Anwar angkat sumpah esok
Dato Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pagi esok (Khamis - 28 Ogos).
Demikian dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia ketika membaca pemasyhuran semasa memulakan sidang pagi ini.
"Saya telah menerima surat dari Suruhanjaya Pilihanraya 8.30 pagi ini memaklumkan keputusan pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, oleh yang demikian majlis angkat sumpah akan diadakan pada pagi esok," katanya dengan tepukan gemuruh dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Sementara itu, sebelum Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) mengemukakan soalannya mengucapkan tahniah kepada pengundi Permatang Pauh yang memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
Semalam Dato Seri Anwar memenangi pilihanraya kecil menewaskan Dato' Arif Shah dengan majoriti 15,579 undi.
Anwar memperolehi 31,195 manakala calon BN 15,524 undi dan calon Akim, Hanafi Mamat hanya 92 undi.
0 comments:
Post a Comment