barat, DAP Rasah.

- Peringkat Jawatankuasa - [DAP Ipoh Timur (Fasal 5), PKR Permatang Pauh (5.15)(video klip)], Bebas Pasir Mas, [PAS Kubang Kerian, (5.35) PAS Pokok Sena (video klip)], DAP Kepong, PKR Subang,

PKR Subang (Fasal 11)(5.55), PAS Kuala Selangor (6.00), DAP Ipoh Timur (fasal 14), DAP Kepong, BN Kota Belud (6.22), BN Padang Rengas (6.26), PKR Subang (6.28), DAP Ipoh Timur (6.31), PAS Tumpat (video klip) (6.32), BN Kota Belud (6.35), PKR Subang (6.36), BN Kota Belud (6.38), BN Padang Rengas (6.30), PKR Batu (6.40)

DAP Ipoh Timur (Fasal 16) (video klip) (6.42), PKR Permatang Pauh (video klip) (6.50), PAS Kuala Selangor (video klip) (6.57), DAP PJ Utara (6.58), PKR Indera Mahkota, BN Padang Rengas (7.03), DAP Ipoh Timur (7.10), DAP Kepong (7.12), BN Padang Rengas (7.15), DAP Subang (7.18), BN Padang Rengas (7.26), DAP Subang (7.28), BN Padang Rengas (7.26, 7.30)

3. Perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008. (DR 27/2008, sila klik).

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri membentang Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 (7.57) -

Pembahas - Bebas Pasir Mas (8.00), BN Kuala Krau, BN Putatan (8.50), DAP Ipoh Barat (8.55), PKR Wangsa Maju (video klip) (9.30), PAS Kuala Krai, BN Ranau (10.00), PAS Pokok Sena (video klip) (10.14), BN Ledang (10.33), PAS Kubang Kerian (video klip) (10.41), DAP Telok Intan (10.53), PAS Shah Alam (video klip) (11.16), PKR Selayang (11.28 malam)

Aturan Urusan Mesyuarat lengkap, SILA KLIK,

Majlis mesyuarat ditamatkan pada Jam 11.30 malam dan disambung pada jam 10 pagi 17 Disember 2008 (Rabu)

..... LAGI akan menyusul

Dewan Negara, 16 Disember 2008

Doa
Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah langkah yang diambil oleh pihak penguasa tempatan bagi memastikan tandas awam sentiasa bersih dan terpelihara; dan
(b) mengapa syarikat-syarikat minyak tidak menggunakan Sistem Bintang bagi membuat rating kebersihan tandas di stesenstesen minyak mereka di seluruh negara.

2. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah benar Kerajaan akan mengambil alih semua aset bekalan air di negeri-negeri dan jika benar, sila nyatakan bilakah akan dilaksanakan dan bagaimanakah prosedur yang akan dilakukan.

3. Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato N.S Maniam minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah program-program yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengukuhkan lagi perpaduan di antara kaum yang
kian meruncing.

4. Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan "status tiada kewarganegaraan" (stateless) atas sebab-sebab tertentu walaupun mereka telah menetap di negara ini berpuluh-puluh tahun.

5. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status masalah hakisan pantai (coastal erosion) di Malaysia dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

6. Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah rancangan strategi dan peranan proaktif yang boleh dimainkan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah belia terutamanya penyakit gejala sosial dan dadah.

7. Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan vendor Orang Asli. Apakah bentuk bantuan yang telah dilaksanakan agar mampu berdaya saing di peringkat global.

8. Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan isi rumah miskin dan kadar kemiskinan di kalangan isi rumah pesawah, pekebun sayur dan buah-buahan, penternak lembu, kambing, babi dan ayam itik dan nelayan mengikut kaum.

9. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah kadar faedah untuk pinjaman dan pembiayaan yang dikenakan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dan adakah terdapat perbezaan kadar antara negeri.

10. Datuk Sim Kheng Hui minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai statistik pengaliran keluar semula ke luar negara pelajar-pelajar yang telah kembali ke tanah air setelah tamat pengajian di bawah biasiswa JPA semata-mata untuk mendapat kerja kerana peluang kerja yang sukar di negara sendiri yang menyebabkan pengaliran keluar
wang negara yang banyak dan apakah langkah-langkah untuk menangani masalah ini.

11. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan dan peratus pensyarah di IPTA yang mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D). Apakah langkahlangkah yang telah diambil dalam program MyBrain 15 dalam usaha
mencapai sasaran melahirkan tenaga kerja berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang mencukupi.

12. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah jaminan yang diberikan kepada pelabur-pelabur asing yang berminat untuk melabur dalam industri bioteknologi negara bahawa Akta Keselamatan Bio bukan menjadi
penghalang kepada pertumbuhan industri tersebut.

Aturan Urusan msyuarat lengkap, SILA KLIK.

Perbahasan Rang Undang-Undang:
1. Menyambung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009.

....// lagi akan menyusul

Monday, December 15, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Disember 2008 (Isnin)

Doa
Setiausaha: 1. Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Pertama:

i. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008.


ii. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008

iii. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi mencadangkan Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008


2. Perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. (DR 21/2008, sila klik).

- Pembentangan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (10.05 pagi) -

- Pembahas Sesi Pagi- DAP Ipoh Timur (10.40/peraturan Mesyuarat), [PKR Permatang Pauh (video sila klik) (10.45),DAP Ipoh Timur, DAP Bukit Gelugor, BN Rembau, PAS Kuala Selangor]. BN Muar (11.37), BN Rompin, BN Arau, PAS Pokok Sena (video sila klik), BN Rembau, BN Padang Besar, DAP Bagan (12.30), BN Rembau (12.40), PKR Machang, PKR Subang

Sesi Petang - BN Rembau (2.30), PAS Bachok (video klip) (3.00), BN Kota Belud (3.15), Bebas Pasir Mas (3.30), BN Jerlun (4.00), DAP Ipoh Timur (4.15), BN Pasir Salak (4.30), DAP Bukit Mertajam, PAS Pokok Sena (video klip) (4.47), BN Batang Sadong (5.06), PAS Kota Raja (video klip) (5.17), BN Ledang (5.32), PKR Subang (5.47), BN Kimanis (6.08), DAP Bukit Mertajam (6.30), BN Tenggara (6.43), PKR Machang (video klip) (6.49), BN Rompin, BN Pontian (7.12)

Sesi malam - Bebas Tawau (7.23 ), BN Jasin (7.34), PAS Tumpat (video klip) (7.50), BN Arau, BN Kuala Krau (8.07), DAP Puchong (8.24), BN Tuaran (8.44), PKR Gombak (video klip) (9.01), BN Silam (9.21), PAS Kuala Krai (video klip) (9.40), BN Arau, BN Sekijang (9.55), DAP Kepong (10.15), PKR Selayang (10.31), PAS Titiwangsa ((video klip) (10.49), DAP Kota Melaka (10.59), BN Hulu Terengganu (11.12), BN Arau, PAS Titiwangsa, PAS Kuala Selangor (video klip)

Aturan Urusan Mesyuarat lengkap, SILA KLIK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam dan disambung pada jam 10.00 pagi 16 Disember 2008.

..... LAGI akan menyusul

Dewan Negara - 15 Disember 2008 (Isnin)

Doa
Sesi Soalan Jawab Lisan (jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

Setiausaha: Petnyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan sektor pertanian terus berdaya saing untuk berdepan pelbagai cabaran semasa ekoran
kemelesetan ekonomi dunia dan peningkatan kos pengeluaran.

2. Puan GK Loga Chitra minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan bilangan isi rumah yang mendapat faedah daripada pengecualian tarif elektrik sebanyak RM20 sebulan.

3. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapa pembelian Eurocopter tidak diteruskan apabila didapati mengikut prosedur tender. Tidakkah keperluan menggantikan Nuri amat mendesak.

4. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan kes kecederaan dan kematian yang diakibatkan oleh amalan tidak memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang sehingga tahun 2008. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu pengguna kereta yang kurang berkemampuan
supaya tidak terbeban dengan penguatkuasaan polisi ini.

5. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana pihak Kementerian memantau GLC-GLC memainkan peranan sebagai 'rakan pembina negara' dan memainkan peranan mereka sebagai GLC yang berwawasan untuk sama-sama
membangunkan negara dan bangsa dengan mengambil iktibar kejayaan Proton mewujudkan vendor tempatan yang berjaya.

6. Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato N.S Maniam minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah dana yang diperuntukkan bagi pinjaman Tekun bagi tahun 2007 dan 2008 mengikut kaum.

7. Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah keluasan hutan kekal yang telah diisytiharkan oleh negeri-negeri dan nyatakan negeri-negeri yang telah mempunyai garis panduan khusus
untuk menguruskan kawasan tadahan hujan di negara ini.

8. Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi memastikan pelaksanaan Akta OKU yang kini sudah hampir setahun diluluskan di Parlimen kerana warga OKU telah lama menunggu untuk melihat Majlis bagi OKU bersidang.

9. Datuk Chew Vun Ming minta MENTERI LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa kemudahan infrastruktur di kebanyakan daerah-daerah kecil negeri Sabah seperti lampu jalan, struktur jalan raya dan sekolah luar bandar masih berada
ditakuk lama sedangkan negeri Sabah dikatakan menerima peruntukan kewangan yang tinggi dari Kerajaan Pusat. Apakah kesilapan yang berlaku sehingga menyebabkan masalah ini wujud terutama di negeri Sabah.

10. Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) bilangan pesawah serta pekebun sayur dan buah-buahan secara milik individu, syarikat, koperasi dan lain-lain mengikut kaum dan saiz pekebun pada akhir Oktober 2008; dan
(b) bilangan penternak lembu, kambing, babi dan ayam itik milik individu, syarikat, koperasi dan lain-lain mengikut kaum dan saiz kebun pada akhir Oktober 2008.

11. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan selain daripada mata pelajaran Sejarah yang akan diperkenalkan di sekolah rendah, adakah Kementerian mempunyai rancangan bagi melaksanakan mata pelajaran Geografi di masa depan
kepada murid di sekolah rendah.

12. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional suntikan RM5 bilion melalui dana Valuecap dari KWSP, memandangkan jumlah ini terlalu kecil dibandingkan dengan jumlah Pasaran di Bursa Malaysia iaitu RM689.5 bilion dan sejauh mana dijamin keberkesanannya.

Aturan Urusan Mesyuarat lengkap, SILA KLIK.

Perbahasan Rang Undang-Undang:
1. Menyambung Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (DR 16/2008, sila klik).

Saturday, December 13, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 11 Disember 2008 (Khamis)

Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah usaha yang diambil untuk mengurus secara sepadu ilmu yang ada di Muzium, Arkib dan Perpustakaan supaya sentiasa ada maklumat untuk orang awam sejajar dengan amalan dan kepercayaan kebebasan maklumat, selaras dengan Pelan Integriti Nasional.
- Soalan Tambahan - BN Batang Sadong, PAS Padang Terap (video sila klik) (10.09 pagi)

2. Tuan Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :-
(a) berapakah kos pembinaan MRSM Merbok; dan
(b) adakah pembinaan ini mengikut amalan biasa di mana semua pelan mesti diluluskan dahulu oleh pihak Majlis Perbendaharaan Sungai Petani sebelum pembinaan bermula.
- Soalan Tambahan - PKR Sungai Petani (10.16 pagi), BN Pontian

3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Khazanah Nasional Berhad mempunyai polisi dividen dalam pembayaran dividen kepada Kerajaan dan jika ada, berapakah jumlahnya.
- Soalan Tambahan - BN Rembau, PKR Machang (video sila klik),

4. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah projek Balai Polis Pendang yang dibuat dengan cara cross subsidy bersama Balai Polis Yan dan IPD Sungai Petani akan di teruskan, apakah status projek itu sekarang, hukuman kepada syarikat terbabit.
- Soalan Tambahan - PAS Pendang (video sila klik) (10.32 pagi)

5. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha dan perancangan bagi memastikan masa depan Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang dapat terus berdaya saing dengan pelabuhan-pelabuhan ternama di dunia dan menjadi hub pelabuhan terbaik antarabangsa.
- Tidak Hadir

6. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan senarai terperinci aset, ekuiti dan hartanah Kerajaan Malaysia di luar negara mengikut harga semasa ia diperoleh, harga pasaran sekarang, kaedah lain ia diperoleh sekiranya bukan melalui pasaran terbuka, tujuannya dan alasan-alasan mengapa ia masih wajar terus dipegang.
- Soalan Tambahan - DAP Segambut, DAP Taiping

7. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil semua graduan bidang perubatan luar negara sebagai langkah bagi mengatasi kekurangan pegawai perubatan di hospital Kerajaan dan memberi tajaan biasiswa penuh kepada semua rakyat tanpa mengira kaum yang ingin menuntut pengajian perubatan di luar negara; dan
(b) nyatakan bilangan penuntut perubatan tajaan biasiswa di luar negara mengikut kaum.
- Soalan Tambahan - BN Sarikei, PAS Titiwangsa (video sila klik) (10.46 pagi)

8. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelabur yang telah dan akan melabur di Malaysia khasnya ke Kedah sepanjang RMK-9 bagi tahun 2006 hingga 2010.
- Soalan Tambahan - PAS Jerai (video sila klik) (10.55 pagi), BN Kinabatangan

9. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-
(a) apakah perbuatan menggunakan lain-lain bahasa selain daripada bahasa kebangsaan pada papan tanda jalan dan sebagainya tidak menyalahi dasar, aturan dan peraturan sedia ada; dan
(b) sekiranya ia merupakan kesalahan, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pihak yang terbabit.
- Soalan Tambahan - BN Pasir Salak, DAP Bagan

10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) sama ada barangan makanan import yang perlu disaring, telah pun disaring untuk mengesan radiasi dan dilabelkan seperti yang perlakuan ke atas bahan-bahan makanan eksport ke luar negara; dan
(b) dari manakah asal dan apakah bahan-bahan makanan yang telah ditolak kemasukannya ke Malaysia kerana dikesan mengandungi radiasi.
- Soalan Tambahan - PKR Kuantan (11.13 pagi), BN Sekijang

11. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai anak tempatan Sarawak Bumiputera dan bukan Bumiputera yang menerima biasiswa daripada Kerajaan dan GLC Kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara contohnya biasiswa JPA, Petronas dan MARA.
- Soalan Tambahan - BN Sibuti

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah status siasatan kes penganjuran piala CYC sekarang. Jelaskan bentuk siasatan berhubung isu itu setakat ini. Apakah langkah yang diambil untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat dan peristiwa ini tidak berulang lagi.
- Soalan Tambahan - PAS Sik (video sila klik) (11.22 pagi), DAP Ipoh Barat

Aturan Urusan Mesyuarat lengkap, Sila klik,

Antara soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan adalah seperti berikut:
Soalan No. 16 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah Kerajaan sedar dengan adanya pasarayapasaraya mega akan menjejaskan peniaga kecil terutamanya kaum Bumiputera dan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengatasinya.

Soalan No. 31 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah tempoh masa yang diperlukan bagi Kerajaan merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman dan Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah.

Soalan No. 33 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selain penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim yang masih tertakluk kepada nasihat eksekutif dan cadangan lembaga penasihat pencegah rasuah yang juga masih tertakluk kepada nasihat eksekutif, apa jaminan tidak berlaku kekecewaan sekali lagi kepada rakyat selepas mereka kecewa dengan janji Perdana Menteri mengenai pendekatan lebih berkesan menangani rasuah pada tahun 2003 yang lalu.

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul (mulai jam 11.30 pagi)

1. Peraturan Mesyuarat dan Perbahasan Usul-Usul.

2. Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Pertama:
i. Menteri Pengangkutan membentangkan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008.

3. Menyambung Perbahasan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008. (DR 12/2008, sila klik)

- Pembahas - BN Pontian, PKR Permatang Pauh (video sila klik) (11.44 pagi), PAS Titiwangsa (12.01, 12.26 tengahari), BN Pasir Salak (12.09 tengahari) , DAP Bukit Bendera (12.29 Tengahari), BN Lipis (12.39 tengahari), BEBAS Tawau,

- Sesi Petang - BEBAS Tawau, BN Silam, DAP Seremban, DAP Rasah, BN Hulu Terengganu, BN Rembau, DAP Kepong, DAP Telok Intan, PAS Kuala Krai (video sila klik) (4.01 petang), DAP Serdang

- Menteri Pengajian Tinggi menggulung
- Pencelahan - DAP Batu Gajah, PAS Pokok Sena (video sila klik) (4.25, 4.33, 4.51, 5.10, 5.43 petang), PAS Shah Alam (video sila klik) (4.27, 5.23 petang), PAS Padang Terap (video sila klik) (4.40, 4.53 petang), PKR Batu (4.45, 5.21, 5.32 petang), DAP PJ Utara, PAS Titiwangsa (video sila klik) (4.58 petang), DAP Serdang, BN Pasir Salak, PAS Kota Raja (video sila klik) (5.15 petang), DAP Rasah, DAP Klang, (5.21, 5.32 petang), PAS Parit Buntar (video sila klik) (5.28 petang), DAP Kepong, PKR Subang (5.45 petang), DAP Kepong (5.48),

Peringkat Jawatankuasa - DAP PJ Utara (6.08) bentang cadangan pindaan.
- Pembahas - DAP Kepong, DAP Rasah, PKR Batu (6.18 petang)

Fasal 8 pindaan - DAP PJ Utara, PAS Parit Buntar (6.56 petang), DAP Batu Gajah, PKR Batu ( 7.06 malam), BN Hulu Terengganu, DAP Batu Gajah

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.00 malam sehingga 10.00 pagi 15 Disember 2008.

..... LAGI akan menyusul

Thursday, December 11, 2008

Perbahasan Dewan Rakyat 10 Disember 2008 (Rabu)

Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
1. Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian terhadap haiwan makhluk perosak tanaman seperti kera dan lotong yang sering mengganggu petani-petani dan pekebun-pekebun khususnya di kawasan luar bandar; dan
(b) adakah Kementerian bercadang untuk menyediakan tabung atau dana khas bagi mengatasi masalah tersebut.
-Soalan tambahan - BN Sabak Bernam, DAP Batu Kawan,

2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah nilai pajakan yang dibayar Lembaga Tabung Haji terhadap dua bangunan iaitu di Mekah dan Madinah; dan
(b) nyatakan perincian perjanjian tempoh pajakan, kaedah penilaian pajakan apakah misalnya bergantung kepada saiz kaki persegi atau jumlah tingkat bangunan berkenaan.
-Soalan tambahan - PKR Telok Kemang, BN Kinabatangan,

3. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kajian yang dibuat oleh pihak Kementerian dalam memastikan stok penimbal (stockpile) beras negara tidak hanya dibebankan kepada BERNAS sahaja sebaliknya diturunkan kepada agensi ataupun syarikat-syarikat lain bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan beras yang mencukupi.
- Soalan tambahan - BN Arau, PKR Machang (10.26),

4. Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah perkembangan proses menaik taraf Maktab Perguruan/ Institut Pendidikan Guru (IPG) dan apakah bentuk insentif yang disediakan kepada pensyarah IPG dalam usaha peningkatan kualiti dan pencapaian setanding dengan pensyarah IPTA serta bentuk perancangan untuk memastikan produk IPG setaraf atau lebih hebat berbanding dengan hasilan IPTA.
- Soalan tambahan -PAS Bukit Gantang (Video sila klik) (10.30), BN Rompin,

5. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] MENTERI KEWANGAN minta menyatakan apakah Kerajaan bersedia untuk melepaskan ekuiti yang dimiliki oleh Kerajaan dalam Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat-syarikat amanah kepada usahawan-usahawan Bumiputera sebagai langkah mempercepatkan pencapaian matlamat pegangan ekuiti Bumiputera.
- Soalan tambahan - BN Pasir Salak, PAS Kuala Selangor (Video sila klik) (10.47),

6. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan bentuk bantuan dalam mengatasi pembangunan yang tidak lancar di Pantai Barat Sabah, terutamanya di dalam sektor pengangkutan hasil pertanian. Bolehkah sistem kereta api dibuat.
-Soalan tambahan - DAP Kota Kinabalu, BN Sri Gading,

7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian ada rancangan untuk mewujudkan satu kaedah yang dapat memastikan semua pelajar yang layak dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, mendapat bantuan kewangan dalam apa bentuk sekalipun, umpamanya kemudahan pinjaman dari firma-firma
kewangan yang ada.
- Soalan tambahan - BN Kalabakan, PAS Kuala Krai (video sila klik) (11.05),

8. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu dokumen prototaip untuk perjanjian penjualan dan pembelian (sales and purchase agreement) di antara pemaju dan pembeli rumah yang mudah difahami.
- Soalan tambahan - PAS Kota Raja (video sila klik), BN Gelang Patah,

9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) kenapa begitu banyak disiarkan filem-filem atau rancangan luar negara di stesen televisyen tempatan dan kaedah tapisan dan kelulusan tayangan yang dilakukan; dan
(b) peratusan filem atau rancangan luar negara mengikut negara yang disiarkan.
- Soalan tambahan - BN Lenggong, PAS Padang Terap (video sila klik)

10. Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peratusan penggunaan kompleks sukan komuniti dan berapakah jumlah perbelanjaan penyelenggaraan setahun bagi kesemua kompleks tersebut di negara kita, berikan mengikut perbelanjaan bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.

Aturan Urusan Mesyuarat lengkap, sila klik.

Antara soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan adalah seperti berikut:
Soalan No. 16 - Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan peratus hasil kajian oleh universiti tempatan yang digunakan dalam pelbagai bidang pembangunan negara dan nyatakan hasil-hasil kajian yang digunakan itu.

Soalan No. 20 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah cukai, dividen dan royalti yang dibayar oleh setiap syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia kepada Kerajaan dari tahun 1974 iaitu sejak Petronas ditubuhkan sehinggalah pertengahan tahun 2008.

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul (mulai jam 11.30 pagi)

1. Usul 18 (1) oleh Ahli Parlimen PKR Gombak mengenai Isu Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa diluluskan untuk dibahaskan. (Perbahasan akan dilakukan pada jam 4.30 petang mengikut peraturan mesyuarat 18 (3)) (Video sila klik)

2. Usul Peraturan Mesyuarat - DAP Bukit Gelugor dan DAP Ipoh Timur.

3. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
- Perdana Menteri akan membentangkan:
i. Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008.
ii. Rang undang-Undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2008.
iii. Rang Undang-Undang Pencen (Pindaan)(No. 2) 2008.
iv. Rang Undang-Undang pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan tempatan (Pindaan)(No. 2) 2008.
v. Rang Undang-Undang penyelarasan Pencen (Pindaan) 2008.
vi. Rang Undang-Undang saraan Hakim (Pindaan) (No. 2) 2008.

2. Perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2008. (DR 17/2008) (Timbalan Menteri - BN Lumut) (11.47)
- Perbahasan - Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena (video sila klik) 12.27), PKR Indera Mahkota (video sila klik) (12.33), PAS Kuala Selangor (Video sila klik) (12.51),

Sesi petang:
PAS Kuala Selangor (video sila klik) (2.32), (PKR Machang, PAS Tumpat, PAS Kuala Krai, PKR Indera Mahkota, (video sila klik))

Timbalan Menteri Menggulung (3.55 petang)

3. Perbahasan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008. (DR 12/2008, sila klik)
- Menteri bentang (4.10) -

4. Usul 18 (1) mengenai Tanah runtuh Bukit Antarabangsa
- Pembahas - PKR Gombak (video sila klik) (4.30), BN Pontian, (PKR Bandar Tun Razak, DAP Ipoh Timur (video sila klik)), PAS Kuala Krai (video sila klik), Bebas Pasir Mas, BN Arau,
- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggulung -

5. Pembentangan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008. (DR 12/2008, sila klik) disambung semula. (5.30)
- Pembahas - PAS Padang Terap (video sila klik) (5.50), DAP Batu Gajah (6.01), PKR Lembah Pantai (video sila klik) 6.18), Bebas Pasir Mas (6.31), PAS Parit Buntar (video sila klik) (6.49), DAP Klang (7.01), BN Pasir Salak, DAP PJ Utara, PKR Machang (video sila klik) (7.09), PKR PJ Selatan (7.18),

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.30 malam dan disambung pada jam 10.00 pagi 11 Disember 2008.

..... LAGI akan menyusul

Dewan Negara - 11 Disember 2008 (Khamis)

Doa
Sesi Soalan Jawab Lisan

Setiausaha: Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan:
1. Datuk Soon Tian Szu minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kerangka strategi Kerajaan untuk memperhebatkan pembangunan lebih banyak jenama tempatan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan Malaysia di peringkat antarabangsa, yang berteraskan 'jenama unggul' daripada Malaysia, yang sekali gus akan lebih memberi kesan positif apabila persaingan perniagaan menjadi lebih sengit melewati perbatasan sempadan.
- Soalan tambahan - Senator Dato' Ahmad Rosli Ibrahim (video sila klik),

2. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah pelajar Malaysia telah mengukir nama di peringkat dunia dan sekiranya ada, senaraikan pelajar tersebut mengikut kejayaan yang diperoleh.
- Soalan tambahan - Senator Muhamad Yusof Husin (Video sila klik),

3. Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pemotongan mandatori caruman pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 11% diturunkan sebanyak 3% menjadi 8% akan dapat menambahkan pendapatan boleh
guna pekerja dan perkara ini membuatkan seseorang individu itu bersikap boros dan apakah impak terhadap masa hadapan seseorang individu jika mereka tidak lagi bekerja dan hanya bergantung pada wang KWSP pada hari tua nanti.

4. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik Rumah Orang Tua dan penghuninya sehingga November 2008. Adakah bilangannya mencukupi untuk menampung tuntutan semasa dan cabaran proses
penuaan populasi negara masa depan.

5. Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dirancang oleh Kementerian untuk menarik perhatian minat persatuan-persatuan beliabeliawanis supaya menyertai program-program Kementerian setakat ini:-
(a) berapakah jumlah persatuan belia India telah berdaftar di bawah Kementerian dan berapakah jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada persatuan mereka
di tahun 2008; dan
(b) adakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan kaunselor (caunselor) di setiap daerah supaya menarik perhatian warga muda menyertai program Kementerian.

6. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) apakah kaedah menghalang salah guna maklumat peribadi di dalam Internet dari dijual atau digunakan oleh pemasar barangan langsung atau pengiklan; dan
(b) apakah mencukupi perlindungan peribadi melalui undangundang atau “privacy law” dalam menangani dunia siber hari ini.
- Soalan tambahan - Senator Hjh Mumtaz bt Md Nawi (video sila klik),

7. Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah tujuan bagi memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi program tanam semula kelapa sawit secara kelompok. Adakah program ini telah dilancarkan dengan jayanya.

8. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) status penempatan semula penduduk di kawasan-kawasan setinggan sekitar Kuala Lumpur; dan
(b) sejauh manakah usaha pihak Kementerian dalam memastikan rumah pangsa kos rendah yang dibina di Kuala Lumpur mempunyai prasarana yang lengkap serta mengambil kira isu sensitiviti budaya dan agama masyarakat yang berbilang bangsa.

9. Puan Heng Seai Kie minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes jenayah yang melibatkan pelumba motosikal haram (mat rempit) sehingga November 2008. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani gejala ini.

10. Datuk Chandrasekar Suppiah minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar pengambilan kakitangan Kerajaan yang kini diguna pakai dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bilakah nisbah peratusan kependudukan Malaysia mengikut kaum sebenar akan digunakan dalam pengambilan kakitangan perkhidmatan awam demi memperkasa sistem penyampai dan kecekapan Kerajaan.

11. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kedudukan Program Rakan Muda mengalami 'dimensi' baru akibat dari pelbagai kelemahan yang dihadapi. Apakah kelemahan dan kejayaan Program Rakan Muda sehingga kini.

12. Dato' Hajah Samsiah binti Samsudin minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) setelah 40 tahun JAKIM ditubuhkan apakah perkembangan dan perbezaan yang ketara terhadap umat Islam; dan
(b) apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh JAKIM bagi membendung amalan-amalan menyeleweng dalam Islam dan apakah pula halangan-halangannya.

Aturan Urusan Mesyuarat lengkap, SILA KLIK.

Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009
1. Senator Muhamad Yusof Husin (Video sila klik),

Tuesday, December 9, 2008

Dewan Negara - 10 Disember 2008 (Rabu)

Doa
Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
1. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum ini, apakah perancangan Kerajaan dalam usaha menarik pelabur asing datang ke Malaysia.

2. Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-langkah yang telah, akan dan sedang diambil demi memastikan kejatuhan harga minyak sawit tidak menjunam begitu mendadak.

3. Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai program yang berkesan dan agresif bagi tujuan mengadakan rancangan integrasi untuk perpaduan di antara belia dari semua kaum di negara kita.

4. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk mengembalikan hukuman rotan kepada pelajar (Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 apabila pelaksanaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006 tidak berkesan mendisiplinkan pelajar.

5. Tuan Maijol bin Mahap minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah lesen senjata api yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada individu di negara ini dan apakah tujuan penggunaan senjata api tersebut.

6. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan menggunakan sistem "Intelligent Transport System" (ITS) bagi menjamin kelancaran trafik semasa melalui rumah tol di lebuh raya terutama pada musim perayaan.

7. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan telah memutuskan agar tidak mengadakan seminar atau mesyuarat di hotel kelas tinggi dan telah pun menolong Kerajaan menjimatkan banyak peruntukan. Apakah sebab-sebabnya Kerajaan telah
membatalkan keputusan tersebut dan membenarkan seminar atau mesyuarat diadakan di hotel kelas tinggi.

8. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa sistem subsidi diesel telah mendatangkan banyak kejadian penyelewengan, salah-guna dan rasuah.

9. Datuk Chew Vun Ming minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah isu PATI yang masih hangat di Sabah dikatakan sedikit sebanyak telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah yang cuba dirangsang melalui penubuhan Koridor Pembangunan Sabah. Apakah ia wajar untuk diberi perhatian atau sekadar dianggap sebagai satu khabar angin yang tidak berasas.

10. Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI PENERANGAN menyatakan tahap peningkatan populariti siaran saluran RTM supaya menjadi saluran utama dan peningkatan populariti yang tinggi dalam usaha menyalurkan informasi dasar-dasar Kerajaan terutama kawasan luar bandar.

11. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan bahawa penggunaan wang KWSP sebanyak RM5 bilion ke dana Valuecap tidak mendedahkan wang rakyat kepada risiko pelaburan yang tinggi, sedangkan Valuecap sendiri sedang berhutang kepada pemegang sahamnya.

12. Datuk Sim Kheng Hui minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan menyedari terdapat laporan tentang ketidakadilan terhadap pembahagian pegawai-pegawai Kerajaan, di mana pegawai dari Semenanjung hanya akan dihantar bekerja ke bandar raya besar seperti
Kuching dan Kota Kinabalu sementara pegawai-pegawai tempatan pula dihantar ke kawasan-kawasan pedalaman dan adakah apa-apa tindakan yang diambil untuk membetulkannya.

Aturan lengkap, sila lihat Aturan Urusan Mesyuarat, sila klik,

Perbahasan Rang Undang-Undang:
1. Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009. (DR 16/2008 sila klik)

Perbahasan Dewan Rakyat 4 Disember 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

1. Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing dan jumlah hasil pekerja-pekerja asing dari Sabah, Sarawak serta Semenanjung Malaysia.
- Soalan Tambahan - PAS Bachok (teks sila klik) (10.04 pagi), BN Batu Sapi

2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-
(a) jumlah pusat jana kuasa bebas (IPP) yang dibina dalam lingkungan 100 meter daripada kawasan perumahan; dan
(b) piawaian yang ditetapkan bagi memastikan tiada masalah pencemaran udara, bunyi bising, gegaran dan kadang kala letupan-letupan yang berlaku daripada pusat jana kuasa berkenaan.
- Soalan Tambahan - PKR Telok Kemang (10.15 pagi), BN Kalabakan

3. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimana untuk mengubah pandangan negara luar terhadap orang Islam yang sering dikategorikan sebagai pengganas dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
- Soalan Tambahan - BN Libaran, PAS Shah Alam (teks sila klik) (10.34 pagi)

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah hotel yang sedang beroperasi di seluruh negara mendapat pengiktirafan "Logo HALAL" dan berapakah yang masih belum mendapat pengiktirafan tersebut. Apakah usaha untuk mengatasi masalah ini.
- Soalan Tambahan - PAS Rantau Panjang (teks sila klik) (10.40 pagi), BN Kuala Krau

5. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan kajian kesan perladangan kelapa sawit dalam skala besar akibat penggunaan racun dan baja kimia.
- Soalan Tambahan - BN Sibuti, PKR Kuala Kedah (10.55 pagi)

6. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) perancangan Kerajaan ke atas tapak tanah di Kg. Kerayong dan juga Kg. Indian Settlement dalam Parlimen Titiwangsa; dan
(b) apakah tawaran Kerajaan bagi penduduk yang ingin berpindah dan bagaimana pula nasib bagi mereka yang enggan berpindah.
- Soalan Tambahan - PAS Titiwangsa (teks sila klik) (11.02 pagi), DAP Bukit Bintang

7. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang komitmen Lembaga Tabung Haji dan lain-lain agensi Kerajaan ke arah melaksanakan tanggungjawab sosial terutamanya terhadap masyarakat luar bandar seperti di kawasan Kinabatangan.
- Soalan Tambahan - BN Kinabatangan, PAS Jerai (teks sila klik) (11.09 pagi)

8. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah siasatan polis terhadap kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin dan kes penculikan Sharlinie Mohd Nashar.
- Soalan Tambahan - PAS Shah Alam (teks sila klik) (11.012 pagi), BN Gelang Patah

9. Dato’ Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sama ada pihak MAS akan menurunkan tambang yang tinggi sekarang memandangkan syarikat tersebut sudah pulih dan mengalami keuntungan.
- Tidak Hadir

10. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimana pihak Kementerian memantau pelantikan kontraktor pemungut sampah di kawasan setempat, dan adakah Kementerian menyedari bahawa pihak kontraktor telah mengagihkan tugas mereka kepada kontraktor bawahan yang lain.
- Soalan Tambahan - PKR Nibong Tebal (11.018 pagi)

11. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menjadikan kawasan tanaman sawit yang tidak berpeneroka di FELDA Bukit Bading Hulu Terengganu seluas kira-kira 600 ekar untuk dibahagikan kepada anak-anak peneroka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sebagai generasi kedua peserta FELDA.
- Soalan Tambahan - BN Hulu Terengganu, PAS Pendang (11.29 pagi)

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No 14 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pelajar asing yang telah menyalahgunakan visa pelajar untuk kerja-kerja lain dan tidak kembali ke tanah air mereka, serta hukuman yang dikenakan ke atas IPTA/IPTS terbabit, setakat ini berapa yang telah dikenakan hukuman.

Soalan No 15 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah pembinaan IPD Yan akan bermula dan adakah status pondok polis di pekan Jeniang akan ditukar kepada status Balai Polis Jeniang.

Soalan No. 22 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan jumlah yang telah diperuntukkan dalam RMK-8 dan RMK-9 untuk membangunkan Taman Alam, Kuala Selangor sebagai tempat persinggahan burung-burung, hutan paya bakau dan pusat tarikan pelancongan di Malaysia.

Soalan No. 24 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah pro-aktif yang telah dan sedang dijalankan bagi memperbaiki rating/kedudukan IPTA kita yang semakin jatuh berbanding dengan kedudukan universiti
terkemuka dunia masa kini.

Soalan No. 26 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan semua bentuk bantuan yang disediakan oleh Kementerian kepada pekebun kecil yang berhasrat untuk memajukan tanah-tanah mereka yang terbiar dengan perusahaan pertanian makanan termasuk penternakan, serta
syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan kepada pemohon.

Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Peraturan Mesyuarat Dan Usul-usul - DAP Ipoh Timur

2. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B62/P62 Kementerian Dalam Negeri.

- Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) dalam Perbahasa Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Dalam Negeri

Y.B Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur) akan mencadangkan:

"Bahawa perbekalan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10.00 daripada perkara Polis Diraja Malaysia 020000 Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Ketua Polis Negara sebanyak RM10.00"

- Pembahas -DAP Ipoh Timur, PKR Permatang Pauh (11.59 pagi), DAP Ipoh Timur, DAP Seputeh, BEBAS Pasir Mas, PKR Machang (12.43 tengahari) , PKR Gombak (12.54 tengahari)

- Timbalan Menteri Dalam Negeri menggulung
- Pencelahan - DAP Ipoh Timur, PKR Gombak (2.47 petang), DAP Ipoh timur, PKR Machang (2.55 petang),
PKR Gombak (2.59 petang), DAP Ipoh Timur, BEBAS Pasir Mas, DAP Seputeh

- Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66 (9) oleh DAP Ipoh Timur dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Dalam Negeri ditolak dengan undian belah bahagian iaitu 30 BERSETUJU dan 48 TIDAK BERSETUJU.

- Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan 62 dan Pembangunan 62 Kementerian Dalam Negeri

- Pembahas - BN Jempol, DAP Batu Gajah, BN Silam, BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena (4.23 petang), PKR Gombak (4.31 petang), Bebas Pasir Mas, BN Limbang, DAP Kota Melaka, BN Ranau, BN Gelang Patah, PKR Machang (5.16 petang),

- Timbalan Menteri menggulung -

- Pencelahan - DAP Serdang, PAS Kuala Krai (5.28 petang), PKR Machang, BN Bintulu, DAP Ipoh Timur

3. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B13/P13 Kementerian Luar Negeri.

- Pembahas - DAP Ipoh Timur, DAP Teluk Intan, BN Jasin, PKR Lembah Pantai (6.23), BN Sri Gading, PAS Tumpat (6.31), PAS Kuala Krai, BN Arau, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas,

4. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B31/P31 Kementerian Pelancongan

- Pembahas -

..... LAGI akan menyusul

Wednesday, December 3, 2008

Dewan Negara - 4 Disember 2008 (Khamis)

Doa
Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan
1. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan khusus untuk membantu Bumiputera untuk melabur dalam projek penternakan ikan hiasan seperti ikan arowana dan ikan koi kerana potensinya yang besar dalam menjana pendapatan dan keuntungan yang pada masa ini banyak di kuasai oleh pelabur-pelabur dari Singapura.

2. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah terbaru yang diambil oleh Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang benarbenar mencerminkan 'Malaysia Truly Asia'.

3. Puan Siw Chun a/p Eam minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah dan jalan penyelesaian bagi mengatasi keruntuhan moral belia-belia di bandar dan juga di desa yang agak kritikal di masa ini.

4. Dato' Yip Kum Fook minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah "Wang Tidak Dituntut" yang terkumpul oleh Pendaftar sejak tahun 2003, sama ada jumlah ini meningkat atau menurun sejak Akta Wang Tak Dituntut ini dipinda pada 2002 dan apakah usaha yang diambil untuk mengesan pemilik "Wang Tak Dituntut" ini.

5. Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan semua kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menepati apa yang dimahukan oleh pasaran kerja supaya tidak berlaku masalah pengangguran kerana kursus yang tidak menepati kemahuan pasaran kerja.

6. Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kemungkinan untuk mengkaji semula pemindahan keluarga setinggan ke PPR yang jauh dari kawasan kediaman asal mereka demi menjaga sumber pencarian, kebajikan dan pendidikan ahli keluarga.

7. Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilakah sistem pendaftaran OKU akan dilaksanakan dan apakah satu modus operandi disediakan bagi melaksanakan pendaftaran tersebut.

8. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah ada sebarang pengecualian bagi mana-mana negeri untuk tidak diambil alih industri air mereka oleh Kerajaan Negeri masing-masing. Jika ada pengecualian tersebut, apakah kriteria yang boleh diterima pakai untuk tujuan itu dan kaedah-kaedah selanjutnya untuk menangani masalah ini.

9. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status, kursus dan bilangan graduan yang dilahirkan daripada Maktab Perguruan Islam dari tahun 2000-2008 dan tindakan pemerkasaan yang telah dilaksanakan selari dengan penekanan terhadap JQAF dan KAFA dalam tempoh tersebut.

10. Datuk Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang perkembangan konsesi lebuh raya di Malaysia kerana ada di kawasan yang mempunyai lebuh raya dan dikenakan tol yang agak tinggi tetapi pengguna terpaksa menghadapi kesesakan yang
amat teruk terutama di kawasan LDP dan Subang Jaya.

11. Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah Kerajaan tidak mewujudkan bank seperti Grameen Bank yang ternyata begitu berjaya membantu ekonomi rakyat termiskin di Bangladesh. Nampaknya bank tradisi gagal memahami masalah rakyat termiskin.

12. Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah yang telah diambil Kerajaan untuk mengawal inflasi dan menurunkan harga barangan berikutan kejatuhan harga petrol.
Aturan lengkap sila lihat Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK.
Perbahasan Rang Undang-Undang (mulai jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang):
1. Menyambung Perbahasan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2008. (Sila klik D.R. 6/2008)
2. Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008. (Sila klik D.R. 10/2008)
.... LAGI akan menyusul

Perbahasan Dewan Rakyat 3 Disember 2008

Sesi Soalan Jawab Lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

Setiausaha: Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

1. Dato’ Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan :-
(a) sejak penyiaran langsung liputan sidang Dewan Rakyat dilaksanakan pada awal tahun ini, apakah minat dan maklum balas di kalangan rakyat sekiranya kajian dan tinjauan pendapat pernah dibuat; dan
(b) jumlah kos penyiaran langsung untuk setahun dan sekiranya Kementerian sedang mengkaji pendekatan-pendekatan yang lebih menjimatkan.
- Soalan Tambahan - BN Muar, DAP Bukit Bendera

2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa hampir 1/3 daripada jumlah anggota polis seluruh negara ada di bawah bidang kuasa Bukit Aman (Segambut) sedangkan kawasan lain mengalami kekurangan terutamanya di Sabah dan Sarawak, adakah sebahagian jumlah tersebut akan di salur ke negeri-negeri lain dan jika tidak, mengapa.
- Soalan Tambahan - DAP Segambut, BN Kalabakan

3. Dato’ Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah jumlah / luas ladang kelapa sawit yang telah diusahakan oleh syarikat swasta dan pekebun-pekebun kecil di Sarawak.
- Soalan Tambahan - BN Lawas, PAS Parit Buntar (teks sila klik) (10.27 pagi)

4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan data jumlah pelajar luar negara yang mengikuti program siswazah di IPTA. Adakah syarat kemasukan mereka setanding dengan pelajar tempatan. Siapakah yang membiayai mereka.
- Soalan Tambahan - PAS Hulu Langat (teks sila klik) (10.33 pagi), BN Arau

5. Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) berapakah jumlah keuntungan pihak FELCRA dan RISDA hasil dari pelaksanaan projek-projek ladang sawit dan getah di negeri Pahang ; dan
(b) berapakah hasil daripada jumlah keuntungan ini telah diperoleh oleh masyarakat Orang Asli negeri Pahang yang terlibat dengan projek ladang ini.
- Soalan Tambahan - BN Kuala Krau, PAS Pengkalan Chepa (teks sila klik) (10.43 pagi)

6. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah cukai yang dikutip setiap tahun dari Pulau Pinang sejak 2000 dan berikan pecahan mengikut cukai perseorangan, korporat dan lain-lain. Berikan juga bilangan pembayar cukai dan berapa banyak yang dikembalikan kepada negeri Pulau Pinang setiap tahun.
- Tidak Hadir

7. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah dana yang diperuntukkan dalam rangka Koridor Pembangunan Sabah (SDC) khusus untuk Sub Wilayah Pedalaman.
- Soalan Tambahan - BN Keningau

8. Tuan Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan berpuas hati dengan prestasi "franchisee" Hotel Seri Malaysia di seluruh negara; dan
(b) tidakkah Kerajaan berhajat menjadikan franchisee yang berjaya sebagai usahawan ulung dengan menjual Hotel-hotel Seri Malaysia kepada mereka dan peranan Kementerian berkembang dengan membina hotel-hotel baru.
- Soalan Tambahan - PKR Sungai Petani (10.51 pagi), BN Pontian

9. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan generasi ke-2 di Felda Bukit Ramun, Bukit Besar, Pasir Raja dan Sungai Sayong telah dikurniakan tanah tapak kediaman oleh Kerajaan Negeri dan mereka tidak berkemampuan untuk membina rumah dan apakah perancangan FELDA untuk membantu mereka dengan Program Rumah Mesra Rakyat melalui kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara.
- Soalan Tambahan - BN Tenggara, PKR Machang (11.03 pagi)

10. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kemalangan maut dan parah sejak tahun 2004 hingga 2007 dari Kuala Selangor hingga Kepong.
- Soalan Tambahan - PAS Kuala Selangor (teks sila klik) (11.08 pagi)

11. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang tanpa izin yang datang ke negara ini pada tahun 2008 dan jumlah mereka yang dihantar pulang serta jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan apabila menghantar mereka pulang.
- Soalan Tambahan - BN Hulu Terengganu, PAS Padang Terap (teks sila klik) (11.25 pagi)

12. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah cadangan FELDA membina menara ikonik di KLCC akan menjamin pulangan ekonomi memandangkan bangunan-bangunan dan ruang pejabat di Kuala Lumpur sudah melebihi daripada permintaan pasaran.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No 21 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan benarkah seramai 2.8 juta nama pengundi yang tidak layak mengundi masih terdapat dalam daftar pemilih sehingga sekarang. Jika benar, apakah langkah-langkah berkesan yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan nama-nama tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke- 13.

Soalan No 28 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah isi-isi perjanjian yang terkandung dalam MOU antara Kementerian dengan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menjadikan beberapa sekolah agama bantuan Kerajaan negeri diberi bantuan oleh Kerajaan pusat.

Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Peraturan Mesyuarat Dan Usul-usul

2. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B60/P60 Kementerian Pertahanan.

- Timbalan Menteri Pertahanan menggulung
- Pencelahan - BN Jasin, DAP Kepong, PAS Pokok Sena (teks sila klik) (11.43 pagi), BN Jasin, PAS Pokok Sena (11.48 pagi), DAP Ipoh Timur, PAS Titiwangsa (11.57 pagi), DAP Bandar Kuching, PAS Titiwangsa (teks sila klik) (12.15 tengahari), BN Hulu Terengganu, BN Jasin, BN Serian

3. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B48/P48 Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat.

- Pembahas - DAP Bukit Mertajam, BN Arau, DAP Bukit Mertajam, PAS Titiwangsa (12.59 tengahari), BN Tenggara

- Sesi Petang - DAP Bukit Mertajam, BN Batang Sadong, BN Arau, BN Batang Sadong, PAS Titiwangsa (teks sila klik) (2.58 petang), BN Kinabatangan, DAP Batu Gajah, BEBAS Tawau, DAP Bukit Mertajam, BEBAS Tawau, DAP Kepong, BN Tenggara

- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggulung
- Pencelahan - DAP Bukit Mertajam, BEBAS Pasir Mas, DAP Bukit Mertajan, DAP Batu Gajah, PAS Titiwangsa (4.49 , 5.52 petang), PKR Kuantan (4.54 petang), BN Tenggara, BN Arau, PAS Kuala Selangor (teks sila klik) (5.19 petang), PAS Titiwangsa (5.23,5.27 petang), DAP Batu Gajah,

4. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B49/P49 Kementerian Pengajian Tinggi.

- Pembahas - DAP Ipoh Timur, BN Mambong, BEBAS Pasir Mas, BN Maran,PAS Padang Terap (teks sila klik) (6.17 petang), BN Silam, PKR Indera Mahkota (6.33 petang), BN Tenggara, DAP Bakri, BN Parit, PKR Sungai Petani (teks sila klik) (6.47 petang), BN Kuala Krau, DAP Kepong, BN Pasir Salak, DAP Bandar Kuching, BN Tuaran, DAP Ipoh Barat, BN Gelang Patah, PAS Pendang (teks sila klik) (7.34 malam)

- Menteri Kementerian Pengajian Tinggi menggulung
- Pencelahan - DAP Telok Intan, BN Jasin, PAS Kuala Selangor (8.03 malam), DAP Bagan, BN Pasir Salak, DAP Bukit Mertajam, BEBAS Pasir Mas, PKR Batu (8.14 malam), BEBAS Pasir Mas, PKR Gombak (8.24 malam), BN Pontian, PKR Gombak, BN Pasir Salak, PKR Gombak (8.33 malam), PAS Titiwangsa (8.49 malam), PAS Kuala Selangor (9.02 malam), PKR Machang (9.06 malam), BN Pasir salak, DAP Batu Gajah, BN Tenggara

5. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B47/P47 Kementerian Penerangan.

- Pembahas - BEBAS Pasir Mas, BN Ledang, PKR Machang (9.30 malam), BN Sri Gading, PAS Pokok Sena (9.45 malam), BN Simpang Renggam (9.51 malam), PKR Gombak (9.55 malam), BN Paya Besar, PKR Indera Mahkota (10.03 malam), BN Arau, DAP Bukit Mertajam, BN Kuala Krau, PAS Titiwangsa (10.21 malam), BN Pontian, PKR Sungai Petani (10.29 malam), BN Pasir Salak, PAS Pendang (10.31 malam), BN Maran

- Menteri Kementerian Penerangan menggulung
- Pencelahan - PKR Machang (11.01 malam), DAP Bukit Bendera, DAP Bukit Mertajam, PKR Indera Mahkota (11.19 malam), PKR Sungai Petani (11.09 malam)

6. Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B62/P62 Kementerian Dalam Negeri

Mesyuarat ditamatkan pada jam 11.30 malam dan disambung pada jam 10.00 pagi 4 Disember 2008

..... LAGI akan menyusul

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008