TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

MP PAS TV

Wednesday, May 2, 2012

Dewan Negara 2 Mei 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Mengangkat Sumpah
c. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perbandingan penggunaan sumber-sumber Kementerian dari segi bilangan projek (program) yang berorientasikan belia berbanding dengan yang "berorientasikan sukan" di Kementerian berkenaan sepanjang empat tahun yang lalu. Sehubungan itu minta juga diberikan perbandingan sumber tenaga pentadbiran/profesional serta perbandingan kadar bajet/pembiayaan untuk kemajuan/pembangunan belia dan sukan.

2. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah usaha-usaha strategik yang dilakukan oleh Kementerian dalam membawa usahawanusahawan IKS ke peringkat antarabangsa.

3. Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keterangan mengenai dana RM2 bilion mengikut skim "SME Financing Fund" dengan kadar faedah 2 peratus (profit rate) yang telah diumumkan dalam Bajet 2012 dan berapa banyakkah bank-bank yang menyertai dan syarikat-syarikat yang telah memohon. Apakah kriteria untuk mendapat pinjaman ini, jaminan yang diberikan oleh Kerajaan dan setakat ini nyatakan jumlah syarikat yang telah berjaya mendapat pinjaman ini terutamanya syarikat-syarikat India.

4. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah terbaru pihak Kementerian dalam membendung aktiviti penipuan perniagaan berasaskan internet yang semakin menjadi-jadi dan adakah pihak Kementerian bercadang mewajibkan para peniaga di internet mendaftarkan perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

5. Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PELAJARAN menyatakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 baru-baru ini menunjukkan banyak jurang perbezaan di antara sekolah-sekolah di kawasan bandar dengan sekolahsekolah di kawasan pedalaman. Apakah nisbahnya dan punca utama yang
menyebabkan jurang yang ketara itu yang terdapat di Sarawak.

6. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan masalah banjir kilat yang sering berlaku di sekitar kawasan bandar telah menjadi satu masalah yang perlu dihadapi oleh kebanyakan penghuni bandar. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

7. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk menambah minat membaca di kalangan rakyat bagi mempertingkatkan keperluan pasaran bahan ilmiah sedangkan harga buku di Malaysia mengalami harga pasaran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia.

8. Puan Chew Lee Giok minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perbandingan perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan oleh Kerajaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.

9. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kebaikan dan manfaat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi dan adakah kebaikannya lebih banyak berbanding dengan keburukannya yang kita semua sedia maklum.

10. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan pondok polis di setiap tanah rancangan FELDA dan nyatakan nisbah bilangan anggota polis berbanding jumlah penduduk di tanah rancangan FELDA serta nyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi membendung kegiatan jenayah yang semakin meningkat di kawasan tanah rancangan FELDA masa kini.

11. Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasionalnya Bank Negara Malaysia mengarahkan supaya institusi perbankan mengurangkan fokus pemberian pinjaman persendirian (kad kredit, sewa beli, pinjaman perumahan) tetapi memberi fokus yang lebih kepada pinjaman korporat.

12. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bentuk tindakan dan perancangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam mengenal pasti jumlah “hotspot” lebuh raya dan jalan raya yang mempunyai risiko fizikal keadaan lebuh raya/jalan raya yang menimbulkan risiko mala petaka kemalangan jalan raya.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (26 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

Thursday, April 26, 2012

Dewan Negara 26 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah aduan yang diterima dan berapakah tindakan yang diambil di bawah Whistle Blower Act 2010 sejak diperkenalkan pada penghujung tahun 2010.    

2.  Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN  TEMPATAN  menyatakan  langkah-langkah  yang  telah  diambil oleh  pihak  Kementerian  untuk  membendung  harga  hartanah  di  seluruh negara yang melambung tanpa had.  

3.  Dato'    Syed    Ibrahim    bin    Kader    minta    MENTERI    PENERANGAN, KOMUNIKASI    DAN    KEBUDAYAAN    menyatakan    adakah    Kerajaan bercadang  untuk  meningkatkan  masa  siaran  bagi  program  Islam  dalam Bahasa Tamil di RTM. Waktu siaran sekarang hanya 55 minit/sehari ke udara di Vanavil (saluran radio Tamil sahaja).   

4.  Tuan   Mohamad   Ezam   bin   Mohd   Nor   minta   PERDANA   MENTERI menyatakan   perkembangan   usaha   Kerajaan   memperkenalkan   langkah pengawasan  pendanaan  parti  politik  (political  financing)  khususnya  respons parti-parti politik terhadap langkah ini.  

5.  Tuan  Haji  Muhamad  Yusof  bin  Husin  minta  MENTERI  PENERANGAN, KOMUNIKASI  DAN  KEBUDAYAAN  menyatakan  jumlah  filem  dan  drama seram  dan  cerita  hantu  yang  ditayangkan  TV  tempatan  dari  Januari  2011 sehingga  sekarang.  Adakah  Kementerian  sedar  filem  dan  drama  tersebut
boleh merosakkan pertumbuhan minda kanak-kanak.  

6.  Dato'   Mohammed   Najeeb   bin   Abdullah   minta   PERDANA   MENTERI menyatakan  kejayaan-kejayaan  yang  telah  dicapai  oleh  Yayasan  Bantuan Guaman  Kebangsaan  (YBGK)  dan  langkah-langkah  yang  akan  diambil  bagi menjadikan YBGK lebih mesra pelanggan dan efisien.   

7.   Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah bil pembetungan  yang tertunggak oleh pengguna domestik  dan industri kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) dan nyatakan langkah-langkah bagi mengutip tunggakan ini.  

8.   Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-  
(a)      apakah   insentif   pihak   Kementerian   dalam   membaik   pulih perkhidmatan     atas     talian     bagi     pemohon     yang     ingin mengemukakan  persoalan  berkaitan  taraf  kewarganegaraan; dan
(b)      adakah pihak Kementerian mengalami kekurangan tenaga kerja yang menguruskan taraf kewarganegaraan. 

9.   Puan   Norliza   binti   Abdul   Rahim   minta   MENTERI   PEMBANGUNAN WANITA,  KELUARGA  DAN  MASYARAKAT  menyatakan  langkah-langkah komprehensif  yang  diambil  bagi  mengatasi  masalah  penambahan  bilangan warga emas menjelang tahun 2024 mengikut Jabatan Statistik Negara.  

10.  Tuan    Saiful    Izham    bin    Ramli    minta    MENTERI    PERDAGANGAN ANTARABANGSA  DAN  INDUSTRI  menyatakan  faktor-faktor  kenapakah sektor  pembuatan  (manufacturing  sector)  masih  gagal  menyumbang  secara lebih  signifikan  terhadap  pendapatan  negara  berbanding  dengan  industri petroleum  negara  sedangkan  umum  mengetahui  begitu  banyak  insentif  dan subsidi dalam pelbagai bentuk telah diberikan oleh Kerajaan kepada industri kecil   dan   sederhana   (SMEs)   serta   FDI   untuk   merubah   struktur   dan kebergantungan ekonomi negara.  

11.   Tuan  Baharudin  bin  Abu  Bakar  minta  MENTERI  PENGAJIAN  TINGGI menyatakan   adakah   pihak   Kementerian   bercadang   untuk   bekerjasama dengan  pihak  universiti  dalam  meningkatkan  nilai  modal  insan  terutamanya dalam     bidang     pengajian     ekonomi,     perniagaan     dan     perhubungan
antarabangsa.  

12.  Datuk  Haji  Yunus  bin  Haji  Kurus  minta  MENTERI  PERDAGANGAN ANTARABANGSA  DAN  INDUSTRI  menyatakan  inisiatif  yang  diambil  oleh Kementerian dan MIDA dalam memastikan nilai perdagangan luar (FDI) terus berdaya  saing  di  sebalik  kemelut  pemulihan  ekonomi  yang  perlahan  di Amerika Syarikat, krisis hutang di Zon Euro, gangguan perdagangan di Asia barat  serta  faktor  bencana  alam  di  Jepun  dan  Thailand  yang  menjejaskan rantaian bekalan.  

13.  Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM   SEKITAR   menyatakan   sejauh   manakah   keberkesanan   usaha penggalakan perlombongan mineral aktif dan lengai yang ada di Malaysia dan jumlah pekerja, premium, pendapatan dan keluasan yang diterokai mengikut
negeri sejak tahun 2000.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (24 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]



Wednesday, April 25, 2012

Dewan Negara 25 April 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria pemilihan penggabungan antara GLCs seperti MAS dan pihak swasta seperti AirAsia. Sebutkan jumlah penguasaan ekuiti MAS-AirAsia oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan penggabungan perniagaan syarikat penerbangan gergasi itu.

2. Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah model perancangan yang telah digariskan dalam memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara serta apakah program serta bantuan yang disediakan dalam menjamin kedudukan ekonomi mereka.

3. Dato' Ng Fook Heng minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah pengundi baru yang telah didaftarkan sejak tahun 2008 hingga sekarang mengikut kaum.

4. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-
a) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk membina jalan alternatif yang menghubungi di antara Bintulu dan Sibu memandangkan kos penyelenggaraan yang begitu tinggi; dan
b) jika ada, berapakah kos pembinaan jalan baru dan bila ia akan dimulakan.

5. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak kebelakangan ini, ramai individu yang menggunakan gelaran Dato’ atau Dato’ Seri yang diperoleh daripada sumber yang diragui kedaulatan mereka. Adakah Kerajaan mengiktiraf penggunaan gelaran tersebut dan jika tidak, apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk menangani gejala ini daripada terus menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

6. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan adakah terdapat cadangan untuk menubuhkan kawasan perniagaan berasaskan produk kemelayuan di Kuala Lumpur seperti mana wujudnya Petaling Street yang dimonopoli oleh kaum Cina dan Little India oleh kaum India.

7. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes dan kematian akibat denggi dari Januari hingga Mac 2012 mengikut negeri, berapa pula kes dan kematian tempoh yang sama tahun lalu dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mengawalnya.

8. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian dalam menyeragamkan harga barangan keperluan pengguna.

9. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi jangka panjang untuk membendung dan menghapuskan kutu-rayau, pengemis dan gelandangan terutamanya yang berasal dari negara luar.

10. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status terkini "krisis DBP-Dawama" yang beberapa bulan lalu bukan sahaja mengancam kelancaran penerbitan buku-buku teks sekolah, malah masing-masing mengancam hendak saling saman menyaman.

11. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam menganalisis Data Terbaru Taburan Hujan Negara dan merangka Pelan Tindakan Efektif bagi merancang kapasiti sistem saliran dan takungan air bagi mengelakkan berlakunya bencana banjir kilat di seluruh negara.

12. Datuk Haji Saat bin Haji Abu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kajian semula kuasa CTOS dan CCRIS yang berlarutan hingga kini dan sekali gus telah menyusahkan rakyat dalam negara ini.

13. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peranan institusi sosio ekonomi Islam seperti zakat, baitulmal dan lain- lain dalam memberi bantuan dan membiayai pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan bagi mengelakkan bekas graduan dibebani hutang belajar.

14. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status terkini Tabung Siswazah (TUS) dan apakah perancangan strategik Kementerian dalam usaha memantapkannya.

15. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan yang akan diambil untuk memastikan bahawa kualiti Bahasa Melayu akan dikekalkan. Kebelakangan ini, jelas terlihat perkataan-perkataan baru Bahasa Melayu yang digunakan, khas di televisyen untuk, sari kata terutamanya untuk rancangan ASTRO.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (24 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Tuesday, April 24, 2012

Dewan Negara 24 April 2012 (Selasa)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan keberkesanan peranan yang telah dimainkan oleh SME Bank dalam membangunkan usahawan IKS setakat ini. Apakah kemampuan bank tersebut dan strategi-strategi baru dalam memacu pertumbuhan usahawan IKS di samping meningkatkan sumbangan IKS kepada KDNK negara.

2. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada Kerajaan berusaha untuk memperluaskan pemasangan lampu jalan dengan menggunakan lampu berteknologi diod pemancar cahaya (LED).

3. Dato' Nalla K. S. minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk mewajibkan ladang-ladang untuk meningkatkan penggunaan jentera atau kejenteraan dalam operasi perladangan mereka kepada peratusan tertentu demi untuk mengurangkan kebergantungan berterusan kepada pekerja-pekerja asing.

4. Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status projek-projek perumahan di Pulau Pinang yang berjaya diselamatkan semenjak tahun 2008. Nyatakan nama syarikat penyelamat yang dilantik, jumlah unit serta jumlah perbelanjaan yang terlibat.

5. Dato' Ng Fook Heng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakah masalah kekurangan guru di SJK(C) berlarutan begitu lama. Apakah langkah-langkah yang drastik yang akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

6. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah penyedia perkhidmatan pengurusan pepejal yang berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara secara terperinci mengikut negeri. Adakah jumlah yang ada mencukupi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti di seluruh negara memandangkan ada kawasan seperti di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar yang merosot mutu perkhidmatannya.

7. Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apa tindakan yang diambil oleh Kementerian mengenai masalah lalu-lintas di kawasan sekolah yang menjadi semakin teruk kerana jalan-jalan dihalang oleh kenderaan-kenderaan yang menghantar dan menunggu murid-murid.

8. Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pelaksanaan dan implimentasi Skim Kesihatan Nasional 1Care yang telah menerima tentangan hebat daripada masyarakat umum akibat daripada kekurangan maklumat dan komunikasi mengenai pelaksanaan program ini daripada pihak Kementerian.

9. Tuan Chiew Lian Keng minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sebab-sebab jumlah penonton atau "viewership" rangkaian TV1 dan TV2 yang semakin merosot dan sama ada Kementerian mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengatasi masalah tersebut.

10. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sekiranya Kementerian mempunyai satu kaedah pemantauan untuk mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan MBMMBI. Apakah langkah-langkah penambahbaikan yang diambil semenjak MBMMBI itu dilancarkan.

11. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan nisbah kenaikan pangkat kakitangan Kor Agama Angkatan Tentera dan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Pertahanan Negara khusus untuk menyelaraskan pendekatan, kemahiran dan fokus bersesuaian dengan bidang ketenteraan di peringkat pengajian tinggi dalam konteks Islam yang syumul.

12. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bekerjasama dengan Kementerian-kementerian lain dalam membantu usahawan-usahawan belia berniaga terutama sekali dengan Kementerian Belia dan Sukan. Jika ada, apakah bentuk kerjasama tersebut.

13. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah penempatan guru yang hanya diisi oleh Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

14. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci tindakan Kementerian untuk memperkenalkan sistem modular di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dicadangkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia bagi menggantikan sistem yang sedia ada.

15. Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi merealisasikan pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan seperti pembinaan loji insinerator berkapasiti tinggi di negara ini.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang dan masalah dicadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (23 April, 2012)

2. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

3. (D.R. 44/2011) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 [ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 1/2012) Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Monday, April 23, 2012

Dewan Negara 23 April 2012 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) apakah faedah-faedah yang akan dinikmati oleh peneroka dan kakitangan FELDA sempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia; dan
(b) apakah risiko-risiko yang akan dihadapi oleh FGVH setelah disenaraikan kelak.

2. Tuan Lihan Jok minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada penduduk Malaysia yang sepatutnya menerima Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) berpeluang untuk memohon untuk kali yang kedua sekiranya gagal pada permohonan yang pertama. Nyatakan bagaimana cara permohonan kedua ini dibuat.

3. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah konsep wasatiyyah diserap dan dilaksanakan dalam visi dan misi kita ke arah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dan menjadikan kita sebagai role model atau negara contoh kepada negara lain di seluruh dunia.

4. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah sistem yang telah dilaksanakan bagi mengatasi kadar jenayah di negara ini. Apakah langkah-langkah Kementerian dalam mengatasi isu ini.

5. Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan hala tuju PROTON sebagai peneraju industri automotif tempatan selepas pengambilalihan oleh DRB HICOM dalam membangunkan model bermutu tinggi serta diterima di peringkat pasaran antarabangsa.

6. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk melatih warga tempatan menjadi pembantu rumah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pembantu rumah asing khususnya dari Indonesia.

7. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pencapaian 1MDB setakat ini dalam membawa hala tuju pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai matlamat pembanguan sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

8. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah kadar liputan telefon bimbit serta internet di negara ini akan mencapai tahap 100 peratus memandangkan masih ada kawasan tertentu terutama di luar bandar yang masih sukar dihubungi menerusi telefon bimbit serta sukar untuk mengakses maklumat menerusi internet. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

9. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam memantau perkembangan gejala sosial di kalangan belia, terutama di kawasan-kawasan Program Perumahan Rakyat (PRT).

10. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai tahap kejayaan TERAJU semenjak ianya ditubuhkan dan berapakah syarikat Bumiputera yang mendapat manfaat daripadanya.

11. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah masalah air bersih akan selesai sepenuhnya di seluruh negara. Apakah usaha terbaru Kementerian untuk menangani masalah air bersih di sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Perlis yang agak membimbangkan terutama apabila berlaku musim kemarau yang panjang.

12. Tuan Saiful Izham bin Ramli minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah UDA Holdings lebih gemar menjual plot tanah di kawasan-kawasan strategik yang mempunyai nilai yang tinggi berbanding dengan membangunkan tanah-tanah tersebut sebagaimana asas penubuhannya suatu masa dulu dan kemudiannya mendapat pulangan dalam bentuk perolehan secara berkala serta apakah perancangan terkini UDA Holdings untuk membangunkan 8 hektar tanah bekas Penjara Pudu.

13. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan isi kandungan cadangan gaji minimum oleh Kementerian dan bagaimanakah ia akan dilaksanakan.

14. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dan pihak MIDA sendiri dalam usaha menarik lebih ramai pelabur asing bertaraf antarabangsa untuk melabur di Labuan.

15. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sekiranya Kementerian bermaksud untuk meluaskan pemasyarakatan (melebar luaskan penyibaran gagasan) MBMMBI agar diketahui, difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat yang lebih luas dan tidak terbatas kepada warga Kementerian Pelajaran sahaja. Setakat ini persepsi umum ialah seakan-akan MBMMBI itu hanyalah tanggungjawab Kementerian Pelajaran sahaja dan bukannya merupakan satu agenda nasional.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “

2. Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.”

3. (D.R. 3/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 [ Kementerian Kewangan]

Thursday, April 19, 2012

Dewan Rakyat 19 April 2012 (Khamis)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa


b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar * Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012.
2. Menteri Kesihatan * Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012.

62 bahawa RUU mengikut aturan urusan mesyuarat nombor 9 & 10 ditangguhkan pembacaannya pada persidangan kali ini.

12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan RUU mengikut aturan urusan mesyuarat 1 sehingga 8 dan Usul-usul kewangan mengikut aturan mesyuarat 11 sehingga 15.

c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 4/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, BN Kinabatangan, PAS Kota Bharu, BN Kota Belud ] [ Rehat ] [ BN Kota Belud, DAP Rasah, BN Tangga Batu, PKR Gombak, BN Jasin, PAS Kuala Krai ]

[ Penggulungan - PAS Kuala Krai, PKR Subang, DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PKR Gombak, PKR Batu, BN Pasir Salak, DAP Batu Gajah, PKR Permatang Pauh, PKR Subang, PKR Permatang Pauh, PKR Batu, PKR Permatang Pauh, DAP Rasah ] - Lulus

[ Peringkat Jawatankuasa - PKR Batu, BN Ladang, DAP Batu Gajah, PKR Subang ] - Lulus

2. (D.R. 11/2012) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] [ BN Sri Gading, PAS Tumpat ] - Lulus

3. (D.R. 12/2012) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] [ BN Arau, PAS Tumpat ] - Lulus

4. (D.R. 8/2012) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

[ Perbahasan - BN Lipis, DAP Rasah, BN Rembau, PKR Lembah Pantai, DAP Kepong, BN Hulu Terengganu, PAS Jerai, PKR Balik Pulau ]

[ Penggulungan - PAS Kuala Selangor, PKR Gombak, PKR Batu, PAS Kuala Selangor, PKR Balik Pulau ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - Fasal 5 oleh BN Rembau - PKR Subang ] - Lulus

[ Fasal 15(2)(b), 15(2)(c), 15(2)(d), 15(3), 15(4)(a) & 15(4)(b) - DAP Petaling Jaya Utara - BN Kota Belud, PKR Batu ] - Di Tolak

RUU - Lulus

5. (D.R. 9/2012) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

[ Perbahasan - DAP Kota Melaka, DAP Kepong ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - Fasal 3 oleh BN Rembau ] - Lulus

6. (D.R. 10/2012) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ] - Lulus tanpa Perbahasan

[ Dalam Jawatankuasa - Fasal 10(2)(c) di potong oleh BN Rembau ] - Lulus

7. (D.R. 14/2012) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

[ Perbahasan - Bebas Wangsa Maju, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, PKR Subang ] [ Penggulungan - PAS Kuala Selangor, Bebas Wangsa Maju, PKR Subang, PKR Permatang Pauh, BN Kota Belud, PKR Permatang Pauh, BN Kota Belud ] - Lulus

Usul 90(2) bahawa usul 12(1) dibatalkan dan menamatkan dewan pada Rang Undang-Undang ini. - BN Padang Rengas.

8. (D.R. 23/2012) Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 [ Kementerian Dalam Negeri ]

[ Perbahasan - DAP Ipoh Timur, BN Kota Belud, PKR Batu, BN Rembau ] [ Penggulungan - DAK Kepong, PAS Kuala Selangor, PKR Lembah Pantai, PKR Batu ]

9. (D.R. 22/2012) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] - Di tarik balik

10. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ] - Di tarik balik

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan:
(i) perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM28,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) dan RM6,992 juta wang terimaan Sukuk Tempatan yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama; dan
(ii) perenggan 2(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM3,418 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (BPM) yang diterima di bawah seksyen 2(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.” - [ DAP Kepong, PAS Kuala Selangor ] - Lulus

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan meminda kepadanya butiran sedia ada ‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Penyelidikan dan Kajian Sains Negara’ kepada butiran seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan’ [ DAP Kepong ] - Lulus

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Bagi Pembangunan Projek ICT Sektor Awam’ ” [ DAP Kepong ] - Lulus

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3) (a) (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan secara pegangan ekuiti dalam ASEAN Infrastructure Fund Limited, suatu syarikat yang dimiliki oleh negara anggota ASEAN dan Bank Pembangunan Asia (ADB) dengan langganan awal sebanyak USD1.00 dan langganan tambahan sehingga USD150 juta.” [ DAP Kepong ] - Lulus

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.9, ST.10, ST.27, ST.28, ST.29, ST.30 dan ST.31 tahun 2012 disahkan." [ PKR Lembah Pantai, DAP Kepong ] - Lulus

Dewan tamat pada jam 3.20 pagi

Wednesday, April 18, 2012

Dewan Rakyat 18 April 2012 (Rabu)

Aturan Urusan mesyuarat [ KLIK ]
b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012.

Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.

Usul 18(1) oleh PSM Sungai Siput

c. Perbahasan Rang Undang-Undang bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. (D.R. 17/2012) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ] - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (17 April, 2012)

[ Penggulungan - DAP Kepong ] [ Usul 54 (2) untuk membawa RUU ini dibawa ke PSC ] - Tidak Disetujukan - RUU ini diluluskan

[ Peringkat Jawatankuasa - DAP Kepong, PKR Subang ] - Lulus

2. (D.R. 16/2012) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - BN Kinabatangan ( BN Ledang, DAP Ipoh Barat, PAS Tumpat, BN Arau, BN Putatan, BN Jempol, BN Silam, BN Maran, DAP Seputeh, PKR Sungai Petani, BN Ledang, BN Tenggara, PKR Batu, BN Pasir Salak, BN Lenggong, BN Sri Gading ), DAP Kepong, BN Kuala Selangor ...] [ Rehat ] [ DAP Seremban, BN Jasin, PKR Indera Mahkota ]

[ Penggulungan - DAP Puchong ]

3. (D.R. 13/2012) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian, BN Tenggara, PKR Subang, BN Limbang, PAS Tumpat, BN Arau, BN Labuan ]

[ Penggukungan - PAS Kubang Kerian, PKR Subang, PAS Kuala Krai ] - Lulus

4. (D.R. 20/2012) Rang Undang-undang Rukun Tetangga 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

[ Perbahasan - DAP Bukit Mertajam, BN Batang Sadong, DAP Batu Gajah, BN Kota Belud, PKR Indera Mahkota, BN Kapit, PAS Kuala Krai, BN Arau, DAP Kota Melaka, BN Hulu Selangor, BN Maran ]

[ Penggulungan - BN Kapit, PAS Pokok Sena, BN Kapit, BN Kanowit, PKR Subang ] - Lulus

[ Dalam Jawatankuasa - DAP Batu Gajah, DAP Teluk Intan, DAP Rasah ] - Lulus

5. (D.R. 21/2012) Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012. [Kementerian Dalam Negeri ]

[ Perbahasan - BN Lipis, ]

6. (D.R. 4/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 11/2012) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 12/2012) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. (D.R. 8/2012) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

10. (D.R. 9/2012) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

11. (D.R. 10/2012) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 [ Kementerian Pengajian Tinggi ]

12. (D.R. 14/2012) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

13. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan:
(i) perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM28,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) dan RM6,992 juta wang terimaan Sukuk Tempatan yang diterima di bawah seksyen 3(1)
Akta yang sama; dan
(ii) perenggan 2(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM3,418 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (BPM) yang diterima di bawah seksyen 2(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan meminda kepadanya butiran sedia ada ‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Penyelidikan dan Kajian Sains Negara’ kepada butiran seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan’

16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Bagi Pembangunan Projek ICT Sektor Awam’ ”

17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3) (a) (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan secara pegangan ekuiti dalam ASEAN Infrastructure Fund Limited, suatu syarikat yang dimiliki oleh negara anggota ASEAN dan Bank Pembangunan
Asia (ADB) dengan langganan awal sebanyak USD1.00 dan langganan tambahan sehingga USD150 juta.”

18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.9, ST.10, ST.27, ST.28, ST.29, ST.30 dan ST.31 tahun 2012 disahkan."

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008